11.11.13

Amazing Thailand: Chao Praya, Asiatique & Siam Niramit

semalam sehari suntuk di ratchaburi. arini. smua pakat free and easy. melepak sambil explore lokasi baru di bangkok. misi utama ialah siam niramit dan asiatique.

siam niramit ni adalah teater paling superb di thailand. siap dapat pengikhtirafan dari dunia luar. curious jugak lah. betul ke bes kan? dan lokasi kedua adalah asiatique. tempat paling happening di sungai chao praya. 

selalu naik tuk tuk. tak pun subway. kalau rajin. jalan. tapi arini kami pakat explore bangkok dengan transport lain. river taxi. dah lah free kalau mau ke asiatique. terbaek lah. hehe.

[ amin dan ayah sambil tunggu river taxi ]

[ permandangan silom dari jeti ]

[ gila show off boat sebelah. puih ]

[ jeti asiatique. meriah okeh ]

[ eye of bangkok. harus cuba ]

[ muka tahan gayat. hehe ]

[ perjalanan ke jeti silom. lawa ]

[ kawasan siam niramit ]

[ cik baha dan teman baru ]

[ tarian tradisi siam yang happening ]

[ wayang kulit pun ada ]

[ kami dan pelakon teater. macam kenal jew ]

[ ghost mask. nasib tak ngigau memalam ]

[ terlepas seludup kamera. bwahahah ]   

asiatique ni ala ala lokasi plaing hipster di chao praya. ramai gila warga muda. barangan pun stylo. tapi aku las las tak beli satu pun. malas. beli makanan ada lah. hehe. 

sebab bukan selalu ke sini. smua pakat naik eye of bangkok. memang lawa lah view. nampak boat bagai. mayuih cakap dah macam hong kong. ok. masuk buku. destinasi seterusnya. heh.

siam niramit sangat lah superb. memang layak dapat anugerah pelbagai. sementara tunggu pintu buka. ada memacam show tarian traditional. happening gila lah. 

aku sibuk pusing di perkampungan siam. siap ada orang masak kot. sedap nak mampus dessert dia. femli aku bley plak melepak situ makan. dah macam pergi beraya aku rasa. haha. 

pape pun. siam niramit is a must do. bebusuk sekali seumur idop. memang best show dia. rasa macam dalam mimpi okeh.  terbang merata. stage dia pun power gila. tolong lah pergi singgah kalau dah jejak bangkok. tak rugi beb.

10.11.13

Amazing Thailand : Ratchaburi & Damneon Saduak

dari sebelum sampai siam. sampai dah jejak siam. ayah aku tak abes sebut pasal damneon saduak. dia cakap dia nak datang sini walau apa terjadi. fine fine. kang tak kasi. merajuk hentak kaki plak. haha. 

patut nya turun ke ratchaburi untuk lawat pasar terapung pertama di siam. tapi ntah camne. bley tersasar tengok pertunjukan ular dan harimau bagai. konpius kejap. memula atas sampan. tetibe atas rimau. apakah? nasib bes. 

[ speed boat dari jeti ke damneon ]

[ abes basah aku. chait ]

[ perkampungan terapung asli ratchaburi]

[ boat atau berenang. pilih aja mana mau ]

[ pintu gerbang floating market. yea yea ]

[ mat salleh dengki dengan kulit tanned kami. huhu ]

[ traffic jem okeh. nasib kami awal ]

[ seminit sebelum air masuk mulut sheena. tabah ]

[ pantang bab makan. nombor satu ]

[ smua buah 20 baht. okeh lah ]

[ muka hepi impian jadi kenyataan. heh ]

[ dah gaya orang siam aku nengok ]

[ aku raba perut rimau woi *excited* ]

[ kan bes kalau dapat bela sekor ]

[ pertunjukan ular. action kalah cerita hollywood ] 

damneon saduak ni takda lah besar gila. sedang sedang je. tapi untuk tourism. dieorang fokus dalam berapa ratus meter je. okeh lah untuk pengalaman tapi tobat tak mai dah. panas gila kot. menderita kejap. nasib ada pulut mangga pengubat duka. haha.

lepas tu. sempat plak singgah ladang rimau dan ular. camne bley sampai sini pun aku tak tau lah. tapi menarik gak lah. pengalaman. dulu tengok rimau dalam sangkar. ni aku dalam sangkar. upgrade cket ah. merasa gak lah pegang rimau tanpa hilang tangan. hm. kan bes kalau dapat sekor. bley suh geget bebudak malas tak buat homework. haha. 

lepas tengok rimau. tengok ular plak. ada show gitu. kene plak time show flying snake. memang action abes. cite lawan lawan 3d pun kalah okeh. berbaloi lah aku bayar 200 baht. nak tengok kat malaysia. konfem tak dapat. 

sehari suntuk di pekan ratchaburi. balik smua pakat lena dalam van. esok. tengok teater plak. wehuu.

