30.12.09

Cupid is dead

dulu aku suka cupid. tapi bukan cupid iklan digi nun. tu layak direjam sampai mati. ni cupid yang ada sayap terbang. pastu panah orang dengan hebat macam legolas. tapi tu dulu..

sekarang?. aku anti-cupid. aku bukan nak benci cupid suka-suka. tapi aku ada sebab yang kukuh lagi jitu. peghh. ayat. membuktikan tahap semangat nye aku ni.

Apa salah Cupid?
+ tak reti panah. tak payah panah.
+ kalu tau panah senget. ganti baru.

tapi ko degil. konfiden dengan kehebatan memanah ko. sekarang ko salah panah. kan dah kena insan yang tak sepatutnya. aku gak yang parah. ko apa tau?. melepak panah-panah orang. aku?. hati retak. tsk. ko bukan nya paham perasaan insan teraniaya cam aku ni. nasib baik aku mampu kawal emosi. tak sia-sia tengok dr.phil. terima kasih oprah. tibe tibe. hmm.

jaga ko cupid. kalu aku jumpa. aku culik panah ko. pastu panah kat tiang letrik. biar ko angau sepurnama kat tiang tu. haa. baru puas hati den.

29.12.09

Guna kaki pun boleh

tu la kondisi rambut aku sekarang. bukan setakat lincin maut. makin tebal beb.

terima kasih saya ucapkan kepada kiehl's the ultimate thickening shampoo. walaupun harga ko mahal tahap pikir 10 kali baru beli.

memannnng berbaloi.

baru pakai cket. rambut aku dah bley masuk iklan rambut. lagi sebulan. rambut aku mampu menjadikan aku pelakon jepun number 1.

ngeri la plak. haish..

27.12.09

Dilaknat Poseidon

lokasi: Yuen (all you can eat steambot)
harga: rm20.50 sorang
insan: sarah. aing. ashik. yana. rehan.

dengan harga bil. terbukti aing kini orang kaya baru. belanja kami semua makan kat Yuen tuh. hidup aing!. kalu ko jadi ahli politik. sumpah aku support ko. haha.

puas. amat PUAS.

mana tak nye. seleksi seafood menggila. semua aku tibai. mesti poseidon laknat aku. konfem! tapi lantak ah. janji berbaloi duit aing. kan aing. kan?.

meh. pasni aku belanja ko tengok wayang plak.

24.12.09

Ho ho ho

santa clause. rusa terbang hidung merah.
pokok krismas. salji. lampu kelip-kelip.
ayam belanda golek.

shioook seyh kerismes (dengan penuh perasaan). dah la lagu dia bes-bes. estetik je bila dengar. tak payah amek lsd. tak macam lagu raya. semua sedih gile. memang kacau jiwa abes. tsk. pape pun.

wohoo. merry chrismas semua!.

23.12.09

Fedex khas ke iran

apa punya aura la ko ada ni?. abes semua orang keliling dia tak suka dia. baru sekarang aku paham apsal orang benci sangat ko hasan.

wahai hasan. kalu diberi peluang. sekarang gak aku anto ko balik iran.

gile bes. haha. suka sangat tanya soklan macam haram. kalu sekadar nak tanya benda ntah pape. semata-mata nak buatkan orang nampak bodoh dan kau nampak bijak. sekadar nak uji sampai presenter tak tau nak jawap pe. baik tak payah.

hasan: bout what ure presenting just now. create one question related to it NOW.

eh babi. ko sape?. ni bukan exam ah. tolong la tanya benda yang senonoh cket. benda yang ko tak paham dan perlukan penerangan dengan lebih mendalam. bukan suh orang wat questionnaire dan dan tu gak. berkerut-kerut dahi bebudak kelas dengar soklan dia. tsk. aku jawap. aku wat soklan dan dan tu gak. tak puas hati aku bley jawap. tanya lagi soklan bengong. aku jawap lagi. sampai isarji mencelah.

haish.. sesapa nampak mana patung voodoo aku?.

