30.7.09

Ketidakstabilan

aku sekarang ada masalah clumsy. benda ni macam musim cket. bila datang musim. semua benda aku langgar. semua tempat aku nak jatuh. tsk. dalam tempoh sehari. macam-macam musibah jadi kat aku.

musibah satu
aku kena cover conference management dekat cac. aku pun masuk ikut pintu belakang sebab committee semua duduk situ. masa nak lalu belakang orang untuk masuk ke tempat duduk aku. aku dengan riang nya langgar dinding yang ditutup kain merah. memang macam haram. sakit sial. tapi aku gelak je bersama insan-insan lain. pastu aku duduk sambil sengih. kenapa ini terjadi?. oh kenapa?

musibah dua
lepas je aku langgar dinding. aku wat kerja macam biasa. lepas tu aku jalan sorang-sorang nak pi kelas. tengah aku jalan dengan penuh sopan-santun. aku tergeliat. dan dengan slow-mo nye aku jatuh menghempas simen. hangin je satu badan. aku pandang keliling. takda orang tapi aku yakin. mamat indon yang tengah wat bangunan nampak aku jatuh. pastu aku bangun. sambil urut kaki. sakit nak mati seyh. lutut kanan berdarah. kaki kiri tergeliat. aku pun jalan seret kaki ke kelas. masa itu. aku yakin pahala aku banyak. jihad nak tuntut ilmu beb. jangan memain. hoho. tapi sepanjang perjalanan. aku asyik terpeleot je. kaki dah lembik. pantang silap jalan. aku jatuh. pantang silap langkah. aku terus senget.

bulan julai. bulan kemalangan. arghhh. malang. sungguh malang.

Dijamin halal

aku tuju tajuk di atas khas buat diri sendiri. ini semua kerna:

aku SAH bebas dari H1N1. weeeee~

semalam aku pi klinik. saja pi check. mana nak tau aku terkena kan?. sebab 8 (sekarang 9) kawan aku kena kuaritin sejak balik dari jadi fasilitator dekat melaka aritu. risau gak walau aku takda simpton-simpton.

aku selalu terpikir. nape la nama dia selsema babi?. sepanjang hidup. aku tak pernah tengok babi selsema. tapi macam kiut je.

babi: aaaachukrohh krohh.

eee.. rasa macam nak tendang-tendang je. pantang aku tengok benda comei ni. hmm. sian babi tu. dah la selsema. bakal di tendang aku plak. hehe.

barangsiapa yang rasa diri dia comel atau mempunyai benda comel. sila jauhi diri dari aku. tsk

Pesta cupcake

lokasi: taman tasik titiwangsa
anjuran: nurul dan nana (adik beradik)
menu: benda manis. 97.9% berasaskan gula

bila abes event ni. hampir semua orang sugar high. tapi yang paling kronik. sheena. keje dia lompat je. pening gak aku tapi dah darah daging. terpaksa la terima dia seadanya. sugar high atau tidak. tsk.

aku suka gak la benda camni sebab dah lama aku tak pi picnic. orang-orang dia semua okey tapi aku tak berapa nak berkenan la dengan budak-budak damansara (kawan nana) tu. tak berapa nak sporting. takut sangat muka berpeluh dan berminyak. ajak maen game. takmo. depa duduk je kat tepi sambil camera whoring. aiseh..

yang pasti. warga tua (dalam kelompok aritu je) berjiwa muda yang terdiri dari jay, nurul, sheena, shan dan aku gumbira. macam-macam game la kami main. nak game apa?. kami main..

+ pepsi cola. (ingat?)
+ mama jadi patung
+ serigala dan ayam
+ zus tang

ikut hati. nak maen polis and thief tapi cepat semput la plak. stamina ntah pape.hmm. tapi pape pun. hari itu hari yang menarik. jadi, tak kesah la apa orang nak cakap. janji hati gua manyak gumbira. yeay.

