29.10.13

Seksaan

smua student pakat abes exam arini. 

maka.

bermula lah tugasan marking ratusan exam paper.

ayayai.

tertindas lah jari jemari mulus ku ini.

ah! mencik mencik *bajet kiut* 

sesapa nak tolong marking. sila lah hubungi saya. siapa marking paling banyak. dapat adiah berupa pengidapan tiga hari dua malam esklusif di rumah sendiri. 

okbai.

26.10.13

Piknik dalaman

haaa.. canggih tak canggih. orang kelah tepi laut. aku kelah dalam rumah epah. smua nye berkat hujan rahmat di siang hari. abes tergendala plan mau belari lari anak di tepi pantai. frust abes.

tapi nak wat camne kan? kelah mana pun layan kan aja lah. yang penting. orang kuat harus ada di sekeliling. dan arini. aku di kelilingi insan berkeluarga. hehe.

epah. nana. hadi. asrul. nini. dhia.

aku siap beli selambak kacang lah. keropok lah. muruku lah. bajet nak makan tepi pantai katakan. las las makan depan tv sambil berangan bunyi ombak. masyuk abes. haha. 

memacam lah borak arini. walau topik utama adalah anak. iya kan aja. bila part tak paham. aku sambung makan. strategi baik punya. em. patut balik kenyang 4 malam. heh. 

sampai malam gak lah lepak. mana tak nye. bukan main payah nak kumpul mereka smua ni. smua punya komitmen memasing. aku je maintain merewang gitu. tabah. 

memandangkan tak berjaya piknik di pantai. harus wat perjumpaan seterusnya dalam masa terdekat. kene cek weather forecast camni. hm. semangat tak semangat. nak gak mandi laut. hehe. 

pape pun. seronok jumpa budak gila bernama epah dan nana. sedar tak sedar. dah jadi mak orang dah pun. haish. how time flies. smuga persahabatan ni kekal sampai bebila. ameen.

[ dua. satu. dua setengah ]

22.10.13

Aku rakyat Malaysia

akhir nye. selepas 3 minggu. aku berjaya dapatkan kembali smua dokumen dokumen penting seperti:

a) kad pengenalan
b) lesen
c) bank kad

maka. aku dengan rasmi nya kini kembali menjadi

rakyat Malaysia.

macam nak menitis air mata gembira okeh. mana tak nye. banyak betul isu bila takda ic dan lesen. jenuh nak terang. siap ada guard nepal ingat aku dari sudan. nak kasi bukti takda ic plak. 

dugaan. dugaaan. 

tapi kini tidak lagi. dah lah siap dapat ic dan lesen baru. canggih abes. memana guard berani tuduh aku jadi sudan. jagaaa.. aku fotostat ic kasi satu copy wat kenangan. haha. yang pasti.

saya sarah. warga malaysia rasmi.

woot woot.

19.10.13

Mari bersedekah

bak kata mereka. senyum itu sedekah.

bak kata sarah. sedekah lah barangan agar orang menerima tersenyum.

yang bermaksud. kalau mampu. ada lebihan atau barang tak guna lama. sedekah lah. sekurang nya dapat mengurangkan beban orang yang memerlukan. plus. dapat pahala gitu. ha.. tak ke bes tuh. 

aku selalu sedekah baju lama yang masih okay. sebab mak aku ajar. kalu beli 2 baju baru. kene sedekah 2 baju lama. sebab tu almari aku tak berkembang. banyak tu je baju. huhu. balik balik. kasi baju. tapi arini aku upgrade cket. sedekah tv dan karpet plak. ecewah. 

karpet dan tv tu sebenar nya untuk umah sewa aku. tapi bila bawak mantin. asyik tersadai je. tak guna. kebetulan kawan aku stori mori cakap dia perlu tv. eh eh. macam tetau je. memang murah rezki kau jah. hehe.

dan tadi. aku dengan semangat jitu ke setiawangsa anta tv dan karpet. kawan aku takda kereta. karpet plak besar gila. bila kasi tadi. kawan aku tersangat lah terkedu dan terharu. dia ingat karpet besar kain lap kaki kot? sabo je lah. 

yang pasti. rumah sewa aku sedikit lapang dan hati aku, tersangat lapang. hm. abes lah smua kotak aku punggah sedekah nanti. haha.

