28.2.13

Me me melaka


sarah. mahfuz. zetty.

3 insan bakal ke melaka esok selama 2 malam 3 hari

sempena sesi food trip makan sampai buncit.

semuga selamat pergi dan pulang. ameen.

24.2.13

Kuda ku lari gagah berani

lokasi: AS equestrian centre, lenggeng
kerna: horse trekking
mood: cuak cuak excited

dengan muka ngantuk gila. aku drive sesorang ke pekan lenggeng. sempena sesi horse trekking. walau blur. semangat tetap membara okeh. mana tak nye. pertama kali naik kuda gagah perkasa kot. balik balik kuda padi. tak pun kuda mainan. sekali dapat kuda betul. dengan pantas aku beli groupon deal. hehe. 

sesampai je area lenggeng. em. lawa gak area ni. sangat hijau. cerah mata aku kejap. heh. lepak sat. pastu sibuk usha kuda. memang bersih la tempat ni. kuda pun nampak terjaga. gemok semacam. suka aku. takda lah kuda terseksa angkut aku. hm. sungguh prihatin diri ini. oyeh!

aku pun tak tau apsal. depa kasi aku kuda paling emosi. shiddling nama nya. menurut penjaga. shiddling emosi. suka jatuhkan penunggang. dah tau kasi aku watpe? haram. 3 orang sebelum aku smua jatuh. sabo je lah.

30 minit belajar dalam gelanggang. dia tengok aku konfiden cket. masa untuk meronda luar tembok. peh. shiddling pandai lintas jalan ok. kagum siot. memang kepala hangin kuda ni. ikut mood dia nak jalan atau tak. nasib aku mampu kontrol. cewah. huhu.

dalam 2 jam gak lah aku tunggang shiddling. teturun je. amekau. kejang kankang aku. haha. tapi serius. aku macam tersuka naik kuda. rasa macam kool je. dapat sekor. serius aku tunggang pi kelas terus. gilak!

hm. apa pulak mau bikin seterus nya? 

[ sesi training kuda. kakak tu otai seh ]

[ kuda bernama shiddling yang bertuah dapat aku. haha ]

[ bersiar siar di kebun getah ]

[ kuda pun pandai melintas jalan. kagum weh ]

[ macam pahlawan okeh. oyeah ]

23.2.13

Mederkarya


tahniah kepada sesatu nya adik aku

aminuddin baharudin

di atas gig pertama dia di merdekarya

bak kata orang nganu

hebak mung

proud of u bro!

20.2.13

Significant Sri Lanka: Nuwara Eliya & Horton's Plain

lepas 5 jam bergayut di pintu keretapi mengalahkan local. sampai gak destinasi seterusnya. nuwara eliya. serius sejuk okeh. kandy kurang 18 celcius. nuwara eliya kurang 10 celcius. dah ah aku tak bawak baju sejuk. ingat macam cameron highland. pandai. tup tup. amekau. sejuk gilak babik. terus pakai 3 lapis baju. nasib tak peluh bila sejuk. lega ceq. hehe.

nuwara eliya juga dikenali sebagai little europe. dengan sejuk nye. dengan umah cottage nye. dengan garden nye. dengan mat salleh bersepah nye. pehh. serius macam europe. hehe. memang tak sesia perjalanan jauh. berbaloi baloi. guesthouse pun comei. cuma takda heater. keje duduk dalam selimut je. tak dalam selimut. bawah air panas. tu je la rutin harian. sabo je lah. 

hari kedua. kami sekeluarga pakat ke horton's plain. sesi trekking 9km. aku lah memandai suh gerak 0530. bajet nak tengok sunrise la konon. mana nak tau hujan. kabus gila kot. sampai tak nampak jalan dan sejuk melampau. kurang 7 celcius okeh. padan muka aku dan keluarga. haha. tapi takpe. merasa gak trekking sejuk sejuk. ala ala persiapan sebelum ke europe. ecewah. 

horton's plain sangat lah lawa. lain dari lain. tak macam kat sri lanka langsung. patut pun dikenali sebagai scottish moor. memang macam tanah lapang scotland. siap ada elk lagi. camne elk ada kat sri lanka pun aku tak tau lah. tapi aku terima je seadanya. siap suap elk french fries lagi. sukati aku je. mau cirit elk tu. haha. 

