28.3.14

Panggilan Mekah

[ Haji Baha dan Hajah Zarinah ]

dan arini. mak dan ayah aku akan pergi menunaikan ibadah umrah selama dua minggu. adoih lah. serius jeles. nak ikot jugaaak. tapi takpe lah. rezki daku di tahun akan datang rasa nya. ceh ayat sedap hati. huhu.

pape pun. insyaAllah selamat pergi dan pulang seada nya. sila lah pulang dengan kurma nabi bebanyak. teringin woit. nak mintak fridge magnet macam tak kene tempat plak kan. hehe.

love you mama ayah.

25.3.14

Makeover kata nye

semalam dapat call. kata nya kereta dah siap. serius terkejut. cepat gilas. patut nya seminggu. sekali kurang. bagus memang bagus tapi risau lah jugak. manatau kene caj ekstra kan. sekali sama. 

fuhh. lega.

dan tadi. aku dengan hati riang turun taman desa jemput cik kuning. peh. berkilat kilat okeh. siap bau cat lagi. dan benda pertama aku buat. usha hasil kerja. hm. workmanship bagus. tak nampak langsung kesan eksiden. cat pun okay. smooth.

lega lah cket. terasa berbaloi lah bayar ratusan. walau aritu gila down amek duit kat atm. haha. pape pun. yang penting. benda dah lepas, lepas. insyaAllah dah tak eksiden pasni. Ameen. 

kepada cik kuning. welcome home! jom drift. vroom vroom.

22.3.14

Cekal kan hati mu

setelah hampir sebulan cik kuning kene langgar. sudah tiba masa nya untuk aku anta dia pi workshop. ikut kan hati. takmo hantar lagi. fulus takda. tapi sekali terkantoi dengan bapak gua plak. aiseh.

tapi bagus lah jugak. kalu tak. sampai sudah cik kuning pakai baju senteng sebelah. sungguh tak mengancam. heh.

setelah survey bagai. maka jumpa lah kedai di puchong yang boleh baiki dengan harga agak murah. tu pun kene rm700 gak. mengalir jap air mata jantan aku. tapi okeh lah dari ribu riban. air mata darah terus kalu ye. 

wahai cik kuning. mari lah kita bersama sama cekal kan hati. huhu. smuga bertemu kembali secepat mungkin.

im gonna mish u. 

18.3.14

Exam nan psycho


tadi kelas degree. dalam masa yang masa. ada exam online mara.

dilema. 

pikir punya pikir. las las aku menyelam sambil telan air. suruh student bikin kerja dalam kelas. aku plak jawap exam psychometric dengan bahagia. terbaek.

tapi serius takle fokus. dengan internet unstable nye. dengan student sibuk nak tolong jawap jugak. rajin bebenor lah. adoyai. dugaan abes. hm. ini lah balasan menyalahguna waktu kelas untuk kebaikan sendiri. haha.

seratus soklan. satu jam. dan soklan dia.. omak kau. ting tong sungguh.

seksyen satu: soalan IQ. smua orait melainkan soklan matematik. huish. mampu tumor aku mikir jawapan. las las tembak aje lah. 

seksyen dua: soalan EQ. yang ni aku suka. takda kira kira. main tick ikut suka. haha.

seksyen tiga: soalan berkaitan negara. teramat mencabar kehidupan. kalu tanya rukun negara aku tahan lagi. ini nye tidak. tanya pasal undang undang negara ke 172. tarik napas dedalam je lah jawap nya. huhu

genap sejam. anta jawapan. lantas meneruskan kehidupan sebagai seorang pensyarah. pehh ayat. baru jawap seratus soklan dah bengong camni. masalah tol lah. heh.

pape pun. sudah cuba yang terbaek. finger crossed aje lah. insyaAllah ada rezki. dapat lah merasa pergi interview mara. kalu tak. kita buat interview sendiri. haha. 

11.3.14

Indonesia Indah: Surabaya Lama

kalu lah tau surabaya ni bes. dah lama aku apply cuti lebih. huhu. sempena hari terakhir di surabaya. kami pakat redah sampai lebam. asyik naik angkot je mentang mentang dah power. heh. 

dari kya kya (kembang jepun) ke monumen kapal selam ke tugu suro boyo. merata lah cover. pantang nampak benda menarik. konfem suruh angkot berhenti. busan? naik angkot lagi. memang takda arah tuju langsung. yang tau, berhenti mana nampak menarik. hm. strategi yang bagus. 

 [ pintu masuk kya kya ]

 [ hadi dan grafiti surabaya ]

 [ monumen kapal selam ]

 [ barang nostalgia kapal selam ]

 [ tugu suro dan boyo ]

 [ museum rokok sempoerna ] 

 [ kami ]

[ muka tak rela pulang. hehe ]

walau pun aku pergi empat hari je. ntah kenapa aku rasa waktu gerak lambat gila. banyak gila lokasi menarik kami berjaya tawan. hampir smua 'must do list' aku dah tergores. Alhamdulillah. yang pasti. surabaya bersih dan bes. insyaAllah murah rezki. aku akan datang lagi sekali. khas untuk aktiviti melepak dan makan je. hehe.   

hm. masa untuk usha destinasi seterusnya. woot woot.

