28.4.13

Parentsception

sempena hari jadi ke lima sembilan. aku pakat beli dua gambar canvas untuk ayah terchenta. adiah abes spesel lah tuh. hm. agak ah. hehe. 

satu. gambar keluarga.
dua. gambar mak ayah aku.

dan alhamdulillah. ayah aku suka bangat hadiah aku. terus mau gantung di ruang makan rumah katanya. memang makan tambah lah aku pasni. haha. 

dan aku mintak mak ayah aku bergambar dengan gambar mereka berdua. peh. abes inception. dan aku bercadang untuk wat ini sebagai aktiviti tahunan.

tahun depan. bergambar dengan gambar mereka pegang gambar mereka. haaa. mind fcuk gila. haha. cun cun. 

[ parents-ception ]

pape pun. i love you very the much ayah mama.

26.4.13

Pantau memantau

bulan ni. genap lapan bulan aku kerja di mantin. sepanjang tempoh itu. aku agak yakin yang aku seorang pekerja berdedikasi. cuma rileks semacam. dalam kelas pun cool abes. 

dan di sebabkan aku insan chill. bila dapat call dari shamala pasal peer observation. gelabah macam ape je. mana tak nye. inform 30 minit sebelum kot. dah ah aku pakai santai gila. nasib bawak kasut dalam keta. haha. 

niat mau plan apa nak di ajar. tapi 15 minit terbazir mencuakkan diri. siap nak termuntah lah apa. drama queen sunggoh. haish. tarik napas. lepas. dan terus ke kelas.

tibe je depan kelas. dah nampak dr. ariff menunggu. adoyai. dia ke aku punya panel? dah ah dia kerek. pedulik lah. masuk kelas dan mula mengajar.

aku mengajar ikot style aku lah. memang tak skema langsung. sebagai pengemar makanan. smua benda aku relate dengan makanana. sabo je lah. nampak sangat lapar. haha. 

tapi serius. aku tak tau lah apa dr. ariff komen. ntah suka. ntah tidak. shamala cakap dalam 20 minit je. taik kuda dia. dalam 45 minit kot. lama siot. heharap itu petanda baik. fuhh fuhh. 

lepas abes kelas. aku terserempak dengan dr. ariff dan shamala. depa wat rileks je. hm. aku pun wat rileks balik ah. walhal dalam hati mencuak gila. huhu. 

heharap skor aku tak lah hampeh sangat. ameen. 

24.4.13

No to nondo?

tadi. nondo datang lawat aku di opis seperti biasa. mau tanya kaba kata nya. dan kami pakat borak sampai abes lunch hour.  

tapi dalam borak biasa. ada gak elemen memusykilkan dalam perbualan. mana tak nye. tak abes abes dok inform aku yang dia mampu bahgia kan aku. 

haish. tabah gilas.

tapi aku tolak sambil sengih. sebab walau dia camtu. aku selesa bangat sama dia. memang mampu borak sampai esok. ada je benda mau sembang. tapi sayang. dia budak. tak legal. haha.

dengan shiok gelak tawa. usha jam. sudah jam 2. dan aku ada kelas saat itu. nondo dengan muka slumber. bangun. pandang aku dan berkata "shall we?" sambil hulur tangan.

adoih. takkan nak ke kelas pimpin tangan kot? aku cakap no. dia tanya lagi. dalam 4 kali gak lah. las las dia ambil barang aku. mau anta ke kelas kata nya. pulak.

dalam perjalanan kuar. tetibe. nondo tegur miss gita. teman sejawat aku.

nondo: good afternoon miss.
gita: oh hi. afternoon.
nondo: miss, pls wait for wedding invitation..
gita: ...
nondo: from us

sambil pandang dan senyum abes manja sama aku. sumpah terkedu aku dan miss gita. gila daring mamat neh. adoh. kronik yang amat okeh. kalu ye pun. toksah cakap dalam bilik lecturer. ceq malu lah. haha. poyo. 

lepas kelas. miss gita borak sama aku. dan minta aku pertimbang perasaan nondo. kata nya. nondo nampak gembira sangat bila aku ada. cara dia borak. senyum. pandang. nampak lain. ok. jangan tanya aku. aku serius tak sedo pape pun. hampeh. hehe.  

miss gita kata. umur kami bukan beza jauh sangat pun. plus. nondo bekas student aku. dah takda ikatan sangat. dan miss gita juga kata 'grab the happiness while its there'.

aku pun tak tau nak wat camne. yang pasti. i have a lot of thinking to do. 

21.4.13

Setahun sudah

3 jam bersama encik jay di annalakshmi.

serius lama tak jumpa mamat neh. busy kalah menteri pertahanan amerika kot. ada je benda nak kene bikin.

tapi las las. setelah setahun lebih sudah. ketemu gak kami akhirnya. destinasi pilihan. annalakshmi, brickfields. 

tak ramai orang. bersih. murah. dan makan sedap gilas. aku sejak akhir2 ni. memang pemakanan sehat sungguh. makan sayur jew. hmm. napas lega kambing sedunia. hehe. 

lama gak lepak. dalam 3 jam lebih gak lah. memacam lah borak. dari personal ke politik. lengkap kalah berita dunia okeh. huhu. 

borak sakan sampai lupa jam berapa. sesedar kene halau kuar sebab kedai nak tutup. pastu sambung plak borak di kereta. 5 minit kendian. hujan. adoih. dugaan abes. nasib aku cekal orang nya. 

ntah bila plak mau ketemu mamat ni. jangan dah kerepot cicit 8 baru jumpa sudey. pape pun. it was great to meet u encik jay. hope to see u very soon indeed.

