27.1.10

Lampu lampu disko

lokasi: the curve
insan: sarah. kin kin

walau pun aku kenal rapat dengan dia sejak zaman hingusan matrix. ni la kali ke dua aku lepak dengan dia berdua je. sumpah pelik. dia amek aku kat ampang point. aku buka je pintu nak masuk..

kin2: haa.. ko decide mana nak pi?.
aku: huh?. apa plak aku. ko dreba. ko la pilih.
kin2: aku xtau. ko la pikir.

tsk. kalu camni la. sampai 2011 pun tak abes. las las. aku pilih the curve. abes jauh tu. nasib aku bukan dreba. kalu tak. aku suh lepak ampang point je. haha. sampai je. budak tu lapo menggila. tapi nak makan aiskrim. chait. patut pun ko cepat lapo. cuba makan nasi laen kali. masalah.

pi bubba gump. amek ais krim cake. bedal berdua. waiter smua pandang semacam je. aku ingat depa terliur memula. baru nak pelawa cket. rupa-rupa nye depa ingat kami tak bley abes. haish.. jangan pandang rendah perut kami. pantang beb. makan.. abess...

lepas tu pi karaoke. memang mcm haram. siap joget sakan. orang luar gelak je (cermin kaca) tapi pedulik. aku bayar singgit selagu kot. aku cuma menghayati hidup. hoho. semua lagu aku dan kin tibai kot. nak apa?.

hindi. english. indon. malay. cina.

bedaaaaal. abes 1 malaysia seyh. maen pilih je lagu. tup tup. dapat lagu happy birthday versi cina. macam gampang. kin dah gelak sampai terduduk. aku maintain muka ketat nanyi lagu. memang sah kami sugar high (dem u ais krim). lepas 8 lagu. minah tu lapo balik. perut macam lembu. haish.

pi la itallianies. order menggila. las las. semua tapau balik. orang tua selalu cakap "orang tamak selalu rugi". tipu ah. kin kin untung je. makanan aku pun dia bedal bawak balik umah. ampes. tapi takpe, yang penting:

we haf fun. :)

26.1.10

Pekerja paling cemerlang 2010

3.00pm: wuarghhh. baru bangun tido. bahgia gile idop.

3.10pm: IIMU tepon masa tengah mamai makan nasi lemak depan tv.

kerna aku terlalu bahgia di umah. aku sudah lupa yang aku ada meeting. hari isnin. 300pm. dah la aku tengah mamai. mamai kat ampang plak tu. fcuk.

kak nani cakap tak payah datang sebab aku jauh. aku tak pasti itu perli ke apa. tapi kerna rasa bersalah yang amat. aku mandi ekpress kalah kambing. dan terus drift ke uia. dalam 3.40pm aku sampai. hebat tak?.

disebabkan aku datang gak meeting walau masih mamai. aku yakin aku lah insan paling layak dapat medal pekerja paling cemerlang.

25.1.10

Kini. aku layak bergelar askar

tapi bukan askar pancit ye. err.. ok la. ok la. pancit cket. kira orait lagi la.

ni smua gara-gara kakak aku yang angkut abes semua orang pi bootcamp. program ni macam senaman tapi guna military style. trainer dia mejar la. korporal la. smua ala-ala askar la. konsep baru seyh. menarik gak la. kakak aku sekarang. tak pasal-pasal dah ada muscle. chait. tak bley jadi ni.

haa.. aku pi pun sebab program dia wat ala-ala hari terbuka sempena 'bring a friend day'. tapi kakak aku bawak 6 orang walaupun arahan cakap 'a friend'. isk. camne bley jadi cikgu inggeris ni?. haha. jujur cakap. aku gile cuak memula. ye ah. aku dah lama tak maen sukan kot. setakat wat tarian gelek dalam bilik sorang-sorang. apa barang kan?. walau program tu hanya sejam. gila babi la aktiviti dia.

sejam je. nampak cket kan?. haa.. jangan memaen. memacam kiteorang wat dalam sejam tu. terlalu banyak sampai aku malas nak type. hoho. alasan seyh. :P dah la aku kena bangun pagi. uish.. pantang tu beb. tapi demi dikau oh kakak ku. aku langsung tak tido. sebab takut takle bangun. sila terharu ok.

sepanjang tahun 2010. ini lah hari paling bermanfaat untuk aku. iye ye je. sumpah aku rasa macam nak balik ampang lari lepas wat boot camp. hoho. paling penting... we survived boot camp. hooyah!

kami yang aGak mAntap
[ shan. sao. sarah. wendy. sheena. israr. phoebe ]

20.1.10

Mantap amat

semalam dating dengan komputer. usha gambar lama. tup tup. terjumpa satu gambar. dalam gambar tu. aku nampak:

sungguh mantap macam atlit malaysia.

fuyoh. aku pun terkagum dengan diri sendiri. terus semangat nak pi jogging esok. iye ye je. huhu.

mantap tak?. kalu tak. simpan je dalam hati.

