28.5.09

Tipah tertipu

aku rasa aku ni kadang-kadang boleh capai tahap lurus bendul yang melampaui batas la. memang tahap dewa nye la. tapi nak wat camne. terasa bangang gak lepas tu tapi apakan daya. tsk.

aritu aku pi makan dekat food court area korea town, ampang. aku parking la keta kakak aku tapi kat tepi kedai. jauh sikit la tapi nampak je keta tu. pastu aku pun jalan nak naik tangga kat kedai tu. tiba-tiba datang sorang pakcik yang berketayap, berbaju melayu dan berkain pelikat. macam baru balik surau je pakcik ni. tiba-tiba dia cakap;

pakcik: dik. mana park keta?. amek keta tu letak kat depan kedai. sekarang banyak kes curi. bahaya.
aku: huh?. iye ke?. erm. saya letak kat situ. ok kot?. nampak lagi kereta
pakcik: isk. jangan. bahaya!. kat depan muka pun bley kena curik. letak plak kat situ.
aku: banyak ke kes curik keta kat sini pak cik?
pakcik: uihh. banyak sangat. pakcik tau la. pakcik orang sini. cepat amek keta. letak kat sini.
aku: ok. ok. jap ehhh. (sambil jalan pi keta)

masa dah setengah jalan ke keta. ada keta berenti tepi aku. aku kenal orang dalam keta tu. dia baru abes makan kat kedai tu tadi. pastu laki tu cakap;

laki 1: dik. jangan layan dia tu dik.
aku: huh?. nape?. dia cakap byk kes curi skrg.
laki 1: jangan layan. dia tu gile.
aku: ...... [bunyi cengkerik]

waaaaaaaaaaa.. aku tertipu dengan orang gile. siot tol la. terus terbantut niat aku nak ubah kereta. aku patah balik. pakcik tu dok membebel kat aku sebab tak ubah keta. aku cakap takpe. insyaAllah tak hilang. lepas tu aku naik kedai. aku duduk. kawan aku gelak sakan. bodo tol. bodo.

27.5.09

Riang ria bersama Biore

tadi aku bangun jam 2pm. semalam tido lambat. baca buku separa ilmiah sampai 4.30am. hmm. apsal la tak rajin camtu bila baca buku teks. tsk. ok. aku pun kemas katil. dan bersedia nak pi mandi. masuk toilet. basuh muka. amek ubat gigi. letak atas berus gigi. dan gosok gigi. dalam dua tiga kali berus..

apsal rasa pelik semacam ni ek?. apsal mulut aku kebas?.

aku pun ludah balik sisa-sisa ubat gigi tadi. ceh.. patut la. bukan ubat gigi yang aku letak tadi. tapi skrub pencuci muka jenama biore.

aku ludah sambil kumur mulut. lepas tu aku gelak sorang-sorang dalam toilet. nasib takda orang. kalu tak. mesti dieorang ingat aku excited gosok gigi.

oleh sebab itu. gigi aku arini sedikit bersinar-sinar.

25.5.09

Api: kecik kawan. besar lawan

lokasi: rumah sheena
misi: goreng telur sebab nak makan dengan roti

semalam aku lapar. buka peti ais. apa pun takde melainkan telur 10 biji. kakak aku baru beli. hmm. telur pun telur la. aku pun dengan gaya seorang chef pun sediakan apa yang patut. periuk elektrik - lulus. buka suis - lulus. tuang minyak - lulus. minyak dah panas - lulus juga. lepas tu. aku dengan segala skill mengoreng telur pun letak la telur 2 biji dalam periuk.

tau apa yang jadi?. bukan minyak meletup. tapi telur aku hangus..

hangusssss!!.

tak pernah dalam sejarah idup aku goreng telur dua biji hangus. aku terkesima sekejap. lepas tu baru aku cuba selamatkan telur 2 biji tu tapi hampa. dah rentung. periuk dah berasap. aku pegi kat kakak aku. cerita sambil gelak-gelak. walhal dalam hati, sedih. nampak sangat aku tak bersedia nak kawen. melainkan laki aku suka makan masakan hangus. wujudkah laki camtu?. mana bley carik?.

