26.4.09

Kemboja, tunggu aku

urghhh. aku macam tak bley terima hakikat yang arini aku akan:

+ bertolak ke kl dari tax city
+ bertolak ke lcct

+ terbang ke cambodia

+ lepak sana selama 5 hari 4 malam


weeee~ seronok nye rasa hati. pi makan angin dengan kawan-kawan. penat aku simpan duit nak pi sana tapi aku risau gak. bawak duit cukup-cukup makan je. kalu tak cukup. terpaksa la aku nari belly dance tepi jalan cari duit. haha. apa-apa pun. aku akan pastikan yang aku:

+ explore setiap sudut cambodia terutama angkor wat
+ makan very happy pizza a.k.a pizza weed. ngeh3

+ makan ikan besar lembu kat tonle sap

+ tengok apsara dance dan join sekali. wohoo!

+ cuba fried tarantula. yum~

+ usha jejaka kemboja yang hensem. slurpp~


haha. gila gatal tapi pedulik. nak wat jugak. aku dah tambah power spec kat sunglass aku. maka. senang la aku mengusha tanpa orang sedar. muahaha. apa punya plan la. hehe. camni la kalu dah excited terlebih. aritu konon relax bila orang lain hepi. amek ko. bila aku dah start excited. abes. tido pun mimpi pi angkor wat. gile.

apa-apa pun. smuga aku selamat pergi dan pulang ke malaysia balik. takda apa-apa masalah sepanjang duduk kat sana. so, wish me a save journey ye kawan-kawan. =D

24.4.09

Rambut itu mahkota wanita. Iye ke?

semalam aku lepak mega mall qontan dengan famili aku. alang-alang kat situ. aku nak potong rambut. sepatut nye aku potong rambut dari bulan januari. sekarang dah april. tak potong-potong lagi. gile panjang untuk standard aku. jadi, semalam aku nekad nak potong walau apa jadi. lagipun, mak aku ada. sep cket duit sebab mak aku blanje. taktik beb. taktik.

maka. aku pun masuk la satu kedai ni. laki cina datang nak tolong potong rambut aku. pegh.. comei seyh cina ni. i likeee. kakak aku pun plan la aku patut potong camne. aku tak kesah pun camne. janji pendek. tapi cina tu takmo potong pendek sebab muka aku bulat. aku macam lantak ko la. wat la pape pun. janji cun. sebab aku nak pi kemboja minggu depan.

cina tu kata rambut aku super fine sebab lembut dan halus. terima kasih. ha.. pastu aku ada la tunjuk gambar fesyen rambut dari majalah jepun. tapi aku kasi la kebebasan nak wat pape pun. gile lama dia potong rambut aku. adik aku dah siap. aku tak siap lagi. famili aku kuar jalan tengok kedai. datang balik. aku masih tak siap-siap lagi. aku tau la dia teliti tapi agak-agak la. aku dah ngantuk gile dah. walhal dry cut je. bukan nye aku wat rebonding ke apa ke.

laki tu asyik belai rambut aku. aku rasa macam kena raba je. haha. setelah hampir sejam. baru siap. aku tengok cermin. aku nak tergelak. dia wat rambut aku ala-ala jepun. tiba-tiba aku rasa feminin. ntah nape, amek gamba aku posing ala-ala kawaii. ntah hape-hape. cepat tol aku terpengaruh. tsk

sekarang. aku cuma kena belajar cakap jepun. baru lengkap penampilan aku. wakaka

22.4.09

Kami dan laut

adi lepak laut dengan sheena dan amin. kira macam sesi bonding la cket. sangat best. lama dah tak jejak kaki pi laut. sian. umah tepi laut tapi bertahun tak mandi laut. apa nak jadi la. hehe.

sebab tak bley mandi laut tadi (bendera merah naik). kami keje amek gambar je. eh jap. aku yang amek gambar. sheena dan amin jadi model. sebab dieorang tak reti ambik gamba sangat. tertekan seyh. tapi takpe la. aku amek gambar sendiri sudey. gile vain. haha.

