29.11.09

Gamat

lokasi: sonstar kopitiam
insan:
amad. hibri. hanis. hairi. dayah. ekei. che wan. syahirah. aku.

kenduri baah memang ibarat reunion bebudak sekolah. abes jumpa balik yang dah lama tak jumpa. majoriti. muka sama. kira aku masih cam la walau semakin cun. dulu. tengok sekali dah muak. keji sungguh. rupa dah macam anak buangan je. tapi sekarang. peghhh. cun melecur abes. aku ada gak tanya apa rahsia. ada jawap amal susuk. ada jawap amal urutan batin. macam haram. pasrah. 

lepas berjaya merosakkan kenduri puan baah dengan menyalah guna pelamin secara beramai-ramai. semua pakat lepak kopitiam. bising nak mampus. gamat dengan gelak kiteorang je. aku dapat rasakan tokei kopitiam terus dapat hidayah nak pasang dinding serap bunyi. semua pakat wat cam kedai sendiri. tapi takpe la. aku maafkan mereka. hehe. memang bes la bila jumpa kawan camni. hmm. petang nanti. ramai dah nak balik. dah mula kelas la. kerja la. kena tunggu kenduri seterusnya la kalu nak kumpul camni lagi.

fakira. sila kawen secepat mungkin. hoho.

Sorang lagi hanyut

ba'ah 

kawan aku dari sekolah rendah kini dah hanyut dalam dunia bersuami. pegh. ayat macam tragis abes. tapi aku gembira la bagi pihak dia. untuk menunjukkan rasa kasih aku kat dia. aku kasi adiah istimewa. aku sorang je kasi. memang sah-sah takda yang akan sama. bes.

tadi jumpa ba'ah kat rumah pihak laki.

baah: bengong mung sarah. nok aku beranok setahun sorang?
aku: haha. ok apa hadiah aku.
baah: bodo. aku ingat vibrator tadi.
aku: mung nok se?. aku tau kedai mana jual.

dia kata aku bengong?. erk. apa salah aku?. niat aku paling murni dalam bandar chukai. jenuh aku pikir dari setiap sudut sebelum beli. salah ke aku adiahkan:

lubricant jenama durex. jenama top semalaya tu. warna ungu yang menarik. ada aloe vera lagi. tengok?. aku sungguh prihatin orang nya. tup tup. kena bengong sekali. camni la manusia. tak bersyukur dengan apa yang ada. haha.

pape pun. tahniah baah. lepas ni ekei plak. wohoo~

28.11.09

kau pergi meninggalkan aku

semalam benda paling tak di duga berlaku. seluar kegemaran aku. yang di pinjam tak pulang-pulang dari adik aku..

reput!!

wargh. tak pernah dalam sejarah hidup keturunan aku. seluar reput. sumpah rasa terhina. macam seluar tu bunuh diri je. tapi pasrah je la. aku pakai mula-mula elok je. pastu aku jalan jalan amek gambar dengan adik aku. depan umah. baru sedar seluar koyak. kat peha kiri belah depan. memang abes nampak spender aku yang hitam menawan itu. sungguh memalukan. tergamak seluar tu wat aku camni. haish. mak aku amek terus campak tong sampah. tsk. 

selamat tinggal seluar sedap. semuga bertemu lagi dalam kelahiran laen.

Tabah

sejarah pada tahun ini.

raya haji kali ni. aku raya dalam bus. dah la bus gerak pepagi buta. 9.30am. kus semangat bila ingat-ingat balik. tapi semangat raya punya pasal. 7.30am aku dah bangun. aku pun terkagum dengan diri sendiri. gila la. ingat nak balik lewat cket tapi satu tu je tiket tinggal. apakan daya. pasrah je la. yang penting. dapat balik chukai. hip hip horey!. 

hm. tak sangka aku ni optimistik gak orang nya. pape pun. walaupun ada 71 penumpang termasuk 2 pemandu. aku rasa sunyi gila. macam aku sorang je sambut raya pagi tu. bangun pepagi dalam keadaan ceria. raya beb!. mesti la ceria. kalu aku haiwan kurban. laen la cerita kan?. walau bakal menghabiskan masa empat jam dalam bus. aku dengan semangatnya pakai baju kurung. aku dah berangan sakan. satu bus akan pakai baju raya warna pelangi. pastu nanyi lagu 'balik kampung' ramai-ramai sepanjang perjalanan. memang harmoni abes la. tapi bila aku naik je bus. puih. macam haram. aku sorang je yang semangat pakai baju nasional. dah la tu. bus baru je gerak 10 minit. semua orang dah lelap. apakah?

bila dah sampai. aku macam biasa. excited kalah bebudak ADHD. dah dekat lapan bulan tak balik kot. patut pun kawan-kawan aku cakap aku murtad chukai. baru aku paham nape. chait. hampeh punya kawan. haa. aku mungkin lepak chukai lebih seminggu. gila babi seronok!. pape pun. yang penting. esok aku nak lawat kawan lama.

pantai. rindu sama dia.