18.7.09

Buku idaman

aku mau buku ini sangat-sangat. ni la buku yang aku pesan dekat kinokuniya beberapa minit sebelum insiden kain tersangkut dekat eskalator. chist. aku memang dah tahap termimpi-mimpi buku ni walau setiap kali mimpi. mesti aku nampak cover buku je. hmpkh.

barang siapa kasi aku buku ni dalam tempoh 3 minggu. aku akan terima pinangan mereka. gile desperate nak buku ni. huhu.

buku ni tersangat la morbid dan dark. review pun bagus. tapi sayang. dah takda stok. nasib baik dekat kino bley order. ohh buku. kita akan bertemu tiga minggu dari sekarang. tak sabar beb.

17.7.09

Rajin terpaksa

sem ni aku amek 4 je subject. tapi kelas dan kerja. macam haram. aku agak risau la sebab banyak sangat bagi aku. dah la semua subject aku tak suka. tapi apakan daya. tu je yang di tawar. lagi pun. sapa suruh aku amek linguistik. padan muka. tsk. ha.. sem ni aku amek:

+ research methodology
+ semantics
+ phonetics and phonology
+ morphology and syntax

arghhh. otak aku dah naik petak dah sekarang. baru tengok subject. tak wat assignment lagi. adoih.. terpaksa la aku rajin-rajinkan diri ke pustaka sekarang. oh ya. semalam aku pi pustaka dengan ain dan liyana. aku pinjam 6 buku yang tebal dan bersawang. walau belum tentu aku akan baca. aku yakin orang mesti terkagum dengan aku, ain dan liyana. buku tebal-tebal tu. hmm. gila menunjuk.

jadi. sape-sape nak jumpa aku. sila la singgah ke pustaka uia.

chewah. poyo yang amat. haha.

Badi albert einstein

memang sah tahap tersasul aku kini semakin kronik. dulu setakat tergabung ayat atau sekadar ayat terbalik. tapi sekarang... dah masuk tahap cakap benda yang takda kene ngene langsung. aritu dekat ampang. rumah kakak aku. aku cari remote tak jumpa. walhal belakang aku je. ntah pape. aku pun tanya kakak aku pasal remote.

aku: kakak. mana albert einstein?.
kakak: huh?. apa?
aku: albert einstein?. wahahahaha

aku memang camtu. sendiri silap. sendiri gelak. tapi pelik la. apa kena ngene dengan albert einstein. gila jauh. takda benda yang berkaitan dengan mamat crazy hair langsung yang berdekatan dengan aku masa tu. nak cakap dia reka remote. tak mungkin. adoih.. bahaya ni. master telah merosakkan saraf otak aku.

tolong saya. tolong. <-- drama queen.

16.7.09

Aku tak sangka aku drama queen

aritu lepak klcc dengan sheena. shan. zetty. midge. pi makan. try baju tapi haram tak beli. pi kino. camtu la. dalam area 9.45pm, dieorang nak lepak starbuck kat luar klcc. melepak sambil borak. aku plak. time tu gak la tergedik nak pi beli buku dekat kino. klcc dah nak tutup. baru aku nak gak pi. jadi. aku pi sorang-sorang. sampai kino. buku yang aku nak. abes. tertekan je aku. jadi, aku order. lagi 3 minggu sampai la. yeay!.

dalam perjalanan turun eskalator. kain aku tersangkut kat eskalator. memang macam haram. mula-mula aku sengih sorang-sorang sambil cuba tarik kain aku tu. tapi lama jap tu. aku sedar kain aku memang tersangkut teruk. dan aku bley nampak kain aku masuk dalam mesin tu cket-cket. ok. masa tu aku memang gabra. aku tak mau balik starbuck pakai tudung. baju kurung. dan tak berkain. macam haram je. masa tu.. ntah nape. aku sangat drama.

aku tengok orang yang tengah turun eskalator dan cakap "tolong saya.. tolong saya". saya?. aku tak pernah guna saya. tapi di saat-saat genting. ntah nape. aku cakap baku. memalukan. lama kejap tu. ada laki cina tolong aku. tu pun sebab mak dia suruh. mungkin mak dia serabut dengar aku cakap baku kot?. dia tarik kain aku. lama jap tu. aku dah tak tersangkut. tapi kain aku koyak la cket. aku pi kat family cina tu. cakap mekaseh sebab selamatkan nyawa aku.