tadi awan cantik woo. pelik cket tapi lawa. agak ngeri bila pikir-pikir balik. macam petanda dari mother nature. tapi pedulik. cantik gak. oleh sebab awan cantik. aku dengan konon-konon kreatif nye amek gamba kakak dengan adik aku. macam lawa.

aku rasa aku ada bakat terpendam ah. haha. aku nak simpan duit gaji aku. nak beli camera xlr yang mantap. aku dah takmo meja snooker. lalala~

20.4.09

Ayayai

disebabkan aku tak bley tido sebab excited nak balik chukai dan tahap kebusanan yang melampau. lepas siap-siap semua. aku pi sarapan kat hs sorang-sorang. lepas tu aku pergi kerja kejap. siapkan saki baki kerja yang tak siap aritu. ye. aku memang rajin. terima kasih. ok. masa tengah wat kerja tu. aku jumpa dengan boss baru kami kat iimu. cik shahrizat. nama macam ganas tapi baik je orang nya.

cik shahrizat ni busy semacam la tadi. cket-cket, kuar masuk opis. camtu la. angkut barang-barang dia masuk opis baru. tapi dia suruh budak-budak dia yang tolong angkut barangnya. tu yang bes bile jadi boss. ko tukang arah je. orang laen akan settlekan kerja tu. aku nak jadi boss la satu hari nanti. muahahaha.

ok. berangan je keje. tsk. sekali tu cik shahrizat takda dalam opis. pastu budak angkut barang datang kat aku. kasi kunci keta cik shahrizat. aku pun sebagai insan yang amanah. jaga kunci tu dengan sepenuh hati. yeah rite. haha. aku simpan dalam poket suar la. aku pun sambung wat keje. lama tu. bila keje dah siap. aku pun dengan bahagianya balik bilik.

bila sampai bilik. iimu tepon. rupa-rupanya aku lupa kasi kunci kereta. yup. kunci keta elok je dalam poket aku. aiseh. aku dah gelabah. ye la. kang boss baru cakap aku nak curik keta dia ke. mana nak tau kan?. first impression beb. lama jap tu. aku hanta. gelabah. padan muka kau sarah. tapi kan..

nasib baik boss tu baik. setakat ni la. dia cakap mekasih banyak-banyak sebab tolong jaga kunci dia. aku tak tau la kalu ada maksud tersirat tapi pikir positif je la. dia memang eklas cakap camtu. haish.. macam-macam jadi kat aku arini. tabah sarah. tabah.

kena saman. terbawak balik kunci keta boss baru. tapi aku tak peduli la. janji aku bley balik chukai dengan bahagia nye sekarang. selamat tinggal iimu. selamat tinggal uia. selamat tinggal kerja selama dua minggu. muhahahahahaha. pedulik.

Reputasi ku tercemar. aku di saman. tsk.

tadi pagi. aku dengan ceria nye jalan pi opis mahallah aku. niat: nak checkout bilik sebab aku dengan bahagia nya nak pulang ke chukai terchenta. sampai je kat kaunter opis tu. aku dengan muka ala-ala suci. pun tegur abes semua orang kat situ. aku cakap la dengan sopan santun nye yang aku nak checkout bilik. lama jap tu, aku kena panggil masuk opis. aisehh.. apa masalah dieorang neh?. kacau mood aku pepagi tol la. kejap tu aku dengar,

pompuan 1 : mana sarah tu?. nak kena rotan ni.

aku : huh?. jangan la rotan saya kakak..

