11.3.14

Indonesia Indah: Surabaya Lama

kalu lah tau surabaya ni bes. dah lama aku apply cuti lebih. huhu. sempena hari terakhir di surabaya. kami pakat redah sampai lebam. asyik naik angkot je mentang mentang dah power. heh. 

dari kya kya (kembang jepun) ke monumen kapal selam ke tugu suro boyo. merata lah cover. pantang nampak benda menarik. konfem suruh angkot berhenti. busan? naik angkot lagi. memang takda arah tuju langsung. yang tau, berhenti mana nampak menarik. hm. strategi yang bagus. 

 [ pintu masuk kya kya ]

 [ hadi dan grafiti surabaya ]

 [ monumen kapal selam ]

 [ barang nostalgia kapal selam ]

 [ tugu suro dan boyo ]

 [ museum rokok sempoerna ] 

 [ kami ]

[ muka tak rela pulang. hehe ]

walau pun aku pergi empat hari je. ntah kenapa aku rasa waktu gerak lambat gila. banyak gila lokasi menarik kami berjaya tawan. hampir smua 'must do list' aku dah tergores. Alhamdulillah. yang pasti. surabaya bersih dan bes. insyaAllah murah rezki. aku akan datang lagi sekali. khas untuk aktiviti melepak dan makan je. hehe.   

hm. masa untuk usha destinasi seterusnya. woot woot.

10.3.14

Indonesia Indah: Jathilan

sebelum trip neh. aku belum apa sudah bikin research pasal cultural performance. dengar kata. surabaya power gak kebudayaan dieorang. masih kuat lah. dari reading aku. katanya, harus tengok pertunjukan di balai budaya. setiap pagi ahad jam 10am. percuma plak tu. layann. 

sesampai je jam 10am. penuh dengan warga indonesia. kami je kot orang luar time tu. tapi muka rupa indon gak. takda beza mana lah. hehe. dalam 1030am baru mula. berkumandang lagu jawa siap gamelan. pegh. mendayu kot. 

kejap tu. keluar pakcik otai perasap kuda kepang. dengan kemenyan kot. aku dah rasa pelik. tapi layan je lah. ingat showmanship. gimik kasi penonton excited macam aku kan. heh. lama tu keluar penari jathilan kecil. gadis muda joget kuda kepang. lepas gadis muda. kuar teruna plak. terus tegap aku duduk. haha.

[ upacara seru menyeru ]  

[ otai gila musician jathilan ]

[ tarian kuda kepang secara berkumpulan ]

[ comey mamat ni. sempaaat. heh ]

[ datang dah. dataaaaang dah dia ]

[ sesi kunyah bara api okeh. kau mampu? hehe ]

[ fleksible sungguh pemuda ini ]

[ upacara buang puaka ]

memula okay tapi makin lama makin pelik. mana tak nye. dari 5 penari. 4 dah kene rasuk. aku sumpah memula ingatkan dieorang berlakon. tapi lepas merangkak makan bara api bagai. aku percaya lah. mata puteh kot. dah lah fleksibel gila teruna yang dirasuk. risau gak nengok.

mula mula santai. sekali rasukan makin menggila. sampai tok otai smua keluar kot. satu teruna, empat orang pegang. aku nengok sherly muka dah cuak gila. tak pepasal kejutan budaya. haha. tapi disebabkan out of control, show abes awal. aiseh.

mana tak nye. abes pengsan yang kene rasuk. camne nak sambung? tapi takpe. berpengalaman gak tengok jathilan real punya. kata nya team ni dari yogyakarta. dan setau aku yogyakarta memang kuat kebudayaan mistik mereka. pape pun. sapa lawat surabaya. sila lah singgah balai budaya. tak rugi nengok seni jawa.

9.3.14

Indonesia indah: Pekan Surabaya & Pulau Madura

sesampai je surabaya. hujan lebat gila. hmm. patut lah tido lena semacam tadi. hehe. kerna smua muka kebuluran aku nengok. pakat cari makan di stasiun purabaya. belasah je gerai memana janji lauk nampak power. dan memang sedap lah. murah plak tu. ahh.. syurga oi.. syurgaaa. hehe. 

dah kenyang bagai. terus amek taksi ke guesthouse. aku tak booking pun. main redah je. cuba nasib dan lagi sekali, nasib berpihak pada kami. ada 2 bilik kosong. memang ngam lah. lokasi pun central. usha bilik. pun bersih dan selesa. siap aircond dan wifi. terbaek lah. masuk je bilik, terus mandi kot. daki seinci kot. haish.

