28.1.09

Idola aku sleeping beauty

setelah sekian lama. rekod tido aku telah dipecahkan oleh..

aku juga.

sape lagi kan? aku pun tak sangka aku berjaya tido tanpa henti selama

18 jam.

tahniah pad diri sendiri. zzzzzz..

27.1.09

Mari berkenalan dengan cik sarah

Name :
Nur Sarah Baharudin.


Nicknames:
Sarah. Yang. Sarah B. Sarah Idung. Sasa.


Sisters :
Sheena.


Brothers :
Amin.


Shoe size :
7-9. terpulang.


Height :
162cm.


Where do you live :
skrg? uia gombak. wuwu~


Have you ever been on a plane :
yup. rindu tengok awan gemok.


Swam in the ocean :
pasti. rumah dekat laut. separa duyung.


Fallen asleep at school :
wajib. terutama masa add math. sowi cikgo.


Broken someone’s heart :
pernah. padan muka kau. wahaha.


Fell off your chair :
lebih 3 kali. sumpahan kot?


Sat by the phone all night waiting for someone to call :
tak pernah dan tak peduli.


Saved e-mails :
pasti pernah.


What is your room like :
bilik uia. ada almari, katil, meja & rak buku ungu. cadar hitam oren. ada patung babi kesayangan. ada buku library yang melimpah. terasa rajin plak. hm. apa-apa pun, bilik ni terlalu bersih dan kemas. nak wat camne, aku ocd yg cemerlang.


What’s right beside you:
tingkap dan handphone.


What is the last thing you ate :
salmon oil and evening primrose oil. tak sedap.


Ever had

Chicken pox :
nope. tak sanggup. scientist dah cipta anti-chicken pox ka?. ohh tidak~


Sore throat :
pernah. bes. soraku bertambah seksi. grrrrr.


Stitches :
nope. ye ke?. eh. ye kot. hm.


Do you Believe in love at first sight :
yup. rasa-rasanya.


Like picnics :
very much. spot baru : klpac. cantik dan ada ikan dan itik yang peramah. suka.


Who was/were

The last person you danced with :
sheena. midge. dan ratusan remaja kat urbanscapes. oyeh2.


Last made you smile :
family. friends. nakatsu. chef. =]


You last yelled at :
tak ingat.


Today did you

Talk to someone you like :
yup. dia tepon. semata2 gerak bangun tido. pelik.


Kissed anyone :
yeah. slurpp~ haha.


Get sick :
yeah, hilang sora masa AUG. damn u malik. haha.


Talk to an ex :
nope. tapi testi ada la.


Miss someone :
nope.


Who do you really hate:
matiin. arija. anuar. bush. khairiah. urghh. nyah kau.


Do you like your hand-writing :
sangat. macam buruk tapi okey la.


Are your toe nails painted :
nope. suka natural.


Whose bed other than yours would you rather sleep in :
sape-sape pun bley. melainkan 5 orang yang aku pangkah.


What color shirt are you wearing now :
hijau lumut.


Are you a friendly person :
rasa-rasanya... ye.


Do you have any pets :
yup!. kucing gemok bernama tot. meow.


Do you sleep with the TV on :
nope. tak suka bising2.


What are you doing right now :
jawap tag. wat assg. baca buku utk test. tertekan. ahhh.


Can you handle the truth :
selalunya, i can tapi tengok gak la kan?.


Are you closer to your mother or father :
dua-dua sama rapat. =]


Do you eat healthy :
terpulang tapi tak sangat kot. a lot of junk food. bad sarah.. bad.


Do you still have pictures of you & your ex :
ngak ada.


If you’re having a bad day, who are you most likely to go to :
Epah. Nana. Ain. Kakak.


Are you confident :
yezar~


5 things I was doing 10 years ago :-
1. menghabiskan sisa zaman remaja kat kemaman terchenta.
2. masuk mcm2 aktiviti sbb cikgu ckp, bnyk sijil senang masuk u. tipu.
3. graduate dngn cemerlang dari UIA. matric dan degree ye.
4. wat umrah dan travel ke pakistan. indonesia. thailand. singapore.
5. wakil trg ke perhimpunan patriotik pemimpin pelajar kat perak. bangga.

