2.4.13

Masalah jiwa

akhir akhir ni. aku kian kerap borak dengan si dia. mr x. peh nama. macam watak x-men okeh. haha. 

dari watsapp. ke sms. ke call. sampai ke instagram. 

memacam lah kami borak kan. dan tadi. masa tengah watsapp. ntah camne bleh termasuk topik jikalau dia pulang ke negara dia. 

aku sebagai insan tak senonoh. belum apa dah request benda. huhu. aku kata. kalu dia jadi menteri ke apa satu hari nanti. dia kene lah anta aku trip lawatan sambil belajar ke negara dia. minimum 2 minggu. 

lagi besar pangkat. lagi lama. apa susah? guna je duit rakyat. hm. hampeh gilak ayat. belum apa dah corrupt. haha. tone gurau gurau gitu. siap dengan emoticon bagai. i kan celik IT. haha.

tetibe dia balas dengan nada agak serius. katanya "u think i can forget u? i dont think i can. so yes if that time comes, it can be more".

ntah nape. aku macam tersentap dengan ayat tu. macam sedih pun ada gak cket. mungkin aku tersilap baca nada sms dia. tapi aku serius terkesan. ayat asyik berlegar dalam pikiran aje. aku dah tak tau nak balas apa.

lama tu. aku balas jugak. tu pun lepas dia anta "silence". aku balas dengan itonasi abes kool. walhal. berdebar bagai nak rak. haha. 

adoih sarah. apa nak jadi neh? 

31.3.13

Oh mak aku!

adoih. parents datang bikin surprise lagi. kalu kerap sangat. bley mati tekezut aku camni.

tapi takpe. walau ada sedikit protes dalam diri. mana tak nye. kesian ayah aku drive tetiap minggu. tapi nak halang pun tak leh. mereka datang kl pun mau tatap anak mereka jugak.

oleh kerna itu. aku terima kehadiran mereka dengan hati terbuka nan luas. cewah. terasa sungguh mithali tetibe. haha.

minggu ni kebetulan ramai plak turun kl. 

mak tok. aunty idah sekeluarga. aunty prema. pavithra. adam.

smua smua lah! kene plak aunty nun mod kat the zone. dapat apartment 2 bilik. apa lagi. melepak bagai nak rak lah. serius meriah. rasa macam raya pun ada gak cket. hehe.  

esok. smua pakat balik lokasi memasing. haish. busan siot kene balik mantin. tapi takpe lah. sebulan dua lagi smua pakat regroup balik di kl. hm. bes bes. 

pape pun. alang alang parents ada di kl. masa untuk activate mood manja suka melepak celah ketiak. huhu.

29.3.13

Parah sungguh

arini. ntah pape. aku sedikit semangat pergi kerja. mungkin kerna kelas tak banyak kot? kalu kelas banyak. mau lembik kaki smua nak pi kerja. bila takda kelas. siap skipping pi kerja kot. sabo je la.  

sampai opis. duduk di cubicle paling menawan di lagenda. buka laptop. dan check email. mana nak tau student anta email berkaitan assignment kan? cewah. celik teknologi sungguh diri ini. haha.

usha punya usha. ternampak email dari bekas student bernama nondo dari zambia. mamat ni memang pening cket. angau sama aku kata nya. dan aku? banyak kali kot cakap tak berminat. tak pepaham gak. 

takkan aku nak kene bertapa di zambia selama 9 bulan. tuntut ilmu bahasa ibunda mereka. balik mantin. dan reject dalam bahasa depa kot. naya ah camtu.

tarik napas. buka email. baca. sesak napas. gelak. dan pening. 

"I just wanna be yo husband love. May God help me to have u in my life. lol. If u give a chance I will show u that we can be together" [ nondo, 2013 ]

mak kau. berani siot. aku dulu zaman suka usha wejdan. ustaz bercelana ketat pun setakat simpan dalam hati aje. email? memang jangan harap lah. ugh. parah.. teramat parah.

aku dah tak tau nak cakap camne. nak lukis. tak pandai lukis. nak guna bahasa isyarat. kang dia ingat aku pole dancing. masalah tol lah. 

urgh. dilema. 