25.11.09

Kamu bikin aku murka

world grad school tour

kamu dilaknat aku. sumpah korang jadi lembu. muah-ah-ah. sempena raya ni. aku nak suh orang masjid sembelih korang secara halal. pastu anta ke negara-negara yang memerlukan.

pegh. niat kejam abes tapi berbaur murni. memang dasar suci dalam debu. toksah dok mai malaysia lagi. chewah.

Tepu

dalam tempoh seminggu. aku abeskan empat buku suku iaitu:
a) percy jackson & the olympians: the lightning thief
b) percy jackson & the olympians: the sea of monsters
c) percy jackson & the olympians: the titan's curse
d) percy jackson & the olympians: the battle of the labyrinth
e) the lovely bones (suku)

oleh kerna itu. satu-satunya perkataan yang sesuai untuk melambangkan keadaan otak aku ialah

tepu

sekarang rupa aku dah macam orang parkinson. ketar sakan sebab tak dapat buku percy jackson & the olympians book five. januari depan baru kuar versi paperback. urgh. kenapa hidup ini sungguh tak adil?. takpe. sabo sarah. sabo. 2 bulan je lagi. aku harap rick riordan tak keluarkan buku enam. kalu tak. aku dengan pantas akan pos santau khas dari malaysia. dah tak sanggup nak tunggu lapan bulan untuk versi paperback kuar. tsk.  

20.11.09

Terhina

dia: sarah.. ko cun arr..
aku: huh?. hehe. thanx.

waaa.. memang berbunga abes. bukan setakat tu je. dah rupa kebun dah hati bila orang aku minat cakap camtu. walau aku takle berhenti kenyih. hidup mesti diteruskan. chewah. haha. sejak kejadian tu. hidup aku gembira gak la. tapi semua ni hanya untuk sementara. tsk. kerna beberapa hari kemudian..

nak jadi cerita. ex orang yang aku minat ni add aku dalam facebook. tak kesah la kan. tapi...


bila tengok gambar. aku konpius yang amat. orang aku minat ni bi-sex ke?. apsal ex dia macam jantan ek?. aku pun usha gambo dia lama2. memang SAH pompuan. erk. apsal awek dia dulu muka macam drag queen?. aku bukan nak keji. tapi sumpah nampak macam laki yang baru start makan ubat hormon. comei la tapi muka bersegi abes macam baru lulus sekolah militari. pastu aku teringat apa laki tu cakap kat aku dulu.. dan aku rasa terhina yang amat.

muka aku macam drag ke?. arghhh. kebas otak.

Main. budak laki. arnab

macam pelik plak bila wat direct translation. buruk sungguh nama itu. tsk.

masa kat midvalley aritu. tesco ke apa ntah wat sale buku. memang murah abes la. semua buku rm5. tapi buku tak banyak pilihan sangat la. masa tengah belek-belek buku mana nak beli. tiba-tiba. aku ternampak satu buku ni. seolah-olah ada cahaya dari syurga tuju kat buku tu. walau hakikatnya. cuma lampu fish eye biasa. aku terus amek buku tu. usha-usha sikit. tak bley jadi ni. murah gila. bukan senang nak dapat buku camni di pasaran. kalu ada pun. mahal kot.

dan di sebabkan perasaan ingin tahu yang membuak-buak. aku amek. beratur dan bayar. dan buku itu adalah..

tadaaaaaa. (sila wat terkejut)

smuga selepas aku khatam buku ini. aku akan jadi arnab menarik. bukan arnab makan lobak tu. aminn.

