28.9.13

tiga.puluh.empat

walau aku dan dia dah takda pape. kami masih berkawan. memula ingat mau sms je tapi ntah nape. rasa macam tak cukup syarat. amek phone. langsung dail nombor.

tut tut. tut tut. tut tut.

dia: hello?
aku: happy birhdaaaaaay!
dia: *gelak*

gelak besar dia dengar ucapan aku yang bersemangat gilak. kata nya. aku orang ketiga ucap. tapi sesatu nya yang betul. dua lagi insan ucap terawal sehari. sabo je lah. 

memacam topik kuar borak tadi. dari filosofi ke phd ke kerja ke birthday ke kucing ke makan dan sebagainya. ada je benda baru. smua nya dalam 30 minit. hebat tak hebat ilmu summary kami. heh. 

time flies.

kau. tiga puluh empat tahun sudah tahun ini. aku doa. Allah sentiasa memberkati idup dan segala nya. smuga dikurnia kan hanya yang terbaek buat kau. ameen.

selamat hari jadi chenta

22.9.13

Sepupu sepapat

disebabkan aku terasa sedikit mulia pada hari ini. dengan semangat nan jitu. terus panas kereta lalu drift ke mines bersama tiga sepupu aku dari penang.

bukan buat apa pun. pusing ja. pastu berhenti makan carl's jr. abes makan. jalan lagi. pastu berhenti makan lagi. hm. memang dasar orang penang tol. pantang nampak makan.

serius dah berzaman tak kuar camni. las 2 tahun lepas kot. tu pun pi hiking kat monkey beach. kalu tak. memang takda lah. haish. 

pape pun. wahai ee, yam dan wawan. shiok dapat lepak dengan hangpa tadi. tahun depan harus dikurangkan aktiviti sebegini. ee dah nak nikah katakan. aww aww.

missing the old good times.

sangat sangat.

19.9.13

Potong stim

datang kerja dengan mood separa ceria.
lihat jadual baru.
terus hilang mood seratus persen.

24 jam seminggu.
5 jam setiap hari melainkan jumaat.

70 budak degree.
ratusan budak foundation.

wadefak?

ingat aku ada kembar lapan ke nak wat keje camtu. setan. 

ugh. mau mengembara jauh jauh dari tempat ini.

15.9.13

dua.puluh.lapan itu aku


selamat hari jadi ke 28 buat diri sendiri.
smuga aku murah rezki, bijak dan sebagainya.
ameen.

kepada smua rerakan dan teman sekerja yang ucap birthday. terima kasih. saya sangat terharu. tapi kalu kasi hadiah. pasti lagi terharu. haha.

dan kepada ahli keluarga terchenta. terima kasih drive 350km semata untuk bersama aku. terharu tahap meleleh air hidung okeh. 

tinggal 2 tahun sebelum umur berubah ke nombor '3'. hm. masa untuk enjoi. woot woot.

12.9.13

Dia datang

tengah takda mood mau bekerja. tetibe cik nondo datang melawat. siap wat wat kiut sorok belakang almari. eh tolong lah. tak cukup kiut okeh. sila balik rumah praktis depan cermin sampai sukses. 

tapi serius. walau dia macam haram. kekadang chumel lah jugak. ala ala caring gitu. siap anta pi kelas okeh. sabo je lah. siap ada escort. kalah beyonce cenggini. heh.

okeh. maka berborak lah kami. dia sibuk tanya perkembangan terkini aku. peh. baru pi indon lima hari. dah tanya soklan mengalahkan spm. cuba kalu aku ronda sebulan. konfem soklan mengalahkan exam ptd. ganas.

sepanjang perbualan. aku sedar dia panggil aku 'my wife' tak pun 'my love'. apa ke jadah budak hingusan ni? hahahaha. memang advance betul lah warga Afrika ni. rerupa nya. menurut dia. dia suka bangat sama aku. oh sudoh. 

