30.9.10

Siap sudey

arini aku gembira. kerna proposal aku dah siap. woot woot. sebab dah siap:

pi photostat. sengih.
stapler kertas. sengih.
anta proposal kat bilik 8 lecturer. sengih.

bahagia gila idop bila dah settle satu benda. esok masuk departmental hearing. harap-harap. abes je.

aku masih tersengih.

aminnn.

29.9.10

2 dari 1

dia: sarah. theres another gift for u tau. ada dalam keta.
aku: huh?. wahh. okeh. macehh.
dia: adiah tu dalam beg coklat kat seat belakang.
aku: aite. nanti saya amek. ngeee.

maka. dengan pantas nya aku geledah keta. dan jumpa la beg berwarna coklat. dan dalam beg itu ada...

tadaaaaa.

classis wooden stamp set

arghh. bes bes. mampu berbuih mulut. makin rajin la aku wat kad nanti.

sapa nak kad?. angkat kaki orang sebelah. yeah.

27.9.10

Hora hore

lokasi: greenbox, sungai wang.
insan: sarah. aing. yana. shiqin. bawang.
kerna: birthday shiqin ke 24.

arini. adalah hari yang bes. kerana:

a) perjalanan ke sungai wang. sedikit pun tidak jem. yesh!
b) dapat bilik tersangat beso. mampu muat 30. kami hanya ber-5.

c) dapat projektor. orang buta pun mampu baca lirik.

d) nanyi dan menari hampir 4 jam. bley kurus weh camni.
e) berjimba bersama mereka yang layan kepala. cantek.
f) mengenali lagu dangdut dengan lebih mendalam. i.e. trio cecak.

dan cik shiqin. selamat hari jadi ke-24. smuga ko akan ingat hari ini sampai bebila. :)

24.9.10

Sarah. marah. parah.

rhyme siot. bley masuk pertandingan pantun. huhu. ok. tuka topik. kalu ikutkan. aku ni panas baran orangnya. tapi sejak masuk uia. agak rilek la. malas nak memarah. idup biar kewl. sampai la aritu. jeng jeng jeng.

kes satu

mangsa: faroogh rahimi
negara: iran
lokasi: iimu

tengah bes bes wat sijil stpl iran. faroogh datang kat aku. dia tanya mana sijil. aku cakap la tengah wat. pastu dia dengan kurang sivik nye membebel. dah la ko mintak tolong. pastu demand lebih lebih. cakap lebih kurang plak tu. haish.

memula. aku rilek je. biasa la foreigner camtu. tetiba. aku naek hangin tak pepasal. aku tak marah pun. cuma naekkan suara cket. aku cakap aku tengah wat. apa lagi yang dia nak? orang iimu abes diam. faroogh muka merah. malu dan bengang la tu. sambil cakap 'ok. ok'. dah ah tak pandang aku. abes meeting. dia terus blah. kalu tak. ada gak tegur aku.

hm. rasa bersalah gak ah. tapi lantak la. aku harap. faroogh dah tak demand lebih-lebih pasni. kalu demand pun. bukan dengan aku. hoho.

kes dua

mangsa: mujahid
negara: sudan
lokasi: iimu jugak

ni satu lagi. mintak tolong iimu. pastu demand lebih-lebih. memang macam hanjin. hampeh kuasa lapan belas. kalah faroogh weh. bila aku cakap takda atau takle. wat muka. ngadu kat prof. tak ke macam gampang. cakap pandai. tapi wat keje tak reti. pastu nak ngadu-ngadu. pundek ayam tol la. ok. ni memang betul aku marah.

aritu dia mintak iimu sediakan video cam tuk rekod scholar dari sudan kasi talk. kak nani dah kontek cpd tapi yang ada cuma video cam yang beso gedabak macam steven speilberg guna wat shooting. setakat public lecture. mana guna smua tu. tak berbaloi.

aku pun cakap la kat mujahid. video cam takda sebab smua besar-besar. tapi aku akan cuba cari yang laen. pastu dia bengang. sebab aku cakap takle. ko apsal? kalu nak sangat video cam. pi la carik sendiri. tariq ramadan yang lagi power datang pun rilek aje.

aku pun bengang balik ah. apa dia ingat dia sorang je bley bengang. huhu. aku sound dia.

aku: "just because that scholar is from sudan. doesnt mean that we have to give special treatment.".
dia: "not because hes from sudan. hes a renowned muslim scholar"
aku: "yeah i know what you mean. but those from india will say their speakers are renowned muslim scholars too"

muka dia laen gila. lama jap tu. dia bangun. masuk bilik jumpa prof. kak nani dan kak ti cakap "ha. nak ngadu lagi la tu". ah. lantak dia. nak ngadu kat najib pun aku tak heran. persetan la.

pegh. marah nye aku. huhu. tapi memang ampeh tol la mereka-mereka tu. kasi idup gua kacau bilau je. campak kat tasik chini kasi naga makan baru tau.

rawr.