9.11.13

Amazing Thailand: Siam Square & Sukhumvit

arini. kami pakat ke lokasi seterus nya plak. siam square dan sukhumvit. dua daerah ni adalah antara lokasi paling moden, meriah dan sesak dalam bangkok. mana pusing. konfem nampak shopping complex. besar gabak plak tu. 

sebab dah datang area camni kan? aku sekeluarga pakat jadi tourist jap. layan aktiviti tourist plak. tuka angin cket. selalu layan nature. sekali pi madame tussaud dan oceanworld. shiok gak weh. adik aku bley meroyan tengok spesis ikan. kata budak biologi. hehe. 

nak jadi kan cerita. madame tussaud dan aquarium tak berapa nak ramai orang. kebetulan ada tunjuk perasaan anti kerajaan di mana ntah. sunyi kot. nak amek gamba pun senang. abes smua pakat menggila. tapi takpe. janji berbaloi. nikmat woi. nikmat. haha. 

[ adik beradik dramatik ]

[ ke mana tumpah kuah kalau bukan ke nasi ]

[ aquarium yang cantek menawan ]

[ sesi beramah mesra bersama jerung. ececeh ]

[ mencari inspirasi. bajet lah sangat ]

[ terjumpa sedara jauh plak. hehe ]  

[ sesi berangan di madame tussaud ]

[ sama tapi tak serupa ]

[ adik baha dan abang mahathir. ayaaat ]

[ jim carrey bersama patung sarah ]

[ bab bab gimik serah kat cik baha okeh ]

[ hail king sarah ]

[ haa.. nakal ye? mayuih babab dia. haha ]

[ madonna dan mak saya bersaing sengit ]

[ cik baha teringin merasa keindahan rambut afro ]

[ MJ dan bekas guru tarian nye ] 

bila usha gambar. baru ku tau dari mana anak baharudin belajar posing. ke mana lagi tumpah nya kuah kalu bukan ke nasik. ecewah. 

arini. aktiviti smua dalam shopping mall. esok kami sekeluarga pakat ke ratchaburi plak. daerah 3 jam dari bandar bangkok. mau lihat damneon saduak plak. pasar terapung pertama di thailand. mari kawan kawan. ayuh kayuh sampan! yehaa.

8.11.13

Amazing Thailand: Silom

insan: baharudin sekeluarga
destinasi: bangkok. ratchaburi. ayutthaya
misi: sukses!

ni kali ke dua aku jejak kaki ke bangkok. kali pertama dalam 7 tahun lepas. hm. cepat gila masa berlalu. tapi bangkok tetap seperti yang aku ingat. happening. memula sekeluarga pakat mau ke palembang. mau ke pusat teh sumatera. tapi lepas research bilang 7 jam van. terus cancel. takda makna. tak sanggup den.

maka sampai lah kami di jantung thailand. dulu aku datang ikut tour. busan gila. tapi kali ni sebab turun dengan femli punya pasal. abes smua tempat merayap. dari bangkok ke daerah ratchaburi sampai lah ke ayutthaya. dan dalam tu. sempat ke pelbagai tempat bes. sebak dada mengenang. huhu.

bab bab makan ni. susah cket bagi aku. bukan takda kedai. bersepah je tapi mahal siot. stress aku nengok menu. nasib aku tak pandai masak. kalau tak. dah lama aku masuk dapur masak sendiri. hehe. tapi sedap lah walau mahal. sejuk lah cket hati.

dari segi transport plak. sangat lah senang. kene plak lokasi hotel memang tengah bandar. femli aku kalau tak jalan. naik tuk tuk. kalau tak, naik lrt. memang local abes. abes celah lorong kami masuk. orang siam pun tak sampai kami dah sampai. power tak power. hehe.

ok ok. malas nak cakap bebanyak. sepurnama tak abes gamaknye. maka aku mempersembahkan "amazing thailand: bangkok dan silom". jeng jeng.

[ otai otai backpacking di airport ]

[ grafiti di bangunan tinggal. kreatif banget ]

[ serius modern area silom ]

[ aksi mendebarkan cik sheena di balkoni hotel ]

[ pasar pagi silom yang meriah amat ]

[ pelanggan tetap subway dan skytrain ]

[ sesi mencari makan. jauh siot tawaf ]

[ tuk tuk woi.. tuk tuk ]

[ tunggu turn untuk makan. nasib penyabar ]

[ ok. kedai makan ini sedap siot walau mahal ]

[ vj terbaru channel v. bajet ]

[ silom sunset ]

[ menunggu roti telur susu termasyur ]

[ silom thai village dan thai massage ] 

bangkok ni besar gila sebenarnya. dalam 11 daerah tak silap aku. dan kami pakat duduk di silom. sebab senang nak cari makanan halal. haa.. makan itu penting okeh. dan memang bagus duduk silom. moden dan happening. hotel pun murah banyak dari sukhumvit. traffic pun lancar. tak macam siam square. sangkut memanjang. aku plak stress bagi pihak tuk tuk driver. hehe.

dah abes pusing bangkok. jelajah ke pekan paling happening di bangkok plak. siam square dan sukhumvit. woot woot.

1.11.13

Sawadekap


baharudin. zarinah. sheena. sarah. amin.

arini. aku sekeluarga akan backpack central thailand selama 6 hari.

destinasi: bangkok. ayutthaya. damneon saduak.

las aku jejak bangkok adalah dalam 7 tahun lepas. peh. tapi trip kali ni agak chill. tak banyak aktiviti seperti trip dedolu. 

tapi takpe. yang penting. aku berjaya hasut smua untuk ke ayutthaya. bwahaha. tercapai gak impian aku ke sana akhir nya.

smuga kami sekeluarga selamat pegi dan pulang. ameen.