[ sheena dan nuwara eliya, little europe ]

[ kami yang bagai ayam kesejukan ]

[ gregory lake yang sejuk gila babik. gila kebal sapa naik bot ]

[ sesi trekking di horton's plain jam 0530. kurang 7 celcius. beku ]

[ trekking ke dalam kabus. redah aja ]

[ horton's plain tanpa kabus. cun siot. tak macam sri lanka ]

[ hobbit malaya. haha ]

[ mencabar gak trekking dia. memacam benda harus redah ]

[ world's end yang menawan. kalu jatuh. 5 minit baru cecah tanah ]

[ permandangan sebelum cecah tanah. lawa okeh. hehe ]

[ juga di kenali sebagai scottish moor. tak payah pi scotland dah ]

 [ tenang gila tempat ni. memang sangat di syorkan pi. tak rugi ]

[ siap jumpa elk lagi. serius jakun aku kejap ]

akhir nya. berjaya jugak kami tawan suku sri lanka selama seminggu. memang tak sesia. sangat menawan kalbu. kalu takde pape. insyaAllah tahun depan kita backpack berlima lagi!

masa untuk cari destinasi seterusnya. yea yea.

19.2.13

Significant Sri Lanka: Kandy, Perideniya & Nanu Oya

kandy dan perideniya sangat bes. memang menepati ciri ciri bandar idaman aku. serius nyaman. ala ala bandar universiti. banyak gilak kolej. orang muda bersepah. comei plak tuh. waduh. tergugat ceq. aww. bukan setakat tuh. makan pun sedap. paratha fry memang superb gila. aku makan sampai ketat baju smua. pastu stress sesorang. masalah tol lah. haha. 

cuaca pun bes. dalam 18 celcius. kekadang drizzling. serius macam london. bangunan pun sangat colonial. harap orang dia je gelap. cuba kalu bersepah mat salleh. konfem aku ingat aku kat london. heh.

siap pi spa ayurveda lagi. abes aku dilumur puluhan jenis minyak. melekat bau 3 hari. tapi takpe lah. peringatan untuk diri sendiri yang aku pi spa walau aku serius tak minat. tapi ayurveda dan sri lanka umpama aur dan tebing (betul ke peribahasa aku?). harus bikin beb. walau maruah sedikit tercalar kena raba abes. layan je lah. janji dah wat. no more. kesian dada aku trauma. haha. 

kandy dan perideniya ni bandar diraja satu ketika dahulu dan kini. bandar unesco heritage. smua bangunan di jaga. sangat lah colonial. memang betul lah. sejibik macam penang dan ipoh. banyak gak tempat menarik tapi kebanyakan berbaur seni atau taman. dah nama bandar dalam taman kan? tapi sangat bersih dan pokok hijau gila. pelik aku. cat ke apa? 

[ kandy. bandar diraja dalam taman ]

[ tasik kandy. selaku kolam mandi permaisuri. ganas sungguh ]

[ kottu. makanan harian. sedap, murah dan banyak ]

[ temple of the tooth yang tidak berbentuk gigi ]

[ bandar kandy yang sangat rileks ]

[ gila kool jalan pi kerja atas trek keretapi ]

[ persembahan kesenian ceylon. seksi siot jejaka sana. aum ]

[ taman botani perideniya yang nyaman ]

[ gambar melompat itu wajib ] 

[ pokemon diglett menyerang. hoho ]

[ 5 jam keretapi ke nanu oya ]

[ permandangan sepanjang perjalanan. lawa siot ]

  [ cik baha yang bergayut mengalahkan local. bravo! ]

[ sampai gak nanu oya akhir nye. wehuu ]

dari kandy ke perideniya. sudah puas pusing di bandar unesco heritage. sudah tiba masa untuk kami sekeluarga berhijrah ke lokasi seterusnya. harus sejuk kata mak aku. baik lah puan zarinah. your wish is my command. terus kemas kemas. naik keretapi menuju destinasi seterusnya. nuwara eliya dan horton's plain. kami datang. yehaa.

