20.10.11

lima.puluh.tiga

ini zarinah mohd ariff

ibu aku.
dan insan paling bes dalam dunia.

selamat hari jadi

smuga segala kebahgiaan di dunia menjadi milik mu.
sayang kamu hingga langit ke tujuh.

19.10.11

Majlis minda

mimpi. bangun. snooze. tido balik. bangun. sakit jantung.

kali kedua tengok jam. aku bangun melompat kot. bukti betapa terkejut nya aku. haha. serius cuak. tak penah aku rasa berdebar camtu sekali. masuk umah hantu pun rileks lagi. cewah. haha.

arini. aku harus bentang paper di Language and Communication International Conference di IOI hotel. dan. aku bangun lewat. seperti biasa. sabo je la.

nasib sesi aku jam 2. sumpah cuak menggila. dengan slides belum bikin. article belum baca. haish. waktu camni la aku tetibe mau doremon sekor. bley kembali kan masa. dan sambung tido. haha.

terus bikin slides. mandi siap smua. dan drift ke putrajaya. sampai dalam jam 12.45 gak la. daftar. amek beg smua. terus pi lunch. slumber. secretariat takle blah kot. dah la regist las day. jam 12.45 pulak tu. sampai terus makan. sukati. tapi nak wat camne. aku lapar. tsk.

jam 2. masa untuk bentang. astaga. gila cuak. aku ingatkan cakap duduk. ada podium ke apa. tup tup. spartan abes. ada pentas kecik tengah tengah. tu je. kira ko present gaya petandingan karaoke. atas pentas sesorang. dan mic.

wagh. *pitam* aku insan ke empat. sepanjang tu. kalu tak mengantuk. aku cuak. sampai nak muntah muntah kot. abes dramatik. haha. sampai la nama aku kene panggil.

naik pentas. sengih. dah bercakap. mak aih. lupa diri bila dah mula bercakap. semangat abes. haha. limit 15 minit sorang. aku cakap dalam 13 minit. ok la kan. abes je slot. moderator cakap tajuk aku menarik la. aku semangat la. bagus la. apa la.

pegh. sejuk jap hati dengo. ntah dia perli ke apa. tapi lantak la. janji dah abes. weeee. tapi serius macam ketagih plak bikin conference. mentang mentang dapat review baik. terus ketagih tu. haha.

pape pun. Alhamdulillah smua sukses. ok. masa untuk sambung tido. yeay.

15.10.11

Konvo nya Kavitha

ini kavitha. teman sejawat di olympia. gaya macam miss india je. tup tup. lecturer ict. hebat tak hebat.

aku ni memang sejak azali liat bab bab pi konvo orang neh. konvo sendiri pun aku malas. ni plak konvo orang. tapi sebab dah terjanji punya pasal. kene la tunai kan? oleh kerna itu. aku dan sherly berlari lari anak ke uniten bangi. ok. tipu. abes gimik. haha.

ok. yang pasti. ni la konvo pertama dan terakhir aku akan pegi. omaigod. panas tak hengat. dah la aku ni anti-sosial (ececeh). orang mengila ramai pulak tu. urgh. cukup tiga konvo. bley masuk wad mental aku camni. bahaya bahaya.

nasib la aku ni baik hati. tunggu gak la bawah pokok sawit. jumpa je kavitha. peluk. cakap tahniah. salam dengan keluarga. amek gambar. cabut. haha. gila ekspres. tapi serius. aku tak tahan. kombinasi membunuh okeh.

lagi pun. kavitha nak luang masa dengan keluarga. hm. sungguh memahami aku ni. ok. sila muntah beramai ramai. haha. pape pun.

tahniah cik kavitha. kamu memang pakej nan lengkap. comei. tinggi. ramping. baik dan pandai. ok. esok blanje aku makan dominos. haha.

[ kami insan baik hati ]

13.10.11

Hijrah

aku nekad. pape pun terjadi. arini gak kena cakap. maka.

tepat jam 9.06 pagi. dengan muka rockstar nya. aku ke bilik mr. B. ketuk dan masuk. belum sempat duduk. aku berkata kata:

"morning mr. brian. i've decided to quit. i'm giving you a three weeks notice as i'm going to do my PhD"

sambil cakap. aku hulur surat berhenti. memang rockstar abes. dan serius dia terkedu. terkebil kebil. sungguh la tak macho. hm. kesian la plak. tapi lantak la. management teruk sangat. tabah.

ok. serius lama dia nak respon. kalu aku oder pizza hut. gerenti dah sampai. ok. tu aku tipu. haha. tapi serius lama la. las las. aku angkat kening ala ala ziana zain bila dia usha. lama jap tu. dia jawap 'ok'.

ok? tu je. alahai. jawap la sepatah setengah ke. dah la tak pandang aku. hampeh tol la. lama jap tu. aku tanya. ada pape yang perlu aku bikin ka. berapa minit kendian baru dia jawap. 'no'.

no? sepatah lagi. apa arini hari sepatah sedunia ka? aku je tak tau kan. haha. tapi memang gila lah. nak jawap sepatah pun gila lama. pastu dia sambung terkebil. diam balik.

las las. aku cakap thank u. dan terus chow dari bilik dia. malas aku layan duduk lelama camtu. bley sakit otak ok. lagi pun. aku bagi dia ruang telan apa yang aku luah tadi. eh jap. macam jijik je ayat. haha. bajet nak wat ayat puitis. tetiba dah jadi cerita badang pulak. bongok. heh.

dalam perjalanan ke bilik staff. sengih memanjang. sumpah lega. rasa macam dah kurang satu beban. jalan pun dah lain. ala ala catwalk cket. haha.