tsk. tapi aku masih tak bley terima hakikat. telur?. camne telur pun boleh hangus?. adoih. di sebabkan aku lapar bercampur kecewa, geram dan malu. aku sapu mayonis atas roti. aku makan gak dengan telur hangus tadi sambil mengalirkan air mata. bukan air mata kecewa tapi air mata tahan muntah. tak sedap sial.

misi: gagal

Tak paham

aritu cik zetty telah berjaya mengheret saya dan kak shan ke al-emir untuk bersisha walau aku tak sisha pun. aku makan kambing yang sedap. aku memang pengemar kambing. idup kambing. mbekk!

sepanjang duduk kat situ. setiap kali ada bunyi telepon. aku dengan kak shan dengan automatik akan pandang kat botol sisha tu. aku sampai sekarang tak paham kenapa kami pandang botol sisha tu. sebab secara logik nya, botol sisha takkan dan tak mungkin mengeluarkan nada dering apatah lagi vibrate melainkan botol sisha itu dua dalam satu.

pantang bunyi telepon. pandang botol sisha. sama-sama pulak tu.

misteri beb. misteri.

21.5.09

Aku Spock. Puan Spock

semalam aku dengan kakak aku tengok wayang dekat galaxy ampang. masuk je panggung tu. orang tak sampai 6 pun. memang bes. wayang tu tibe-tibe macam perniagaan keluarga. aku boleh wat sukati je dalam tu. tapi sebab aku insan senonoh. aku duduk diam-diam macam budak baik. semangat sangat nak tunggu wayang mula. oh ya. lupa plak. kami tengok cerita star trek.

wayang mula. tengok dengan kusyuk. wayang abes. aku yakin aku dah jadi trekkie sejak saat tu. warghhhhh.. besh gileeeeeee. [sila baca dgn penuh ekspresi]. sekarang. aku ada cita-cita baru. aku nak jadi puan spock. aku rasa aku dah jatuh cinta dengan encik spock. aku sanggup berhijrah ke planet vulcan. kalu kapten nero musnahkan planet vulcan. aku duduk bumi. kalu tak. aku ikut je laki aku a.k.a encik spock berkerja di enterprise.

ya. aku memang bakal isteri solehah. hmm. macam unik pulak ayat tu. pedulik. lepas ni aku nak beli telinga tajam tipu. boleh pakai sambil berangan. dah ada kawan tawar diri nak tolong buatkan guna kertas kadbod. dia cakap nak buat tajam-tajam. aku tau ko perli aku secara halus tapi terima kasih la. aku sangat menghargai niat ko tu. hehe.

sarah dan star trek. obsesi baru bermula

Kami feminist

lokasi: parking jade tower, ampang
waktu: petang
saksi: sarah dan sheena

aku dengan kakak aku tengah jalan-jalan dengan bahagia bila aku ternampak sekor kucing ni. ala-ala remaja lagi la. comei la jugak. aku dengan kakak aku pun panggil la. meow. meh sini meow. tapi kucing tu kerek siot. wat dek je. rasa nak baling selipar je tapi takpe. sabo je la. walau hakikat nya, aku tetap hina-hina kucing camtu. haish.

kejap tu. tibe-tibe datang kucing jantan dari bawah kereta sape ntah. pastu dia gigit telinga kucing betina tu dan juga beberapa aksi akrobatik yang lain yang tak perlu diterang. terlalu grafik. nanti blog ni kena label 18sx.

urghh. sukati je nak rogol kucing betina kerek tu tadi. kakak aku tutup mata. aku pulak tak le terima hakikat. apa nak jadi ni. rogol secara terang-terangan. betul la orang kata. dah nak akhir zaman. maksiat berleluasa. tibe -tibe yang tak di sangka berlaku!

kucing betina tu tampar muka kucing jantan tu dengan penuh perasaan. aku rasa la. hehe. sakit kot. kucing jantan tu pun lari.

aku dengan kakak aku pun bersorak dengan gembira. siap tepuk tangan bangga. aku pun tak paham tapi aku rasa tu je reaksi paling sesuai dengan situasi tu. lepas tu. aku dan kakak aku pun panggil balik kucing tu. dia berhenti. pandang kami. pastu blah.

memang kerek. siot.

