2.5.10

Marathon

peh.. perjalanan dari mahallah baru ke pustaka dah macam sesi marathon. gile jauh. harap takda stesen air je dalam perjalanan je. urgh. kan bes kalu ada. bukan setakat minum. aku rendam dalam baldi tu terus. haha.

genap 2 bulan. aku mampu masuk marathon peringkat sungai pusu. hm. positif sarah. ada baiknya berjalan jauh ni.

satu. akan lebih bershukur sebab masih punya kaki tuk berjalan jauh.
dua. kaki ko bakal lebih hensem.

araw araw

1.5.10

Du du du durian

tepi jalan. makan durian. ramai ramai.

tibe tibe bersyukur aku duduk malaysia.
cuba kalu duduk vietnam?
makan anjing golek la jawapnye.

tak bes langsung.

30.4.10

Aritu aku. kini ibu

uish.. tajuk aku rhyme tu. haha.

aritu. aku dan kakak aku pi phillipines.
esok. mak aku dan adik nye pi dubai.

sampai hati mama tinggal kami kat sini. kami nak makan ape?.

pegh.. emosi abes. drama gred A ni. bile baca balik. bley meleleh taik mata. huhu. walhal nak ikot. ahh.. jeles jeles. pape pun. ibuku:

+ selamat bergumbira di padang pasir.
+ jangan carik pasal dengan unta dubai. kang kene gigit.
+ jangan maen mata dengan tok arab.
+ beli la souvenir untuk saya. pasir gurun tak layan.
+ semuga selamat pergi dan kembali ke malaysia.

muat tak kalu saya nak masuk beg?

29.4.10

Asma atau asiah. mana pilihan kalbu?

ya. aku lurus. dan setia orangnya. tibe tibe. haha.

ok. ok. aku terpaksa pindah sebab mahallah aku. asma nak kene renovate. hm. banyak tol duit uia kan?. bila pikir pikir balik. mesti doh. dah potong abes gaji semua orang. tu yang kaya tu. lap hingus pun guna duit. ok. tu aku reka untuk kesan dramatik. huhu. ahh.. persetankan mereka. berbalik pada topik. aku pun kene pindah asiah yang menjadi jadi jauhnya. baru niat nak rajin pi pustaka. dah terbantut. (alasan).

dah la kene pindah kat tempat jin tendang. dapat bilik undergrad plak tu. hampagas tol la. tapi takpe. kita pikir positif. bak kata dada, cikgu yoga di sagada "you have to think positive. and the positiveness will reflect back to you. like a mirror".

baik cikgu.

tapi sumpah aku tak suka interior bilik tu. feng shui macam tak kene je. ececeh ayat. macam haram. haha. memacam la aku tak suka pasal asiah tu. tapi ada satu benda yang mencekalkan jiwa aku yang kacau bilau ni.

buka pintu. nampak mahallah dewa. bingo!. maka rajin lah aku beranyam di depan pintu.

mana aku simpan kaen batik ni?

28.4.10

Mabuhay Filipina

ok. lepas manila-banaue-bontoc. kami tiba di sagada yang lebih dikenali sebagai shangri-la (syurga dunia). sumpah cantek. dah la laki dia mantap tahap dewa. aaa.. uuu.. eee..

mengucap sarah mengucap. ok. sambung gambar.

echo valley. jerit sampai suara serak serak ayam. memang mencabar tekak.

dalam perjalanan ke sumaging cave. lawa siot. rasa macam amek gambar dalam studio je. pastu belakang tu canvas. haha.

spelunking. mencabar mental dan fizikal. nasib aku athletic. chewah. haha. sumpah bes. terima kasih cik kyle, guide berwibawa. dah la comei. eeee.. gigit betis kang.

sesi hiking untuk ke air terjun bomod-ok. sesi pencarian air terjun. kat malaysia tak mau carik la plak. tsk.

lepas sejam. sampai gak akhirnye. weeeee. sempat bersiram dengan anak orang asli yang badan smua nya ada six pax. gila la weh. ni nak mandi air terjun selalu gak ni. 24 tahun. asyik one pax je. jeles.

ok. ni memang kes langkah kaki kanan. tengah bahgia mandi kat air terjun mini - bokkong. ada orang jemput join picnic. rezki. rezki. oh ya. beras khas dari rice terrace. sedap dimakan begitu saja. seyes ni. punya la sedap. aku melantak sampai sunburn. lupa diri.

bersama jeffrey yang comei. guide masa ke bomod-ok.

sesi menyogakan diri bersama dada, ex-sami yang lawak gile. musykil. dia keje part time comedian kot?. menarik.