aku pun masuk tapi aku maintain muka sengih2. aku kena ceramah cket punya panjang dengan kakak mengandung a.k.a pompuan 1 yang niat kejam nak rotan aku. rupa-rupanya, dateline checkout bilik semalam. kira aku lewat sehari la. lor.. bukan salah aku. mana la aku nak tau ada memo kat opis mahallah. kali terakhir aku jejak kaki kat situ, masa aku dafta dulu. lain kali hantar la email ke. telegram ke. messenger boy ke. apa ke. tiba-tiba kakak mengandung tu cakap;

pompuan 1 lagi : nak kene saman ni.
aku : jangan saman saya skrg kak. saya ada seringgit je.
pompuan laen2 : heheheehhe (suka la sangat)

tapi bagus gak aku jawap camtu. dieorang gelak sebab rasa kelakar walau hakikat nye aku memang serius. aku ada seringgit je dalam wallet. lepas tu. orang dalam opis macam baik dengan aku. cakap gelak-gelak. aku pun sengih je la. pastu aku bising mintak appeal. takda makna aku nak bayar 50 hinggit. gaji 12 jam keje tu. lebih kurang la. hotak dieorang. tak tau betapa susah nye aku keje cari duit. chewah ayat. haha.

anyway. kakak tu cakap boleh appeal 4 mei nanti. bila orang checkin untuk sem3. kalu aku tak boleh appeal. memang siap la kakak tu. aku komplein sama rektor. 

janji harus ditunaikan. kan?. kann?. kannn?.

17.4.09

Obsesi terbaru: putumayo

ya. putumayo. bukan putu mayam mahupun putu piring atau putu buluh. tapi putumayo.

ok. sekarang aku ada minat baru. dengar lagu dari koleksi
putumayo. bes gile weh. terima kasih kepada kakak aku yang perkenalkan lagu-lagu camni. bila dengar lagu dari album-album ni. macam-macam perasaan timbul la. seperti: 

+ acoustic arabia, turkish groove & arabic groove 
rasa macam nak bangun pastu wat bellydance. haha 

+ paris 
rasa macam nak jatuh cinta. seyes romantik 

+ french cafe 
rasa macam nak lepak kat taman sambil tengok a
wan gemok

bila dengar je lagu putumayo. aku rasa dunia ni tiba-tiba indah. macam takda masalah langsung. dah la tu. aku yakin. masih ada lagi orang berbakat dan berseni yang mampu cipta
world music yang besh camtu. masyuk weyh. apa-apa pun. sekarang aku tengah gile dengar lagu dari koleksi putumayo. dalam computer. mp3. smua la putumayo. aku tido pun mimpi kuar lagu background putumayo. aku ingat nanti kawen, nak pasang lagu putumayo la. hmm. macam parah je obsesi aku kali ni. 

oleh sebab lagu putumayo bes, aku syorkan kawan-kawan download secara haram sebab album ni rasanya takda jual dalam malaysia. hmm. pengaruh buruk tol la. haha. sekarang, aku nak dengar lagu putumayo sambil makan biskut digestive kegemaran. gile bahagia idup aku. 

dari dengar lagu rock kapak, rock leleh dan dangdut, ayuh kita mempertabatkan lagu putumayo!!

idup putumayo!!. (obsesi bermula....)

Snooker buat aku tertekan

aritu aku main snooker. aku kalah. aku benci. sebab aku kalah. aku tak leh terima kekalahan tu. sebab aku kalah teruk. kena pulak, aku kalah dengan laki. lagi aku tak le terima sebab aku ego. oleh kerna itu, mulai sekarang, aku nak simpan duit gaji supaya aku boleh beli;

meja snooker atau pool

aku nak letak kat rumah. aku nak praktis hari-hari sampai aku capai tahap pro. pastu aku nak cabar dia balik.

jaga ko. tsk.

15.4.09

Yasmin ahmad, aku nak jadi anak angkat kau bley?

oh yasmin ahmad, sila la terima aku sebagai anak angkat dikau. aku sukeeee sangat kat movie-movie yang dikau wat. hmm. tapi aku rasa dia tak nak aku. dia dah ada banyak anak angkat selaku pelakon-pelakon movie dia. isk. tak boleh jadi ni. aku nak kena berlakon dalam movie akan datang dia camni. ok. ok. tuka topik.

semalam aku dengan nana pi tengok wayang dekat klcc. kami pilih talentime dalam banyak-banyak movie. ni kerna;