15.10.13

Rayaaaa


Selamat Hari Raya Qurban 
dari Baharudin sekeluarga
kepada smua umat islam sedunia.

dan kepada warga kambing dan lembu.
terima kasih diatas kesedapan anda. yums.

yea yea raya!

14.10.13

Siap jua

huh! macam nak tercabut tangan aku siapkan apa yang perlu disiapkan arini.

smua nya gara gara mau pulang raya dengan hati lapang.

dan aku berjaya siapkan smua tanpa kehilangan anggota badan. yehaa.

tahniah buat diri sendiri. 

okeh. masa untuk berkemas dan pulang ke pangkuan ampang.

12.10.13

Al kisah aku dan kereta


beberapa bulan lepas. aku berjaya melangsaikan keseluruhan hutang kereta kenari.

baru je ingat tak mo berhutang untuk beberapa tahun akan datang. hidup tanpa hutang sungguh bes okeh. namun hasrat itu hancur musnah jatuh berkecai ke pung pang arini. 

mana tak nye. ayah aku dengan muka rileks nye mintak aku beli kereta baru. adoh. baru je ingat nak joli duit extra. dah terbantut hasrat itu.

menurut logik ayah aku. kereta kenari aku dah genap seploh tahun. walau aku selalu maintain. kereta aku tetap boleh diklasifikasikan sebagai agak berusia. dia risau jikalau rosak tengah jalan. kene plak kalau malam. tengah highway ke apa. tak ke naya. 

aku paham kerisauan ayah aku. dia cuma nak sesuatu yang boleh buat dia tido lebih lena setiap malam. kene plak aritu kereta aku meragam cket. kereta tu pun satu. time ayah aku ada lah dia nak bunyi. mana tak risau orang tua tu. haish.  

aku memula cakap tak mo beli kereta. tapi bila pepikir balik. ada logik sebalik penerangan ayah aku. tapi logik logik jugak. aku kene tengok situasi kewangan aku gak sebab las las. aku gak yang nak bayar kan? huhu. 

hm. masa untuk pikir secara serius. 

vroom vroom.

9.10.13

Hari emosi seMalaya

aku nobatkan arini sebagai hari emosi. dan kerna arini hari emosi. aku pun emosi. bila aku emosi. smua orang kene tegur dengan aku. haha.

SITUASI SATU
masuk opis. nampak borang atas meja. usha seminit dua. emosi. mana tak nye. opis aku nak smua staff tuka bank. ok lah. tapi smua kene bayar rm20. loh. korang yang nak amek loan besar besaran. pastu suh staff buka akaun. kene bayar lagi. ini pemaksaan namanya. ececeh. hehe.

memo takda apa takda. terang lah cket. kami pekerja ada hak untuk tau benda benda gini. sebab nak tau lebih lanjut. aku terus ke main opis. jumpa HR manager, miss tan. aku tanya lah kenapa kene tuka ke hong leong sedangkan takda cawangan di mantin. takkan setiap kali nak kuar duit kene turun nilai? pi balik dah 32km kot. pundek. 

tiga kali aku tanya. tiga kali dia tak reti jawap. tak nak jawap aku rasa tapi adoi yai. camne bley jadi HR manager pun aku tak tau lah. bab bab human interaction memang gagal. las las aku blah je lah. sekurang nya aku dah buat part aku.

SITUASI DUA
masa nak balik ke opis. miss gita plak emosi. punca? guard pintu depan menaikan suara kat dia gara gara lupa bawak tag. normal lah orang lupa tag tapi apa kes nak naik suara? ni sorang lagi nak kene babab. haha.

miss gita emosi dan luah ke aku. dalam perjalanan kuar pintu. aku pi kat guard dan tegur baik punya. aku cakap lain kali cakap elok elok. tak kesah lah student ke staff. tak payah jerit jerit. memang sentap lah guard tu. 

pastu dia naik suara kat aku plak. aku dari emosi biasa. terus naik hangin. tapi tetap maintain. apa barang jerit jerit. aku rendahkan suara. cakap sambil pandang je dia. aku rasa dia takut kot sebab dia langkah ke belakang. haha. lepas dah tabur seguni dua teguran. aku blah.

miss gita kejar. cakap terima kasih sebab bela dia tadi. aku dengan muka bajet hero, senyum senget sebelah.  bajet okeh. haha.

*****

serius. arini memang hari emosi. ada je yang tak kena. hm. sabo sarah sabo. masa untuk pulang tido.

