28.2.11

Dulu lain sekarang lain

dulu: seorang
kini: tunangan orang

gila pantas waktu berlalu. sedar sedar. memacam dah berubah.

oh ya. bukan aku tunangan orang. tapi nana. yang kini tunangan asrul.

ini nana. promote jap. heh.

setelah ntah brape bulan tak jumpa. jumpa gak tadi di klcc. gila berdebar aku. jumpa maskot a&w pun tak berdebar camni. parah. amat parah.

dari 1945 hingga 2130. keje borak je sambil makan. hm. gila lama aku makan. nasib teppayaki sedap. tetibe. huhu.

dan sian asrul macam busan. haha. sabo je la ye. gila lama tak jumpa nana. tahap layak masuk jejak kasih. heh. memacam borak. konon nak cover sepanjang tak jumpa ni la.

bila lepak camni. serius rindu zaman dedulu. haish. kene lepak selalu ni.

25.2.11

Ecstatic itu aku

0935: bes bes mimpi indah.
0948: hp dering. urgh. bo layan.

1005: hp dering lagi. sms plak. tsk.
1006: mamai. sambil baca sms.

1008: pecah ngantuk. mandi kilat.
1022: pi arabic lab amek abstract. yipee.

1051: compile thesis.
1016: print thesis. rm13.10. urgh.

1130: skipping ke DELL.
1147: anta thesis ke kak eda.

1155: sengih.
1245: masih sengih.
1423: dan terus sengih.

argh. suka suka.

23.2.11

Tabah

the fruit is so sheep [fatin, 2011]

dia nak cakap sweet. tapi dengan muka konfiden. dia bantai sheep.

sakit perut aku gelak. bley kecik hati buah tu kalu dengo. heh.

fatin.. fatin.. :)

21.2.11

Skytrex

lokasi: bukit cerakah, shah alam
kerna: aktiviti di skytrex
mereka: sarah. una. fatin. zetty

pepagi buta dah siap. dengan pantas. jalan ke mainstair. kalu mak aku tau. mesti dia nanges terharu. sebab aku. selalunya. matahari terbenam. baru jaga. heh. sampai je. zetty dah terpacak. lagi ganas. mesti mak dia nanges terharu lagi kuat. sebab dia pun sama beruang gak. hibernasi.

jumpa una. dan fatin. cukup korum. terus drift ke shah alam. dan bila aku cakap drift. memang drift. gila laju fatin bawak. kalu dia tak jadi lecturer. aku yakin dia jadi F1 driver. tak sampai 30 minit. dah sampai. hebat mung. hebat.

sampai je. park. beli tiket. lepak tunggu bus. lama jap tu. manager skytrex datang. kami naek keta dia. gila VIP rasa. bes bes. sampai sana. aku settle form mana perlu. pilih glove. dan pakai harness. rasa macam hebat gila bila pakai harness. ikut hati. mau je aku pakai balik umah. hm. nanges lagi mak aku. heh.

layan briefing jap. dan wat 3 mini course. nak kasi kiteorang biasa kan diri la. sapa dah siap course. terus pi 'extreme challenge' trek. hm. tengok tangga. gile babi tinggi. 22 meter. sabo je la aku. gila semput. nasib sampai gak atas. kalu tak. aku wat pitam. cover malu. haha.

ingatkan setiap task. setiap platform ada orang jaga. tak langsung. bajet kiteorang smua dah terror je. selang 10 task. baru ada sorang jaga. tu pun dia wat hal dia. tapi bes gak. rasa hebat jap sebab kene handle pulley, terrabiner smua sendiri. woot woot.

walaupun ada yang tak abes. penat. kiteorang berempat smua abes. 34 challenges. 22 meter dari tanah. dah la dieorang cakap kiteorang pantas. bangga jap. bley la keje part time kat situ bebile. huhu. dah settle smua. lepak taman paku pakis yang macam gampang jap. dan terus drift ke saba'. sumpah lapaq.

pape pun. arini hari yang bes. :)

[ una. fatin. sarah. zetty. ]

[ antu galah pun tak setinggi itu ]

[ musang terbang ]

[ jatuh. otak bersepai ]

[ mampu bikin ketiak lenguh ]

[ layak jadi model deuter ]

19.2.11

Kini berdua

lokasi: serendah
kerna: aing kawen luqman
mood: di mana ada kemahuan. di situ ada jalan

ke serendah bersama cik fatin. gps bergerak. dan drifter berjaya.

sampai je. jumpa pengantin sat. pas hadiah. cakap tahniah. pastu smua pakat cari makanan. sumpah lapaq. nasib rendang tok sedap. yums.

lepak dengan hadi. si tunang nya epah. hadi kasi kad kawen dia kat aku. aku kasi keychain medan kat dia. kalu orang tak tau. mesti dieorang ingat kiteorang dalam zaman lampau. pengamal sistem barter. ecewah.

jumpa ramai gak kengkawan lama. abes reunion neh. gila kecoh. huhu. betul la cakap orang tua "orang berkumpul kalu ada kenduri atau kematian". hm. heharap jumpa untuk kenduri je akan datang. amin amin.

[ fatin. nikhat. luqman. aing. sarah. aziza ]

[ cek ros. intang. fatin. sarah. una. huda ]


tahniah lukman dan ain.
smuga kekal hingga hujung nyawa.

17.2.11

Kisah nan abstrak

sambil sengih. sambil skipping ke arabic lab. gila riang nak anto abstract. walhal nak translate je pun. huhu. tapi mana tak nya. siap je abstract. kira thesis aku dah lepas satu lagi peringkat. uuu. bley mimpi pelangi 12 warna camni beb. bes bes.

sampai lab. jumpa orang in caj. isi borang mana perlu.

dia: jangan lupa tulis tajuk thesis sekali.
aku: errr...
dia: kenapa?
aku: apa ek tajuk thesis saya?
dia: ....... [ sengih ]

aaaaa. sumpah blur tetibe. cuba kalu tak tanya?. dalam mimpi pun ingat. ecewah. asyik mimpi je. konfem ngantuk neh. huhu.

hah!. pastu. aku pun cuba ingat. lama gile. ada la dalam 127 saat. peh. bajet macam movie 127 jam je. tabah. las las. abang tu berkata-kata:

dia: betul ke awak tulis thesis tu?.

cis buat abang itu. wat silat helang kang. baru tau.

aku: ye la. macam nak mati wat. tapi serius lupa. kalu tak tanya. ingat je.
dia: hehe. ok. ok. awak tulis je apa awak ingat.
aku: betul neh?. wokeh.

dan aku pun tulis ikut sukati aku. heh. lepas smua dah settle. terus pi cafe cari lauk ikan. hm. makan ikan. baru mental kuat. ye dok?. tabah.

16.2.11

Mau maulidur rasul

Sollu 'ala rosulillah, habibil mustofa.
Peace be upon the messenger, the chosen one.


Salam Maulidur Rasul