19.11.09

Dua alam

arghhh. konpius. aku konpius. kenapa la:
a) gadis sekarang lebih kacak dari lelaki sebenar.
b) lelaki sebenar cantek dan ayu mengalahkan gadis sejati.

aritu aku dok usha-usha youtube. walau aku tak berapa minat korea. tapi video clip dieorang memang takle dinafikan lawa gila. memang top kualiti la. kalu nak banding dengan malaysia. tak payah la. buang masa je. ibarat matahari dengan pasir. pegh.. gila hina. haha. lebih kurang camtu la.

masa tengah tekan-tekan link. terjumpa satu video clip ni. nama kumpulan macam teori matematik tambahan f(x). macam menarik sebab aku membayangkan sekumpulan nerd yang hot menari dan menanyi. tapi laen yang kuar. ada 5 orang. tapi yang paling aku nampak. sorang ni. kacak sialll.

aku pun google. apakah?. dan aku kecewa yang amat. sebab dia
a) anak dara bernama amber
b) lahir 1992 (17 tahun)

amber?. abes gadis nama dia. dah la mampu menjadikan aku phedophile paling gemilang. tsk.

Harta karun

aku memang suka bab-bab makan tau. aritu pi makan satu family dekat delicious tepi tabung haji. dalam banyak-banyak cawangan. aku rasa yang tu paling cantek. paling bes. paling semua la. lepas dah makan semua. masa nak pulang. aku sibuk-sibuk nak lalu jalan lain. jalan yang akan lalu satu lagi kedai kat tingkat bawah delicious.

masa tengah lalu sambil usha apa yang bes. tiba-tiba aku nampak tempat dessert. tempat dia macam mahal. tapi bila tengok harga. okeih gila untuk standard kl. nama tempat tu 'the bakery'. aku tak pasti ada cawangan lain ke tak tapi macam takde. anak tunggal kot. hmm. haa.. patut beli satu je benda. tapi kena rasuk hantu tamak. beli 5 benda.

bila makan. rasa macam terbang ke langit ke tujuh. sedap kot. memang eklas abes la orang tu buat. tak kedekut langsung. lepas ni. aku nak hasut kakak aku bawak situ lagi. nak cuba benda laen pulak. slurpp.

16.11.09

Entri emo

minggu ni aku ibarat disumpah-sumpah zeus dan seangkatan dengannya. semua aku wat. serba tak kena. apa aku harap kan. hancur luluh. apa aku wat yang terbaik. tak sebaik apa aku harapkan. aku dah lama tak rasa sedih. down. kecewa camni.

untuk mengubati kekecewaan aku. aku pun wat la kuiz greek god(dess) sebab aku tengah gila pasal mereka kini. keputusan?

+ Nyx - 86% - dewi malam.
+ Aeolus - 86% - dewa angin.
+ Poseidon - 86% - dewa air.

memang sesuai. hidup aku gelap. berangin kencang. cuma tak basah je sekarang. sape-sape. tolong la tiup angin kekecewaan dari aku jauh jauh sekarang.

please..

Aku bangga

lokasi: galeri petronas, klcc.
insan: aku. pak guard.

guard: emm. awak dengan group depan ke?.
aku: eh. takde la. saya datang sorang je.
guard: ohh. awak amek arts ke?.
aku: ....... [sengih]
guard: awak sini kejap.
aku: huh?. [sambil pi arah dia]
guard: apa yang awak paham tentang sculptur ni?
aku: [apakah?] kalu ikut pemahaman saya. dia melambangkan peperangan. tengok je la bahan-bahan dia. bla bla bla..
guard: haa.. betul2.

aku rasa macam pelik je tapi dalam diam. aku macam bangga sebab ada orang tanya pendapat aku. macam aku je yang wat benda tu. keh3. aku pun tibai je la ikut sukati aku. muka guard tu memang penuh penghayatan la. gila ah. ni aku nak pi sane lagi ni. ayuh.

Sewel

otak aku makin sewel lepas periksa
a) morphology and syntax
b) semantic

lepas ni ada phonetics & phonolgy plak. bley naik gila dah ni.
ada ruang kosong kat tanjung rambutan lagi ka?. tsk.