lepas mandi. sambung tido. peh. nikmat gila. dah lah aircond. niat di hati nak lena sejam dua. amek kau. sekali bangun dah magrib. koma ke apa neh? hehe. sesiap dan terus keluar explore pekan surabaya. pusing punya pusing. tersampai area tunjungan. plaza terbesar di surabaya dan percaya lah. memang besar gilas. ala ala one utama tapi lagi bersepah.

seperti biasa. lokasi pertama? food court. banyak gila choice okeh. naik juling aku usha menu. las las aku oder smua. haha. lepas makan. pakat tengok movie. sebab bajet jutawan kan. terus amek first class dan serius sangat berbaloi. rasa macam kat hotel kot. pelik gila. haha. 

[ detik backpacking tegar ]

[ nasib redah guesthouse ada kosong ]

[ suasana surabaya lama yang nyaman ]

[ masjid cheng ho yang kiut ]

[ grafiti muzium sempoerna ]

[ sherly dan stasiun joyoboyo ]

[ permandangan dari feri. indah ]

[ excited siot jejak madura ]

lagi bes. patut duduk surabaya je. ntah camne boleh tersampai pulau madura. haha. turun jeti sebab hadi nak amek gamba suramadu. sekali silap jeti daa. tak pepasal beli tiket naik feri ke seberang. sukati je. naik feri 20 minit. sampai. turun jejak tanah madura. pastu naik feri balik. memang takda keje tol lah. tapi takpe. yang penting dah jejak madura. wohoo.

8.3.14

Indonesia indah: Pasir Berbisik & Savanna

aku rasa, perjalanan ke pasir berbisik dan savanna lah yang paling mengancam dalam smua. teruja kot bila dari padang pasir tetiba masuk kawasan menghijau. magik bangat. kene plak reramai konvoi motor. lagi lah. isk. bes bes.

[ penjaga gerai cuci pasir ditolak angin ]

[ sesi mengojek melintasi padang gersang ]

[ ini lah hardtop jeep yang mahal itu. boo jeep ]

[ gaya abes explorer okeh. va va vroom ]

[ batu singa dan batu hadi. eh eh. haha ]

[ bukit teletubbies di savanna ]

[ Sherly. Awe. Hadi. Sarah ]

[ kami bersama abang ojek ]

[ sempat selfie tuh. sungguh professional ]

[ journey to no where ]

dalam 9 jam gak lah kami jelajah bromo. peh. memang terbaek lah. sesampai je pekan cemoro lawang. terus usha bison ke probolinggo. niat di hati mau tanya waktu bertolak je. sekali mau bertolak lagi 30 minit. apa lagi. terus pecut balik homestay packing barang kot. haish. tak mandi lagi lah jawap nye. ee uchuk. 

dan memang rezki lagi sekali. sesampai je probolinggo. terus naik bus ke surabaya. lega tak payah tunggu berjam. bus pulak tak penuh. lepas bayar tiket. terus lena sampai surabaya kot. penat lah tuh. hehe.

ok. here we come surabayaaaa!

7.3.14

Indonesia indah: Gunung Berapi Bromo

ni lah kali pertama aku jejak gunung berapi aktif. perasaan tu memang berdebar lah. campur teruja campur seronok. cuak tetap ada sebab takut meletus kan. mana tak nye, kelud sebelah bromo je kot. heh. 

serius tinggi bromo. aku baru tengok dari jauh dah mengeluh mengenang nasib harus daki. tapi dah sampai kot. takkan takmo daki kan? rugi oi. naik lah jugak. tapi slow and steady. serius epic fail stamina kami berempat. baru berapa langkah dah mengah. aiseh man. tapi takpe. biar lambat asal sampai. 

[ baru usha dah semput. haish ]

[ bukti ketinggian tangga keramat. hehe ]

[ permandangan dari kawah bromo ]

[ sesi meronda kawah bromo ]

[ jatuh, babai. haha ]

[ aksi berani mati cik awe, konon lah ]

[ excited gila takda orang melainkan kami. wohoo ]

[ ke depan patah kaki, ke belakang hangus. pilih ]

[ pasir berbisik dari puncak bromo. indah bangat ]

[ langit membiru. rezki kami orang jauh ]

bila borak sama orang lokal. kata nya dah hujan beberapa hari tak berhenti. jadi bila kami mau ke bromo arini. smua pakat berdoa dan Alhamdulillah. doa kami diperkenan sebab langit memang clear dan biru yang amat. dah lah tu. agak mendung. jadi sepanjang sesi mendaki dan berfoto. tak panas tahap terbakar. tu yang makin menjadi jadi koleksi gamba tu. tsk.

