31.12.12

Akhir. dua. sifar. satu. tiga.


AZAM 2013

+ hidupi kehidupan pepuas. hidup hanya sekali +
+ kurangkan ego. tunjuk sayang pada insan tersayang +
+ melancong. aktiviti lasak. harus diperbanyakkan +
+ menjadi insan yang lebih baik secara menyeluruh +

semoga tahun 2013 akan lebih baik dari tahun sebelumnya. ameen.

selamat tahun baru

30.12.12

Parah

parah.. parah yang amat.

dan aku akan lalui tahun baru dengan ketumbit raksasa di mata kanan. 

agak teruk bengkak nya. tabah. pakat tengok separuh bunga api je lah. nampak tang kiri je. kanan blur je. haha. gila tragis. tapi takpe. dugaan nama nya.

resolusi terbaru: stop eyeing your students' badonkadonk.

dem. kurang satu aktiviti harian yang dinanti nanti di tempat kerja. tapi takpe. usha benda lain plak. oh. sungguh pervert diri ini. haha. 

pape pun. smuga ketumbit ini cepat pulih. kalu tidak. terpaksa pakai eye patch macam lanun sungai mantin. rawr.

27.12.12

Pandai hangpa naaa

kerna tiada mood mau mengajar. aku pakat kasi kerja cket kat student. dan akhir nya. aku ada banyak kertas harus di tanda. dem

ini karma namanya.

padan muka aku. kemalasan dibacklash diri sendiri. tabah. tapi takpe. sebagai cikgu cemerlang. aku cekal kan gak diri tanda paper smua.

tengah bes bes menanda. maka terserempak lah aku dengan kertas budak nak amek hati aku. aku suruh tulis satu line mengunakan perkataan teacher. depa tulis: 

"i love my English teacher, miss sarah very much" (vaseharan, 2012)

"miss sarah is a very good english teacher" (yii, 2012)

babik lah. terus aku teriak walau aku harus kekal professional. ecewah. haha. memang sah sah strategi mau kipas aku. tapi strategi agak menjadi lah. terus aku bersemangat tanda baki kertas. haha.

haish.. pandai hangpa naa. aww aww

[ camni lah aku kenyih lepas baca tadi. haha ]

25.12.12

Santa datang lagi


santa clause. rusa terbang hidung merah.
pokok krismas. salji. lampu kelip-kelip.
hot chocolate. ayam belanda golek.

ahh.. krismas datang lagi. dan sedar tak sedar. sudah hampir tamat tahun 2012. tabah.

sempena cuti arini. aku lepak di ge mall. dari aku jejak sampai ke aku balik. lagu krismas memanjang. nasib baik lagu smua ceria. estetik je bila dengar. tak lah depress macam dengar lagu raya. huhu.

oh encik santa. saya budak baik tahun ini. sila kasi hadiah yang bes bes. ameen.  

wohoo. merry chrismas semua!

24.12.12

Sorang lagi...

lokasi: dewan kementerian pertanian, putrajaya
insan: ramai yang amat
mood: lapaq

dan arini. maka seorang lagi sepupu aku tumpas. tumpas ke tangan perkahwinan. 

sorang sorang okeh. pantas gila. dah lah macam amek turn. februari nanti dila plak mau nikah. waduh. penin gila aku. ecewah. macam aku plak yang nak nikah. tabah.

yang penting. kenduri tadi makan sedap. gila banyak kambing aku balun. mesti keturunan kambing pangkah aku pasni. huhu. pedulik. sapa suruh mereka sedap sangat. yums. 

kepada zarif dan pasangan. tahniah. smuga kekal sampai akhir nafas.

dan kepada baharudin dan zarinah. bawak bertenang. esok lusa dapat lah menantu sorang. haha.

[ keluarga sederhana sharom ]

18.12.12

Riak

"salam miss sarah. thanks bcoz i really like ur class. u are a good lecturer" (rafi, 2012)

okeh. sungguh ku tak sangka akan baca sms sebegini rupa.

terasa macam mau terbang sambil makan cotton candy siot. serius terharu weh. walau agak pelik ada budak suka kelas aku. tapi itu lah hakikat nya. bangga siot. 

ye ye saya best. bwahahaha.

17.12.12

Life of Pi


selepas tengok cerita life of pi versi 3d di pavilion bersama keluarga. aku boleh kata:

a) antara filem terbaik tahun ni. serius tak tipu. 
b) suraj sharma adalah bakat baru terpower. serius sebak bila dia nangis. tsk
c) graphic yang memukau kalbu. sangat real okeh.
d) jalan cerita yang sangat mengancam jiwa dan raga.
e) antara cerita yang lebih baik dari buku. caya lah ang lee!
f) aku mau bela richard parker!

yang pasti. sampai je rumah. kucen gemok bernama tot terus upgrade jadi richard parker. mau tak stress kucen tu. haha.

buat yang belum tengok. sila lah pi tengok. alang alang mau tengok. sila lah pi tengok 3d. konfem tak menyesal. 

kalu nak bawak aku tengok sama sekali lagi pun layan. aku sanggup! bukti betapa best nye cerita ni. huhu.

oh suraj sharma. marry me!