+ movie lain langsung tak bes
+ aku peminat setia karya yasmin ahmad
+ terminator salvation tak kuar lagi
+ indian guy (mahesh) dalam poster hensem sial

walau ada scene yang drag, pedulik. aku tetap suka movie ni. sedih. aku mata dah bergenang masa scene muhksin dengan mak dia kat spital. tibe-tibe aku nampak laki depan aku nangis. terus aku tak jadi sedih. aku gelak. tak patut tul la. memang aku potong stim dia nak layan blues. sowi bro! hehe. perempuan tepi nana menangis beria gile. sampai pegang tisu wa cakap sama lu. memang banjir abes. tapi aku paham la, scene tu memang sedih pun.

aku hepi dapat tengok movie tu lepas dapat berita sedih dari iimu. memang aku hepi tapi tak bermaksud dendam kesumat aku terhadap MSD dah settle ye. damn u msd!. emos. haha. ok. untuk harijadi aku tahun ni, aku nak yasmin ahmad. kawan-kawan, sila berusaha dari sekarang.

14.4.09

Revolusi

bakal tercetus satu revolusi baru di iimu

aku heroin nye. supporter aku nampak tangan je. haa. tu tangan kak zetty, kak aini, suad, kak shan, ilham etc. haha

Bangun pagi, gosok gigi, lari

semalam aku tido tak lena.
arini aku bangun awal dari biasa.
aku lari pegi kerja sebab ingat dah terlambat.
aku pun pelik. bangun dah awal. hmm.
sampai je opis. tengok-tengok...
meeting cancel.
dan ada 2 je graduate assistant yang datang on time.
yang pasti,
salah sorang nye adalah aku.
walau meeting cancel dan aku semput.
aku tetap berbangga dengan diri aku.
sebab sampai seminit sebelum jam 10am.
orang laen lambat. wek wek.

tekanan mental.

13.4.09

Merdeka!!

aku dengan rasmi nye dah abes exam. weeee~

walau tadi socio aku jawap dengan blur sebab bangun jam 12pm, exam 2pm. dan aku masih ada beberapa bab tak cover. memang berani mati. tapi aku tak kesah. sebab aku dah wat yang terbaik (ayat sedapkan hati. hehe). jangan lupa doakan aku dapat result best. kalu tak best pun, lulus cemerlang ah.
aite?. lepas ni. start kerja dengan rajin balik. cari rezeki. chewah.

nak balik kemaman.. isk

11.4.09

Riang ria di atm

gaji pertama dalam sejarah hidup cik nur sarah baharudin dah masuk. wohooo~ aku hepi gile sebab ni la gaji pertama rasmi atas usaha aku sendiri. aku hampir mengalirkan air mata gembira bila tengok baki duit akaun tapi takle la kan. kang orang ingat aku baru kene rompak ke apa. kes naya plak.

lepas aku check baki duit dalam akaun. aku sengih je. tahan hepi beb. lepas jalan jauh cket dari orang ramai beratur kat atm, aku lompat-lompat sebab hepi sangat. saksi utama kejadian: sheena, shan dan pak guard pintu jj. smuga pak guard tu tak nitemare malam semalam. haha.

tiba-tiba tangan gatai nak beli beg baru. cepat garu cepat.

Secret admire?

dia: hai. awak sarah kan?. bley berkenalan?.
aku: huh?. sape tu. tak bleh..
dia: nape tak bley?. saya senior awak. awak kat mane tu?
aku: kat arcade jj. tengah main game. bes woo.
dia: main game?. org pompuan mana main arcade. main congkak je.

aku gelak. aku rasa statement dia bangang gile. lepas tu aku cakap babai, nak letak fon. malas layan ah. sebab aku yakin tu bukan secret admire. tu kawan ntah yang mana. sebab aku dah busan kawan aku kacau camtu. baru nak tutup fon;

dia: kakak awak sheena ok?. dia dah minum coke balik ke?
aku: eh?. camne kenal kakak saya neh. sape tuh?.
dia: secret admire. dah nama secret, mana bley cakap.