tiba-tiba eskalator berhenti. aku yakin cebisan kain aku tersangkut kat bahagian dalam. nasib baik takda orang jatuh. sebab eskalator berhenti mengejut. aku terus pandang dekat orang atas eskalator sambil cakap "sebab saya ke?. sebab saya ke berhenti?" dengan penuh perasaan. aku dengar ada orang gelak dekat aku. aku rasa mesti gaya aku macam pelakon cerekarama. huhu. lepas tu ada la kapel ni. boyfren dia cakap yang eskalator rosak sebab aku. aku pun tak tau nape. aku terus jerit ...

"babiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"

pastu orang dekat eskalator semua gelak dekat aku. memang kejam tahap syaitonrirojim beb. pastu aku blah. menuju ke starbuck la. sepanjang jalan. aku dengar orang belakang aku masih gelak-gelak. sebab aku macam termalu sendiri. aku turun ikut jalan parkson. sanggup ikut jalan jauh tu. hehe. ntah la. aku bersyukur sebab kain aku tak masuk dalam eskalator terus. kaki berbulu beb. tsk. tapi aku belajar satu benda penting pasal diri aku:

aku seorang drama queen di saat-saat genting. hmm.

Sila panggil aku : cikgu Sarah

tarikh : 14 Julai 2009
tempat : maktab koperasi malaysia
urusan : penceramah jemputan
program : english made easy 2

aku ngaku. minggu lepas aku memang cuak nak mati. tido tak lena beb. sebab kena pikir nak ajar apa. nak kena wat silibus. slides. nota untuk pelajar. soklan ujian. memang aku kelam kabut. kena pulak sebab wat last minit. aku salahkan hardisc aku yang penuh dengan cerita baru. tsk. tapi nota, soalan ujian dan slides semua sempat siap sebelum hari isnin. tapi hari isnin aku langsung tak tido. sebab aku kena studi balik semua apa yang aku nak ajar. aku tak nak tak le jawap soklan mereka itu.

pagi-pagi aku dah keluar. 7 pagi. aku pun terkagum dengan diri sendiri. dan pagi-pagi aku dah kena tinggal bus. macam siot. tak cukup awal rupanya. nasib baik ada taxi. program mula 8.30 pagi. aku sampai tepat 8.30 pagi. slumber. jumpa cik ros. dia bawak aku masuk kelas semua. ok la. tak la teruk macam yang aku pikir. penat je aku cuak gile-gile minggu lepas. buang tenaga tol. hm.

tak ramai. 19 orang je. umur dari 24 - 50 an. susah jugak la nak mengajar sebab walau dah berusia. perangai kalah budak kecik. yang laki-laki ego nak mati. ada yang tak le terima sebab aku muda dari depa. ada yang tanya muet aku dapat berapa. macam sial. takut sangat aku tak layak ajar depa. pasrah je la. tapi aku happy gak. tak kena boo atau baling telur. bes. bes. hehe.

pasal tanya soklan jangan cakap. soklan orang tua memang membunuh. bila aku boleh jawap. ada yang tak puas hati. siap buka kamus tebal cari soklan untuk aku. macam siot!. dieorang nak uji aku tapi agak-agak la. nasib baik dalam berpuluh soklan. satu je takle jawap. tu pun masa lunch. cik ros tolong aku cari jawapan. kami google. bila dalam kelas. aku jawap soklan dieorang tadi. dieorang macam terkejut cket la. sebab aku ada effort nak cari jawapan. chewah. bangga plak aku. huhu.

program abes dalam 4.30. aku balik dalam 5.15. kawan cik ros anta pi putra. walau ni pengalaman pertama aku. aku agak puas hati la dengan performance aku. yang pasti. masa periksa tenses. dari 19 orang, 17 dapat A. jadi aku rasa cara aku mengajar agak menjadi la. mungkin aku je yang shiok sendiri tapi lantak la. oh ya,

thanx cik ros sebab kasi aku peluang ni.

