25.9.11

Sapa betul dia genius

dalam bebanyak kek. kek apa paling lazat dalam dunia?

a. kek berjenama lazat
b. kek 10 tingkat
c. kek bertatah berlian
d. kek kangkang

ya... salah!

jawapan: m. kek percuma.

gerenti takde sape bley jawap. haha.

arini. encik tan. selaku teman sekerja di olympia. pakat belanje kek secret recipe dengan jayanya. ingat kan nak blanje satu slice. tup tup. ko borong satu kek terus. huish. nampak sangat gaji ko banyak. tahniah.

dah la tu. ko suh aku pilih kek mana mau. gile terharu. smuga lain kali ko suruh aku pilih kereta apa plak. ameen. haha.

kepada sesapa yang berminat untuk mengoda encik tan. boleh la kontek saya melalui kaedah mimpi. upah hanya 25% dari gaji bulanan anda. murah murah.

pegh. bley plak jual kawan. memang dasar teman sejati tol la. keke.

[ jay . tan . sarah ]

[ sherly . kavitha . jes ]

kepada encik tan. terima kasih daun keladi. bulan depan. belanje lagi.

wehuu.

24.9.11

Sorang lagi

arini. sorang lagi kawan aku pergi meninggalkan zaman bujang. ala ala going to dark side. haha. dulu smua kawan aku bujang.

tahun lepas. tinggal separuh. tahun ni. tinggal sekerat. tahun depan? silap silap aku jadi presiden kelab bujang howt (perasan). menang tanpa bertanding. haha.

turun kenduri tadi. jumpa ramai gak kawan dedolu. abes reunion. serius rindu bebudak tu. nak jumpa bukan senang. sorang kat ceruk utara. sorang kat celah selatan. sibuk keje plak tu. bila jumpa sekali sekala camni. riuh kalah pasar malam kot. bes bes.

pape pun. kepada puan huda dan encik suami, aidil. tahniah. smuga kekal dunia akhirat. pegi honeymoon. jangan lupa beli sama aku magnet peti ais. pegh. sempaaaat. bajet dieorang ingat je aku nanti. keke.

[ ya. aku takde dalam gambar. diskriminasi tol la ]

23.9.11

Otai Olympia


menurut rerakan sekerja. aku seorang yang

rebellious.

hm. iye la sangat. aku budak baik kot. manade buat keje keje tak senonoh macam tu. melainkan arini. hehe.

aku dengan slumber nye masuk keje lewat 3 jam. aku masuk lewat. orang lain plak tolong cuak bagi pihak. bley plak camtu. huhu. apa susah. aku masuk lewat. aku balik lewat. janji cukup 8 jam sehari. tapi sepanjang aku ke uia dan tarc. memacam mesej sampai. diantaranya:

"sarah. u datang kerja lewat?. jangan la. i takut u kene marah dengan sharon je"

"nanti mr. b marah u. i tak nak u kene marah"

"sarah. berani nye u. u tak takut kene marah ka?"

aku pun pelik apsal dieorang takut semacam. tapi menurut hikayat olympia. sharon dan mr. b ni ala ala the devil. kejam abes. maki orang macam maki ni sejenis hobi yang baik untuk kesehatan. ikut sukati je.

dah aku memang pernah tengok dieorang test power maki orang. memang siot abes. tapi aku bukan bley benda benda camni sangat. oleh kerna itu. sebelum dimaki. baik aku jumpa dieorang direct terus.

sampai je keje. aku terus jumpa cik sharon. tanya samada dia tau ke tak aku datang lewat arini. dia jawap dengan pandangan membunuh. eh cik sharon. tolong la. i lurus. takkan tergoda dengan jelingan u pun. hmm. sewel. haha. aku tunggu gak la makian istimewa dari dia. tup tup. takda pun. dah takda. aku blah dengan hati lapang la jawapnye.

tak pepasal aku dilabel otai olympia oleh teman sejawat. otai la sangat. cuba label aku jelitawan olympia ke apa. bes la jugak kan.

sarah. si jelitawan olympia.

perfecto!

22.9.11

Parking sebelah Olympia memang haram jadah

memang pundek tol la penjaga parking tepi olympia neh. makin lama makin kerek plak. walhal bukan tanah dia pun. grrr. pulas idung dengan chopstick baru tau. dah la sekali parking rm5. buat perangai plak. pos balik india baru tau. ya. saya tau ayat saya racist. tapi aku tengah bengang kot.

aku balik keje lewat 15 minit je kot. bukan 15 tahun. bley plak emo emo sambil bising dekat aku. siap tunjuk jam tu. ingat aku tak reti tengok jam la tu. cibai. kalu jam digital pun aku pandai baca. setakat jam analog?. pro kot.

kalu keta aku halang keta orang. nak marah takpe gak la. mampu diterima akal. tapi ni time orang balik keje kot. takda orang nak masuk parking dah. biar je la keta aku melepak dengan aman sampai aku datang tuntut. ni tak. lewat 15 minit. emo. memang dasar menopause tol la. aku cakap elok elok. ko meninggi suara. aku pantang cket benda camni. terus mendidih tahap kondensasi.

aku tanya "apa masalah sekarang ni?. biar je la kereta kat situ sampai saya datang. nak bising bising wat apa?" tetiba dia cerita pasal penat la apa la. ok la. fine. ko penat. tapi rileks la. orang lain pun penat gak. sekeh sampai botak baru tau. ahh. aku tensi. las las. aku cakap aku dah takkan parking kat situ lagi. mampus.

sekarang. padan muka ko sebab kurang rm150 sebulan. dan aku. sebab kena parking jauh cket.

las las. dua dua rugi.

tapi takpe. janji aku pueh hati. yesh!