18.1.10

Sesi mencuci komputer

komputer aku berusia 8 tahun. aku sayang dia. dia sayang aku. jangan tanya camne aku tau. aku cuma tau. memacam benda ada dalam komputer aku. hasil kutipan 8 tahun tuh. paham-paham je la.

haish. tak le jadi ni. tak sehat komputer aku camni. obese. jadi aku tekad nak cuci. buang apa yang patut. hasil nya. aku berjaya delete benda yang tak penting atau tak diperlukan lagi seperti:

+ 5680 keping gambar
+ 2124 buah lagu
+ 0141 cerita
+ 0010 cerita series

sekarang komputer aku ringan. kalu dia manusia. mesti dia menang the biggest loser.

15.1.10

Beg ku kolam ku

argh.. dah 3.30pm. kelas jam 3.30.

apa masalah nye?

masalah nya ialah: aku masih dalam bilik nun di mahalah asma.

semua nya gara-gara usb aku corrupt. terpaksa datang bilik semula. amek mana data yang perlu. jap lagi kena present. adoih.. dugaan abes. memang kelam kabut sakan. dah siap transfer data. aku terus amek semua barang. cabut keluar. pantas gile aku rasa masa tu. hebat.

sampai tingkat 2. aku rasa tak sedap hati. macam ada benda yang tak kena. ntah nape. aku terus tengok dalam beg.

fuck. fuck. fuck.

apsal semua barang aku berenang-renang ni?. haiseh.. aku bahgia je letak botol air aku. tapi lupa plak nak tutup. abes tumpah. thumbdrive aku tengah terapung. handphone. usb player. dan hardisk. semua lemas. nota semua jangan cakap la.

musibah oh musibah.

14.1.10

Tipu sunat

lokasi: PG lab dan HS roundabout
insan: sarah. adebeye gile.

masuk PG lab. penuh. keluar balik. ntah camne adebeye bley sedar aku. dia pun ikut keluar. kacau jiwa tol la.

adebeye: sista! sista!
aku: ... (wat-wat tak dengar. haha)
adebeye: sista!. excuse me sista
aku: oh.. hai. how are you?. (muka innocent)
adebeye: hai.. finee.. finee. where are you goin?
aku: what do you care?.
adebeye: just askin. where are you goin?
aku: why do you wanna know?.
adebeye: ahak ahak (gelak cam ntah pape)
aku: early dinner with my friend.
adebeye: boy or girl?
aku: sibuk je nak tau. why you wanna know?
adebeye: boy or girl?
aku: dont wanna tell you. lu pikir la sendiri.

pastu dua-dua diam. tenang jap. tiba-tiba..

adebeye: you goin to dinner. you pay or your friend?

kecoh gile mamat ni. di sebabkan aku dah nyampah. aku pun jawap.

aku: of coz HE will pay... (senyum gedik)
adebeye: ohhh... (terus blah)

ahahahah. suka nye idop aku. tak pepasal SHAN dan SHEENA jadi laki. waum.

Aku bukan bimbo

lokasi : hs, uia
niat : menunggu kakak ku yang tak reti2 datang kelas awal. :P
insan : aku. laki mana ntah.

bro: erm.. sis?. are you from maldives?
aku: huh?. (blur abes). nooo.. im from malaysia. do i look like im from maldives?. hehe.
bro: not really. you look like mix.
aku: oh.. thanx for the compliment thou. u from maldives?
bro: no.. no.. from comoros. you know comoros?.
aku: of coz.. but never been there. maybe i day.
bro: how do you know comoros?.
aku: duhhh.. i learn world geography thank you. (ala-ala sarcastic)
bro: ohh..

ok. mula-mula aku cam bangga. sebab orang ingat aku dari maldives. pegh.. hot gila aku. macam rihanna aku rasa jap. tapi jap je la. sebab pastu dia tanya aku soklan macam aku tak pandai tengok peta je. haish..

wahai bro dari comoros. screw u. haha.

11.1.10

Lapan belas

oh amin..
gaya ko memang macam bakal pemuda umno.

selamat hari jadi ke 18.
kau dah tua. aku lagi la..

Kakak mithali

tengok jam. aiseh.. baru 11.57pm. lagi 3 minit. tsk.

amek fon. karang sms. edit mane perlu.

tepat 12am. 10 januari 2010.

message delivered.

"happy sweet 17 birthday amin!!. may all the happiness in this world be yours. i love you very much. muah3. :)"

10 minit kemudian. hp aku berbunyi. sms masuk. tengok nama. amin balas. buka.

"i'm......................... 18."

erk. apakah?. mati-mati aku ingat adik aku 17. dem.

aku tetap kakak mithali. kan?

8.1.10

Lima ratus hari tentang musim panas

sumpah buruk gile translation. haha.
semalam tengok cerita ini:

aku suka yang amat.
semua orang. sila tengok.
sangat bes.


sekian.

7.1.10

Dalem nedha tempe

Fakta satu
aku benci tempe amat.

Fakta dua
sekarang. aku takle berhenti makan tempe.

Fakta tiga
tiap-tiap hari aku makan tempe.

Fakta empat
tiap-tiap hari aku makan tempe sahaja.

orang jawa mana sumpah aku ni?. dem.