Alhamdulillah. bes bes. sekarang. hitung hari kebebasan la jawapnya. wehuu. dan sarah. ayuh usha kerja baru. yehaaa.

11.10.11

Hari sarah baharudin

lokasi: chillies, klcc.
sempena: konvo nya sarah baharudin.
mereka: baharudin sekeluarga.
mood: mahu tapi malu.

arini. aku sekeluarga makan besar di chillies. sempena konvo nya sarah akhirnya. wehuu. *tepuktepuk* huish. memang tak sesia aku siapkan thesis eawal. bley makan chillies. orang blanje plak tu. patut la tetibe bertambah tambah sedap nya. uuu ahh ahh.

ok. sarah. sabar. sila kembali ke pangkal jalan. haha. puji tak hengat. hah! ini lah bukti bertapa terharu nya aku bila orang blanje makan mewah. harus bikin tribute camneh. sesapa yang teringin rasa di hargai. sila la belanja aku. sekali cuba. pasti nak lagi. haha.

tapi serius kelaparan arini. bagus gak makan kat chillies. banyak gila makanan. tapi sebagai keturunan separa werewolf. abes lincin kot smua. pegh.. kagum kagum. kalu pinggan bleh makan. dah lama kiteorang bikin pencuci mulut. mafia abes. haha. amacam? teruja tak? ala.. teruja la.. teruja la.. dem.

bila dah abes makan. macam ada cue card plak. abes smua pakat mengantuk. memang dasar sepakat membawa berkat tol. sabo je la. ingat kan nak layan wayang ke apa. tup tup. terus drift ke ampang. mak ayah harus pulang ke chukai. aku dan sheena pula harus ke serdang. mau anta amin ke upm.

dalam perjalanan. sempat tersasar kat big bad wolf lagi sekali. borong lagi. adoyai. tapi takpe. tadi perut kenyang. sekarang turn otak plak kenyang. cewah ayat. mesti guru besar aku nanges terharu baca ayat bajet power aku neh. haha.

pape pun. terima kasih daun keladi kepada penaja utama. encik baharudin dan puan zarinah. jasa mu akan ku kenang. dan kepada sheena dan amin. terima kasih kerna memeriahkan suasana. ecewah ayat. abes mithali. wajib dapat anugerah maulidur rasul camneh. huhu.

akhir kata. perut saya gumbira. la la la.

[ penaja utama. terima kasih ]

[ anak dara penaja. hm. ayat takle blah. haha ]

9.10.11

Serigala suka buku

destinasi: big bad wolf book sale
lokasi: maeps serdang
bersama: sheena. amen. sarah.
mood: bernafsu buas!

gila babi banyak buku. murah pulak tu. haish. kalu ulat buku mati. mesti roh dia sampai sini. syurga abes. haha.

aku yang tak berapa nak ulat buku pun. bley terkesima bila masuk dewan. sentap kejap. terkejut tengok gunungan buku. sama dengan adik kakak aku. tetibe terasa nak jadi pustakawan. ok. tetibe. haha.

pakat berpecah selama sejam. jumpa balik. pegh. sesorang. tak agak agak borong buku. adik aku je dalam 20. kakak aku 11. aku 17. gilas.

bila mau bayar buku. lagi takle blah. serius murah tahap menggila. kalu aku borong kat kinokuniya. kene la nak dekat seribu. sebab majoriti buku aku hardcover kot. cuba lah teka aku bayar brape... teka la teka la (excited).

rm120 je!

waaaaa. gila tak?. gila tak?. ada ke patut hardcover. buku baru plak tu. dia jual rm8 je. dah la satu buku ni aku dok usha berzaman dah. harga rm65. tak pernah turun. usha usha. rm5 je! adoyai. sumpah aku undi tokei kedai ni kalu dia bertanding pilihanraya. haha.

tetibe almari rumah aku penuh dengan buku. serius terasa genius kejap. pasni. tak payah beli buku setahun. stok tahan lama ni. tahun depan. borong lagi di bbw. wehuu.

[ syurga ulat buku ]

[ pokai tapi gembira ]

8.10.11

Konvo. woot woot

arini. aku konvo dengan jayanya. wehuu. walaupun serius ngantok melampau dalam dewan tu. muka tetap maintain kool. abes intelektual seh. haha.

dalam reramai kawan master dulu. untuk linguistik. tiga orang je konvo tahun ni. aku. manar dan una. kurang meriah la cket. yang laen smua senior. adoyai. tahun depan gerenti meriah gile. smua geng sekelas konvo kot. jeles gila. hm.

tapi lantak la. janji aku dah abes. masa untuk bikin phd pulak. cewah. ayat bajet kuat studi je. walhal malas nak mampus. haha.

mak bapak aku lagi slumber. aku naik je pentas amek skroll. dieorang gila semangat lelambai kat aku. pegh. kembang dada jap. bangga weh. lepas je aku turun dewan. sepantas kilat depa balik rumah. kerna menurut mereka:

"we're here to watch our daughter. bukan anak orang lain"

ganas tak ganas. bak kata sherly. ke mana lah tumpahnya kuah kalu tidak atas nasi. eleleh. nak tunjuk terror BM la tu. keke. yang lagi power. lepas plak tu parent aku kuar dewan. haha.

ok. kepada rakan seperjuangan. tahniah! kita memang genius! haha. dan kepada keluarga. terima kasih atas galakan dan kepercayaan selama ni (ayat skema gila).

kepada sherly dan jay. terima kasih gak la sebab datang tengok aku konvo walau aku tak ajak pun. haha. siap kasi bunga tu. takle blah tol la. lain kali kasi i-pad. baru terbaek. heh.

[ terkejut abes master on time. haha ]