21.12.09

Al-kisah lapar mempengaruhi emosi

lokasi: one utama
insan: sarah. shan. zetty.

niat nak makan kat seoul garden. semua sanggup puasa setengah hari tuh. semata-mata nak kedarah puas-puas nanti. baru berbaloi duit. semua muka riang je sepanjang jalan. bila je sampai.. musibah plak melanda. tu la.. niat tamak sangat. poster tulis separuh harga sampai jam 4pm je. usha jam. dalam 4.15pm. lambat 15 minit je. babi.

zetty dengan macho nye pi ke kaunter. cakap apa ntah dengan orang kat situ. jap tu. aku dan shan pi kat kaunter gak. saja menyibuk. sebab dah lepas 4pm. kena bayar dalam rm40++. sumpah tak sanggup. aku rela makan benda laen yang lebih berbaloi. shan pun muka tak rela. kami pi tepi. bincang la konon. akhirnya. aku cakap yang aku tak rela. aku nak makan kat tempat laen.

zetty tetibe je amuk. ye.. aku tau kau lapar. relax aja. aku pun lapo gak. bila aku cakap pastu. dia wat tak dengar. pastu tunjuk middle finger kat aku. shan muka cuak. sian dia. aku gelak je. malas layan. jalan. berhenti tengok peta OU jap untuk tempat makan laen. bila aku panggil zetty tengok sama. dia elak. takut sangat aku pegang. isk. geget kang.

keputusan?. makan kat itallianies yang sangat berbaloi. nak nanges aku bila makanan sampai. dah la brokoli dia sedap maut. yang aku pelik. sampai je makanan. terus zetty sengih. gelak gelak. apakah?. kena sampuk je budak ni?. sungguh unik. tapi takpe. yang penting. kami makan dengan gembira.

laen kali keluar. aku kena bawak biskut. bila zetty lapo. sumbat satu biskut. baru dia dah tak amuk. bernaasss...

19.12.09

Kus semangat

kalu adik aku kucing. camni la dia nampak semalam. walaupun kiut. sian seyh. tak sanggup aku tengok dia camtu lagi. dah la budak tu semput. nasib baik tak pitam kat situ. kalu tak naya aku.

hmm. meh aku cerita apa jadi.

sejak dua menjak ni. aku kerap lepak putrajaya. semuanya gara-gara sepupu aku nak nikah. bila dah abes tolong apa yang patut. aku akan dilanda sindrom kebusanan melampau. dan selalunya. aku akan jalan kaki kat area putrajaya. maen jalan je. ikut hati. kalu cam sesat. patah balik. senang kan idop?. dan seperti biasa. aku akan heret adik aku. meriah cket. dah la jalan memalam buta. cari nahas namanye kalu pi sesorang.

takda arah tuju. kami pun jalan la mana kaki kami bawak. tengah ronda-ronda. aku sedar ada benda pelik dalam gelap kat depan kami. cuak gak. adik aku sibuk bercerita. apa pun tak sedar. aku usha je benda tu. cuak gak tapi aku tau adik aku kat sebelah. bila dekat. aku sedar yang benda tu:

+ orang tua sebab bongkok cket.
+ pompuan. pakai baju kurung kedah longgar. kaen batik.
+ rambut bersanggul kusut mengerbang.
+ berdiri dekat lorong gelap sorang2 mengadap jalan.

cuak weyh tapi jalan gak. tiba-tiba ada lori lalu ntah dari mana. konfiden la cket nak lalu. bila lori dah dekat. lampu tersuluh la kat makcik tu. adik aku baru sedar. terkejut grad A. muka terus puteh tuh. takyah pakai fair and lovely. haha. dia tengok aku. aku gelak. sebab muka dia buruk siot. aku tau dia terkejut tapi kami teruskan perjalanan macam takda benda jadi. jauh cket. usha belakang. makcik tu dah takda. ghaib?.

sampai destinasi. terus tak kuar ronda dah. risau jumpa lagi. nasib baik makcik tu tak kejar ke apa. naik sawan aku kalu ye. adik aku?. terus lelah. haha.