18.2.13

Significant Sri Lanka: Negombo, Pinnawala, Colombo & Ramboda

tarikh: 090213 - 160213
lokasi: sri lanka
insan: ayah. mama. sheena. sarah. amin.
status: tercapai

negombo. pinnawala. kandy. perideniya. nuwara eliya. horton's plain. ramboda. colombo.

setelah bertahun mimpi jelajah sri lanka. tercapai gak akhir nye bersama keluarga. tak sesia aku brain wash femli aku backpack sri lanka. serius mengancam okeh. kene plak bila jejak horton's plain. peh. terus terasa nak mintak warganegara sri lanka. hm. sungguh tak patriotik. keke.

trip kali ni macam time travel cket. ala ala balik 30 tahun lepas. serius. kapal terbang selesa tapi old skool gila. airport? old skool. bangunan bandar? old skool belaka. menurut mak ayah aku:

"sri lanka tak ubah macam penang 30 tahun lepas"

betul la tuh kot. makcik aku pun cakap benda sama bila tengok gambar. hm. old skool atau tidak. sri lanka sangat menawan kalbu. kene plak bila sampai central highland. pegh. bagai dipanah cupid bertubi tubi. panahan chinta ok. haha. ayat macam babik. haha.

walau tak murah mana pun sebab smua benda ada harga foreigner. mahal banyak plak tuh. chait. mau je aku bitch slap sapa yang kasi idea tu tapi nak masuk punya pasal. bayar gak lah. makan? sumpah takle lawan malaysia. tapi kottu (paratha cincang tambah keju) sedap gila babas. terus takle butang baju aku masuk hari ke 8. dem.

pape pun. sri lanka amat best. aku kasi 4 bintang *tepuk tepuk*. hm. smua benda aku kasi 4 bintang. sungguh adil dan saksama. keke. dan kerna kami redah pelbagai destinasi. macam biasa. aku letak gambar je la okeh? 

dengan ini. saya dengan segala hormatnya. mempersembahkan "significant sri lanka". *tepuk tepuk* 

 [ kami dah sampai sri lanka. woot woot ]

[ aktiviti wajib. tengok gajah yatim piatu di pinnawala ]

[ kan best dapat bela sekor. hm ]

[ mantin pun tak cun camni. those lucky elephants. chait ]

[ gajah yang diselamatkan dari poachers ]

[ mau je aku terjun sama. nasib takda baju ganti. heh ]

 [ gerai cucur di sepanjang pantai negombo. yums ]

[  port colombo yang macam gurney penang ]

[ pettah market yang bersepah laki. segan aku tetibe ]

[ gulai ketam obese. isi penuh. terbaek! ]

[ sunset terkenal colombo. terlewat amek gambar. dem ]

[ sesi borong teh ceylon di ramboda ]

sesampai je sri lanka. terus lepak di kawasan pantai. tu pun sebab airport di area negombo. dah puas jadi gadis pantai. ecewah ayat. masa untuk berhijrah ke lokasi seterusnya. masa untuk jadi gadis seni plak. dan demi itu. kandy. perideniya. here we come! woot woot.

10.2.13

Gong Xi Gong Xi

selamat tahun baru cina

buat smua yang sambut CNY.

smuga tahun ni manyak ong.

jom pesta limau sampai kembung. woot woot