15.3.13

Kek mini itu indah


butter cupcake dan cream cheese.

cupcake paling termashyur dibuat kak wa. 

rm2 je untuk saiz L dan cheese yang teramat cheese. sumpah berbaloi. kat kedai. ada yang caj sampai rm4.50. fancy je lebih. rasa macam plastik. puih.

cupcake ni? nampak simple tapi lembut, berlemak dan yummeh. besar plak tuh. sekali gigit. peh. terus high ok. ecewah ayat. macam dadah apa je. haha. tapi serius. deliciouso!

dan arini. aku oder 5 dozen cupcake. bajet nak wat stok 2 bulan lah. las las agih kat keluarga, kawan dan teman sekerja. baik hati plak. haish. takpe lah. benda sedap harus dikongsi. ayaaat. murni siot. huhu.

yang penting. aku dah ada dealer untuk stok baik punya. woot woot.

14.3.13

Ninja


sarah. nithya. gita.
dari mantin ke cyberjaya.

tiga teman sekerja melarikan diri dari opis tanpa pengetahuan boss tepat jam 1115. walhal lunch jam 1300 kot. slumber.

serius busan weh. kelas dah settle. kerja dah settle. asyik membuta usha youtube je. ntah tetibe. smua pakat teringin kambing. huhu. dan kerna mantin takda pape sangat. kami pakat drift ke saba cyberjaya. semangat.

lama gak lepak. menikmati nasi kambing. yums. hm. mau hangin kalu boss tau. haha. memacam lah kami oder. tapi smua lamb. dah tema lamb arini. nasib aku tak pakai kostum bebiri. kanibalism nama nya kalu ye. haha.

dalam 1515 gak lah balik opis. sesampai je. smua pakat masuk opis sesorang. agar tak kantoi. dan memang tak kantoi. bos tak sedar langsung smua anak buah hilang. peh. sungguh ninja okeh. dan paling penting, kami kenyang.

gendang gendut tali kecapi. perut kenyang suka hati.

11.3.13

Paparazi?


okeh. sem ni. student aku serius ramai. kelas plak baru start seminggu dua. serius aku belum mampu cam sapa student aku dan sapa bukan. 

dan arini. masa tengah shiok mengajar. ecewah ayat. bajet cikgu berdedikasi. haha. ok ok sambung.  tetibe ada satu mamat african masuk kelas. duduk dan terus kasi perhatian sewajar nye.

aku plak ingat kan student aku. jadi aku wat dek je lah. bagus ah dia fokus apa aku mengajar. tapi lama jap tuh. aku sedar dia tengah rakam aku. memula ingat tersalah sangka. usha punya usha. serius weh. 

siap ada bunyi klik klik dok amek gambar. hampeh.

waktu kelas habis. dia siap tunggu aku kot. serius takle blah. aku tanya ah nama dia. mau cek dalam attendance. tup tup. sekali dengan muka kering. dia ngaku bukan student. dia suka tengok aku. 

owooooh. 

sabo je lah. walau terasa sedikit fofular. aku tetap berdebo. stalker siot. pasni aku kene hafal muka student aku secepat mungkin. 

hm. smuga gambar aku tak di salah guna dengan photoshop.

8.3.13

Kames di Jumaat

arini. selaku hari jumaat. aku ada interview dengan insan bernama kames. dr kames. selaku top management legenda.

gwen. pa kames mintak aku datang jam 1030. kata nya satu sesi selalu dalam 45 minit je. layan kan aja. lagi cepat abes lagi bagus. bley aku melepak layan utube. 

masuk. kasi salam. maka berborak lah kami. aku ingat interview sungguh. dia soal. aku jawap. tapi ntah camne. lepas aku jawap satu soklan. kames terus borak pasal apa ntah. memacam lah dia stori sama aku. siap lukis lagi kot. sabo je lah. mau kebas telinga aku dengo.

dari pengalaman. ke keluarga. ke hobi. 

abes smua dia cover. konfem aku bley tulis biografi idup dia pasni. haha. tapi aku pun kaki melayan. makin seronok lah dia stori. tak sampai hati lah nak wat kerek. dah lah interview ni untuk status permanent aku. harus lah hipokrit cket. tabah.

lama jap tu. dia berhenti borak lepas gwen, cik pa ingatkan dia masa. sebelum blah. dia tanya:

dia: so sarah. u think this is the right job for u?
aku: too early for me to say but im into academic for sure
dia: ok. you confirm!
aku: ...

peh. camtu je? hm. berkat kesabaran aku mendengar. terima kasih telinga ku! haha. pasni kene sedia untuk peer observation plak. terpaksa pakai staff kad ke kelas lah gamak nye aku. haish.

kuar je dari bilik kames. usha jam. 1230. amekau. borak 2 jam kot. patut kembang semacam gegendang telinga aku. gwen cakap 45 minit. tipu sungguh lah. chait. 

pape pun. smuga peer observation berjalan lancar. harus sedikit serius dalam kelas lah pasni gamak nye. ayayai.