26.3.13

Kami, pantai dan bulan

tengah bes melepak di rumah sambil makan nuget bersama miss gita. ntah camne. tetibe aku terkata

"hm. best gilak kalu makan nuget ni tepi pantai"

dan 2 jam kendian. aku, miss gita dan omar sibuk melepak tepi pantai port dickson.

serius ajaib. 

memang outing yang sangat international. sorang malaysian. sorang indonesia dan sorang lagi jordanian. berguling atas selimut sebab tikar takde sambil makan roti.

normal kan?

haa. jangan tak percaya. kami lepak memalam buta. sampai pd jam 2230. haha. semangat tak semangat. memang agak sunyi pd. mana tak nye. esok kerja kan. tapi aku suka. 

nyaman siot. 

melepak. berborak. makan. lena jap. makan balik. sampai lah jam 0200. tu pun lepas aku tanya bila nak balik. kalu ada kemah. aku tido je situ. takda hal. tapi mengenang kene masuk kerja jam 0800. terus terbayang katil aku yang kesunyian di rumah. huhu.

nasib baik ada cik omar. mentang mentang dia pria. terus buli dia suh drive. aku belum apa dah baring kat belakang. menyedap je keje. huhu. sampai mantin dalam 0245 gak lah. smua pakat mamai jalan balik rumah.

walau ngantuk gila. aku enjoi. hm. harus bikin lebih banyak benda impromptu camni la gamak nye. 

[ sarah dan miss gita dari surabaya. teman serumah ]

[ sarah dan omar, mamat jordan selaku jiran tingkat 7 ]

pape pun. terima kasih miss gita dan omar. bulan depan kita buat lagi. wehuu.

24.3.13

Kakak mithali

adik dan kakak.

apa mimpi ntah. tetibe rindu plak kat budak bernama amin itu. dan memandang kan aku terasa sedikit mithali. maka. aku ajak lah adik aku lepak mines serdang. 

niat mau outing 3 bradek tapi yang sulung, cik sheena plak ada kerja. siap emo bagai takle ikut. lor. mana nak tau busy. ingat smua orang melepak macam aku. tabah.

borak. makan. tengok wayang. makan. borak. makan. borak. 

dan begitu lah seterus nya selama 5 jam 30 minit. serius tak sedar. masa nak bayar parking. kami kuar kan singgit. bajet sejam dua je lepak. tup tup 5 jam 20 minit. pastu bley plak terkejut. ntah pape. memang sah kami adik beradik. huhu.

dalam jam 10 gak lah aku anta dia balik upm. muka hepi semacam. mana tak nye. makan sedap. tengok wayang bagai. satu sen pun dwet dia tak kuar. haa. untung tak untung ko ada kakak macam aku. hm. sempat plak ter riak. heh.

pape pun amin. sila bersyukur dan hargai kakak mu yang kool ni seadanya. kerna bak kata pepatah jawa. sesal dulu pendapatan. sesal kemudian tiada berguna. tetibe. haha.

sewel. ok bye.

19.3.13

Pertemuan

cewah tajuk. macam apa je. heh.

arini aku ke nilai. ketemu epahadi. makan dinner sesama. gila jauh datang cari makan. walhal duduk port dickson kot. semangat. 

alang alang dah lama gila tak ketemu. bila hadi ajak ajak ayam. aku laju je kata ok. mesti hadi nyesal. hahaha. 

memacam lah borak tadi. siap ngumpat company memasing bagai. dulu masa student. ngumpat orang. sekarang dah kerja. ngumpat company plak. upgrade cket. heh.

esok depa mau terbang ke saigon. mau cari kain katanya. mau bisnes. baguih lah. dah kaya nanti. jangan lupa aku plak. tetibe. huhu. 

pape pun. smuga selamat pergi dan pulang ke malaysia. 

16.3.13

3 gadis pinggitan

serius lama tak jejak uia. masa tengah drive. siap berdebar bagai. dramatik abes. huhu. dan saat masuk uia tadi. peh. terus rindu semacam. sebak dada smua cukup. dah rupa jejak kasih tadi. adoh. parah sungguh. 

ok. ok. sambung. niat utama aku ke uia arini ialah:
a) pass cupcake kat zetty sama nad.
b) ambil NZ souvenir dari nad.
c) kasi souvenir sri lanka sama nad.

hm. dah gaya sistem barter je. dia kasi souvenir nz. aku balas dari sri lanka. hehe. serius lama tak jumpa mereka. smua pakat makan cupcake sambil borak dan tengok koleksi gambar nz nad. 

lepas magrib. perut aku meragam semacam. terus aku angkut mereka jejalan cari makan. smua pakat blur nak makan mana. las las aku kontek kak shan. tanya kedai kedai yang bes. kata nya mee tarik.

walau kak shan cuma kasi landmark sebab tak ingat nama kedai. layan. terus activate gps minda. ecewah ayat. haha. main redah je. 15 minit kendian. jumpaaa!

oder 3 jenis mee tarik dan setengah kilo kambing rebus. memula mintak sekilo. tup tup tak cukup kambing. frust. tapi takpe. yang penting. makanan sedap dan banyak gilas. makan sampai semput kot.

dah semput. tambah semput dengan chatime. haish. sesungguh nya hidup lebih nyaman dengan chatime. sedap siot!. hehe. lepak sampai 2230 gak lah.

well. today is a good day.

pape pun. maceh kak nad di atas souvenir dari new zealand and kak zetty untuk chatime.