5 things I would do if I were a billionaire :-
1. bawak family pergi melancong seluruh dunia. weeee~
2. supply weapon dan nuklear kat palestin. mampus kau isreal.
3. invest dan jadi lebih kaya. muahaha.
4. aktifkan diri dalam organisasi kemanusiaan. tlg orang yg perlu.
5. beli rumah dekat setiap negara as my holiday home. besh.

5 of my bad habits :-
1. tido mampus dan takkan bangun selagi tak petang. tsk.
2. pemarah dan ego tinggi.
3. mulut laser. i say what i think. masalah2.
4. membazir duit bila melibatkan makan bes2. yum.
5. terlalu memilih tp sukati arr.

5 places I’ve lived/living :-
1. chukai, terengganu
2. parit buntar, Perak
3. gelugor, Penang
4. ampang, Selangor
5. uia, gombak. mahallah asma & nusaybah.

4 peep to tag this survey :-
1. ain
2. ekei
3. che det. i wish!
4. michael moore

Pengalaman aku dan weed

semalam aku cuba isap weed. mula-mula aku tak nak. ragu-ragu. risau. macam mana kalu aku high?. pastu aku wat tarian bogel atas meja?. tak ke benda tu memudaratkan kesehatan dan maruah aku?. tapi ada dasar ingin mencoba, aku pun join la sebadan. sedut. hm. unik rasa dia. tak sedap pun. sedut lagi. takda kesan pun. kemudian, aku sedut la lagi wat kali ke tiga, empat dan hingga ke lima belas. takda kesan. kagum.

aku pertama kali cuba. aku cket pun tak high. orang lain? insan-insan yang advance atau pro dalam aktiviti sedut-menyedut weed, belum apa dah high. apakah semua ini satu petanda?.

yang aku dilahirkan immune kepada weed?. mungkin.

Jom makan oren sampai kembung

Tarian naga. Oren. Gendang Cina. Ang Pow. Cheong Sam. Yee Sang.

perkara yang aku akan ingat setiap kali tahun baru cina. besh. tapi aku paling suka oren. sebab aku boleh makan sampai kembung. tarian naga dan gendang cina aku tak reti main. ang pow tak pernah aku dapat melainkan aku kasi kat diri aku sendiri. cheong sam aku tak muat pakai. yee sang tak minat sebab tak sedap. yang tinggal, hanya oren. hmm.

aku dan oren, ibarat irama dan lagu pada raya cina. jom makan oren lagi. slurppp~

gong xi fa cai!

19.1.09

Malam telinga aku di nodai

170109

aku dan amin tengah seronok melepak kat rumah sambil main ps2. bila tiba-tiba kakak aku ajak pegi subang, ada poetry slam. hm. nak pegi ke tak nak pegi. jauh tu, subang. walau hakikat nye bukan aku yang drive. tp.. tp.. jauh gak. *pikir* ok lah! ikut saja. teman kakak aku. hm. mithali jugak aku ni rupanye. berbalik pada cerita, aku dan amin pun bersiap la. pakai sempoi je. gathering budak-budak seni ni lepak cket. bajet.

pi la kami ke subang cari tempat. rupa-rupanya wat dekat rumah org. prof chee sing dari UM. ok la. pusing punya pusing. setelah sesat hampir 30 minit, sampai lah kami di rumah dia. naik lif. tingkat 15. ting tong. masuk. peghh.. lawa siot rumah dia. untuk seorang prof yang rambut macam mop lantai, memang kelassss rumah dia.


memang baik la prof. tu. baru je masuk rumah, terus dia pelawa makan. aku, amin dan sheena senyum lebor semacam. kami memang simpan perut untuk makan free ni. usha. dominos. yum. aku pun dengan muka kelaparan pun terus menuju ke meja. tengah pilih piza apa yang best. tiba-tiba aku rasa seluar aku basah. aku pandang bawah.

rupa-rupa beg aku langgar air. tumpah. banyak plak tuh. maka basah la seluar aku. semua mata memandang. kakak dan adik terus wat tak kenal aku. tak guna. nasib baik aku agak bertenang walau hanya tuhan yang tau. tsk. aku mintak kain, aku lap dengan sopan santun nye. kemudian prof datang bawak mop. oh hero ku! aku pun lap bersama prof. hm, romantik plak. pas dah lap, aku amek piza. duduk. makan.