6.3.13

Terkesima

tengah shiok santap nasi lemak. tetibe satu student mai. mau lawat kata nya. dan aku sebagai guru mulia. makan cecepat dan jumpa sama dia. 

nondo nama nya. dari zambia. 18 tahun. baik. chumel pun iya. 

eh eh. sempaaaat. haha. jap tu. maka borak lah kami. dia tanya kabar bagai. tapi lelama. soklan macam kian personal. tapi aku jawap je mana boleh. dan tetibe dia berkata:

dia: miss. why are you not married?
aku: well. i have my reasons. why?
dia: coz i wanna put ring on your finger
aku: huh?

huh? nasib dah telan nasi lemak. kalu tak. kesian nasi bikin stunt berterbangan dari mulut aku. haha. serius terkedu okeh. aku wat tak dengar memula. bley plak dia ulang lagi. adoih. jadi pun pakat explain lah yang tak berminat. tapi macam tak paham je. tanya lagi. haish. takkan nak aku lukis diagram kot? tabah. 

lama gak lah dia duduk situ. pandang aku. cakap aku lawa lah apa lah. walau muka aku kering atas dasar professional. ecewah ayat. tapi dalam hati tetap ada taman kecil. bukan selalu orang cakap aku lawa okeh. huhu.

haish. tak paham aku bebudak zaman sekarang. hingus pun mak lap lagi. ada hati mau ngorat cikgu. konfiden sungguh mereka itu. yang aku tau. aku tak berminat. nanti kene balik zambia. mau nanges aku takle balik raya penang. tragedi. haha.

wahai cik nondo. terima kasih di atas pujian anda. sekarang sila main jauh jauh.

5.3.13

Makan sampai kembong

makan. makan. dan makan lagi. 

serius memacam lah. dari asam pedas ke tomyam air kelapa. triple cheese naan ke durian cendol. smua lah kami bedal selagi takda babi dan alkohol. haha.

aku memula taruk bajet rm90 untuk makan 3 hari. iye ye je. pantang nampak makanan. dah gaya rasuk jin. terus borong makan kot. sekali wat bajet. makan je rm130 sorang. memang sah jin. nasib baik transport dan home stay under bajet. cover lah cket. 

tapi serius berbaloi. oder tak agak agak. nak seafood bagai. dah tu. sorang dua lauk. nasib baik habis lincin. slow and steady beb. huhu. 

tapi serius. harus puasa sepurnama pasni. kasi hadam abes smua. pastu. cari destinasi seterusnya. hehe.

burpp. Alhamdulillah. 

[ hajjah mona asam pedas. daging tetel sedap okeh ]

[ geographer cafe yang berbaloi amat ]

 
[ pak putra tandoori nan. triple cheese nan paling mashyur ]

 [ durian cendol. aku sorang telan 3 mangkuk kot. haha ]

[ mahfuz di rainforest coffee. sedap woi. slurpp ]

[ kochi baba nyonya kitchen. sedap gilak dan murah ]

4.3.13

Tiga dara dan Melaka

hm. tajuk macam haram. tapi aku suka. haha

2011. aku jejak melaka sama minah senget bernama ain, yana dan shiqin. 2012. aku jejak bersama keluarga plak. dan tahun ni. aku lawat bersama warga iimu dan seorang warga asing. 

sarah. mahfuz. zetty. 

cakap jejujur. memula aku cuak gak mau jalan sama mereka. tak pernah kot. kene plak ni ala ala road trip. takut gak kalu tak masuk atau apa. dah la aku amek home stay bilik kipas je. konon nak sep bajet. aku malas nak dengar komplen2 ni. tup tup. sekali ngam plak. depa pun suka lokasi tuh. yea! lega ceq. heh.

memandangkan ini food trip. keje makan je. sampai semput kot. penderaan fizikal namanya neh. hm. amek kau perut. selalu sangat komplen. kali ni aku makan stok sebulan terus. hoho. tapi memandangkan kami smua dah tua. takle makan banyak sangat. tapi okeh lah. layak lah panggil food trip. 

dan aku seperti biasa. belum apa dah google tempat makan. cari the best aja. semangat. tapi memang berbaloi lah. walau mahai cket. janji puas hati. pak putra naan sebagai contoh. servis lambat cket. tapi sekali ngap triple cheese naan dia. pergh. terus keluar pelangi kot. urgh.. yums.

cuma satu je hampeh cket. gila panas melaka. orang melaka pun takle blah. mat salleh pakai payung kot. macam tak percaya. nasib baik ada gazebo siap kipas. keje berguling situ je. sejuk cket. memalam. lepak sampai 0400. gilas. 

siang dan malam. kerja melepak kat gazebo. serius shiok. bukan buat apa pun. layan wifi. baring. usha alfonso (itik rumah). camtu lah. dengan baju kelawar nye. serius macam rumah sendiri. haha. 

[ apa kaba home & stay. aku memang chenta ini lokasi ]

[ di gazebo idaman. melepak lama siot sini ]

[ budak gambia kepanasan. meh nak tiup meh ]

[ abes tourist okey ]

[ sesi melepak di sungai melaka ] 

[ mahfuz dan bulan nya ]

[ gilak excited mamat gambia neh. huhu ]

[ masjid selat yang tenang amat ]

[ cahaya keimanan? hmm ]

[ sarah. mahfuz. zetty ]

pape pun. bagi aku. walau kejap je dan tak wat pape melainkan lepak gazebo dan makan. aku enjoi sangat. heharap zetty dan mahfuz pun sama lah. 

masa untuk usha trip seterusnya. woot woot.