[ malu sangat. amek kau masuk blog. haha ]

17.4.13

Kami serupa


tengah termenung tunggu miss gita masak. tetibe sms masuk. capai phone dan baca.

"did the craziest thing tonight. mama and ayah is on a boat rocking like crazy in the middle of the sea. we love u loads" [mama, 2013]

benda pertama dalam kepala aku? wehh.. tak ajak aku. bes gilas.

benda kedua dalam pikiran? mesti parents aku ikut nelayan mengail. takde keje sungguh.

hm. anak yang sangat positif. tak terpikir langsung kene kidnap ke apa. haha. jap tu. aku soal siasat depa cket. 

rerupa nya parents aku naik boat anta offshore personnel. kebetulan hujan. air bergolak sakan ah. tu terus sms anak anak. ingat mau karam. dramatik sungguh. haha. 

parents aku sungguh lah adventure. sesungguh nya. ke mana tumpah nya kuah kalu bukan ke nasi kan?

pasni aku bley lah ingat kan insiden ni bila di tegah wat outdoor. haha.

16.4.13

Rawr

masuk kerja. on lappy. terus cek email. itu lah rutin harian aku sejak akhir akhir neh. 

tengah dok sibuk usha email notification dari groupon. tetibe terusha email dari emmanuel. bekas student dari zambia. pelik. dah lama tak kontek kot.

ingat kan dia ada masalah ke apa. klik. baca email. pastu malu sesorang. haha. kata nya:

"Hey hey super hot lecturer. Haven't seen you in a long time. Where are you hiding? lol"

ok. terkedu kejap. pastu kembang. kembang. dan semakin kembang. wooooit. student cakap aku hot siot. hahaha. macam tak percaya weh. hot lah sangat. tapi tu lain kira. yang penting. ada perkataan hot. huhu.

memula aku macam tak tau apa mau balas. tapi tangan gatal nak type. maka. belasan jam kendian. maka reply lah aku.

"Hey hey my super talented rapper with swag. Yup! It's been a while now. Where am I hiding? Well, try to find me. lol."

ohh. sungguh nakal diri ini. takde keje tol lah. nenakal dengan budak 19 tahun. memang dasar phedophile. haha. tapi mamat ni memang rapper pun. di zambia. present dalam kelas pun rap. sabo je lah. heh.

dan 30 minit kemudian. dia balas.

"Hehehhheheehe. lol. I guess I'll come find you tomorrow. I'll be looking for the super hottest lecturer in the department. Expect me. lol"

howaaa. sungguh konfiden. aku plak cuak tetibe. walau dia tak kata aku lah insan super hottest tuh. tapi pedulik. nak perasan gak. haha. hm. walau pun tak patut. 

potensi untuk aku berpakaian sedikit kemas dan comel esok adalah tinggi. hahaha. 

15.4.13

Ayuh perjuang kebenaran


cewah tajuk. terus membara jiwa mau menulis. hehe. 

arini. aku dengan semangat nan jitu ke seremban. pepagi buta dah drift dari mantin kot. semangat tak semangat. smua nya sempena mau bikin official complaint terhadap kehampehan melampaui batas tempat aku bekerja. 

dah 7 bulan aku sabar kot. dua bulan sekali aku jumpa miss tan, pengurus hr yang hampeh gilas tahap syaitonirojim. lidah bercabang kalah sotong kurita kot. tapi cukup cukup lah. aku dah penat sama kerenah mereka. selagi kita lembut. diam je. selagi tu lah dia ingat kita pengecut. mudah dipermainkan. 

maka. tadi pagi. sampai lah aku di epf dan socso seremban. jangan memain. i walk the talk baby! apa barang main cakap belakang je? hidup kene berani. terutama bila benda tu benar. kan? kan? kan? 

niat mau ke socso dulu tapi camne ntah bley tersilap turn. tup tup. dah kat tepi pejabat epf. layan je lah. haha. untuk epf. ni report ke dua aku. yang pertama dalam 2 bulan lepas gak lah. aku terang situasi terkini. dan update dokumen yang harus di update.

kendian aku ke socso plak. pelbagai borang harus di isi. nasib aku wat copy dokumen bagai. abes smua depa minta. bukan setakat itu saja. aku siap jumpa executive officer kot. abes dia soal siasat aku untuk bikin report. peh. dah gaya balai polis camne. bagus bagus. i loike. 

lepas dah complaint bagai. aku kene tandatangan surat sanggup jadi saksi utama sekira nya masuk mahkamah kes ini. nampak sangat kes ni serius. memang pun. tapi tu la. tak pernah ada orang complaint kot sebelum ni. tu pasal opis aku berani semacam je.

bak kata kakak aku "konfem depa menyesal hire ko sarah. silap hire yang vocal"

menyesal tak menyesal. itu laen kira. benda salah tetap salah. dan aku? aku nak hak aku. itu saja. dan sekira nya aku berjaya dapat hak aku nanti. aku harap hak makcik cleaner, pak guard, pemotong rumput juga akan terbela. mereka lebih memerlukan bantuan socso dan epf kelak.

yang pasti. aku akan tetap perjuang hak aku sampai berjaya. insyaAllah. dengan usaha. akan dapat hasilnya. Ameen.