25.4.10

Biarkan aku sendiri

dem. gile emosi tajuk entri kali ni. haha.

ok. arini aku sampai malaysia dari filipina, bumi jejaka tampan. gile pasrah masa nak kene balik malaysia. sebab aku yakin. aku sebenarnya dilahirkan untuk menetap di sana. tapi ntah camne. sesat kat malaysia. malaysia pun malaysia la. bley naek kereta proton kan?.

10 hari rasa macam sekejap gile. pejam celik. celik pejam. dah abes. haish. saat-saat genting ni la aku perlu khidmat doremon. tapi takle. syirik. haha. masa nak balik tu. berat hati gak la. kene plak bila nak tinggal jejaka igorot yang hot gile. ada sorang muka macam zec efron ok. bukan setakat cair beb. dah masuk proses kondensasi dah ni. kawal napsu sarah. kawal. ingat uia. apakah?.

pape pun. 10 hari. bajet keseluruhan kurang dari rm900. terima kasih kat kakak aku yang rajin wat research. setahun beramah mesra dengan internet. kalu aku la. dah berbuih mulut tatap internet. hmm. simpan duit lagi la. cukup je duit. lari pi sagada. jumpa skandal skandal igorot. pegh.. berangan setann. haha.

oh kak. tahun depan mana mau pigi?.

waaa weee wuuu

16.4.10

Aku sumpah tak curang, Malaysia


hah! bulan dah mengambang. masa untuk bertukaaaaaar (baca dengan gaya gaban)

sah aku kurang gula. dramatik tak tentu hala. huhu. ok. sekarang sudah tiba masa untuk berhijrah ke dunia baru. ececeh. ayat macam haram je. hoho. pape pun. aku akan backpacking ke filipina selama 10 hari. pegh.. gile la kau sarah. 10 hari tuh. haha. hmm. tetiba plak berdebar. tsk

apa-apa pun. smuga aku selamat pergi dan pulang ke malaysia balik. takda apa-apa masalah sepanjang duduk kat sana. nanti aku amek gamba curi jejaka kacak filipina. tak dapat yang betul. gambo pon jadi laa. apa yang penting?.

kerjasamaaa..

salah. yang penting niat murni nan tulus. haha. so, wish me a safe journey ye kawan-kawan. =D

15.4.10

Temuduga yang mencuriga

lepas sesi interview dekat wief. aku rasa macam nak lompat menara klcc je. tapi tak jadi. sebab jauh. dah la nak naek jambatan kene amek giliran. kacau jiwa je. oleh itu. wat masa sekarang. aku tunda je niat itu.

sehari sebelum..
ada nombor mana ntah tepon aku. selalu nya aku tak jawap. jual mahai. tapi kali ni gerak hati aku suruh angkat. chewah ayat. gile rempit. haha. ok. aku jawap. ada mamat mana ntah cakap omputeh. sedap gak suara dia. tapi aku lagi suka kalu dia cakap french. tibe tibe. huhu. dia cakap dieorang dapat resume aku. so. aku kene datang interview untuk jadi liaison officer. janji 4pm kat wisma antarabangsa.

hari kejadian..
4pm tepat aku sampai. dah la kene tipu dengan apek taxi. miskin rm15 aku aritu. setaan. tapi takpe. yang penting aku sampai tepat waktu. masuk wisma. cari wief. tengok wief. rasa macam nak pitam. lawa gilee. dah la orang dalam tu pakai smart gile. aku pakai baju. suar. tudung tak bergosok kot. nasib warna hitam. pasrah gile. aku ingat interview bodo bodo je. haa. padan muka aku.

tunggu hampir 30 mnt. orang sebelum aku lama gile kot. akhirnya. aku kene panggil. ikut masuk office. kene interview dengan dua insan. dieorang tanya aku camne aku datang sini. nak kasi aku selesa la kot. aku pun bercerita la pasal aku kene tipu dengan apek taxi. aku pun cerita pengajaran hidup yang aku dapat. dieorang gelak gelak.