10.7.09

Kuah kacang : skrub badan terbaru

aritu aku sekeluarga pi makan dekat ampang jaya. layan satay zaini. satay dia memang mempersona. kena plak satay kambing. aku pun tak paham kenapa aku sungguh taksub dengan kambing akhir-akhir ni. walau pun hakikatnya. kambing dikenali sebagai haiwan yang tak suka mandi. badan busuk masam. namun. daging dia sedap yang amat. aku suka!

jadi. masa tengah makan dan sembang. mak aku sudah terpuji kad yang aku buat kat dia dan ayah aku. aku terus bangga dan hilang konsentrasi. aku pun tak tau camne aku cicah satay tu. tiba-tiba mangkuk kuah kacang melambung. dah la wat aksi akrobatik. nak pulak landing atas aku. abes selipar. seluar dan baju aku. siap ada kesan percik kat tudung lagi. tsk. semua orang terdiam. ada yang geleng kepala. aku agak blur.

pastu ayah aku cakap "wat bodo. makan nasi dulu". aku yang patuh pun makan nasi dengan kuah kacang bertakung atas baju dan seluar. orang meja sebelah pandang je tapi aku wat tak reti. seolah-olah aku yang berlumuran kuah kacang hanya imaginasi mereka. konon nak cover la ni. gile.

lepas dah habis makan. aku cuba lap kuah kacang dengan tisu. dah kering la pulak. urghh. malang sungguh diri ini. nak basuh. tempat tu ala-ala gerai. takda toilet. jadi. aku pun pulang dengan keadaan penuh kesan kuah kacang. hmm. sampai rumah. aku basuh semua. tiba-tiba aku rasa kulit aku macam terlembut sikit. haa.. tu la hikmah mandi kuah kacang tadi.

positif sarah. pikir positif.

9.7.09

Kemusykilan

tadi kak zu. kakak opis aku cakap boss besar iimu. prof. hassan cakap aku ni aktif. aku risau. apa maksud dia?. aktif macam mana plak ni. tertekan aku pikir tahap keaktifan aku ni.

korang rasa aktif camne?. hmm..

8.7.09

Harapan aku.... di blender halus

burrrrr. burrrrr. ha.. ini lah bunyi blender yang telah menghancurkan harapan aku. blender sikit-sikit dah le. ni tak. kalu bley nak hancur lumat. aduh.. oh ya. aku kuciwa kerna..

aku tak jadi pergi penang arini. semuanya sebab mak aku tak kasi. dia suruh aku wat kerja yang patut aku siapkan. sebab dia tau aku ni cepat terpengaruh. kalu pi penang. memang kerja pun ntah ke mana. sungguh bagus tapi aku tetap sedey sbb..

+ takle borong dvd murah kat batu feringgi
+ takle usha teruna mami idung mancung kalah jacko
+ takle tengok tok aku yang dah kurang sakit
+ takle makan nasi dalcha yg mengiurkan

tapi mak aku offer diri nak tolong tapau nasi dalcha dari penang. tak tau nape tapi gerak hati aku cakap. nasi tu takkan survive perjalanan 5 jam dari penang. mesti kena makan dalam perjalanan. idup ini sungguh kejam. uhuk3

Faktor kecil kenapa wayang di area KL masih bertahan = aku

tu apa yang aku rasa la. aku sejak akhir-akhir ni rajin pulak layan cerita dekat wayang. mungkin sebab banyak cerita bes kot?. tapi ni tak bermaksud aku tak sokong cetak rompak. kalu wujud kelab cetak rompak semalaya. aku yakin aku mampu jadi paling kurang ketua biro promosi. idup piracy! eh jap. aku boleh kene tahan ek sebab buat pengakuan sebegini rupa?. kalu boleh..

booooo cetak rompak. pegi jahanam. boooo.

gile tak eklas. tsk. oh ya. selalu nya aku bayar tiket sendiri. ye la. aku bukannya ada bapak gula nak tolong bayarkan pun. pasrah. (siapa2 nak anak gula. sila kontek gua ok). haa.. cuma aritu je. aku dapat tiket free. tu pun sebab aing belanja. aku memang terharu sakan. nak nangis pun ada. nak nangis sebab aing beli cerita melayu. cerita 'jangan pandang belakang congkak' plak tu. sungguh menyayat hati. huhu.

