29.11.11

Sesi makan di rumah pak chan

pegh.. tajuk gaya pantun sekerat je. rhyme tu. haha.

arini. pak chan dan mayuih wat majlis tahlil di rumah. sebagai ahli keluarga yang penyayang. ayat takle blah tol la. haha. aku pun angkut la adik dan kakak aku ke umah pak chan awal sejam.

kene la tolong apa patut. takkan nak datang makan je. walau pun idea tersebut sangat lah bes. heh. tapi takda makna nye. aku senonoh lagi. datang tolong kat dapur macam gadis melayu terakhir la.

usha usha. mak aih. gila banyak makanan. walhal tahlil kecilan untuk keluarga je. gaya macam nak wat sure heboh je. ganas tak ganas.

cukup time. cukup korum. sesi tahlil pun bermula la. solat magrib. bacaan yasin. abes je baca yasin. tok imam berkata kata:

"apa kata kita smua solat isya terus. lepas tu kita soruuuu"

sabo je la. nampak sangat lapaq. haha. tapi aku tak salahkan dia. time solat. bau makanan memanggil manggil kot. tak kusyuk aku jap. heh.

abes solat. laju gila depa serbu makanan. terkedu jap aku. hm. iye iye je ayat. haha. memula aku terkejut makanan byk kan?. amek kau. abes tuh. sah keluarga aku smua keturunan piranha. pantang bab makan. kalah roadrunner! pantas.

abes makan smua. tolong kemas rumah smua. settle kemas smua. pakat lepak reramai. tgk tv sambil pekena teh tarik. huish. life is good!.

kepada pak chan dan mayuih. tahniah kenduri sukses. dan terima kasih kerna berjaya mengembirakan perut perut kami.

perut... cepat cakap terima kasih. jangan memalu. cepat..


*sewel*

23.11.11

iimu di hatiku

tengah bes bes melepak di iimu. tetibe prof. abushouk datang:

dia: sarah. i want u to work here again.
aku: huh? but im working upstair.
dia: its ok. i wont tell them u're working here too.
aku: errr.. i would love too. but i need to ask them first.

tak sampai 5 minit kendian. prof. abushouk datang kasi aku keje. sabo je la. walhal keje rektor pun tak siap lagi. bes je nak wat keje lain.

hm. tetiba rasa disayangi. haha.

22.11.11

Kini saya boikot kuis

terkejut gak masa kuis call aritu. aku anta borang ntah zaman bila dedolu. sampai aku pun lupa aku ada apply. tup tup. dapat panggilan untuk pensyarah. layan je la kan? maka. tadi aku ke kuis.

sampai je. aku orang pertama yang sampai. dan kerna itu. aku la orang pertama yang kene interview. ok. masuk. ada 5 panel. smua tudung labuh. stoking tangan smua lengkap la. aku dah rasa tak bes masa tu. tapi dah terlambat kalu nak belakon pitam pun. haha.

interview untuk pensyarah bahasa inggeris. tapi tanya soklan cakap melayu. aku kene jawap dalam english. pelik gila. dah ah tanya soklan ntah pape je. ada ke tanya philosophy pengajaran dan pembelajaran olympia college. mana ah aku nak tau benda tu smua. bongok gila. haha.

lama jap tu. dieorang tanya soklan agama. aku ingat dieorang nak tanya rukun iman ke rukun islam ke. tup tup. dia tanya rukun solat. astaga. serius aku tak ingat. aku cakap la aku ingat. jujur tak?. haha. tapi serius darah aku naik bila dean pendidikan cakap:

dia: hah. ni reti baca quran ke tak neh?

gila kerek soklan. bongok gila. semata aku tak ingat rukun solat. tak semestinya aku tak reti solat ataupun baca quran. setan gila. aku memang benci bila orang bikin judgment camtu. orang yang betul betul bagus takkan cakap benda camtu. siap dengan itonasi kot.

haish. ikut hati mau je aku panah mamat tu. tapi malas la aku nak layan. orang yang bajet dah cukup bagus. memang tak patut di layan. patut campak laut ada la. haha. tapi serius. aku terus takda mood. balik rumah pun terkenang kenang muka dean tu. membara lagi adalah. tabah.

wahai dean pendidikan kuis. tolong lah menuntut dengan padi. makin berisi makin tunduk. ni tak. makin berisi. terus judge orang yang kurang ilmu dari ko. macam haram. aku harap masa ko tengah makan nasi satu hari nanti. ko teringat kesah padi. dan berusaha jadi macam padi. tetibe. haha.

wat masa sekarang. mau tido. kasi kool cket.

selamat malam.