aktiviti paling aku suka. bonfire dan persembahan tribal dance dan gong bersama puak igorot yang gile babas hot. oh ya. tu guide kami masa spelunking, kyle.

ah.. aku rindu sagada. tsk

27.4.10

Ayuh mintak kewarganegaraan Filipina

insan: sarah. sheena. along. shan
destinasi: manila-banaue-bontoc-sagada, filipina
selama: 10 hari 9 malam
bajet kesuruhan: rm850

ikot hati. tak rela balik malaysia beb. tapi takle la kan?. kang dr. maskanah, aku punya supervisor jejak sampai sane. hm. ngeri gak tu. oleh sebab itu. aku pun balik la malaysia secara rela. macam hampeh je alasan. huhu.

pape pun. filipina memang best!. aku kasi 4 bintang. *tepuk tepuk*. dah la murah. orang dia plak?. bukan setakat baik. hensem hensem plak tu. uish.. memang lengkap pakej. laen kali pi. kene selotape plastik bawah mulut. wat tadah air liur. asyik ternganga je. huhu.

sebab banyak sangat benda kami wat. aku post gamba je la. sebab orang tua-tua cakap "gambar bernilai seribu kata-kata" (direct translation). tapi sebab koleksi gambo mengalahkan museum. aku post dalam 20 je. tu pun dah banyak aku rasa.

dengan ini. saya mempersembahkan 'wow philippines'.

ha.. tempat ni namanya intramuros. bandar dalam tembok. smua benda kat dalam berasakan spanish influence. cantek gile. tibe tibe nak menari flamenco. baru sesuai dengan mood intramuros. haha. sebab kami pemalas. ronda tempat ni naek calesa, kereta kuda. memang mashuk

tengok sunset di manila. jam 6.15. matahari dah terbenam. kalu kat malaysia. aku tengah maen lari dalam guni lagi.

melepak di Banaue's rice terrance. sumpah lawa gile. tapi bila tiap tiap hari tengok benda sama. dah tak heran. hehe.

ok. ni permandangan dari atas plak. sesuai dengan nama 'heaven on earth'.

sape-sape nak pi filipina. benda ni wajib wat. kat malaysia takle wat. baru niat dalam hati. dah kene saman jpj. ganas tak ganas jpj malaysia. hehe.

sibuk nak maen sungai. walhal sejuk menggila. tapi takpe. bila lagi kan? haa.. berbaloi baloi.

sesi beramah mesra bersama puak ifugao. kiut gile orang tua ni. ikot hati. nak je bawak balik malaysia wat souvenir. tapi tak lepas kastam la plak. dem.

ha.. jangan memain. ni la permandangan dari toilet guesthouse kiteorang. nyaman tak nyaman. hehe.

26.4.10

Pi main jauh jauh cik periksa

akhirnyeeeeee... *semput. tarik napas. sambung* eeeeee...

aku dah abes semua subjek wajib master. bes. bes.

sebenornye. result kuar masa aku kat sana lagi. tapi tak rela aku cek result. kang tengah shiok shiok bergumbira. nanges air mata darah sorang sorang di bumi anbiya. tibe tibe. haha. bila terkenang saat-saat gentir aku takle jawap periksa. baik aku lupa diri puas puas dulu. kalu tak. spoil abes. betul tak teman teman?.

betul....

malam tadi. aku dengan muka pasrah gile pi la cek result. abes nekad dah ni. walau apa terjadi. tabah je la. pedulik la result camne pun. nak meraung pun dah tak gune. betul tak rakan rakan?.

betul....

ok. isi matric. isi password. enter.

....

setann. lambat gile internet. bikin darah naek je. campak keyboard kang. hmm. seminit dua pastu. result kuar. tangan kiri tutup mata. tangan kanan scroll tengok result.

2 A-. 1 B+. weeeee~

pastu aku lupa diri. aku lompat dari bilik tengah ke bilik belakang. aku pun tak sangka aku ada kebolehan melompat dengan kadar berterusan. kagum weh. kagum. kakak aku dengan muka takde perasaan tengok aku. ya. adik mu bebas dari sampukan puaka kanggaru. tibe tibe. huhu. lepas dah semput melompat. baru aku sedar yang cgpa aku jatuh. dem. pastu sedih sorang sorang. sebab sedih punya pasal. aku amek kunci kereta. pi makan kfc. ntah pape. haha.

sesungguhnya aku merealisasikan pepatah melayu "bersenang senang dahulu. bersusah susah kendian". hmm. apsal cam pelik ayat tu?. ahh. persetankan mereka. yang penting. aku dah takde periksa. hunga hunga.