aku bukan tak layan cerita melayu langsung. cuma aku memilih sikit. aku layan cerita amir muhammad. yasmin ahmad. tapi semua yang aku layan, tak berapa nak masuk wayang. sebab tu orang takkan nampak aku beratur beli tiket wayang melayu. tapi aku pelik gak. tengok cerita tamil. sanggup plak beratur panjang. musykil. masa dalam wayang. aing pesan "kalu ko tak suka. jangan marah tau". suka tak suka lain kes. yang aku tau. tiket tu percuma. dan mak ayah aku ajar. benda percuma berian orang harus di hargai. hmm. macam ayat kempen la plak. heh

pape pun aing. mekaceh banyak-banyak. ko macam tau-tau je. aku memang suka benda free camni. lain kali aku belanja ko pulak. ayuh layan cerita tamil. walaupun hero melodramatik. bila marah bermata merah. konfiden (suka angkat dhoti tinggi-tinggi tunjuk kaki berbulu cam syaitonirojim). bergaduh bunyi 'dushum dushum'. ada magik (bila nanyi. boleh lawat 4-5 negara dalam 7 minit). namun. jalan cerita tetap mengancam.

orait cik aing?.

7.7.09

Penang... aku datang!

harini aku balik ampang. esok aku turun penang. semuanya sebab atok aku sakit. sian tok aku. tapi bagus gak. ada gak peluang aku balik penang. selalu nya setahun sekali je. tu pun masa raya. isk. tak sabar tol nak balik penang. semuanya sebab:

+ aku rindu tok aku. (cucu mithali)
+ aku ngidam nasi dalcha. yum.
+ nak borong dvd rm4 satu dekat batu feringgi.
+ usha anak teruna mami idung mancung.

oh penang.. tunggu daku..

Aku dan panik. bukan soulmate

cik rose kawan zaman dolu-dolu aku. zaman degree di mana kami lagi kuat main dari belajar. kami pegang prinsip "play hard, study smart" tapi haram. studi tak smart pun. ah. pedulik. janji zaman tu besh. ok. sambung balik. walau pun kuat main. cik rose tetap menjadi seorang lecturer berjaya. miss rose sekarang yek. bley muntah. hehe.

aritu dia kontek aku. mintak tolong ngaja kat tempat dia. aku mula-mula tak nak. takut sebab takde pengalaman tapi balik-balik. aku terima jugak. semua nye sebab aku nak duit dan pengalaman. iye iye je. nak duit je sebenarnya. ya. aku memang insan materialistik. pedulik.

semalam dia nak jumpa aku. dia cakap nak kasi silibus untuk aku ajar. masa jumpa. dia hulur satu surat. lepas aku baca surat tu. terus aku di serang panik. sebab dekat surat rasmi tu tertulis:

undangan sebagai penceramah jemputan kursus-english made easy 2.

what the duck?. sejak bila aku jadi penceramah ni?. aku ingat ajar orang tua dalam kelas je. tup tup kasi ceramah dekat pekerja koperasi kerajaan. aku memang tak le blah tapi apakan daya. dah terlambat kalu nak tolak. satu malam aku panik. tak tau nak buat apa. nasib baik ada mak aku selaku kaunselor. tenang sikit aku. lepas tu ada ain. dia cakap dia nak train aku jadi penceramah berjaya. adoih. takut seyh.

esok pi librari. kena pinjam buku. nak kena studi balik pasal tenses smua. aku harap sepanjang slot aku. aku tak di baling telor mahu pun di boo. kalu tak. aku tak halalkan ilmu aku sebab dieorang aniaya aku sebegitu rupa. chewah.

arghh. cuak cuak cuak.