21.11.11

Lima

lokasi: bens, pavilion
insan: aku. nana. asrul. maj. kin kin.
sempena: penyerahan kad kawen nana
mood: ceria dalam lapar

janji jam 2000. aku sampai 2030. slumber je. nasib jumpa geng uia je. kalu jumpa sultan ke apa. gerenti aku dah kene buang negara. tragis. tapi kan. macam bes gak. hm. oh sultan. sila buang saya ke europe. tabah. haha.

tapi serius. jam gila melampau tadi. aku walhal dah nampak pavilion kot. tapi tak tersampai sampai. bukan setakat jalan. kalu aku merangkak pun dah sampai kot. pundek gila. apsal jam pun aku tak tau. yang lagi bes. sampai je pavilion. jalan lancar semacam je. urgh.

sampai je. terus skipping ke bens. duduk dan order makanan. lapar gila babas kot. sampai lupa geng bus sekolah kat depan dan tepi aku. haha. tapi tu la. serius lama tak jumpa bebudak tu smua. gila rindu. smua dah keje. ada plak dah kawen. nak jumpa lagi la payah.

tu bes jumpa sekali sekala camni. riuh abes. sian gak aku kat asrul tadi. terpaksa layan hal 4 awek borak macam tak jumpa 15 tahun. haha. nanasrul balik awal. dalam 2200 dah chow. dah la nak balik puchong. jauh gila. aku. kin dan maj. bley plak sambung sampai ke tengah malam. tak hengat. bes bes.

pape pun. kepada maj dan kin kin. great to see u guys again. dan kepada nana dan asrul. tahniah! selamat mengkawenkan diri. wehuu~

20.11.11

Buta warna?

dalam perjalanan kat rumah bersama sheena.

aku: aritu kasi nama keta fatimah kan?. dah tukar. busan.
dia: hah. tukar nama apa plak?
aku: Mr. P. sebab warna dia puteh.
dia: .....

dah dia diam. aku pun sambung bangga nama bes keta aku. sampai je depan pintu rumah. sheena berkata kata.

dia: erm.. bukan keta ko warna oren ka?

waaaaaaaaaaaaaa. *pitam*

bodoh gila. hahaha. betul jugak. keta aku warna oren kot. haha. haish. esok gak aku pi klcc cuci mata. kasi terang cket mata. hm. asal aku memati ingat dia warna puteh ek?. tabah.

19.11.11

Hidup untuk makan

jam 1230.
german deli.
layan pancake beef soup.
mangkuk sebesar kuali.
bersama zetty. aini & ala'.

jam 1500.
delicious.
layan 3 jenis kek.
2 jenis kopi.
milkshake dan aiskrim.
bersama zetty. aini & ala'.

jam 1930.
german deli.
layan megaton.
dan cheese hotdog.
bersama una.

balik je rumah. terus pening lalat okeh. gila banyak daging aku makan arini. kalu aku gabung smua daging yang aku telan arini. dapat ah sekor anak kambing terbantut. wagh. gila banyak.

ok. konfem!. harus puasa daging begini. babai my beloved kambing. see u next month.

tabah.

17.11.11

Berita tergempar

ahhh gempar nye... gempar nye.. ahh..

errr. macam haram je. haha. ok ok. bebalik kepada jalan yang benar.

dengan sukacita nya dimaklumkan bahawa
cik nur sarah baharudin
telah dilantik secara rasminya sebagai
research assistant
kepada rektor iium iaitu
prof. dato' sri dr. zaleha kamaruddin.

sampai la aku takle blah. macam tak sesuai je. haha. tapi layan je la. janji duit masuk. pengalaman pun dapat. contact? terbaik wa cakap sama lu. haha.

tapi yang tak bes nye. aku kene jaga tatasusila aku. haha. walau rektor rock aje. tapi orang bawah dia plak over over. adoyai. sabo je la. tadi belum apa dah jadi hal.

prof. z mau aku tolong dia publish buku. ok la fine. wat masa sekarang. dia mau aku type dan edit. ada ke patut dia kasi hilang soft copy. genius betul. tak pepasal aku kene type balik satu buku. tabah. tapi dia kasi sebulan tuk siapkan. ok lah. aku bajet 3 minggu dah bley siap rasanya. pastu aku pun berkata-kata:

aku: prof. type dan edit kan? can i work from home?
dia: hah?. u nak type kat rumah?
aku: yup. its only typing. once in a while. i datang uia la.
dia: ok jugak. atleast u sep dwet minyak kan?
aku: haa.. pandai pun (ok. tipu. tak cakap pun. haha).

kuar je bilik prof. smua admin keliling aku. sibuk tanya apa cer. aku cakap la prof kasi aku wat keje kat umah. bila perlu je datang opis. mak aih. terus emo tu. gaya rupa nak mogok lapar je. big boss lepak je. dieorang plak over. tabah.

aku cakap la rektor yang kasi. terus diam walau aku tau dieorang tetap protes. wekk. jeles la tu. dieorang kene datang keje pepagi buta. haha. haish. pape pun. masa untuk mentypekan diri.

jari jari ku yang disayangi.. bersediaaaa!. haiyah~