21.9.10

Gian

lokasi: greenbox, sungai wang.
insan: sarah. aing. yana. shiqin.
mood: serak basah.

ain. yana dan shiqin. tiga sebilik ajak aku join dieorang karok. layann. memang pantang di ajak. laju je.

walau pun memula tu memalu rimau. dah nama suara tak sedap. kene sedar diri. tapi tak sampai 15 minit. amek ko. lupa diri terus woit.

hm. masalah beso neh. hampir 4 jam gak la test power. terus perfect pitching smua. iye iye je. huhu.

wahai tiga dara pingitan. mekaceh ajak aku. tak pepasal ilmu lagu dan lirik aku bertambah. bley la masuk pop kuiz nanti. gerenti menang. tsk.
aing. yana. shiqin - pengaruh buruk. haha.

20.9.10

Bersusah dahulu. bersenang kendian

"buku u sulah siap. boley datang amek sikarang" (tokei cbk, 2010)

lalu zetty dengan murni nya. menawar diri teman aku jalan ke cbk. memula aku tak rela. sebab jauh gak cbk tu. sedozen kera kangkang pun belum tentu sampai lagi. tapi lepas dia wat mata bersinar-sinar bak sailormoon. aku pun kasi la dia teman dengan rela hati. chewah. haha.

maka berjalan la kami berdua ke kedai cbk. sampai je. amek buku. dan sambung balik uia. namun. malang tak berbau. pagar uia kunci rapat. pak guard?. hilang. kan bes kalu malang itu berbau. bley gak wat pape yang patut. tsk.

hm. mesti zetty nyesal teman aku. haha. tak pepasal dia pun kene kunci. tabah. lepas wat peta minda resolusi yang berpotensi. kami sepakat nak jalan kaki ikut jalan depan. tetibe nampak taxi. apo lagi. terus slow talk dengan pakcik tu. elok-elok nak balik uia. tersasar ke klcc. sempat tuh.

tensi dan ngidam punya pasal. kiteorang layan ayam penyet. gila ceria aku tetiba. hm. pepatah melayu kene ejas cket. bersusah dahulu. bergembira kendian.

yum. baru betul.

17.9.10

Tabah je la

buka email. ada email dari Dr. Normala. tarik napas dedalam. klik read.

"come and see me now!!!!!"

bley sakit peparu berair camni. haish. tapi bila jumpa. dia bley gelak-gelak. ampes je.

oh dr. normala. kenapa kamu penuh dengan elemen kejutan.

tabah

16.9.10

Makan besar

lokasi: chillies, klcc
insan: mama. ayah. sheena. aku. amin
kerna: birthday dinner sarah.
mood: lapar.

akhirnya. a simple birthday dinner with my family. benda yang ditunggu-tunggu. takda kek dan takda maskot cili datang nanyi kat aku pun. tapi aku tak kesah smua tu. janji aku dapat lepak dengan 4 orang paling bes dalam idop aku.

mak ayah kasi digi cam sempena harijadi tahun ni. memandangkan aku tak pandai sangat pasal camera ni. aku pilih yang simple dan basic. tapi gambo lawa. jadi aku pilih canon ixus 105. kebetulan ada promo. angkut la satu. lepas ni. abes la bebudak iimu paksa rela jadi model sambilan. huhu.

kakak dan adik aku plak kasi buku. 'the left hand of god' dan 'my mother she killed me, my father he ate me'. ya. aku tau tajuk macam hanjin. tapi tu sebenarnya koleksi modern fairy tales. punya la semangat. balik umah terus balut plastik okeh.

wahai ahli keluargaku. terima kaseh. :)

15.9.10

dua.puluh.lima

half decade. silver jubilee. 21st the fifth.

selamat hari jadi ke dua puluh lima buat diri sendiri.

buat keluarga tjandra yang sanggup gostan van semata-mata nak nanyi lagu birthday sebab takut tak sempat. ya. aku sangat terharu. tahun depan. try gostan lori plak.

dan buat semua kawan & famili yang wish birthday. idop aku tetibe rasa lebih bermakna. ececeh. tapi serius ni woi. macehh. :)

love you all.

14.9.10

E dan O

tetiap tahun balik penang. dari kecik sampai sekarang. asyik dok lalu kat hotel Eastern & Oriental. tapi tak pernah masuk usha dalam.

