12.4.11

Puas

mempersembahkan..

my baby.

hasil penat lelah aku selama 24 bulan.
woot woot.
gila puas rasa. walau tak tebal mana.
janji tu smua usaha aku.


you go girl! :)

11.4.11

Fucknance

ok. mood aku membara arini. dah la hujan lebat. menjadi jadi emosi aku arini. nasib takda kilat. kalu tak. sepantas kilat aku karate smua pekerja finance uia.

orang makan gaji buta pun lagi pandai wat keje. haish. smua pekerja uia layak kene sebat 3 kali secara berjemaah. mana tak nye.

tengah bes bes nak amek partial transcript dari cps. tetibe takle. sebab apa?.

ya... pandai... finance blok aku.

apa kene pun aku tak tau. dah la tetiap sem aku bayar on time. bley plak maen blok blok. terus ke finance bertanya kabar.

aku: kak. tolong cek kenapa finance blok saya.
dia: awak kene blok sebab awak tak bayar yuran la.

itonasi kakak tu memang sial gila. nasib aku bukan anak raja. kalu ya. memang dah kene buang negara bikin gua murka. memang cari nahas neh. grrr.

aku: bila masa saya tak bayar nye?. (sambil tunjuk resit)
dia: (diam) haah la. awak dah bayar. em. kiteorang tak key in lagi.

terus cakap elok. haish. masak air pun tak mendidih secepat aku. memang pundek ayam tol la. orang makan gaji buta lagi pandai wat keje dari tu. camne bley dapat iso pun aku tak tau.

tak pepasal insan tak bersalah macam aku kene blok. nasib aku bawak resit. kalu tak?. mau kene bayar again. kalu doa. sah sah termakbul. doa orang teraniaya katakan. heh.

jap tu. dieorang unblock aku. minah finance bernama huda yang bajet bagus tu terus blah. mampus. ada aku kesah? tu la kau. wat keje macam taek. pastu nak tunjuk hero. rendam dalam longkang baru tau.

ok. dah kurang emosi. bley la makan dominos dengan tenang. yums.

7.4.11

Anak mithali

arini. encik baharudin. puan zarinah. dan aminuddin. selaku ahli keluarga turun kl dari chukai. dieorang pakat lepak kl seminggu.

serius aku suka.

boleh balik ampang. maka sep la dwet aku minggu ni. bes bes.

memang dasar anak mithali tol. bley dapat anugerah maulidur rasul camni. hehe.

oh mama ayah. wait for me (sambil lari lari anak)




sah sewel

6.4.11

Kelegaan melampaui batas

arini. tak jadi pi cps pepagi buta. bikin kacau je kalu dia takda. jadi. aku pi tengahari. sekurang-kurangnya. bahagian pertama hari aku. dipenuhi kenangan indah. ecewah. haha.

jam 2.30pm aku ke cps. muka tak berapa berharap sangat. tapi serius. aku tak henti doa supaya dia ada.

aku: salam. bro. aslam ada?
dia: ada kat dalam tu.
aku: yeshhhhh!! [dengan tangan tangan]
dia: ...... [terkejut]

hahahaha [gelak gumbira]. wagh. suka nya aku. kesian bro kaunter. terkejut jap. tapi serius. aku lega gile bila dia cakap ada. terus ke belakang. dan wat muka sedih. jenuh aku praktis semalam tau.

aku: salam bro. aslam. im sarah. i really need ur help. i cant afford to wait any longer. can u please please check my thesis and tell me what i need to change?
dia: salam. no problem. just a second.

masa tunggu dia belek. sumpah rasa lama gila. walhal tak sampai 5 minit pun. jap tu. dia berkata-kata:

dia: everything is ok. wait yar. i'll get the signature for you.

dia sign bahagian dia. dan terus mintak asst. director sign permisi bind thesis. aku terdiam jap. cepat gila. aku tunggu 3 minggu untuk proses tak sampai 5 minit?. tabah. tapi abaikan smua tu. yang penting. aku dah bley bind.

masa aslam kasi form. aku takle berhenti senyum. aku cakap mekaseh sesangat. pastu aku dengan pantas tepon meor si binder terkenal. kebetulan dia kat uia. suka nya aku. rasa macam smua urusan dipermudahkan arini. alhamdulillah.

anta thesis sama meor. dia cakap isnin ni baru bley dapat. agh. tak kesah la. janji dah lepas satu lagi proses. dan sekurang-kurangnya. aku dah tak risau. bley la tido mimpi pelangi pasni. bes bes.

heharap isnin ni dapat thesis on time. pastu mintak sign lecturer plak. smuga mereka itu datang keje minggu depan. kalu tak. tekanan plak aku. tak pepasal kene turun frim lagi. tetibe. haha.

wat masa sekarang. jom tido mimpi pelangi. yeay.