18.9.11

Dap dip dup

ok. cuba baca tajuk entri lelaju macam naik roadrunner. haaa. camtu la bunyi jantung aku. gila berdebar semacam. mau lari bogel keliling umah pun tak cuak camni. haish. mampu mengugat kesehatan jantung tol la.

arini. hari pertama aku mengajar.

masuk kelas. astaga. apsal ramai gila student neh?. chewah. iye iye je. walhal takda la ramai mana pun. gimik je lebih. tapi ramai la dari level lain. aku dah la budak baru belajar. dah kene handle kelas paling ramai. mana tak pucat nye. nasib aku dilahirkan dengan muka dek. nampak ala ala konfiden cket. macam bagus.

hm. memang bagus pun. haha. tapi yang tak bes. baru je masuk. dah kene tegur. cakap laju sangat. bebudak tak sempat paham. eh tolong. salah aku ke korang tak sempat paham? sekolah bertingkat tingkat. benda simple pun tak paham. hm. gila kerek teacher ni. haha. tapi serius. aku memati ingat dieorang dah paham bahasa inggeris.

bila lepak kelas seminit dua. mampu culture shock jap aku. ada student dah pandai cket. ada separuh. haram tak paham english. weh. abes dugaan ni. camne aku nak ngajo? dah la aku tak di train untuk ajar level camni. dan secara semulajadi nya. aku bukan seorang yang penyabar. silap haribulan. ada yang kene sidekick dengan aku karang. guane?. tabah.

goat tau. sheep tak tau. jenuh la aku dok terang. lukis plak buruk semacam. lagi penin bebudak tu. las las kene cari gambo tunjuk. huish. payah camni. gaya macam ngajo bebudak tadika je. walhal dah besor panjang sesorang. siap ada yang umur 40 an lagi. dah la sehari 6 jam tatap muka sama. 4 hari seminggu. las las. smua muntah darah secara berjemaah. muak tengok muka memasing. haha.

tapi yang penting. dieorang memang nak blaja. part tu aku suka. tapi aku memang serius kene tuntut ilmu camne nak ngajo student level camni. setakat ni. aku ngajo ala ala bebudak uni. wat slides dan diskusi. las las. student aku haram tak paham. haha. sebab takda gambar dan vocabulary mereka tersangat lah sikit. haish. kesian. dan tragedi buat aku.

pape pun. ayuh berusaha! jom bikin research dan kumpul aktiviti bebanyak. mesti cuba jadi seorang cikgu yang tak membusankan. dan kalu smua ni tak berjaya. memang sah ko takle jadi cikgu. haha.

16.9.11

Duapuluhenam itu aku


selamat hari jadi buat diri sendiri.

smuga aku semakin menawan, bijak dan sebagainya.

ameen.

kepada smua rerakan yang ucap birthday. terima kasih. saya sangat terharu. tapi kalu kasi hadiah. pasti lagi terharu. haha.

kepada rakan sekerja. mana korang tau birthday aku pun aku tak tau. gila misteri. pape pun. terima kasih daun keladi.

dan kepada ahli keluarga terchenta. terima kasih di atas buku buku itu. lagi setahun dua. gerenti mampu buka pustaka mini sendiri. kepada sesiapa yang berminat. boleh la apply membership. tetibe. haha.

walaupun aku kini duapuluhenam. jiwa tetap muda beb.


hail king sarah.

13.9.11

Pisang berbuah tiga belas kali

ok. konfem. memang konfem yang olympia ni bangang.

sampai je keje pepagi buta. dah kene panggil meeting yang bajet tergempar. takle tengok aku senang cket. ada je benda nak suh bikin. dan ya. meeting ni takde kene ngene dengan aktiviti membuang brochure aku semalam. keke. tapi kalu la ya pasal tu. maki lah pepuas. lantak korang. sekurang kurang nya kelab pencinta alam akan sanjung aku. sebab aku recycle kertas kertas itu dengan jayanya. heh.

ok. sambung. tadi meeting apa pun aku tak tau la. masuk telinga kanan. kuar hidung kiri. bley plak. haha. tapi yang aku tau. encik brian param. pengetua olympia memang ntah pape. kecik kecik makan beras apa ntah. cakap dengan staff macam cakap dengan apa je. aku gerenti. dia cakap dengan kambing pun lagi sopan. keje nak maki orang je.

aku bukan bley benda camtu. tak pepasal aku mendidih sesorang kat belakang. walau pun dia tak maki aku. tapi tolong la cakap elok elok cket. bley nak marah tapi ikut keadaan. dan ada cara nya. lagi bes. insan yang di maki tu lagi bijaksana kot. dah la minah tu tak bersalah. tabah.

setau aku. memang betul apa yang cik hannah wat. dia tak kuarkan fail bebanyak dari kotak smua sebab almari takda. logik la. kalu punggah kotak. barang mana mau taruk? atas kepala brian? semestinya tidak. bila hannah cakap takda almari. brian tengking cakap "u have a brain hannah. use ur brain!". adoyai brian. lu mana sekolah?

sebab dia ada otak la dia tak wat. kang nak masuk perabot. kene simpan dalam kotak lagi. tak ke dua tiga kali kerja. haish. yang aku tau. nasib ko tak cakap camtu dengan aku. memang dasar nak kene maki dengan aku la tu. dan aku. memang dasar nak kene pecat free. haha. tapi serius. pape hal yang melibatkan pembulian tidak berasas. memang pantang lah.

oleh itu. jangan cari pasal dengan aku melainkan korang ada alasan kukuh. chewah. ayat bajet mafia. ganas abes. keke.

hm. bila terbaca tajuk entri. lapar pisang. urgh.

*tetibe*