18.5.09

Aku malu dan mahu pakai topeng

insiden satu
aku tengah seronok jalan sesorang pi kl convention centre. saja nak cuci mata sambil support team kawan aku. cik syaf. masa tengah jalan melelong naek eskalator. ada laki mana ntah dok usha. aku wat bodo je. ntah tetibe. dia tegur dengan gaya gedik

laki itu: besar beg awak.

aku pandang. sengih. angguk cket. pandang tempat laen balik. pastu dia cakap. masih dengan gaya ala-ala manjanya itu:

laki itu: tu senyum tanda suka la tu.

isk. apa masalah laki ni. senyum salah. tak senyum salah. yang dia sibuk usha beg aku besar kecik tu apa kes?. aku bo layan dan terus pandang tempat laen. sampai je kat hall. terus aku masuk cari syafa. jumpa. dia pun dah siap-siap tutup booth. aku sebagai tour guide tak berlesen. bawak la dia pi jalan-jalan pavilion. masa tengah jalan. aku pun cerita la kat syafa pasal laki tu. aku cakap laki tu takda keje sebab usha beg aku.

kejap tu. aku dengar ada orang berdehem belakang syafa. aku pun pandang la. oh tidakk. rupa-rupa belakang syafa laki yang aku dok ngumpat tu. kira sesi mengumpat aku telah berubah menjadi sesi mengutuk. kurang sikit dosa aku. haha. aku pandang laki tu. aku sengih. lepas tu aku jalan tak pandang belakang dah. sekian terima kasih.

pengajaran pada sesi satu
+ sebelum ngumpat. usha sekeliling dulu.
+ dah tau rabun. sila pakai cermin mata.

insiden dua
jam 2am. aku dan syafa dalam kereta pinjam. tunggu amad and hib depan pagar apartment. ya. kali ni aku culik sorang awek dan dua pakwe. tiga-tiga insan terpilih tu kawan sekolah. dah la 7 tahun tak jumpa. tunggu punya tunggu. amad dan hibri tak turun-turun lagi. lama jap tu. nampak kelibat dua jejaka datang. aku abes konfiden. lalu..

+ tekan hon
+ lambai dengan penuh semangat
+ senyum sakan

tiba-tiba. ada orang ketuk tingkap aku. terkejut siot aku. aku berdebar gak. ingat polis. aku pun pandang dengan muka innocent. tengok-tengok mamat dan juga hibri di luar kereta. ini bermakna: aku lambai silap orang. rupa-rupa nya. aku lambai dua bangla mana ntah. mamat dan hibri terus rasa terhina dan syafa gelak sampai kejang pipi. aku?. blur.

pengajaran pada sesi dua
+ kalu tak pasti. mintak kepastian rakan berhampiran
+ kalu pasti. tetap mintak kepastian rakan berhampiran
+ dah tau rabun. sila pakai cermin mata

aku malu... malu...

15.5.09

Aktiviti menculik anak dara orang

mangsa: noor syafawati
umur: 23 tahun 5 bulan
waktu diculik: 9pm
tempat diculik: de palma, ampang

ya. semalam aku culik anak dara orang. tapi aku hantar dia balik hotel tepat jam 12 am. sebab aku risau cik noor syafawati akan berubah jadi seorang gadis busuk seperti dalam kisah cinderella. aku tak nak kereta kakak aku kotor dan berbau. kes nahas tuh. tsk.

suspek culik dan mangsa sedang bergumbira

mangsa kali ini adalah kawan sekolah dulu masa dekat chukai. kira dah tak jumpa lebih kurang 7 tahun la jugak. lama seyh. aritu dia kontek. cakap nak turun kl. ada pameran apa ntah dekat kl convention centre. kira dia turun serombongan dengan bebudak unimap la. dia umpan aku. dia cakap ada 2 bus. tapi 3 orang je perempuan. semua laki.

dengar je info tu. aku takle nak tolak. hadoih. tapi takpe. ini bermakna aku masih di jalan yang lurus. haha. jadi, tepat jam 9pm semalam. aku amek dia kat depan hotel. pastu aku bawak dia pi look out view, ampang. tempat tu lawa seyh. bley tengok satu kl. selain tu. bley tengok polis tahan orang bercinta dalam kereta yang gelap. ye ke bercinta?. jeng jeng (sila buat muka suspen). terima kasih.

aku dan syafa duduk bersila atas pangkin. dan berborak pasal macam-macam la. kira nak catch up kisah hidup masing-masing selama 7 tahun ni la. semua topik la sempat cover. dalam 11.15pm. aku ajak dia ronda kl. tepat 12am. aku dah kat depan de palma. anta anak dara orang balik dengan selamat. sebelum balik. syafa ajak aku pi kl convention centre hall 2. 15 mei 09. 4pm. tengok team unimap punya pameran. aku rasa aku pegi kot?. support kawan lama.

dalam perjalanan balik ampang. aku lalu jalan pintas baru dan aku sesat. sialan.