bila aku pandang meja tadi. aku bersyukur. aku tumpahkan segelas cawan plastik berisi sprite. bukan gelas kaca berisi wain. lega.

ok. program pun mula. ada 12 orang. 2 lagi penyajak. oh ya, 11 dari 14 adalah budak master UM. lagi tiga : aku, kakak dan adik. takpe. penyajak 1 (kakak aku) : menarik. 5 sajak pendek yang dibaca dengan penuh ekspresi. memang budak BEN sejati. penyajak 2 (dari UM) : sajak sedap tapi satu sajak 6 lai. baca macam tak ikhlas. aku dan adik aku dah tak tahan. ngantuk. tapi masing-masing pasang muka menghayati seni. hm.

intermission : satu mamat tawar diri nak nanyi. siap bawa gitar. juga dari UM.


ok. dia adalah penyebab telinga aku bengkak satu hari. tragedi. mamat ni sebijik macam orang-orang dalam american idol. tak boleh menyanyi tapi ingat suara dia paling sedap dalam dunia. perasan. tak sedar diri. nanyi lagu rekaan sendiri. percaya la. memang tak sedap. aduh! aku, kakak dan adik masing-masing tahan gelak. tapi aku memang respect orang UM. mereka menhayati sakan. siap goyang-goyang kepala. pandai berpura-pura. eh, atau memang depa suka. urghhh. tertekan. 3 lagu dia nanyi. malam paling seksa dalam tahun 2009. malang.

sebab tak tahan. adik aku kena asma. kakak aku amek peluang nak balik. alasan : adik asma. adik aku asma sebab terkejut dengar nanyian laki tu. tak sangka adik aku alergik pada nanyian yang tak sedap. unik. kami pulang dengan gembira.

terima kasih amin.


Kecantikan itu hak milik setiap insan

7.1.09

Kenyang makan hati

berdiri ku di suatu sudut terpencil.
sendirian. takut. lapar. sunyi.
lalu kau hadir,
membawa erti baru.
ku lupakan segala sengsara.
gembira.
kau hulurkan hatimu
lalu pergi.
meninggalkan aku sendiri.
kelu.
ku tatap pemberianmu.
ku kunyah sedikit demi sedikit.

terima kasih teman.
kini ku kenyang makan hati.

Jika bulan bisa ngomong

jika bulan bisa melihat,
akan ku tayangkan suka duka kehidupan yang tlah kita lalui.

jika bulan bisa mendengar,
akan ku bisikkan rahsia yang terpateri di antara kita.

jika bulan bisa berkata,
kan ku suruh dendangkan lagu persahabatan kau dan aku.

agar kisah kita, akan terus berkumandang
selagi bulan mewarnai langit malam.

4.1.09

Kelu

khamis. 010109

1 missed call. jam 2116pm. orang aku minat.
berdebar. nape dia call tadi? aku tunggu.
jam 2148pm. telefon berdering. dia telefon.


aku : kenapa awak call?. ada apa-apa yang penting ke?
dia : saya ada function nanti. apa awak sudi jadi date saya?
aku
: ………... [kelu]

di awangan. tiba-tiba aku suka tahun 2009.

Ayuh renew azam baru

azam oh azam. tiap-tiap tahun aku wat list azam tahun baru. tapi tak pernah aku ikut. paling bagus, 0.5 dari 10 aku capai. layan la. janji ada. jadi, ayuh wat list azam baru 2009.

a - menghapuskan sesi mengutuk, mencaci, menyumpah, mencarut dan sebagainya
b - harus mengurangkan berat badan walau hanya 0.009 kg saja
c - menjadi lebih rajin dari tahap kerajinan yang sedia ada
d - kurangkan tido. [ohh tidak]
e - jangan dera tot, kucing aku lagi. perbanyakkan sesi membelai
f - makan vitamin yang mak aku beli setiap hari
g - kasi tempat duduk dalam lrt pada ibu mengandung lebih 5 bulan, orang tua yang ada osteoporosis, kanak-kanak bawah 3 tahun, orang kurang upaya yang tak berkaki untuk duduk kat tempat aku
h - buang sampah di tong sampah. bukan kat tempat yang ada sampah
i - dengar apa lecturer cakap dalam kelas. bukan main sms. tido, berangan atau bersembang
j - sayang bumi lebih. boleh kurangkan kes tanah runtuh
k - hidupi kehidupan puas-puas. hidup hanya sekali
l - tunjuk yang aku sayang orang yang aku sayang. tell them ‘I love you’. bleh merapatkan ukhwah
m - simpan duit. pastu pegi melancong. tengok dunia. aku suka
0 - perbanyakkan aktiviti bersosial seperti karaoke, boling, tengok wayang dan seangkatan dengannya
p - jadi manusia yang lebih baik secara menyeluruh

