27.1.10

Lampu lampu disko

lokasi: the curve
insan: sarah. kin kin

walau pun aku kenal rapat dengan dia sejak zaman hingusan matrix. ni la kali ke dua aku lepak dengan dia berdua je. sumpah pelik. dia amek aku kat ampang point. aku buka je pintu nak masuk..

kin2: haa.. ko decide mana nak pi?.
aku: huh?. apa plak aku. ko dreba. ko la pilih.
kin2: aku xtau. ko la pikir.

tsk. kalu camni la. sampai 2011 pun tak abes. las las. aku pilih the curve. abes jauh tu. nasib aku bukan dreba. kalu tak. aku suh lepak ampang point je. haha. sampai je. budak tu lapo menggila. tapi nak makan aiskrim. chait. patut pun ko cepat lapo. cuba makan nasi laen kali. masalah.

pi bubba gump. amek ais krim cake. bedal berdua. waiter smua pandang semacam je. aku ingat depa terliur memula. baru nak pelawa cket. rupa-rupa nye depa ingat kami tak bley abes. haish.. jangan pandang rendah perut kami. pantang beb. makan.. abess...

lepas tu pi karaoke. memang mcm haram. siap joget sakan. orang luar gelak je (cermin kaca) tapi pedulik. aku bayar singgit selagu kot. aku cuma menghayati hidup. hoho. semua lagu aku dan kin tibai kot. nak apa?.

hindi. english. indon. malay. cina.

bedaaaaal. abes 1 malaysia seyh. maen pilih je lagu. tup tup. dapat lagu happy birthday versi cina. macam gampang. kin dah gelak sampai terduduk. aku maintain muka ketat nanyi lagu. memang sah kami sugar high (dem u ais krim). lepas 8 lagu. minah tu lapo balik. perut macam lembu. haish.

pi la itallianies. order menggila. las las. semua tapau balik. orang tua selalu cakap "orang tamak selalu rugi". tipu ah. kin kin untung je. makanan aku pun dia bedal bawak balik umah. ampes. tapi takpe, yang penting:

we haf fun. :)

26.1.10

Pekerja paling cemerlang 2010

3.00pm: wuarghhh. baru bangun tido. bahgia gile idop.

3.10pm: IIMU tepon masa tengah mamai makan nasi lemak depan tv.

kerna aku terlalu bahgia di umah. aku sudah lupa yang aku ada meeting. hari isnin. 300pm. dah la aku tengah mamai. mamai kat ampang plak tu. fcuk.

kak nani cakap tak payah datang sebab aku jauh. aku tak pasti itu perli ke apa. tapi kerna rasa bersalah yang amat. aku mandi ekpress kalah kambing. dan terus drift ke uia. dalam 3.40pm aku sampai. hebat tak?.

disebabkan aku datang gak meeting walau masih mamai. aku yakin aku lah insan paling layak dapat medal pekerja paling cemerlang.

25.1.10

Kini. aku layak bergelar askar

tapi bukan askar pancit ye. err.. ok la. ok la. pancit cket. kira orait lagi la.

ni smua gara-gara kakak aku yang angkut abes semua orang pi bootcamp. program ni macam senaman tapi guna military style. trainer dia mejar la. korporal la. smua ala-ala askar la. konsep baru seyh. menarik gak la. kakak aku sekarang. tak pasal-pasal dah ada muscle. chait. tak bley jadi ni.

haa.. aku pi pun sebab program dia wat ala-ala hari terbuka sempena 'bring a friend day'. tapi kakak aku bawak 6 orang walaupun arahan cakap 'a friend'. isk. camne bley jadi cikgu inggeris ni?. haha. jujur cakap. aku gile cuak memula. ye ah. aku dah lama tak maen sukan kot. setakat wat tarian gelek dalam bilik sorang-sorang. apa barang kan?. walau program tu hanya sejam. gila babi la aktiviti dia.

