26.2.14

Dipun sekecakaken


sarah. sherly. hadi. awe.

empat rakan akan backpack Jawa Timur selama 4 hari. takda cuti. adeh.

destinasi: surabaya. probolinggo. cemoro lawang. bromo.

peh. dah lama gila aku kepingin ke sini kot. siap masuk mimpi bagai. Alhamdulillah kebetulan dapat tiket murah aritu. terus cekau. tercapai gak impian aku ke sana akhir nya. bwah-ah-ah.

ni pertama kali aku jalan sama hadi (tanpa epah) dan awe (kawan hadi). macam pelik cket rasa sebab aku dah lama tak backpack dengan laki. ecewah ayat. tapi serius weh. lama gilak. tapi takpe, janji enjoi. hehe.

pape pun. smuga kami berempat selamat pegi dan pulang. ameen.

21.2.14

Monopod

ini monopod.

besi sakti untuk pengemar selfie. senang. nanti bley amek group picture tanpa pertolongan orang. produk ni seperti biasa, dari china. nak beli gopro tak mampu. beli cap golok pun jadi lah. janji bley pakai. siap boleh extend sampai 1 meter. terbaek lah.

setelah research. aku akhir nya nekad oder online. dari kuching kot. jauh bangat. tu je yang readystock. yang lain smua minggu depan baru buka pre order. malas lah. pakat amek set rm130. dapat 3 benda. 

+ monopod & phone holder
+ 3 in 1 universal lense
+ android shutter

paling murah rm110 tapi kene tunggu minima sebulan. takda makna. bayo je lebih rm20 demi kesejahteraan travelling di masa depan. ayat sedap hati. huhu. heharap barang sampai sebelum khamis depan. bley guna untuk trip surabaya. kalau tak. aku guna dalam bilik je lah. hm. tragis gila. hehe.

yea yea monopod.

19.2.14

Haru haruan

"wow. am speechless. you are the most amazing person in my life. thanks so much" (links 2014)

hah! baru kau tau aku amazing? haha. orang berbudi, kita berjasa lah kan. bukan susah pun. semalam cik links adiah kan aku set buku.

the hunger games. complete set.

wohoo. excited kot. dah lama aku nak buku neh. sekali dapat free. mana tak hepi. kata nya sempena valentine. ntah kalendar kaum mana dia ikot pun tak tau lah tapi pedulik. buku free woi. haha.

maka arini aku pun balas budi dengan hadiah kan dua buku. ala ala sistem barter plak. siap balut bagai. semangat gilak. masa aku kasi tadi. mata dia bulat gila. terkedu. nasib tak terjojol. mau trauma aku kalu ye. heh.

dalam sejam kendian. dia ucap terima kasih secara rasmi di watsapp. terus aku diupgrade sebagai insan paling amazing. cuba aku kasi 4 buku. konfem terus nobat jadi raja. ada potensi kan? bes bes.

wahai cik links. pasni nak complete set buku roald dahl plak. hm. melebey. haha.

17.2.14

Hari paling produktif

akibat kebusanan yang melampaui batas kehidupan. aku dengan suka hati nye lari dari opis dan ke big bad wolf sale di mines. 

bukan setakat tu je.

siap pengaruh dan angkut miss gita sama. cemerlang yang amat. wohoo. tu pun miss gita cuak gila. muka dilema abes. nak ikot tapi takut. apakah? tapi las las kecundang gak dengan hasutan aku. haha. 

lagi bes pabila shamala tak sedar langsung kehilangan kami. serius terasa ninja. hoho. banyak gak borong buku. kene plak tak ramai orang. time keje kan? lagi lah bahagia. tak yah rebut rebut. 

aku beli 5 buah. gita borong lebih 10 buah. bagus lah. tak sesia aku angkot dia. hehe. dalam perjalanan pulang. bley plak singgah gerai pekena mee kari dan coconut shake. peh. indah sungguh hari ni. 

dalam jam 1730 baru sampai opis. tak pepasal orang ingat kami cemerlang balik kerja lewat sejam. tau takpe. heh.

14.2.14

Letusan membara

"kelud meletus. surabaya hujan abu. airport tutup"

perkara pertama aku dengar lepas bangun tido. what a way to start a day. aiseh. oh indonesia. ngapain boikot aku? dulu trip padang cancel kerna gempa. takkan kali ni kerna letusan volcano kot. tabah.

sampai opis. tarik napas dedalam dan google. mau check kesahihan berita. mana nak tau miss gita praktis april fool awal 2 bulan kan. hehe.

google. dan sahih.

peh. agak dashat. walau kematian tak setinggi sinabong. tapi tetap parah. 6 airport tutup kot. yogya dan solo paling teruk. putih abu seluruh daerah. surabaya pun hujan abu. waduh waduh pak. kesian kot indonesia. 

1 minggu lagi. sheena ke yogya.
2 minggu lagi. sarah ke surabaya.

bagus sangat lah. dedua lokasi airport tutup. hm. macam termakbul je doa ayah aku nak anak dara dia duduk rumah dediam. haha. takpe takpe. ayuh doa smuga kondisi di kepulauan Java pulih seadanya. ameen. 

lepas ni kene pantau aktiviti gunung kelud. kalu masih kronik. aku daki bukit broga je lah. haha. smuga kelud tidak meletus buat kedua kali. kesian kat warga indonesia kot. dan juga kesian kat aku. lama bangat kepingin mau jejak surabaya. hehe.