jejak je kaki di kawah bromo. aku dan sherly gayat gilas kot. nampak macam luas tapi sebenar nya agak sempit. nasib tak ramai orang. aku serius takle bayang kalu ramai berasak asak. mau aku terus merangkak demi keselamatan sejagat. hm. dramatik sungguh. heh. 

okeh. walau takda apa pun kat puncak. tapi hakikat yang kami di bibir volkano aktif buat pengalaman ni sesuatu yang lain dari lain lah. dengan asap kepul kepul. bau hangit nye lagi. seram tapi shiok. dari puncak, boleh tengok permandangan sekeliling bromo. pandang kanan nampak kawasan padang pasir berbisik nan gersang. pandang kiri nampak padang rumput savana nan hijau. peh. memang unik. 

kami berempat sempat meronda suku kawah. siap lepak di kawah yang tiada pagar. abes rebel lah tu. hm. agak lah. huhu. kami lepak punya lah lama sampai dah takda orang kot. mampu cuak driver ojek kami kat bawah. tabahkan lah hati mu. hehe. masa mau pulang. tetiba kabus turun. angin sepoi sepoi. fuhh. bertambah mistik bromo yang sedia ada mistik. rasa macam di dunia lain pun ada cket. 

pulang ke ojek tanpa kuda. smua pakat jalan. mak aih. penat jugak walau turun bukit sebab pasir lembut. kaki asyik tertanam je. konfem kaki naik muscle neh. haha. sesampai je di ojek. terus ke destinasi seterus nya: pasir berbisik dan savana. woot woot.

6.3.14

Indonesia indah: Bukit Cinta & Bromo

dari penanjakan satu, kami berempat turun bukit untuk ke bromo. permandangan sepanjang perjalanan sangat lawa okeh. memang tak terkata. sangat surreal. dalam perjalanan turun. ojek kami siap berhenti di bukit cinta. memula terpikir gak nape nama gitu tapi agak sesuai lah. kerna pasti jatuh cinta sama keindahan bromo.

ni antara viewpoint yang clear lah. tapi tak ramai yang tau dan berhenti. walau penanjakan lawa. tapi view di bukit cinta lagi clear kot. kami ni pun tau sebab ojek berhenti. kalau tak, memang takda kesempatan jugak. oleh kerna itu, makasih abang ojek! 

orang lokal bilang gunung semeru, volcano paling aktif di indonesia akan keluar asap setiap hari jam 9 atau 10 pagi. masa tengah turun bukit, kebetulan tetibe semeru berasap. pehh. excited siot sebab kat malaysia takda kan? punya lah excited, nasib motor tak terbabas. heh.

[ kami di atas bayu ]

[ ojek di bromo: a must do ]

[ gunung semeru kentut asap ]

[ cemoro lawang dari penanjakan. indah bangat ]

[ aku di viewpoint bukit cinta. memang jatuh cinta sunggoh ]

[ seluas luas mata memandang ]

[ aku, ojek dan gunung batok ]

[ power woo kuda ni bley kejar motor ]

[ sapa malas boleh sewa kuda ]

[ sherly yang malas dan kuda pilihan kalbu. haha ]

bila hari dah terang. baru nampak laluan ke penanjakan dalam gelap tadi. memang seluas luas mata memandang. padang pasir dikelilingi bukit menghijau. MasyaAllah. sumpah menawan kalbu. boleh sesak napas tengok keindahan alam ciptaan tuhan. 

makin hampir dengan gunung bromo, makin banyak kelibat manusia. kuda pun banyak. boleh sewa untuk sesiapa yang malas mau hiking. dan seperti biasa, kami berempat amek kuda. haha. takda makna aku nak hiking ke kaki bromo pastu panjat tangga lagi. penderaan mental dan fizikal nama nya tu. maka kami pakat amek kuda satu hala. turun jalan takpa. naik jalan? tak rela ceq. 

smua muka bajet cowboy naik kuda walhal kuda padi je. hehe. dan sesungguh nya itu lah keputusan terbaik pernah aku buat. tinggi siot nak kene hiking. dah lah pasir lembut. cuba kalu pakat jalan sendiri? sesilap belum sampai kaki bromo dah give up. huhu. 

sesampai je kaki bromo, orang ramai dah mula turun. kami je yang baru nak naik. terbaik lah. atleast tak payah bersesak. nak amek gambar pun takda orang interframe kan. penting tu. heh. 

lihat puncak bromo. lihat ketinggian tangga yang harus daki. mengeluh. tarik napas, cekalkan hati dan daki.