31.3.09

Cikgu cikgi

insan 1: "sarah, are u a teacher?"
insan 2: "what are u?. a teacher?"

dah dua orang tanya aku ni cikgu ke?. muka aku macam cikgu ke?. hmm. mungkin ni adalah petunjuk yang aku ada ciri-ciri seorang cikgu. walau hakikat sebenar, aku tak rela jadi cikgu. tak suka. tapi kalu dah jodoh aku jadi cikgu gak, aku nak jadi cikgu yang happy tapi kejam. padan muka budak. haha. tapi aku nak pi kelas pakai warna-warni. aku nak pakai macam gambar bawah ni walau kaki aku ibarat hutan simpan amazon. pedulik.

mesti aku jadi favourite student laki kan?. hm. memang dasar phedophile. haha.

Kalu rasa gembira tepuk tangan

clapclapclapclapclapclapclap. wohoooo~

a) Language Learning & Acquisition
b) Islamization of Knowledge

dua term paper raksasa dah pun aku anta. wahhhhh. gembira nye!! walau ada lagi satu assignment mini, aku dah tak kesah. janji, aku makin relaks. dah tak payah berjaga dua tiga malam wat term paper. presentation pun dah settle walau macam hampeh cket. adoih. tapi takpa, ayuh positifkan diri. nanti aku try wat elok-elok time final.

wish me luck people!!

Sejarah kelabu

ok. aku nak tulis sejarah hitam. tapi sejarah aku tak sampai tahap hitam lagi. so, kelabu la jawapnya. hm.

kelas iok. tsk. ada je benda tak kena dalam kelas tu. nway, jumat lepas aku ala-ala gado dengan lecturer aku. mana aku nak tau, dalam 21 budak dalam kelas, aku je yang tulis benda yang orang akan anggap sebagai infomasi tak memberansangkan tentang tokoh Islam dulu, Al-Razi. dia gak yang cakap, anything interesting. bagi aku, hakikat yang Al-Razi ni anti-prophetic, sangatlah menarik.

bila aku tengah shiok present, dia cakap source aku tak kukuh. macam *&$%. aku jawap la smua info aku amek dari buku. aritu aku guna internet, dia suh guna buku. bila aku guna buku, dia cakap buku aku takle pakai. aku pun dengan jayanya, mempertahankan hak aku. chewah. aku guna buku librari ok? kalu buku tu tak bagus, marah ah librari. dieorang yang tempah buku tu. aku hanya mangsa keadaan yang terlalu mempercayai librari. haha. takle blah ayat.

maka, kami pun bertukar-tukar argumen tentang sources aku dan juga Al-Razi. masa tengah argue, aku bleh dengar kawan aku bisik "sabo sarah, sabo". khai nak menang gak. lantak la. maka, aku teruskan sesi membebel di belakang kelas. pastu khai tnya soklan, aku nak jawap tuk pertahan point aku tadi, khai dengan muka kerek dan mata terjojol, tak kasi aku cakap. dia tanya medina (musuh ketat aing. haha) dan manar. bila aku nak cakap, dia wat bodo. pundek.

lagi la aku panas. tapi yana kasi aku minum air ice lemon tea sejuk. sejuk la cket aku. thanx. air tu sedap. pastu bila aku pikir balik, dia lecturer. dia tanda kertas. camne kalu dia aim aku masa final?. naya aku. aku malas nak tuka cos dan universiti. pegh, jauh pikir. oleh kerna itu, lepas abes kelas. aku pun pi kat dia.

aku hulur tangan nak salam. waduh buk. khai terharu gile beb. aku pun terkejut. lepas salam, dia tarik, peluk dan cium pipi aku. cium sungguh-sungguh plak tu. nasib tak basah. haha. dah la tu, dia siap usap belakang aku lama gila kot. aku nak lari tapi takle sebab tangan dia tuh. sepanjang sesi meraba belakang aku, macam-macam reaksi muka tak rela aku wat. pasrah.

aku harap, dia terharu dan kasi aku markah bes masa final. aminn.

Parti sarsi sedap

aritu aku pi parti teh makcik aku. nampak nye, impian aku tak jadi kenyataan. takda sape pun yang pakai kostum teko. baru je plan nak gelak-gelak. kan dah tak jadi. tak bes tol la. kecewa

dah la takda teh plak tuh. aku pun perli la makcik aku dengan penuh kasih sayang. dia jawap "teh tak laku". tsk. dah nama tea party. mana cukup syarat kalu takda teh kan?. kan?. kan?. aku tengok, air sarsi yang sedap je ada. baik tuka nama cenggitu.

tea party = delicious sarsapilla party.

eh jap. kalu party sarsi. nak pakai kostum camne ek?. hm.

21.3.09

Parti teh?


auntie lin:"hari ahad 22hb 5ptg. pls come over for tea party"
aku : "uishh.. tea party tuh!. macam dekat london.haha"

auntie aku dah tak reply. malas nak layan aku la tuh. chistt. hampeh punya makcik. tapi memandangkan aku adalah anak sedara yg mithali. aku ingat aku turun ampang kejap la pi makan. baik sungguh aku ni. hmm.

tapi kan, bila aku dengar je perkataan 'tea party', mesti aku terbayang:

a) semua orang pakai gaun besar macam zaman dulu-dulu sambil minum teh
b) semua watak dalam crite alice in the wonderland termasuk arnab tu
c) semua orang pakai kostum bentuk teko, uncang teh & biskut butter
d) semua orang berbau teh, minum teh dan makan daun teh.

oleh kerna itu, aku tak sabar plak nak pi tea party makcik aku esok. nak tengok mana angan-angan aku yang jadi kenyataan. aku harap nombor tiga. aminnn.

18.3.09

Capai Hajat

arini kerja sampai 3pm je. terus kuar. anta surat jap. pi bus stop jumpe nana. kami pakat pi klcc. epah tak le pi. ada hal apa ntah. aku tak tau. ok. sampai je klcc. aku dan nana terus pi makan. nasib baik tak ramai orang. aku suka. macam biasa. aku makan banyak gile tapi ntah nape, aku tetap tak puas. mak aku cakap sebab tak baca bismillah tapi sumpah aku baca. siap baca doa makan lagi. tapi ntah. camtu gak. nana dah naik pelik. asal la aku masih tak kenyang-kenyang lagi neh. hmm. kami wat konklusi yang aku ternak cacing. hadoih. konsep baru. kalu macam ni gak lagi dua tiga hari. aku nak jumpa doktor.

*pasrah*

tapi aku tetap happy arini sebab... aku berjaya beli biskut kegemaran!!. yeaaa. akhirnya. ketemu jua dengan biskut digestive dark chocolate yang lazat amat. yum yum. aku siap beli tiga. buat stok masa depan.ngeh3. satu aku simpan dalam bilik untuk roomate aku makan. satu aku nak share dengan orang iimu, tempat aku kerja. satu lagi hak milik tetap. 100% aku punya. muahaahaha. aku seronok gile dapat biskut neh.

rasa macam nak wat victory dance. jom!.

Sifu ku bernama Shan

sekarang aku ada sifu. nama sifu aku shan. aku panggil dia kak shan. dia yang tolong ajar aku apa yang perlu aku wat kat iimu tu. walau aku seorang yang agak lembab. thanks to her. aku dah pandai wat kerja cket-cket. semakin produktif la aku neh. chewahhh. *tepuk*

oleh sebab dia yang ajar aku banyak benda. entri ni khas untuk dia. semua orang sila tepuk tangan. kak shan, sila terharu. haha.

terima kaseh!!

ps: bley aku polish english aku yg ntah hape-hape ni. yeaa.