ada je dia nak jawap. pasrah. tapi aku memang tak jadi tutup fon la. curious gile. lepas tu dia dok kasi info pasal aku, idup aku. betul plak tu. aiseh. tak le jadi ni. mesti mau tau sape tu. aku pun pasang strategi yang tak bes pun.

aku: emm.. sekarang wat pe?. keje ke?
dia: haah. aku melacur. selalu kat hotel 5 star.
aku: huh?. wahahahahahah.

aku rasa dia adalah secret admire (kalu iye) paling interesting pernah aku jumpe. lawak gile. jawapan sangat la random. sekali tu dia tanya aku kat mana, kata nak datang jumpe. aku cuak gak. dia cakap nak jumpa gak sebab kalu tak jumpa maka tak cinta. apa ke bengong gile ayat. hmm. aku suka la orang bengong-bengong camtu. tak busan. lama tu aku start teka nama. semua la salah.

tiba-tiba aku teringat nama 'suli'. kawan aku masa ypm dulu. kenal 3 bulan je. pastu dah tak jumpa 7 tahun. tekaan aku betul weyh. aku terharu gak dia masih ingat aku. tapi siot ah kacau camtu. nasib baik aku tak terpedaya. chewah. aku jawap gelak-gelak. tak gedik. kalu gedik,

bley tercemar reputasi aku weyh. pheww~ lega.

Kami, frappuccino dan jengga

100409. 2015
starbuck jj wangsamaju

kami itu adalah:
aku. sheena. shan. sao. israr.

minuman kami adalah:
frappuccino, macchiato, hot vanilla

hiburan kami ialah:
jengga

lepak starbuck lepas kenyang makan dekat johnnys. duduk. minum. borak. gelak. diam kejap. gelak balik. lepas tu kami pakat main jengga. memang tensi sebab takut benda tu jatuh. memang bes sebab main ramai-ramai. memang bising bile blok kayu tu goyang. but hey, i really haf fun semalam. =]

sao juara keseluruhan. chait. memang ada bakat terpendam jadi tukang kayu. kak shan & israr kalah. israr sebab first timer. kak shan sebab overdose caffein. oleh sebab tu, mereka dimaafkan dan tak kan dilabel sebagai loser. haha. tapi seyes, time main tu, syaitonirojim semua pakat kuar. masing-masing pasang strategi camne nak kacau pihak lawan punye konsentrasi. paling power: sao. memang serious mental. hehe.

aku rasa semua tempat lepak camtu patut sediakan game-game yang merapatkan ukhwah camtu lagi seperti;

+ uno
+ jengga
+ kad: happy family, donkey, old maid etc
+ board game: snake, dam cina etc
+ quiz card

kalu ada, makin kerap la aku lepak tempat camtu. order air kosong sudey. lepas tu lepak berjam. pastu kena blacklist. haha. rakan-rakan, jom main jengga lagi. ketagih plak. hmm

10.4.09

Bagai cacing kepanasan

chewah. bm makin mantap sekarang. tapi entri ni takde kene ngene dengan cacing kepanasan pun. hehe.

korang semua sedar tak yang cuaca sekarang dah tak betul?. ikut sukati je nak ujan ke panas ke. dah la tu, bila panas.. adoi mak.. panas gile!!.

oleh sebab itu, aku selalu golek-golek separuh bogel (sila jgn bayang bukan-bukan ye cik ace. haha) sambil pasang kipas nombor 5. nak buka tingkap tak bley; censored. benda ni dah jadi macam aktiviti harian dah.

bilik aku dah macam sauna. berpeluh bila masuk. bes gak kadang-kadang tapi bile dah panas melampau tu, rasa macam nak anta proposal suh uia pasang aircond je kat dalam bilik. hmm. konfem kene reject. belum baca dah kene koyak-koyak proposal tu. huhu.

adoih.. tibe-tibe terasa nak minum sirap kenduri yang sedap tu. ahhhh. kat mana ada kenduri terdekat ek?