agak-agak.. berapa yang aku boleh capai? macam lebih dari satu je

2.1.09

Kerna aku di tag

Ciri Lelaki Idaman Anda :
a - pandai masak. ini kerna aku suka makan tapi tak suka masak. kalu dapat jejaka pandai masak. maka kurang satu beban aku. haha. lagipun, laki yang pandai masak ni sexy la.. aowww.. yum yum..
b - muka sedap mata aku pandang. aku tak mintak yang hensem macam hugh grant. janji mata aku tak bengkak bila pandang dia. lagipun, kalu muka dia tak sedap mata memandang, maka rugi lah duit aku sebab kene sponsor topeng setiap hari.
c - tinggi dari aku. sebab baru senang nak bergayut. hmm..
d - tegap atau chubby. aku tak nak orang kecik dari aku. sebab aku yang jaga dia. bukan dia jaga aku. kalu ada orang nak kacau aku. sapa nak tolong?. ohh.. tragedi.
e - tak kedekut. bukan nak suruh dia tabur duit atas aku. cukup kalu dia tak berkira bila keluar makan dan bersosial.
f - full of suprises. ini wajib. tapi kalu dia kasi aku terkejut smpi aku mengalami sakit jantung separa kronik. aku tak rela.
g - berseni. aku suka lelaki yang ada ciri-ciri kesenian cket. aku suka orang pandai main musik. cair seyhh..
h - pandai. belajar tak tinggi takpe. janji bila kami keluar, banyak topik boleh dibincangkan. aku tak suka laki yang kuno dan hampeh. bajet pandai tapi macam haram.

Lelaki Yang Tak Pernah Anda Minati Sepanjang Hidup :
a - gigolo dan sewaktu dengan nya. aku nak yang masih teruna. haha.
b - panas baran. aku tak suka laki yang suka marah, tengking dan pukul insan tak bersalah. terutama kalu insan itu adalah aku. kalu nak marah.. pegi duduk dalam hutan sorang-sorang.
c - kedekut macam haram. kalu kedekut, jangan cari awek. duduk diam-diam. tapi lagi hampeh kalu dia kedekut, pastu ada hati nak kikis aku. ya. aku bukan kerja cetak duit. tolong la paham.
d - bodoh sombong dan jakun aka kuno. cover la cket. tolong jangan malukan aku di khalayak ramai. puh-lezzz
e - suka menunjuk kerna ego yang melampaui batasan. laki macam tu patut pupus dari muka bumi. haha.
f - takde manners dari semua segi. haa.. ni lagi satu. juga harus pupus dari bumi. haiyakkk!.
g - suka mengongkong. aku suka bebas. nak jeles. boleh tapi jangan lebih-lebih. kalu aku nak lepak dengan kawan pun tak boleh. ini sudah lebih. nyah kau dari idup ku. hmm.. emos plak.

Perasaan Anda Sekiranya Keluar Dengan Orang Yang Minati :
a - cuak gile babeng
b - happy yang teramat sangat
c - kedua-dua di atas

Tempat Istimewa Yang Ingin Dilawati Bersama Pasangan Anda :
a - mana-mana pun orait tapi sebab aku suka melancong. negara-negara baru yang exotic. besh nyeee..

Barangan/Sesuatu Istimewa Yang Akan Anda Hadiahkan Kepada Si Dia :
a - errr.. takde kot..

Tajuk Lagu Yang Akan Anda Nyanyikan Untuk Pasangan Anda :
a - dancing in the moon light by toploaders
b - happiness is a warm gun by the beatles
c - when did your heart go missing by rooney

Rakan Yang Anda Tag Dan Mahu Mereka Buat PERIHAL Ini :
a - fakiera razaki [ tapi dia dah wat ]
b - dianarism
c - ain guzzle

Dua Kosong Kosong Sembilan

selamat tahun baru pada diri sendiri. wohooo~