30.11.13

Selamat tinggal chenta

hujan. menangisi kepergian chenta hati ku arini.

selepas hampir 4 tahun bersama. penuh suka duka. kita terpaksa berpisah akhir nya.

selamat tinggal cik oren.

be good to your new owner. you will always be in my heart.

waaaaa *nangis*  

27.11.13

Kenapa? oh kenapa?

turun ke jusco seremban dua selepas kerja. misi utama? mau potong rambut. dan situ lah sesatu nya lokasi aku tau ada tempat potong rambut. 

ntah camne. nafiu fb aku. macam tetau je bila aku nak kuar. pasang gps ke apa weh? cuak woi. haha. dan kebetulan dia ada di kawasan yang sama. terus ajak jumpa okeh.

aiseh. kalau tau aku tipu tadi. haha.

sejujur nya aku malas. tapi memandangkan aritu dia sanggup naik bus ke mantin semata mau kasi barang kat aku. rasa macam tak baik plak. maka bertemu lah kami di jusco. 

BIG MISTAKE

nafiu. ko memang manusia yang baik. tapi sumpah aku tak pernah jumpa insan paling boring di dunia. memang takda topik nak borak. awkward gilas okeh.

ko ajak jumpa. pastu ko diam. bila time makan. sibuk suh aku tengok movie kat tab. apakah? masa tengah makan. ko sibuk suh aku balik. bahaya drive malam kata nya. bila aku nak minum kopi. ko sibuk nak ikut. sewel.

pape pun. ini lah kali terakhir aku akan lepak sama ko. tobat takmo dah. 

25.11.13

Jodoh kuat

sem terbaru mula arini. 

oh dem.

baru je nak rileks. 

3 kelas baru. 18 jam seminggu.

dan separuh adalah bekas student aku.

aiseh.

muka sama lagi. haish.

sabo je lah

20.11.13

Mahkamah Linton

arini adalah hari yang mendebarkan bagi sesetengah lecturer dan hari malas layan bagi selebih nya. tapi hari yang di tunggu tunggu cik sarah baharudin. 

hari result display. 

aku memang suka tengok respon top management bila lecturer jawap soalan mereka. yang pasti. mereka cukup tak suka bila lecturer jawap secara jujur.

sapa yang pandai pusing. amek hati. sangat dijulang orang atas walau kerja macam taik. dan itu lah hakikat kerja di kolej legenda.

semester ini aku gagalkan gila ramai student. tapi hanya mereka yang tak layak lulus. yang plagiat secara terangan atau mereka yang tidak datang kelas dan tidak ambil exam. adil lah kan?

tadi masa aku bentang result. aku terang secara spesifik berapa gagal dan punca utama mereka gagal.

smua diam dengar penjelasan aku. dan pabila pihak atasan tak tau nak tanya apa. lecturer smua pakat senyum simpul bila pihak atasan terdiam. 

ting ting ting.

kemenangan di pihak sarah. haha. mesti dieorang hangin je. 

well suckers. truth is bitter. swallow it. 

rebel abes. haha.

17.11.13

Sekilat berlian

cik siti pergi ke kota
ke kota naiki kereta merah
sekilat kilat batu permata
kilat lagi kereta sarah

haha. macam haram pantun.

arini aku pergi cuci kereta. bukan setakat luar dalam. sampai ke engin cuci. upgrade cket. 

kenape? kenapee? 

kerana kereta kenari kesayangan aku bakal dicek dan dinilai di pusat perodua ampang.

adoih. aku serius takmo lepas kereta kenari aku. banyak siot kenangan suka duka bersama. tapi nak wat camne. 

tetibe dapat call. bapak aku bilang amy perodua sudah set up perjumpaan dengan wong pembeli kereta ini hari. nak tak nak. kene jugak lah.

nilai tak sampai 10 minit kot. kata nya rm13000 untuk kereta  kenari auto berusia 10 tahun ini. aku pun tak tau ok ke tak. yang aku tau. wong harus bincang dengan ayah aku.

lepas nilai kereta. aku pulang. ntah apa keputusan ayah aku. tuka kereta atau maintain. yang pasti. selepas di nilai. aku bawak cik oren pusing kl. 

kasi hepi cket selepas di nodai encik wong. haha. lagi pun. kereta berkilat harus di jalanraya. vroom vroom.

15.11.13

Sarah Balboa

berjayaaaa *sambil tumbuk langit*

siap jugak marking smua exam paper dan submit result.

5 subjek. 250 students. 

bwahahaha.

terasa hebat okeh. lagi riak. pabila aku yang amek cuti sminggu siap dulu berbanding yang lain. linton kene kasi bonus cemerlang gini. 

dan seperti bias. aku gagal kan gila ramai budak. sebab tu kot cepat siap? haha.

you get what you deserve bebeh.

yang pasti. kini aku boleh rileks sebelum mesyuarat result display minggu depan. sesi bertinju mulut bakal berlaku lagi. 

em. rocky balboa sungguh diri ini. heh.

12.11.13

Amazing Thailand: Ayutthaya

Sebelum datang. aku sudah bilang mak ayah aku yang aku nak ke ayutthaya. depa takmo ikut takpe. aku rela naik public ke sana. memang dah lama aku idam mau ke ayutthaya. ntah apa kes. tetibe smua pakat angau mau ikut sama. chait. baru nak jadi lone ranger. heh. 

ayutthaya dalam 3 jam dari bangkok. jauh gak lah memandangkan highway jalan lawa. aku dah bangkit tido seploh kali, tak sesampai. sekali sampai. mak aih. excited macam nak nikah esok. huhu.

[ wat phra si sanphet yang gorgeous ]

[ deretan buddha. sangat kool okeh ]

[ headless buddha ]

[ cik baha yang berjaya daki candi utama ]

[ permandangan ayutthaya dari atas. lawa ]

[ cahaya keimanan lah sangat ]

[ candi apa ntah. masih teguh di mamah umur ]

[ sesi tawaf candi ]

[ ikan keli liar chao praya. sila jangan jatuh ]

[ wat phra mahathat ]

[ pecinta sejarah ]

[ buddha dan pokok bhodi ]

[ dah macam athens gaya ]

ayutthaya ni bandar peninggalan. dulu dia lah capital city thailand. bandar di raja. tapi lepas serangan padu dari tentera khmer. langsung dibiarkan begitu saja. 

walau sekarang tinggal batu bata je. tapi serius. masih boleh bayang betapa gah dan lawa nya ayutthaya ni suatu ketika dulu. buddha mak aih. besar gila. tinggi hidung dia dari aku. besar tak besar. hehe.

disebabkan ayutthaya di sangat besar. aku sekeluarga cuma singgah di 5 candi utama. masuk je candi ke 3. mak ayah aku dah bising smua nampak sama. sungguh lah tak artistik. tabah. 

tapi takpe. janji berjaya menjejakan kaki dan lihat sendiri ikon ayutthaya, kepala buddha di pohon bodhi. sebelum pulang ke bangkok. sempat singgah makan. lapar siot. yang pasti. makanan halal ayutthaya gila vavik sedap. rezki rezki. nyesal tak tapau balik bangkok. heh.