12.2.14

Dunia memanggil

3 bulan. 

baru 3 bulan tak travel. dah mula resah semacam. masalah tol lah. baru duduk rumah cket. dah mula seram sejuk satu badan. lagi parah bila ubat dia satu je.

travel. 

oleh kerna itu. aku pun beli lah tiket ke dua destinasi. kebetulan murah dari biasa. patut satu. ntah camne terbeli dua. hahaha. tapi takpe. aku suke. wohooo. 


sekarang. kita hitung hari sebelum terbang ke destinasi seterusnya. oh dunia. tunggu daku.

10.2.14

Jejalan cari makan

okeh. dah lama gilak tak makan pepelik dan mewah begini. bebalik meehoon cafe legenda. sekali dapat makan best camni. amekau. mana tak terkujat perut. siap buat mexican wave bagai. wohoo.

ni semua gegara cik sheena. kesian tengok adik dia bergelimpangan di rumah kelaparan. sebagai kakak mithali. dia pun pakat ajak ke grafa cafe. tempat lepak hispter melayu. haha. 

sesampai je situ. memang shiok ambiance dia. tapi sejauh mata memandang. bersepah dengan melayu hipster. nak tergelak ceq. haha. ok. abaikan manusia. fokus pada makanan.

kami pakat order meat platter dan spageti meatball. sedap gak lah. dan portion besar. memang kenyang lah. lepas dah settle makan. mintak menu mau oder dessert, sekali takda. apakah? 

 [ interior dan meat platter di grafa cafe ]

[ tryst yang simple tapi best ]

[ banana chocolate pancake dan steak pancake yang memukau ]

terus 4square lokasi dessert yang best dan dekat. maka jumpa lah tryst. dalam 200 meter dari grafa. dan pencarian cafe bermula. bagus gak. senaman ringgan lepas makan daging. heh. dalam 10 minit. jumpa tryst. yehaa.

specialty? kopi dan pancakes. maka kami pakat oder 2 jenis pancake, 2 jenis kopi dan 1 teh. aku amek espresso shakerato. pandai. bad decision. sedap memang sedap tapi pekat gilak okaaay. terus terjojol mata aku lepas sedut cket. haha. 

dah lah sambil makan steak pancakes. bley khayal kot. ayayai. tapi takpe. bukan selalu. yums. pape pun. terima kasih kepada cik sheena kerna bawak kami ke arah kegemukan. haha. i love u lah. nanti kita serbu lokasi baru pulak. oyeah.

8.2.14

Suka duka kehidupan

suka: tengok lego movie yang best
duka: ktm lembab macam siput cacat

tapi ayuh abai kan kedukaan dan fokus pada kesukaan. ok. bm hancur gila. haha. 

arini pakat tengok the lego movie di midvalley sama sheena dan amin. memula macam tak pasti nak tengok cite ni atau tak. ye lah. dah nama cerita kekanak. kita kan dewasa. hm sungguh poyo ayat ini. haha.

tapi bila mengenang zaman muda mudi main lego. okeh lah. terus borong tiket. nak jadi cerita. tak ramai orang. dah lah takda budak. terbaik lah! seat lawa gila kot. petanda baik ni. bes bes. 

2 jam kemudian.

keluar wayang dengan hati nan girang. okeh. memang serius bes nak mampus cite ni. tak sesia aku naik ktm siput ke midvalley walau berkarung sumpah seranah keluar. haha. 


direction lawa. grafik lawa. story line bes. memang tak busan langsung. tup tup. dah habis. kene plak smua smua dewasa. paham lah lawak mengarut bagai. gelak sama sama. rasa macam one big family tetibe. haha. 

walau tak dapat share dari lego atau warner brothers. tolong lah pi tengok cerita ni. tak rugi okeh. kalau takda fulus. tolong lah download secara bertauliah. heh. 

ok. masa untuk ke lego land. tetibe. haha

6.2.14

Kelewatan

masuk kerja jam 0800.
bangun tido jam 1000.

luruh jantung aku tengok waktu. terbangun pun gegara sms miss gita bertanya aku okay atau tidak. mana tak cuak. bangun 2 jam lewat kot. nasib takda kelas okeh. puhhh. 

baik lah semua.

sekarang saya mau jadi pekerja cemerlang dengan buat report. ececeh. nak cover balik rasa bersalah lah tuuu. haha. 

la la kerja la la

3.2.14

Selamat tinggal cinta

dalam keadaan mamai baru bangun, aku ke ruang depan. niat mau cari makan. sekali ternampak mak aku tengah nangis. ayah dan kakak aku plak sibuk menenangkan. okeh. terus tak sedap hati. 

kata nya. uncle lili, adik mak meninggal dunia akibat gastrik teruk. lebih menyedihkan, uncle lili meninggal dunia di Indonesia. uncle lili ke indonesia untuk kenduri kawen anak istri nya, kak elis. sepatut nya pulang ke malaysia 2 minggu lagi. tapi smua dah tertulis. uncle lili menghembuskan nafas terakhir di sana.

walau kami sekeluarga sedih. tak dapat lihat dan kucup uncle lili buat kali terakhir. tapi mungkin ini yang terbaik. terbaik kerna sekurang kurang nya uncle lili menghabiskan saat terakhir bersama insan tersayang, kak elis. 

keluarga kami minta jasa baik keluarga kak elis kebumi jenazah di sana saja. di kampung kak elis. itu lah yang terbaik. supaya kak elis boleh lawat kubur suami selagi nyawa dikandung badan.

[ Arwah uncle Lili dan isteri, kak Elis ]

uncle lili. I missed you and I'm glad you are my uncle. semuga uncle lili ditempatkan bersama orang beriman. insyaAllah.

2.2.14

enam.puluh


Baharudin Sharom
lelaki terbaik pernah aku lihat dan jumpa

I am very lucky to have you as my father

smuga dipemurahkan rezki dan 
smua kebahagian jadi milik ayah

love u very much