sejam je. nampak cket kan?. haa.. jangan memaen. memacam kiteorang wat dalam sejam tu. terlalu banyak sampai aku malas nak type. hoho. alasan seyh. :P dah la aku kena bangun pagi. uish.. pantang tu beb. tapi demi dikau oh kakak ku. aku langsung tak tido. sebab takut takle bangun. sila terharu ok.

sepanjang tahun 2010. ini lah hari paling bermanfaat untuk aku. iye ye je. sumpah aku rasa macam nak balik ampang lari lepas wat boot camp. hoho. paling penting... we survived boot camp. hooyah!

kami yang aGak mAntap
[ shan. sao. sarah. wendy. sheena. israr. phoebe ]

20.1.10

Mantap amat

semalam dating dengan komputer. usha gambar lama. tup tup. terjumpa satu gambar. dalam gambar tu. aku nampak:

sungguh mantap macam atlit malaysia.

fuyoh. aku pun terkagum dengan diri sendiri. terus semangat nak pi jogging esok. iye ye je. huhu.

mantap tak?. kalu tak. simpan je dalam hati.

18.1.10

Sesi mencuci komputer

komputer aku berusia 8 tahun. aku sayang dia. dia sayang aku. jangan tanya camne aku tau. aku cuma tau. memacam benda ada dalam komputer aku. hasil kutipan 8 tahun tuh. paham-paham je la.

haish. tak le jadi ni. tak sehat komputer aku camni. obese. jadi aku tekad nak cuci. buang apa yang patut. hasil nya. aku berjaya delete benda yang tak penting atau tak diperlukan lagi seperti:

+ 5680 keping gambar
+ 2124 buah lagu
+ 0141 cerita
+ 0010 cerita series

sekarang komputer aku ringan. kalu dia manusia. mesti dia menang the biggest loser.

15.1.10

Beg ku kolam ku

argh.. dah 3.30pm. kelas jam 3.30.

apa masalah nye?

masalah nya ialah: aku masih dalam bilik nun di mahalah asma.

semua nya gara-gara usb aku corrupt. terpaksa datang bilik semula. amek mana data yang perlu. jap lagi kena present. adoih.. dugaan abes. memang kelam kabut sakan. dah siap transfer data. aku terus amek semua barang. cabut keluar. pantas gile aku rasa masa tu. hebat.

sampai tingkat 2. aku rasa tak sedap hati. macam ada benda yang tak kena. ntah nape. aku terus tengok dalam beg.

fuck. fuck. fuck.

apsal semua barang aku berenang-renang ni?. haiseh.. aku bahgia je letak botol air aku. tapi lupa plak nak tutup. abes tumpah. thumbdrive aku tengah terapung. handphone. usb player. dan hardisk. semua lemas. nota semua jangan cakap la.

musibah oh musibah.

14.1.10

Tipu sunat

lokasi: PG lab dan HS roundabout
insan: sarah. adebeye gile.

masuk PG lab. penuh. keluar balik. ntah camne adebeye bley sedar aku. dia pun ikut keluar. kacau jiwa tol la.

adebeye: sista! sista!
aku: ... (wat-wat tak dengar. haha)
adebeye: sista!. excuse me sista
aku: oh.. hai. how are you?. (muka innocent)
adebeye: hai.. finee.. finee. where are you goin?
aku: what do you care?.
adebeye: just askin. where are you goin?
aku: why do you wanna know?.
adebeye: ahak ahak (gelak cam ntah pape)
aku: early dinner with my friend.
adebeye: boy or girl?
aku: sibuk je nak tau. why you wanna know?
adebeye: boy or girl?
aku: dont wanna tell you. lu pikir la sendiri.

pastu dua-dua diam. tenang jap. tiba-tiba..

adebeye: you goin to dinner. you pay or your friend?

kecoh gile mamat ni. di sebabkan aku dah nyampah. aku pun jawap.

aku: of coz HE will pay... (senyum gedik)
adebeye: ohhh... (terus blah)

ahahahah. suka nye idop aku. tak pepasal SHAN dan SHEENA jadi laki. waum.