14.5.09

Musim mengawan?

aku rasa sekarang ni musim mengawan untuk homo sapien la. ramai tul orang nak kawen. untuk bulan ni saje. aku dah dapat lima jemputan. yang tak le blah. 4 kenduri buat pada hari ahad. 31 may 2009. camne aku nak pi smua?. kalu aku ni kembar 4. atau ada klon. takpe gak. hmm. ponin den.

musykil. kenapa semua orang nak kawen 31 may ek?. apa yang besh sangat tarikh tu?. hmm. lantak la. bukan aku yang kawen pun. kalu aku kawen kan. aku nak pilih tarikh yang menarik macam hari sekolah di bulan puasa. mesti tak ramai datang kan?. bagus gak. aku tak nak ajak ramai-ramai. kecil-kecilan sudey. bley buat makan sedap sikit. orang tak ramai. mesti ada bajet lebih. hmm. tektik beb. tektik.

ok. sekarang aku tengah buat perkiraan. kenduri mana yang diduga akan jadi besh dan kenduri mana aku akan paling di hargai. baru aku pi. silap-silap haribulan. semua aku tak pegi. sebab family aku turun kl sebab adik aku cuti sekolah. yeay.

turun la kl wahai ahli keluarga ku. turun lah cepat.

12.5.09

Kemachoan

semalam aku lepak the curve dengan sheena dan midge. bermula dari sesi menyelamatkan anak kucing di taman melati. ke makan free kat ampang. ke pertandingan lumba lari bersama troli di ikea. ya. aku memang kebudak-budakan. pedulik. oh ya. sampai la ke restaurant-hopping di the street, the curve.

masa tengah jalan tak tengok orang kat the street tu. tiba-tiba aku dengar suara orang panggil nama aku. aku pun pandang la. macam kenal makhluk tu. ceh.. memang kenal pun. kawan sekolah dulu-dulu kat chukai. cik shalini. adoyai. nampak sangat muka aku tak berubah dari sekolah. kenal je aku ni walhal dah 7 tahun tak jumpa. hmm. pikir positif sarah. ini bermakna anda:

awet muda!. oyehh!. haha. gile.

aku pun pi la peluk cium dia dan adik beradik dia (sebab smua sekolah aku). pastu aku salam bapak dia. maka kami pun sembang la. aku ni kadang-kadang boleh jadi agak random. jadi. masa tengah gelak-gelak. aku pegi dekat shalini dan bisik:

aku: u look so hot tonight. (sambil senyum)
dia: (terdiam jap) hehehehe

aku memang suka kasi statement camtu. tapi bila aku pikir balik lepas tu. macam risau la plak. aku risau shalini ingat aku lesbo. sebab ayat aku. cara aku cakap. macam aku berminat je kat dia. tapi seyes. dia memang hot berbanding zaman sekolah dulu. tapi niat aku eklas weyh. tahap kemachoan aku semakin menjadi-jadi akhir ni. hmm. apa yang aku makan ek?

Hari membaca sedunia

sejak kames lepas. keje aku membaca je. aku pun tak tau apsal. tak penah-penah pun aku rajin nak membaca. tapi aritu, bangun je tido. terus baca buku. gile kagum dengan diri sendiri. hmm. aku rasa kan. aku ni memang di lahirkan sebagai ulat buku tapi baru sekarang nak nampak simpton-simpton nye.

dalam tempoh 6 hari ni. aku dah baca lebih kurang 6 buku walau ada yang tak abes lagi. buku itu adalah:

a) The Greek Myths - Robert Graves
b) The Curious Incident of the Dog in the Night-Time - Mark Haddon
c) The Alchemist - Paulo Coelho
d) Five People You Meet in Heaven - Mitch Albom
e) Adrian Mole: The Wilderness Years - Sue Townsend
f) Firmin - Sam Savage

haa.. amek ko. ganas tak?. haha. sendiri bangga. bengong. paling aku suka. buku 'the greek myth' yang kakak aku beli kan. kira hadiah birthday in advance la. pedulik. suka gak. sekarang. aku dah agak terror pasal greek myth. sape-sape yang ada soklan. sila tanya cik sarah baharudin. bongkak seyh. haha.