5.1.10

Ketandusan air mata

lokasi: klcc
insan: sarah. aing

sampai klcc. terus beli tiket. nasib baek tak ramai. aku janji nak belanja aing. dan dia diberi veto untuk pilih cerita apa nak tengok. dia pilih 'bodyguard & assasins'. apakah?. poster kurang meyakinkan beb. buruk tahap layak dilaknat.. tapi takpe. aing punya pasal. layankan aja. smuga aku tak tido. puhh.

masuk wayang. tak sampai 15 orang. permulaan cerita. bes. cerita ni berdasarkan sejarah rupanya. setengah jalan. satu wayang nanges. termasuk la aku. macam siot tol la. baru semalam aku nanges segelen. lagi segelen aku nanges.

ain: takpe sarah. nanges ni bagus. buang toksin.

tapi.. tapi.. aku dah tetandusan toksin kini. abes cerita. aing mata bengkak macam perlakon dalam cerita tu. aku gelak. walhal mata aku pun sama je. bila kuar. rupa-rupa. satu wayang la mata bengkak. gilo. tapi cerita tu sumpah bes. tahap patriotik terus menjulang tengok kisah revolusi china. bila tengok cerita patriotik melayu. rasa macam nak lari oversea. kronik. pape pun. mekasih ain. kamu memang rare. haha.

wayang dah abes 15 minit. aing tak abes sedih lagi. sampai sakit kepala la. nak muntah la. haha. mendalam tul kesan cerita tu. bes. bes. aku kasi 4.75 bintang. haish.. tengok king kong pun tak nanges camni. dem.

4.1.10

Pathos

1045pm
aku: sila turun cik abe. lg 5mnt sampai. :)
kau: aku tak siap lagi. naek la atas dulu.
aku: segan la aku. xpe. ko siap2. aku ronda2 dulu.

aku lapar. singgah petronas ampang beli 100 plus. ingat nak makan. tapi nanti ko plak kecoh nak makan gak. ahh.. takpe la. tunggu kau. makan sekali.

1105pm
aku: aku lapar... urghhh...
kau:

mana kau?. haish.. takle jadi ni. asal lembab gile siap. ratu cantek pun tak siap lama camni. tapi takpe. aku tau ko tak sehat. aku tunggu cket lagi. fuck. lapau gile. naseb baik aku takde gastrik. kalu tak. dah lama bergolek tengah jalan raya. hm. ronda ampang. tengok lampu. aku lalai. ibarat serangga tengok lampu. tengok jam. 1120pm. isk. tak le jadi ni. ini sudah lebey. aku dah start amuk.

aku: ko ok ke?. kalu ko xnak kua. busy. juz tell me. i can drop d books kat guardhouse. lama sangat ni.
kau:

diam. ko diam?. pukim*k tol la. aku dah tak tahan. aku nak hanta buku je la. takkan nak kene tunggu lama camtu. hampir 40 minit. ko ingat aku ape?. aku dah naek tok sheikh. marah menggila. tibe-tibe sms masuk. ntah number sape.

setan: woi. _____ suh call back.

what the fuck?. aku amuk. buku ko. aku tinggal kat guardhouse je. pastu aku balik umah. persetankan ko. dalam perjalanan. kau telefon 3 kali guna number asing. aku abaikan. pandai pulak nak call. tadi?. urgh...

dalam perjalanan ke rumah. aku nanges. pedih sampai ke ulu hati. aku tak pernah nanges hal-hal camni. tapi kali ni kau dah melampau. kenapa la aku sabar dengan kau selama ni?. bodoh.

kau. pegi mampus.

2.1.10

Kitar semula

sempena menyokong amalan kitar semula ni. aku ingat nak kitar semula gak la. yang paling utama. azam. kerna aku takda azam baru. dah la azam lama pun tercapai tak sampai suku. isk. ampes. oleh itu. usah membazir. mari kita kitar semula azam lama.

a) menjadi lebih rajin dari tahap kerajinan yang sedia ada
(siapkan assignment awal. bukan 3 jam sebelum date line)
b) jadi lebih cantek dari dulu (dulu cantek ke?. hmm)
c) jangan melawan cakap orang tua (melaenkan insan yang cari pasal dulu)
d) jadi anak yang baik (jangan cari gado dengan mak bapak)
e) jadi pekerja iimu yang cemerlang. gemilang. dan terbilang.
f) kalu bley. cuba grad sebelum oktober 2010.
g) perbanyakan keje amal.
h) dengar apa lecturer cakap dalam kelas. bukan main sms. tido, berangan atau bersembang
i) menghapuskan sesi mengutuk, mencaci, menyumpah, mencarut dan sebagainya
j) simpan duit. pastu pegi melancong. tengok dunia. aku suka
k) perbanyakkan aktiviti bersosial seperti karaoke, boling, tengok wayang dan seangkatan dengannya
l) jadi manusia yang lebih baik secara menyeluruh

isk. gile babi banyak azam aku. haha. smuga tercapai 25% dari jumlah keseluruhan.

1.1.10

Dua Kosong Satu Kosong

Selamat tahun baru
kepada aku dan masa depan.
smuga hidup aku makin sukses.