8.11.09

Eksperimen sosial

bila tiga beradik berjumpa.
bila otak masing-masing masuk pasir.

ini yang terjadi...


memang sengal. sebab ni la adik beradik aku tak jadi model. hancush. tsk

2 gadis dan Midvalley

lokasi : midvalley
insan : sarah. nana.

pegh.. gila bes lepak bila dah lama gila tak jumpa awek bernama nana ni. ketar gak kaki memula bila dengar nak jumpa kat midvalley. dah takda tempat lagi jauh ka?. tapi takpe. demi kamu nana. aku sanggup (cepat terharu. cepat). macam-macam la kami wat. tapi waktu paling bes. masa kat kedai buku. sebab nana hadiahkan buku sempena besday aku yang dah berzaman lepas. pedulik. janji aku dapat buku yang aku nak. percy jackson & the olympians. book 1: the lighting thief oleh rick riordan. masa nana bayar buku tu. aku gembira gila tahap brain freeze slurpee.

buku ni macam bes sebab genre dia fantasy. dah la ada elemen dewa dewi greek yang mampu wat aku tido senyum nampak gigi. hm. macam ngeri la plak. huhu. aku belum apa dah balut buku tu dengan plastik unicorn cantik cantik. lepas exam morphology. akan ku baca buku tu dengan penuh rasa terharu pada cik nana. tapi kalu kamu nak mengembirakan kan aku lagi. sila la bagi sequal dia jugak. sumpah aku terus menari macarena kalu dapat sungguh. bes. bes.

mekaseh nana. aku suka bangat.

5.11.09

Sila jauhi benda ini

aku nasihatkan semua insan menjauhi benda ini. kerna benda ini mampu mengubah hidup anda dalam sekelip mata. ia mempunyai kebolehan menyedut kesemua kegembiraan dalam hidup anda dan tukar menjadi mimpi ngeri tahap teletubbies. weh. teletubbies ngeri ok.

benda ini pada luaran nampak menyeronok kan dan mudah. tapi jangan cepat terpedaya. dalam diam. susah tahap sudoku membunuh. kalu terpaksa amek. sila wat persediaan mental. kalu gatai nak amek gak. rajin rajin la wat istakarah dulu. eh. lupa plak. benda itu adalah...

research methodology. (ahhhh.. ngeri. ngeri)

tengok je la kesan benda ni kat aku. mereng abes. abes pupus semua sel-sel otak aku. lepas je periksa research method aritu. hidup aku dah takkan sama seperti dulu. orang kunyah semangkuk kokain pun tak camni. tsk.

ps: post ini ditulis selepas periksa.

2.11.09

Kesabaranku di uji

orang tua-tua selalu pesan. jangan suka sangat. nanti nangis. ayat tu memang betul walau kurang tepat cket. tak semestinya nangis. sedih pun dah cukup. sebab benda tu baru je terjadi kat aku aritu. pasrah.

pi makan ramai-ramai kat klcc aritu. aku macam biasa. keje gelak je. hm. gelak ni bley wat keje tetap aku tau. sebab aku ni memang pakar gelak. semua teknik aku dah master. hm. lepas dah penat gelak. aku balik uia terchenta. time tu. dalam kepala. nak mandi kasi wangi semua. pastu nak tido dengan bahagianya. tapi bila sampai depan bilik. impian aku semua macam kena curah air panas. kerna..

aku tertinggal kunci dalam bilik. wargh. dah la time tu dah area 11.50 malam. aku pun berusaha la buka. macam-macam teknik aku pakai. semua hampa. roomate aku dengan bijaksana cadangkan aku wat macam dalam cerita mafia. amek lajak. pastu lompat arah pintu. memang bernas. tapi takda makna nak wat. pintu aku tu kebal. kang tak pepasal aku patah jari. ngeri beb. uuu. takut. lama jap tu. aku pi pondok guard. dia cakap takda kunci spare. semua kat fellow. aku pun amek la nombor fellow. lepas je safe. tut tut tut. mampus. apakah?. hp aku abes bateri. sekian terima kasih. urgh. sumpahan apakah ini?.

aku pun jalan setengah marhalah. pi tido bilik zetty. nasib baik ada dia. kalu tak. aku tido kat pondok pak guard. tak pedulik. hm. patut cuba laen kali. macam bes. huhu. haa. pastu. esok pepagi buta. tepon fellow.

fellow : oh. saya kat luar ni (kat mall la tu). awak tunggu sampai 5 petang.
aku : huh?. errrkk.

memang macam babi rebus. aku dah la tak mandi dari semalam. badan melekit tahap bley panjat dinding macam spiderman. tapi nak wat camne. aku gak yang lupa kunci. 5.30pm. masuk bilik dengan girang nya. pastu sempat ceramah kunci aku jap dengan harapan dia takkan abaikan aku di saat genting lagi. dan. fellow, aku laknat ko abes-abesan. arghhh.