6.7.09

iimu: pusat agihan makanan percuma

sepanjang empat bulan aku kerja dekat iimu. iimu la tempat yang paling murah dengan makanan. bukan iimu jual makanan tau. tapi suka buat aktiviti yang wajib ada makanan. tu pasal aku setia kat iimu.

eh jap. kot-kot iimu ada letak pape dalam makanan. jeng jeng. orang guna minyak masak. iimu guna minyak dagu. hmm. patut sedap. tsk.

rabu lepas iimu wat makan-makan lagi. tapi kali ni untuk cik suad. kames dia dah nak terbang. aku memang suka makan free tau. benda tak sedap pun jadi sedap. tapi makanan aritu memang sedap. ini bermaksud. makanan haritu memang marvelouslurppp.

sila terliur sekarang. tak pun. sila rasa jeles.

oh iimu. aku suka semua benda mengenai dikau melainkan deputy boss baru. bluerkkk.

Beli-belah untuk otak gua

tak pernah aku shopping untuk otak aku selama ni. mesti otak aku gembira kan?. manatau sebab otak gembira. aku pun tiba-tiba makin pandai atau senang tangkap apa cikgu ajar nanti ke?. bagus jugak. hmm

aku sepatut nya beli seluar DP. aku dah letak tepi rm80 tapi bila aku pikir-pikir balik. seluar tu memang best tapi bukan gaya aku la plak. seluar tu lebih sesuai dengan zetty (rakan sejawat yang brutal). aku lagi sedap pakai jeans. kalu aku beli seluar mahai tapi jarang pakai buat apa kan?. pikir sarah. pikir.

jadi. aku guna duit tu beli buku dekat kinokuniya. aku dulu memang pantang ah dengar nama buku. terus lari sorok bawah katil. ngeri. memang anti gile tapi sejak akhir-akhir ni. aku tak ley berhenti baca buku. chewahh. macam ganas je pengakuan ni. hehe. ni smua gara-gara kebusanan maksimas sepanjang sem 3. aku salahkan uia sebab tak tawar subject untuk aku amek. busuk tol.

haa. aku beli 3 buku. murah gak la sebab aku beli set. patut rm118 tapi aku dapat rm65. buku tu bertajuk.. jeng jeng jeng.

+ Everything is Illuminated, Jonathan Safran Foer
+ White Teeth, Zadie Smith
+ How to Be Good, Nick Hornby

masa shopping buku kat kinokuniya. aku rasa macam genius. tak pernah aku rasa bijak camtu. oleh itu. ayuh lepak kedai buku untuk merasa kebijaksanaan sementara.

Perang mulut

tempat : pagar utama uia
saksi : zetty dan sheena
otai kampung : sarah

aritu aku. sheena. zetty. shan. midge lepak klcc. lepas tu turun lorong alor jap. layan chicken wing yang kira popular la kat area tu. masa balik. kami hantar shan dan midge. lepas tu pi uia. nak hantar zetty. sampai lewat la sikit. jadi. kami cakap la dekat guard nak hantar cik zetty. tapi pak guard tak kasi masuk.

aku tak tau nape tapi aku agak panas masa tu. aku salahkan chicken wing lorong alor ah. hehe. aku mulut laju je. pak guard tu usha sticker staff kakak aku tapi dia macam tak percaya kakak aku lecturer. lagi la aku bengang. takde makna kami nak tipu. lama kejap tu. dia amek kad zetty. lepas tu salin apa ntah atas kertas. lepas tu. terjadi la perbualan yang aku rasa aku mendominasi la antara aku. sheena dan zetty. skrip lebih kurang macam ni:

aku: ni nak kasi masuk ke tak neh?
guard: awak ada duit nak bayar saman?.
kakak aku: takda duit. dia student.
aku: nak kasi masuk ke tak neh?. tak nak kasi. saya bawak dia balik ampang.
guard: (aku tak ingat tapi cakap pasal saman la)
aku: kasi balik kad tadi. potong nama tu. jangan saman. kami balik ampang. abes cerita.

guard tu pulang kad zetty tapi aku tak nampak dia potong nama atas kertas tadi. lepas tu. aku cakap kat zetty "kalu kena saman. bagitau saya". cakap kuat-kuat plak tu. saja nak kasi pak guard dengar. malam tu. zetty tido ampang dan di raba oleh kucing kakak aku. sungguh malang. hehe.

oleh itu. kalu dpt tau aku baru makan chicken wing lorong alor. tolong jangan cari pasal. nahas.