5.4.11

Tekanan? minumlah teh mas cotek

sekali lagi. ayam belum sempat berkokok. aku dah terpacak depan cps. ecewah ayat. macam ada je ayam kokok kat uia. gulai ayam ada la. hoho.

sampai cps. terus tanya bro. aslam lagi. dan....

dia: sorry sis. dia masih on leave.
aku: brapa lama dia on leave?
dia: tak sure la.

wagh. bley kene gout kalu tetiap hari camni. tsk.

marah punya pasal. aku dan una terus rempit ke frim. konon nak tapis kemarahan. situ banyak pokok. bley sedut oksigen bebanyak. kurang cket stress. iye iye je. agh. lantak. janji jauh dari uia. emo gila aku. haha.

sampai frim. canopy walk tutup. yeay. tepuk tangan. tabah gila. kalu ada lighter. aku bako canopy walk. abes smua benda aku nak bako. haha. nampak sangat tekanan. sian.

sebab dah ada kat situ. dan canopy walk tutup. aku dan una pun ronda frim. pusing punya pusing. terjumpa satu kedai. nama "malay tea house". layan je la. janji ada something. park. dan masuk.

pegh. comei gila kedai neh. macam rumah melayu lelama. interior pun kekayuan. buka tingkap nampak pokok menghijau. serius lawa. rasa tenang je. siap ada congkak kot. pekerja dia lagi ganas. pakai baju macam orang lelama. memula risau gak. iye ke orang?. jap tu dia kasi menu. ok. sah manusia. heh.

menu dia senonoh gak la. tapi kelebihan kedai ni. terletak pada nama kedai. iaitu teh. dieorang ada 22 jenis teh tradisional. aku amek mas cotek sebab aku suka nama tu. dan una. lemuni sebab bagus untuk asma. pastu oder dua lempeng dan roti jala gulai ayam.

sementara tunggu. pakat main congkak. las las. tersangkut kat situ. makan minum sambil maen congkak. duduk bersimpuh lagi. menepati suasana tol. harap tak pakai kebaya je. heh.

teh aku sedap. lega jap. teh una macam minum kerepek. haha. tapi takpe. penuh khasiat. ayat sedap hati. hoho. lempeng serius sedap. panas panas. cicah brown sugar plak. kenyang gilo. kalu tau. oder satu je.

sedar-sedar. dah 3 jam lepak situ. memang bes la. sangat tenang tempat tu. nanti bebila marah kat cps. bley minum teh kat situ lagi. haha.

4.4.11

Jatuh dan terjatuh lagi

pepagi buta dah sampai cps kot. sekali bro. in caj tak sampai lagi. awai sangat ke aku neh?. tengok jam. dah 8.30am. hm. bley potong gaji camni. alang alang kat area centre. pi lepak iimu jap. sesi mengimbau kenangan. heh. dalam 11.30am. pi cps sekali lagi.

aku: salam. bro. aslam dah sampai?
dia: dia tak datang. on leave. baru tadi dapat tau.

haaaaaa?. sumpah rasa nak bitch slap smua warga cps dah dan tu gak. emo siot. haha.

aku: sampai bila?. esok dia datang?
dia: insyaallah...
aku: takkan dia sorg je in caj benda ni. naya la camtu.
dia: haah. memang dia sorang je.

aritu thesis direjek sebab kertas. sekarang. dia plak tak datang. bley plak camtu. takda hal nak cuti. tapi gile kalu dia sorang je in caj. takda sign dia. takle bind thesis. buat dia balik raya sebulan?. abes mati berbuih bebudak uia nak bind thesis. grrrr.

terus aku makin lembik. serius takda semangat. dah la aku kene siapkan smua sekali dengan clearance sebelum 20 april neh. adoyai. heharap sempat la.

esok. misi ke cps kembali.

1.4.11

Jatuh di timpa thesis

bangun je tido. otak dah ligat mikir thesis. urgh. arini harus ke cps. mau amek correction thesis. heharap smua dah ok. dah penat. dah ah duit kuar macam air. tabah gila.

sesampai je cps. dupdapdupdap. serius berdebar. cuak siot. terus ke rak thesis. sesi mencari bermula. dan akhirnya. terjumpa thesis aku. tengok form..

rejected.

rejected?. wth. apa kes. wagh. bengang gila aku. terus usha kat mana silap. nampak tulisan pen merah.

"paper quality should be 80gsm"

apakah?. terus berasap. memula bengang sebab direjek angkara kertas. dan kedua. kerna di tipu dek kedai photocopy. mengunung kotak kertas 80gsm depan kedai. tapi guna kertas murah. setan gila. rasa nak bako je kedai tu. sebab ko la thesis kene reject lagi. tsk.

dah la arini jumaat. cps sudah mau tutup. tak pepasal kene anta isnin depan. haish. memang malang tol la. sumpah terus takda mood. jalan pun senget senget.

wahai kedai photocopy jahanam. petuih buat dikau. dan petuih lagi. dan lagi.

dan selamanya.