27.1.09

Pengalaman aku dan weed

semalam aku cuba isap weed. mula-mula aku tak nak. ragu-ragu. risau. macam mana kalu aku high?. pastu aku wat tarian bogel atas meja?. tak ke benda tu memudaratkan kesehatan dan maruah aku?. tapi ada dasar ingin mencoba, aku pun join la sebadan. sedut. hm. unik rasa dia. tak sedap pun. sedut lagi. takda kesan pun. kemudian, aku sedut la lagi wat kali ke tiga, empat dan hingga ke lima belas. takda kesan. kagum.

aku pertama kali cuba. aku cket pun tak high. orang lain? insan-insan yang advance atau pro dalam aktiviti sedut-menyedut weed, belum apa dah high. apakah semua ini satu petanda?.

yang aku dilahirkan immune kepada weed?. mungkin.

Jom makan oren sampai kembung

Tarian naga. Oren. Gendang Cina. Ang Pow. Cheong Sam. Yee Sang.

perkara yang aku akan ingat setiap kali tahun baru cina. besh. tapi aku paling suka oren. sebab aku boleh makan sampai kembung. tarian naga dan gendang cina aku tak reti main. ang pow tak pernah aku dapat melainkan aku kasi kat diri aku sendiri. cheong sam aku tak muat pakai. yee sang tak minat sebab tak sedap. yang tinggal, hanya oren. hmm.

aku dan oren, ibarat irama dan lagu pada raya cina. jom makan oren lagi. slurppp~

gong xi fa cai!

19.1.09

Malam telinga aku di nodai

170109

aku dan amin tengah seronok melepak kat rumah sambil main ps2. bila tiba-tiba kakak aku ajak pegi subang, ada poetry slam. hm. nak pegi ke tak nak pegi. jauh tu, subang. walau hakikat nye bukan aku yang drive. tp.. tp.. jauh gak. *pikir* ok lah! ikut saja. teman kakak aku. hm. mithali jugak aku ni rupanye. berbalik pada cerita, aku dan amin pun bersiap la. pakai sempoi je. gathering budak-budak seni ni lepak cket. bajet.

pi la kami ke subang cari tempat. rupa-rupanya wat dekat rumah org. prof chee sing dari UM. ok la. pusing punya pusing. setelah sesat hampir 30 minit, sampai lah kami di rumah dia. naik lif. tingkat 15. ting tong. masuk. peghh.. lawa siot rumah dia. untuk seorang prof yang rambut macam mop lantai, memang kelassss rumah dia.


memang baik la prof. tu. baru je masuk rumah, terus dia pelawa makan. aku, amin dan sheena senyum lebor semacam. kami memang simpan perut untuk makan free ni. usha. dominos. yum. aku pun dengan muka kelaparan pun terus menuju ke meja. tengah pilih piza apa yang best. tiba-tiba aku rasa seluar aku basah. aku pandang bawah.

rupa-rupa beg aku langgar air. tumpah. banyak plak tuh. maka basah la seluar aku. semua mata memandang. kakak dan adik terus wat tak kenal aku. tak guna. nasib baik aku agak bertenang walau hanya tuhan yang tau. tsk. aku mintak kain, aku lap dengan sopan santun nye. kemudian prof datang bawak mop. oh hero ku! aku pun lap bersama prof. hm, romantik plak. pas dah lap, aku amek piza. duduk. makan.


bila aku pandang meja tadi. aku bersyukur. aku tumpahkan segelas cawan plastik berisi sprite. bukan gelas kaca berisi wain. lega.

ok. program pun mula. ada 12 orang. 2 lagi penyajak. oh ya, 11 dari 14 adalah budak master UM. lagi tiga : aku, kakak dan adik. takpe. penyajak 1 (kakak aku) : menarik. 5 sajak pendek yang dibaca dengan penuh ekspresi. memang budak BEN sejati. penyajak 2 (dari UM) : sajak sedap tapi satu sajak 6 lai. baca macam tak ikhlas. aku dan adik aku dah tak tahan. ngantuk. tapi masing-masing pasang muka menghayati seni. hm.

intermission : satu mamat tawar diri nak nanyi. siap bawa gitar. juga dari UM.


ok. dia adalah penyebab telinga aku bengkak satu hari. tragedi. mamat ni sebijik macam orang-orang dalam american idol. tak boleh menyanyi tapi ingat suara dia paling sedap dalam dunia. perasan. tak sedar diri. nanyi lagu rekaan sendiri. percaya la. memang tak sedap. aduh! aku, kakak dan adik masing-masing tahan gelak. tapi aku memang respect orang UM. mereka menhayati sakan. siap goyang-goyang kepala. pandai berpura-pura. eh, atau memang depa suka. urghhh. tertekan. 3 lagu dia nanyi. malam paling seksa dalam tahun 2009. malang.

sebab tak tahan. adik aku kena asma. kakak aku amek peluang nak balik. alasan : adik asma. adik aku asma sebab terkejut dengar nanyian laki tu. tak sangka adik aku alergik pada nanyian yang tak sedap. unik. kami pulang dengan gembira.

terima kasih amin.


Kecantikan itu hak milik setiap insan

7.1.09

Kenyang makan hati

berdiri ku di suatu sudut terpencil.
sendirian. takut. lapar. sunyi.
lalu kau hadir,
membawa erti baru.
ku lupakan segala sengsara.
gembira.
kau hulurkan hatimu
lalu pergi.
meninggalkan aku sendiri.
kelu.
ku tatap pemberianmu.
ku kunyah sedikit demi sedikit.

terima kasih teman.
kini ku kenyang makan hati.

Jika bulan bisa ngomong

jika bulan bisa melihat,
akan ku tayangkan suka duka kehidupan yang tlah kita lalui.

jika bulan bisa mendengar,
akan ku bisikkan rahsia yang terpateri di antara kita.

jika bulan bisa berkata,
kan ku suruh dendangkan lagu persahabatan kau dan aku.

agar kisah kita, akan terus berkumandang
selagi bulan mewarnai langit malam.

4.1.09

Kelu

khamis. 010109

1 missed call. jam 2116pm. orang aku minat.
berdebar. nape dia call tadi? aku tunggu.
jam 2148pm. telefon berdering. dia telefon.


aku : kenapa awak call?. ada apa-apa yang penting ke?
dia : saya ada function nanti. apa awak sudi jadi date saya?
aku
: ………... [kelu]

di awangan. tiba-tiba aku suka tahun 2009.