5 minit kemudian..
interview abes. biar benar. apsal orang sebelum aku nak dekat 30 mnt. aku 5 mnt je?. waaaaa.. tensi nye aku. dah la bro. annas dengan sengih sengih hantar aku sampai pintu. apa maksudnya?.

aku harap aku dapat jadi liaison officer tu. kalu tak dapat. aku bom program wief. bah-hahahah.

sakit mental

14.4.10

Jejak Kasihan

insan: sarah. amad. takrir
lokasi: rashid, ampang

semalam lepak mamak jam 1 pagi dengan playboy bandar chukai. lama gile tak lepak kot. ada la dalam 4 bulan. lama la sangat kan. haha. ok. ok. sebab lama tak jumpa. bila jumpa sekali. borak sampai lenguh mulut la kan?. bak kata orang tua. alang alang menyeluk perkasam. biar sampai ke pengkal lengan.

apa kene ngene pun aku tak tau la. haha. abaikan. abaikan. ok. kesimpulan perjumpaan tiga hala itu:

wahai amad. rambut baru kau yang macam orang iban tu. sesuai amat dengan kau. kau nampak comei. sumpah aku rasa nak geget geget kepala kau. haha.

wahai takrir. ko memang pendiam. tapi kau baek. aku rasa macam nak kasi ko scooby snack.

wahai rashid. ko memang pandai wat roti nan. nan cheese ko memang terbaek dalam ampang. mampu dapat anugerah.

12.4.10

Pos balik gambia karang...

semalam masa tengah beramah mesra dengan cik syafa di ym. tiba-tiba ada orang buzz aku. kacau itu stim saja. tengok. kawan uia. mahfuz. insan dari bumi gambia. aku pun layan la (baek tak aku?). ketika tengah membahagi masa berkualiti melayan syafa dan mahfuz. statement takle blah. haha. tiba tiba. aku terdisconnect dari dunia maya (ampes punya digi). dunia maya?. wtf? statement takle blah lagi.

ok. sambung balik. alang alang dah terdc. aku tutup laptop terus. siap siap. kuar bercanda dengan kawan. aku pun bergumbira la. ho ha ho ha. balik ampang. buka balik internet. check facebook. cik mahfuz ada anta message. aku pun check la. dia tulis:

At least say gudnite, not just signing out, thats not professional

huh?. kau jatuh terhantuk bucu meja ke? apa kes tetibe emo ni. dah la cakap aku tak professional. aku laknat laknat kau. bes bes. sebab aku saja nak cari pasal. aku pun balas la. sambil gelak jahat. aku tekan send:

fine if you think im unprofessional. but hey. u acting very childish. grow up aite

tak sampai 15 minit. dia balas:

Am sorry if I pissed u up, I don't mean to touch ur nerves.

haaa.. tau takut. hahaha. kakak aku suh reply dont touch me (lawak gak lawak kakak aku. haha). tapi aku wat diam. chewah. poyo je. tapi mampus la.

kepada mahfuz gambia. sila jangan emo emo. kalu emo tak kacau orang takpe. ni kacau kondisi mental aku. wat lagi. aku report pos malaysia. pos ko balik gambia.

takut tak?. takut la.. takut laa..

11.4.10

Burung kakak tua

lokasi: al rawsha, damai
insan: sekutu baharudin dan zarinah
sempena: anniversary ke brape ntah mak ayah den

sambil makan kebab kambing termasyur.

aku: jap lagi nak pi pavilion. sape lagi join?.
dia: kakak. cass. angel. sofi. husband sofi.
aku: aik?. laki dia pun ada. ingat all girls. sibuk je nak join. hoho
dia: ala.. sofi ajak la tu. (baik seperti biasa)
aku: (muka gosip girl) ntah ntah. laki dia yang nak ikot. jeng jeng.

2 minit kemudian. sheena dengan muka seyes ala-ala gossip girl.

dia: ntah ntah. laki dia yang nak ikot. hmm

aku: macam kenal je ayat tu. woi. ayat aku tu. bahahahahah.

aku gelak sampai sakit ulu hati. apsal kau ulang balik ayat aku?. dah la dengan muka seyes. macam haram je.

7.4.10

Merdeka sudah. wohoo~

merdeka.

merdeKA.

merDEKA.

MERDEKA.

akhirnya. setelah 3 sem bercinta dengan buku. tamat sudah hubungan itu. haha. nyah kau buku dari hidup aku. pi maen jauh jauh. pi. hoho.