10.3.14

Indonesia Indah: Jathilan

sebelum trip neh. aku belum apa sudah bikin research pasal cultural performance. dengar kata. surabaya power gak kebudayaan dieorang. masih kuat lah. dari reading aku. katanya, harus tengok pertunjukan di balai budaya. setiap pagi ahad jam 10am. percuma plak tu. layann. 

sesampai je jam 10am. penuh dengan warga indonesia. kami je kot orang luar time tu. tapi muka rupa indon gak. takda beza mana lah. hehe. dalam 1030am baru mula. berkumandang lagu jawa siap gamelan. pegh. mendayu kot. 

kejap tu. keluar pakcik otai perasap kuda kepang. dengan kemenyan kot. aku dah rasa pelik. tapi layan je lah. ingat showmanship. gimik kasi penonton excited macam aku kan. heh. lama tu keluar penari jathilan kecil. gadis muda joget kuda kepang. lepas gadis muda. kuar teruna plak. terus tegap aku duduk. haha.

[ upacara seru menyeru ]  

[ otai gila musician jathilan ]

[ tarian kuda kepang secara berkumpulan ]

[ comey mamat ni. sempaaat. heh ]

[ datang dah. dataaaaang dah dia ]

[ sesi kunyah bara api okeh. kau mampu? hehe ]

[ fleksible sungguh pemuda ini ]

[ upacara buang puaka ]

memula okay tapi makin lama makin pelik. mana tak nye. dari 5 penari. 4 dah kene rasuk. aku sumpah memula ingatkan dieorang berlakon. tapi lepas merangkak makan bara api bagai. aku percaya lah. mata puteh kot. dah lah fleksibel gila teruna yang dirasuk. risau gak nengok.

mula mula santai. sekali rasukan makin menggila. sampai tok otai smua keluar kot. satu teruna, empat orang pegang. aku nengok sherly muka dah cuak gila. tak pepasal kejutan budaya. haha. tapi disebabkan out of control, show abes awal. aiseh.

mana tak nye. abes pengsan yang kene rasuk. camne nak sambung? tapi takpe. berpengalaman gak tengok jathilan real punya. kata nya team ni dari yogyakarta. dan setau aku yogyakarta memang kuat kebudayaan mistik mereka. pape pun. sapa lawat surabaya. sila lah singgah balai budaya. tak rugi nengok seni jawa.

9.3.14

Indonesia indah: Pekan Surabaya & Pulau Madura

sesampai je surabaya. hujan lebat gila. hmm. patut lah tido lena semacam tadi. hehe. kerna smua muka kebuluran aku nengok. pakat cari makan di stasiun purabaya. belasah je gerai memana janji lauk nampak power. dan memang sedap lah. murah plak tu. ahh.. syurga oi.. syurgaaa. hehe. 

dah kenyang bagai. terus amek taksi ke guesthouse. aku tak booking pun. main redah je. cuba nasib dan lagi sekali, nasib berpihak pada kami. ada 2 bilik kosong. memang ngam lah. lokasi pun central. usha bilik. pun bersih dan selesa. siap aircond dan wifi. terbaek lah. masuk je bilik, terus mandi kot. daki seinci kot. haish.

lepas mandi. sambung tido. peh. nikmat gila. dah lah aircond. niat di hati nak lena sejam dua. amek kau. sekali bangun dah magrib. koma ke apa neh? hehe. sesiap dan terus keluar explore pekan surabaya. pusing punya pusing. tersampai area tunjungan. plaza terbesar di surabaya dan percaya lah. memang besar gilas. ala ala one utama tapi lagi bersepah.

seperti biasa. lokasi pertama? food court. banyak gila choice okeh. naik juling aku usha menu. las las aku oder smua. haha. lepas makan. pakat tengok movie. sebab bajet jutawan kan. terus amek first class dan serius sangat berbaloi. rasa macam kat hotel kot. pelik gila. haha. 

[ detik backpacking tegar ]

[ nasib redah guesthouse ada kosong ]

[ suasana surabaya lama yang nyaman ]

[ masjid cheng ho yang kiut ]

[ grafiti muzium sempoerna ]

[ sherly dan stasiun joyoboyo ]

[ permandangan dari feri. indah ]

[ excited siot jejak madura ]

lagi bes. patut duduk surabaya je. ntah camne boleh tersampai pulau madura. haha. turun jeti sebab hadi nak amek gamba suramadu. sekali silap jeti daa. tak pepasal beli tiket naik feri ke seberang. sukati je. naik feri 20 minit. sampai. turun jejak tanah madura. pastu naik feri balik. memang takda keje tol lah. tapi takpe. yang penting dah jejak madura. wohoo.