19.1.09

Kecantikan itu hak milik setiap insan

7.1.09

Kenyang makan hati

berdiri ku di suatu sudut terpencil.
sendirian. takut. lapar. sunyi.
lalu kau hadir,
membawa erti baru.
ku lupakan segala sengsara.
gembira.
kau hulurkan hatimu
lalu pergi.
meninggalkan aku sendiri.
kelu.
ku tatap pemberianmu.
ku kunyah sedikit demi sedikit.

terima kasih teman.
kini ku kenyang makan hati.

Jika bulan bisa ngomong

jika bulan bisa melihat,
akan ku tayangkan suka duka kehidupan yang tlah kita lalui.

jika bulan bisa mendengar,
akan ku bisikkan rahsia yang terpateri di antara kita.

jika bulan bisa berkata,
kan ku suruh dendangkan lagu persahabatan kau dan aku.

agar kisah kita, akan terus berkumandang
selagi bulan mewarnai langit malam.

4.1.09

Kelu

khamis. 010109

1 missed call. jam 2116pm. orang aku minat.
berdebar. nape dia call tadi? aku tunggu.
jam 2148pm. telefon berdering. dia telefon.


aku : kenapa awak call?. ada apa-apa yang penting ke?
dia : saya ada function nanti. apa awak sudi jadi date saya?
aku
: ………... [kelu]

di awangan. tiba-tiba aku suka tahun 2009.

Ayuh renew azam baru

azam oh azam. tiap-tiap tahun aku wat list azam tahun baru. tapi tak pernah aku ikut. paling bagus, 0.5 dari 10 aku capai. layan la. janji ada. jadi, ayuh wat list azam baru 2009.

a - menghapuskan sesi mengutuk, mencaci, menyumpah, mencarut dan sebagainya
b - harus mengurangkan berat badan walau hanya 0.009 kg saja
c - menjadi lebih rajin dari tahap kerajinan yang sedia ada
d - kurangkan tido. [ohh tidak]
e - jangan dera tot, kucing aku lagi. perbanyakkan sesi membelai
f - makan vitamin yang mak aku beli setiap hari
g - kasi tempat duduk dalam lrt pada ibu mengandung lebih 5 bulan, orang tua yang ada osteoporosis, kanak-kanak bawah 3 tahun, orang kurang upaya yang tak berkaki untuk duduk kat tempat aku
h - buang sampah di tong sampah. bukan kat tempat yang ada sampah
i - dengar apa lecturer cakap dalam kelas. bukan main sms. tido, berangan atau bersembang
j - sayang bumi lebih. boleh kurangkan kes tanah runtuh
k - hidupi kehidupan puas-puas. hidup hanya sekali
l - tunjuk yang aku sayang orang yang aku sayang. tell them ‘I love you’. bleh merapatkan ukhwah
m - simpan duit. pastu pegi melancong. tengok dunia. aku suka
0 - perbanyakkan aktiviti bersosial seperti karaoke, boling, tengok wayang dan seangkatan dengannya
p - jadi manusia yang lebih baik secara menyeluruh

agak-agak.. berapa yang aku boleh capai? macam lebih dari satu je

2.1.09

Kerna aku di tag

Ciri Lelaki Idaman Anda :
a - pandai masak. ini kerna aku suka makan tapi tak suka masak. kalu dapat jejaka pandai masak. maka kurang satu beban aku. haha. lagipun, laki yang pandai masak ni sexy la.. aowww.. yum yum..
b - muka sedap mata aku pandang. aku tak mintak yang hensem macam hugh grant. janji mata aku tak bengkak bila pandang dia. lagipun, kalu muka dia tak sedap mata memandang, maka rugi lah duit aku sebab kene sponsor topeng setiap hari.
c - tinggi dari aku. sebab baru senang nak bergayut. hmm..
d - tegap atau chubby. aku tak nak orang kecik dari aku. sebab aku yang jaga dia. bukan dia jaga aku. kalu ada orang nak kacau aku. sapa nak tolong?. ohh.. tragedi.
e - tak kedekut. bukan nak suruh dia tabur duit atas aku. cukup kalu dia tak berkira bila keluar makan dan bersosial.
f - full of suprises. ini wajib. tapi kalu dia kasi aku terkejut smpi aku mengalami sakit jantung separa kronik. aku tak rela.
g - berseni. aku suka lelaki yang ada ciri-ciri kesenian cket. aku suka orang pandai main musik. cair seyhh..
h - pandai. belajar tak tinggi takpe. janji bila kami keluar, banyak topik boleh dibincangkan. aku tak suka laki yang kuno dan hampeh. bajet pandai tapi macam haram.

Lelaki Yang Tak Pernah Anda Minati Sepanjang Hidup :
a - gigolo dan sewaktu dengan nya. aku nak yang masih teruna. haha.
b - panas baran. aku tak suka laki yang suka marah, tengking dan pukul insan tak bersalah. terutama kalu insan itu adalah aku. kalu nak marah.. pegi duduk dalam hutan sorang-sorang.
c - kedekut macam haram. kalu kedekut, jangan cari awek. duduk diam-diam. tapi lagi hampeh kalu dia kedekut, pastu ada hati nak kikis aku. ya. aku bukan kerja cetak duit. tolong la paham.
d - bodoh sombong dan jakun aka kuno. cover la cket. tolong jangan malukan aku di khalayak ramai. puh-lezzz
e - suka menunjuk kerna ego yang melampaui batasan. laki macam tu patut pupus dari muka bumi. haha.
f - takde manners dari semua segi. haa.. ni lagi satu. juga harus pupus dari bumi. haiyakkk!.
g - suka mengongkong. aku suka bebas. nak jeles. boleh tapi jangan lebih-lebih. kalu aku nak lepak dengan kawan pun tak boleh. ini sudah lebih. nyah kau dari idup ku. hmm.. emos plak.

Perasaan Anda Sekiranya Keluar Dengan Orang Yang Minati :
a - cuak gile babeng
b - happy yang teramat sangat
c - kedua-dua di atas

Tempat Istimewa Yang Ingin Dilawati Bersama Pasangan Anda :
a - mana-mana pun orait tapi sebab aku suka melancong. negara-negara baru yang exotic. besh nyeee..

Barangan/Sesuatu Istimewa Yang Akan Anda Hadiahkan Kepada Si Dia :
a - errr.. takde kot..

Tajuk Lagu Yang Akan Anda Nyanyikan Untuk Pasangan Anda :
a - dancing in the moon light by toploaders
b - happiness is a warm gun by the beatles
c - when did your heart go missing by rooney

Rakan Yang Anda Tag Dan Mahu Mereka Buat PERIHAL Ini :
a - fakiera razaki [ tapi dia dah wat ]
b - dianarism
c - ain guzzle

Dua Kosong Kosong Sembilan

selamat tahun baru pada diri sendiri. wohooo~