oh ya. bila aku usha balik list buku yang aku baca. semua nya berkaitan dengan sastera. bila pikir-pikir balik. macam betul je apa yang orang selalu cakap kat aku selama ni. yang aku ni:

linguist berjiwa literature

7.5.09

Expect the unexpected

memacam benda lain yang kami buat. tak masuk dlm list pun tapi hell yeah! bes gile. di antara nya:

+ naik basikal ronda siem riep dan kayuh nak sampai airport yang sangat jauh itu. sesat beb. tapi takpe, pengalaman. bes woo bawak beskal jepun laju-laju kat negara orang

minah rempit. ngeh3

sesi melayan air kelapa cara kemboja

+ hotel kami adalah taman buaya. gilos~ nasib kami smua baik-baik. kalu tak, maka kekenyangan la buaya-buaya di dalam kolam itu. ngeri. buka tingkap nampak buaya. peringatan yang sangat berkesan. hpmhh.

+ masa naik bot ronda ton le sap. bot kami siap berenti isi minyak la. berenti kedai runcit la. tapi ni kira pengalaman gak ni. orang laen tak pi pun. bot kami je. jadi, dapat la merasa perasaan pi kedai runcit terapung. hah!. yang lagi bes. kami sempat berenti kat sekolah terapung. cikgu dia agak kiut. hehe. guru besar dia memang sporting. walau masing-masing cakap cam ayam dan itik. pedulik. bes gak

kena marah dengan pengetua. memang takle blah. hehe

sesi mengisi minyak

+ ye. kami jugak crash a wedding. yang tu pengalaman paling bes. sempat lagi suruh sarat, van driver berenti tepi jalan sebab nak tengok kenduri kahwin kemboja yang original. dah la tu, siap masuk menari-nari lagi. haha. orang kampung tu seronok gile. memang besar hati tol dieorang tu. lepas menari 2 lagu. kami pun pulang sengih sampai telinga. puas

+ club-hopping. ngeh3. saje je nak tengok club dan pub dieorang camne. menarik jugak la. tapi club paling happening 'zone one' adalah kelab paling hampeh dalam dunia. memang tak le blah. cari naik beskal tu. dah sampai, parking. bayar 25 sen utk beskal. bongok. kasi je la free. kami masuk tak sampai 5 minit. tak tahan. dalam kelab, orang makan nasi dengan sambal. pelik weyh. pelik. tapi kat situ je la ada. so, pengalaman lagi

kesimpulannya. pi back packing memang bes. sebab kita tengok dunia baru dari sudut pandangan yang berbeza. sekarang. aku kene simpan duit lagi. destinasi seterusnya ---> vietnam!!

Aku rindu kemboja

hmm. rasa macam sekejap je pi kemboja. orang kat sane baik gile. dan tak sampai 5 hari, seluruh orang dekat siem riep dah kenal kami, lima budak gile. haha. oh ya, ayuh cek checklist:

+ explore setiap sudut cambodia terutama angkor wat

+ makan very happy pizza a.k.a pizza weed

+ tengok apsara dance

+ cuba fried tarantula: bukan musim jadi aku makan cengkerik. kalu ayah aku nampak gambo nih. abes la aku. tsk.

+ usha jejaka kemboja yang hensem: banyak gile but lupa amek gamba. terkesima beb. badan smua.. slurpp~ pakai speedo biru plak tu. tapi agak pelik. smua pakai speedo biru. aku rasa tu subsidi kerajaan ah. jom wat kempen speedo biru. ayuh ramai-ramai tolong jejaka kemboja miskin yang badan macam model suar dalam. haha.

aku sedikit sedih la tak dapat cuba tarantula. tapi takpe la. ada hikmah la tu. manatau lepas makan aku jadi spider women ke?. aku tak rela. tsk. tapi, aku dapat cuba cengkerik sebagai penganti. phew~ nasib baik aku tak tuka jadi cricket girl. haha. gile.