6.10.13

Dua tahun sudah

lokasi: secret recipe wangsamaju
insan: sarah. ain. lukman. bawang. yana
sempena: makan sambil gosip
mood: teruja

huish. camne tak teruja. tadi aku ketemu teman seperjuangan master di jusco. ni lah teman tak tido malam bikin assignment last minit. teman diskusi malam sebelum periksa. teman kasi moral support ketika presentation. teman pinjam nota bila ponteng kelas teroverslept dan peneman di saat stress menulis thesis. dari mula master. sampai ke graduasi master. takda muka lain. 

bila tengok mereka. baru tersedar. cepat sungguh masa berlalu. rasa macam baru je abes kelas. walhal dah genap 2 tahun kot. gilak! tadi keje makan dan borak. memacam lah. dari perihal mengandung yana sampai ke perihal tajuk phd. mana tak seram sejuk aku tadi. dedua takda dalam plan masa depan aku setakat neh. sabo je lah. huhu.

niat mau lepak lama. tapi aku terpaksa pulang awal. ada family lunch plak sebelum mak ayah aku balik chukai. walau kejap je aku melepak sama mereka. it was great. seronok dapat tengok muka muka lama. jumpa plak di jusco. lokasi melepak di saat pokai dedulu. kalau ada dwet. upgrade klcc. hehe.

pape pun. aku seronok jumpa mereka tadi. dan aku harap dapat lepak camni lagi dalam masa terdekat. mana nak tau bley amek ilham mau sambung phd nanti. dr sarah. ececeh. 

4.10.13

Tiba juga akhir nya

setelah beberapa purnama. akhir nya. jejak gak kaki ke kl nenek tersayang aku nih.

mak aih. 

bukan main susah nak mai kl. kena kidnap dek anak cucu baru sampai kot. 

mak tok oh mak tok.

tapi paham gak lah. nenek aku ramai geng seangkatan kat penang nun. tu yang tak rela turun kl. lagi happening lepak sana. tak macam kat kl. ada je cucu bising lapaq. haish. kalu aku pun bley stress gitu. heh.

dan kebetulan. mama ayah pun turun kl dari chukai. terbaek lah. memandangkan orang penting smua turun kl. pakat makan besar lah kami malam ni. sakan lah perut aku satgi. wehuu.

yang pasti. walau makan itu penting. mak tok saya lagi penting. 

welcome home mak tok!

2.10.13

Hari ini hari Syafa

ini syafa @ ardique.
teman suka duka dari zaman jahilliyah.
dari 1999 hingga kini. 

dan hari ini hari istimewa dia.

selamat hari jadi sayang.
smuga persahabatan kita kekal selama nya.
ameen.

time to party baby. woot woot.

1.10.13

Duga yang menduga


ini lah dugaan yang paling tenang dalam sejarah idup aku.

bukan setakat individu sekeliling. aku pun pelik apsal aku rileks semacam. kalu orang lain. mau dah nangis sambil back flip. abes flexible okeh. hehe. dugaan nya?

wallet hilang. 

uang rm200. kad pengenalan. kad degree dan master. 3 bank kad. lesen memandu. dan sebagainya.

lesap. ghaib. hilang. 

dari genggamanku. ecewah ayat. dramatik abes. haha. merata gak lah aku cari. sampai ke tong sampah kot. tetap takda. 

emosi punya pasal. lepas wat laporan polis. terus drive ke klcc makan chillies. tak padan takda lesen dan dwet. abes dare devil okeh. huhu.    

miss gita dan nithya serius takle blah tengok aku lepak semacam. bley gelak gelak. tapi dalam hati siapa yang tau? ayaaaaat. haha. gila dah. 

yang pasti:
a. leceh amat hilang wallet. patah kaki kot.
b. terpaksa pinjam uang buat sementara waktu.
c. dah ah takda dwet. memacam penalti kene bayo.

haish. dugaan dugaan.

memacam harus disettle. tapi takpe. benda nak jadi. cekal je lah. dan dalam masa nan sama. amek pengajaran agar tidak terlalu cuai lagi. tapi jika ini satu kecurian. smuga pencurik itu sembelit sepurnama. hoish. kejam siot. huhu.

pape pun. bravo sarah di atas ke'cool'an anda di saat genting sebegini. mari lah reward diri sendiri dengan pergi ke genting. haha.