E&O ni memang hotel orang kaya. lebih 5 bintang. kalu setakat nak masuk tengok lobi. dalam mimpi pun belum tentu lepas. kena wat reservation baru bley. gile.

tapi tahun ni. kakak aku dah nekad nak masuk E&O. aku dan adik aku layan je. oleh kerna itu. kami tempah English hi-tea buffet. sanggup tu. semata-mata nak masuk E&O. huhu.

satu set. RM45. anda akan dapat:
+ 1 teko tea
+ 2 scones
+ 1 chicken pie
+ 6 sandwiches
+ 5 pastries

nama je buffet. tak buffet pun. akan ada orang datang hantar makanan kat meja. abes ekslusif la tu. hm. memang ekslusif pun. haha. amek dua set untuk tiga orang. aku. sheena dan amin.

kiteorang pi pakai baju kurung dan amin. baju melayu siap bersamping. rasa macam anak raja kemasek je masa tu. hehe. tempat dia?. serius lawa. tapi sayang. takda orang melayu pun melaenkan kami. dah ah pakai baju tradisional. nasib mat salleh kat situ tak request kami joget lambak ke ape.

cafe tu memang sunyi gila. sebab smua orang cakap bisik. aku pun tak tau nape. tapi kami pun las las cakap bisik gak. peer pressure. ntah pape. tapi bila semua orang dah mula balik. maka bermula la sesi cam-whoring. oyeh oyeh.

laluan ke cafe 1885. dan sheena yang macam puaka

cafe 1885. lawa gila. bukan amin. tapi interior itu.

dalam toilet pun layann. tsk

tepi pool. terjun. masuk laut terus. bes bes

konfem tak layak kawen anak raja. tsk

13.9.10

Wajib bikin

ok. ni perkara wajib tiap kali balik penang. kalu tak sampai tempat ni. kira tak cukup syarat ah. dan tempat itu bernama:

batu feringgi

tetiap tahun kiteorang borong dvd atau cd. rm4 je kot satu. gila murah. makan nasi lauk kat klcc lagi mahai kot. setan. tapi tahun ni. setakat cuci mata je. tak beli pape pun walau duit raya metebal dalam poket. pegh. gila poyo ayat. heh.

kali ni. setakat layan aiskrim sambil usha tok arab nan bersepah. punya la ramai. baling batu. gerenti terkena satu. tak payah pi saudi dah camni. huhu. las las. pi usha hard rock hotel. tak bes pun. tabah.

tak sampai sejam. dah mati kutu kat situ. nasib time nak balik. bapak aku bawak makan kat kapitan. terubat la cket kebusanan jauh dilubuk hati ku ini. ok. ni baru betui ayat macam siot. haha.

12.9.10

Duit raya.. di mana kau duit?.

tahun ni. aku gembira. sebab aku masih dapat duit raya.

yang tau brape umur aku. dah tak kasi la. gila ampes. wek. tapi jangan memaen. masih ada yang ingat aku ni budak sekolah menengah. bangga jap. nampak sangat aku ni gila tak senonoh atau masih awet muda. ececeh.

ok. kutipan selama 2 hari: RM 370.

smua orang. sila jeles. bwahaha.

11.9.10

Mintak mak. kueh sepotong

mak: lantak kau la. nak selori kueh pun bley.

chewah. iye iye je mak aku jawap camtu. heh. dah nama raya penang. bukan kueh dia suap aku pepagi buta. nasi ayam kapitan ada la. pegh. sedap hingga menjilat tangan tukang masak. nasib tu tangan nenek aku. cuba kalu tangan mamak mana. muntah ijo la aku gamaknye. huhu. kekadang. terdetik gak la nak menuntut dengan nenek aku. bukan susah mana pun. tak payah bertapa dalam gua sepurnama pun. tapi.. tu la. akan dipertimbangkan lagi kendian.

ha. raya tahun ni emosi cket. tahun pertama raya tanpa tok yet. tapi idup mesti diteruskan. lagipun. raya kene gembira. sebab ada banyak cerita hantu tayang kat tv. apa kene ngene aku pun tak tau la. haha. lepas solat raya. pekene roti bengali dan sardin gaul sambil tengok artis malaysia nanyi lagu raya. gila tragis.

pastu pi lawat kubur tok yet. dalam banyak banyak kubur pernah aku pi. penang punya gak la yang terbaek. bersih. banyak pokok rendang. pastu batu nisan warna warni. warna pink pun ada. takda la depress gila bila melawat kubur kan?. jumpa tok yet sat. sedekah al-fatehah. tuang air mawar. tabur bunga. hm. i do miss him.

sepanjang raya pertama ni. keje melepak umah tengok cerita hantu. ntah pape. tapi takpa. yang penting. aku masih dapat duit raya. uuuu. bes bes. oh ya.

selamat hari raya dari Sarah Baharudin sekeluarga. :)

8.9.10

Pulau makanan

satu je ayat untuk ilustrasi berbuka kat penang:

.....

speechless. sebab bes sangat. haha. sumpah tak tipu weh. walau hangat nak mampuih. aku rela demi sesi iftar. pasar ramadhan? jangan cakap. memang superb. bukan sebab besar. tapi sebab smua makanan murah, banyak dan sedap. kombinasi elemen paling menghairahkan tu. jangan memaen. heh.

sebab ni hari pertama berbuka kat penang setelah setahun. lautan api sanggup kami renangi demi cari makanan terbaek di penang. ais kacang terbaek sampai ke taqua rendang terbaek lah. bak kata pepatah orang asli. sedap tahap bila makan. nampak pelangi dan arnab puteh. huhu.

ais kacang beli kat chan seow lane. lauk kapitan beli kat tajuddin, little india. pastu pi chowrasta borong taqua rendang. kira pusing satu penang la semata nak beli lauk berbuka. dah rupa cari harta karun. gila semangat. tapi takpe. berbaloi-baloi.

dah berbuka. sempat lagi pekene tandori kapitan dan nasi dalcha kasim mustapha. ok. ni bukan setakat nampak arnab puteh. ni siap nampak kandang arnab okeh. memang terbaek. mampu dapat medal. yum.

hm. penang memang nak kena tukaq nama neh. bukan pulau mutiara dah. pulau makanan. baru macam bes.

urgh. lapaq. tsk.

7.9.10

Salam perantauan

Selamat hari raya. Maaf zahir batin.

walau aku suka raya sebab bley dapat duit raya. dem. how im gonna miss ramadhan. tsk.

sempena raya 2010 ini. aku ingin tuju serangkap pantun versi kl yang dicilok rapi. ini kerna aku takda masa nak tulis sendiri. kalu aku terror tulis pantun. dah lama aku jadi pemantun negara. hm. tetibe emo. heh.

Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau

Angpau ada bagi gua dulu

pegh. memang briliant sape yang reka pantun ni. memang menepati ciri-ciri raya idaman aku. ok la. kepada sesiapa yang teringin nak wat amal jariah. ada angpau lebih. atau memang tak suka pegang duit banyak-banyak. sila la kasi duit itu ke cik sarah. hidup kita berdua akan lebih bermakna. ececeh. haha.

oh penang. tunggu daku... weeee.

6.9.10

Konichiwa Tenji

insan: sheena. sarah. amin.
lokasi: tenji, soho kl.
status: all u can eat japanese buffet.
harga: rm54/pax.

makan sampai nak muntah. gila ampeh wat camtu time posa tapi apakan daya. huhu. menu lebih dari 200 jenis seyh. bajet terror la nak cuba smua. amek kau. las las. tak sampai 100 menu pun cover. dah takle blah. tabah.

balik balik. keje aku balun aiskrim je. mana tak nye. aiskrim haagen dazs dan basket robbins. sumpah nikmat. syurga dunia seyh. huhu. yumyum.

walau bes dan berbaloi. aku perlu jauhkan diri dari tenji wat 5 bulan akan datang. tobat dah takle bau sushi, sashimi dan yang berkaitan. nak muntah weh.

tapi takpe. yang penting. merasa gak aku makan kat tenji. lagi 5 bulan. pi tenji. layan menu laen plak. woot woot.

5.9.10

Hidup kene slumber

suatu ketika di subway, tropicana mall.

pekerja itu: erm. ni makan sini ke?
aku: tak. take over.

dem. aku terkedu.

3.9.10

Cupid itu harus direjam

cik adam selvani. kau memang comei tahap mengugat keimanan ku yang teguh ni. ecewah ayat. huhu.

dengan ini secara rasminya. aku sudah jatuh cinta. okeh. esok aku declare cuti. sukati. haha.

jom berangan adam striptease. uuuuu~ bes bes.

2.9.10

Mak tiri kelas satu setengah

Sminggu dengan dikau.

- 2 malam tak tido wat proposal.
- 4 hari terpaksa berteman buku sampai mampu muntah hijau.
- 2 kali tukar tajuk proposal secara paksa rela.
- disuruh wat pragmatic walau haram aku tak tau apa itu.

tapi. aku tetap suka kau. kerna.

- baru sedar potensi bila kau mau full proposal tajuk baru dalam tempoh 2 hari.
- banyak gak aku belajar bila tajuk pertama interdisciplinary hampir 5 cabang.
- semakin bijak pasal pragmatic.

walau kau umpama mak tiri wahai dr. normala. ko tetap jatuh dalam kategori love-hate. oleh kerna itu. marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk abeskan thesis aku.

go go one malaysia. bongok. haha

1.9.10

Berani kerna benar

blogshop is pure evil (sarah baharudin, 2010)

sumpah tak tipu. tsk.