Aku tak perasan

aiseh man.. memang hampeh tol la.

aku pun tak tau sejak bile, tapi pak tam tu rajin tul lepak iimu akhir-akhir ni. siap duduk borak kat sofa iimu berjam-jam lamanye. rasa macam nak bakar je sofa tu. tapi kalu bakar, mesti pak tam duduk bersila kat lantai plak. takkan aku nak bakar lantai plak kan?. tsk.

pastu masuk cubicle dan tanya "how are you sister?". apa ke senggeng. tanya sekali sudey. ni tiap kali lalu la nak tanya. nampak sangat takde modal nak tegur. dah tau takda modal, diam je la. dan setiap kali dia tanya, aku sengih je. gile hipokrit. haha.

sekarang kak zeti @ awek cuddly yang ganas dah melabel pak tam tu sebagai 'pakwe sarah'. waduh bukk. puh-lezzz la. tak hingin beb. dah ahh masuk-masuk opis garu bontot. cover-cover ah cket. haha. kak zeti dengan slumber nye crite kat kak nani yang aku tak pandai ajar pakwe. nasib baik aku ni jenis gelak-gelak. aku anggap benda tu cam humour ah tapi semuga khabar angin ni tak heboh satu iimu kelak. chewah ayat. kelak tu. kagum plak dengan bm sendiri. haha.

apa-apa pun. aku tetap benci. ye. aku tau. korang akan cakap:

"jangan benci-benci. nanti suka"

ok. dalam kes ni. tak mungkin! special case meh. aku bukan racist tapi bluerkkkk.

sekian, terima kasih. aku nak pi tengok wayang.

9.4.09

Selamat tinggal iok

waduh.. gumbira nye rasa hati. terasa nak nanyi karaoke lagi. hehe. selepas exam tadi, maka dengan ini, aku dengan official nye mendeclare:

no more iok. wohoooo~


hehe. tapi aku harap-harap dah tak jumpa iok sem-sem akan datang la. ini kerna;

+ aku goreng jawapan exam iok tadi. aishh..
+ sumpahan iok sbb anti sangat. oh tidak
+ ada masalah system. ter regist iok again
+ dr. khai ajar subject laen yg wajib aku ambil

uishh.. nitemare ni. aku harap aku lulus cemerlang. sama juga dengan lla.
aminnn

7.4.09

Aku, nana dan biskut

soklan : antara nana dan biskut digestive, mana jadi pilihan?.
jawapan : biskut digestive!! yum.

sowi nana. aku sayang kau tapi kau tak leh dimakan. haha.

oh ya, thanx sangat-sangat sebab belikan aku dua biskut digestive. wahh. u make my day la awek. sila la beli lagi ye. hehe.

Padan muka

aku tuju entri ni khas buat diri sendiri.

hmm. padan muka aku. beriya sangat pi jejalan. orang suruh studi. takmo. kan dah takle jawap exam lla. tapi kan, soklan dia memang susah weh. terlalu general ko takkan tau nak tulis apa. tsk.

macam bes plak salahkan Dr. Haja. haha.

ye la. ye la. aku ngaku. salah aku. 4 soklan. 40 markah. carry mark ok walau kurang memberangsangkan. pastu jawap final maen-maen. elok sangat la tu. nanti dapat result tak bes, baru nak sedih-sedih.

tapi kan, nasib baik la aku ni berbakat dalam bab-bab mengoreng nih. bukan goreng ikan. tu tak reti. makan je reti. ni memanipulate jawapan exam. urghh.. aku harap goreng tak hangus la. isk. cuak plak. ayayai.

smuga aku lulus cemerlang lla walau aku goreng. tapi goreng dengan bijaksana la. ye ye je.

oh doraemon. dimana dikau?. nak pinjam poket jap.

Sungguh tak sedar diri

aku exam 6, 9 dan 13 ni.