nak jadi cerita. shamala masuk opis. langsung tanya gita tu pakwe aku ke. haish. tak boleh jadi ni. belum apa dah cakap camtu. potong gaji baru tau.

walau aku sedikit suka nondo sebab dia gila. tapi kalu ada pape dengan student, lagi gila. dah lah bekas student. muda plak tu. anak ikan. kalu kantoi. bley masuk court aku. underage seduction. keke.

eh jap. apsal aku pikir secara mendalam ni? fuhh fuhh. sila pulang ke pangkal jalan sarah. harus pakai ilmu pendinding pasni. aish. okeh lah. masa untuk bekerja di lokasi kurang african. smuga dipemurahkan rezki. ameen.  

8.9.13

Superb Sumatera: Pandai Sikek & Pekanbaru

sebelum bergerak ke pekanbaru. aku ke lokasi terakhir iaitu pandai sikek. lokasi ni tidak termasuk dalam plan aku sebenornye tapi demi mak terchenta yang pesan telekung. sampai gak akhir nya.

walau pun susah mau sampai ke sini. tapi perjalanan memang berbaloi. sangat lawa dan nyaman. tak terasa penat walau harus jalan 1km ke perkampungan tenun. tapi serius. kualiti dia gila bagus. lagi bes. dieorang tak export. harus ke situ jika mau beli. rare abes.

lepas dah beli apa patut dibeli. terus kemas barang. checkout losmen. dan ke pekanbaru. aku ingat 4 jam perjalanan. hotak lah. 8 jam okeh. smua nye gara gara macet teruk di pekanbaru. kebas bontot okeh.

tiba je pekanbaru. sedikit terkejut. moden amat. penuh dengan mall. ramai gila manusia. dah biasa duduk kampung katakan. tak pepasal cultural shock jap. hehe.

pekanbaru pun ok sebenar nya. cuma panas lah. dari segi makan. sedap. murah pun murah. dan kawasan sedikit jauh. smua benda kene naik angkot tapi layan. bila lagi kan? 

 [ permandangan ke pandai sikek ]

 [ kebun sayur. sayur dia gemuk dan fresh ok ]

 [ penat borong. makan nasi kapau. yums ]

 [ muka penat duduk dalam van 8 jam. kebas ok ]

 [ nasi padang yang pedas nak mampus ]

 [ pasar bawah pekanbaru. memacam ada ]

 [ perjalanan ke airport ]

 [ gila moden airport pekanbaru. kagum jap ]

[ sarah dan sherly ]

akhir nya. berjaya jugak kami tawan tiga suku sumatera barat selama 5 hari. memang tak sesia. sangat menawan kalbu. okeh. masa untuk cari destinasi seterusnya. yea yea.

7.9.13

Superb Sumatera: Payakumbuh

dari ojek ke angkot ke travel ke mini van. smua harung demi harau valley. kebanyakan orang takkan ke payakumbuh. sebab lokasi ni kurang terkenal.

takda pape melainkan kawasan yang belum dimamah permodenan. hijau sehijau hijau nya. dan usaha tangga kejayaan. sampai gak aku akhir nye. hehe. 

 [ dah power naik angkot okeh ]

 [ rumah minang asli. chomel gilak ]

 [ barolak. lawa. sangat lawa ]

 [ tembok batu harau valley. sampai sudah ]

 [ padi, padi dan padi ]

 [ cun tak seluar padang aku? hehe ]

 [ homestay di harau. konfem malam beku ]

 [ di air terjun mana ntah. main berhenti je ]

[ perjalanan pulang ]

tak lepak lama di harau kerna sumatera barat gelap awal. dalam sejam setengah lepas sampai. matahari kian turun. masa untuk beredar. dah lah tak tau camne nak balik. slumber je. nasib berjaya gak akhir nya. hehe.

dari batusangkar ke payakumbuh. sudah puas pusing di tanah tinggi. sudah tiba masa untuk kami berhijrah ke lokasi seterusnya, pandai sikek dan pekanbarukami datang. yeah.