2 april :
aku pi nanyi karaoke sampai 2 pagi kat d curve
3 april :
aku join talk iimu sebab dikerah jadi reporter. tsk. balik ampang. bawak mak tok & tok yet aku pi dinner kat great eastern mall. tengok supernatural. buli kucing bernama tot
4 april :
pi usha barang kat hock chun. beli baju dekat ampang point. pastu jadi penasihat bertauliah untuk kakak aku yang juga beli baju. lepak. gelak-gelak
5 april :
maen game. tengok movie. studi cket2.
pastu cuak gile babi sebab:

6 april :
exam LLA selaku exam master pertama aku.

ya. aku tau. sungguh tak sedar diri. pasrah.

2.4.09

Musim exam sudah tiba

musim exam sudah tiba. adoih. aku tak buat apa lagi. niat nak studi tu memang la ada tapi pantang aku buka je buku. terus terlelap. apa punya sumpahan daa. bley merosakkan masa depan ni. macam-macam dah aku cuba. tapi tak menjadi jugak.

perhatian :

kepada sesiapa yang berjaya menyembuhkan masalah kronik aku ini. segumpal wang akan dihadiahkan. anda berminat?.

Cobaan pertama

tadi aku pi iimu. isi claim form gaji pertama.
excited. cuak. happy. semua ada.
oh iimu, tolong la kasi masuk duit cepat-cepat.
aku takmo jadi macam:

1.4.09

April fool

1. Go to "My Pictures" or your Photo Folders in your computer
2. Go to the sixth folder of your photos' folders
3. Go to the sixth photo of that folder
4. Upload it here
5. Describe it
6. And finally, tag six other bloggers and leave a comment in their pages.

ini adalah gamba dua budak busuk [epah & nana] dan aku yang sedia ada wangi. dua budak busuk ini ibarat besfriend aku la. kenal since matric dan berkepit sudah hampir 7 tahun. lama siot!.

fakta menarik:
+ umur : epah [25], aku [24], nana [23]
+ negeri : epah [perak], aku [png+trg], nana [n.9]
+ cos : epah [poli. sc], aku [eng. lit], nana [econ]
+ mahallah: epah [saffiyah], aku [nusaibah+asma], nana [ameenah]

semua benda laen tapi kami tetap besties. ramai orang tanya camne bley terapat. aku pun tak tau. sedar-sedar, budak busuk berdua tu mintak aku ajarkan cara-cara menjadi wangi. sejak tu, kami rapat. tapi orang mcm tak pecaya je hakikat tu. betol weyhh.

ok. gambar ni masa lepak midvalley 2 tahun lepas. kami anjur pertandingan muka sape paling tak menawan. ntah nape aku paling beriya. siot korang maintain muka cun. tapi takpe, aku juara sesi tu. hehe.

hmm. bila tengok pic ni. i mish those good old days. =(

You are tagged:
+ acemafia ;P

+ bunny ekei
+ kak shan
+ sheena baharudin
+ dr. Normala (yeah rite)
+ barack Obama

Satu budak hitam

bakal kena tembak dengan sarah. urghhh. benci tol la dengan pak tam tuh!. sekarang, dia dah tau aku kerja kat iimu. aiseh.. bengang tol la. pastu sibuk tanya apsal aku dah jarang pi PG Lab. sukati aku la. isk. aku menyampah tengok dia dan aku sakit hati dengan semua benda yang dia cakap. ada je nak cari pasal seperti;

+ sister, why do you listen to this song?. its unislamic. (sukati ahh)
+ sister, is that a basket? (tuju kat beg aku. cilanat)
+ sister, u look decent today. (apa aku tak decent smlm?)

dan macam-macam lagi. dan setiap kali dia cakap, ada je benda yang aku jawap. serious tertekan. aritu dia tanya; "how are u sister?" niat dia baik kot tapi aku bengang. tanya sekali sudey. ni tak sampai 15 minit, ada 10 kali tanya. aku jawap; "why do u keep asking the same question?. u still gonna get d same answer" dia terus diam. aku suka sgt masa tu. aman kejap. haha. bes.

kesimpulannya, aku memang tak suka dia. aku rasa macam nak cakap "shut d fuck up" tapi aku tak sampai hati. maruah melayu di tangan aku. chewah. poyo. haha.