30.12.09

Cupid is dead

dulu aku suka cupid. tapi bukan cupid iklan digi nun. tu layak direjam sampai mati. ni cupid yang ada sayap terbang. pastu panah orang dengan hebat macam legolas. tapi tu dulu..

sekarang?. aku anti-cupid. aku bukan nak benci cupid suka-suka. tapi aku ada sebab yang kukuh lagi jitu. peghh. ayat. membuktikan tahap semangat nye aku ni.

Apa salah Cupid?
+ tak reti panah. tak payah panah.
+ kalu tau panah senget. ganti baru.

tapi ko degil. konfiden dengan kehebatan memanah ko. sekarang ko salah panah. kan dah kena insan yang tak sepatutnya. aku gak yang parah. ko apa tau?. melepak panah-panah orang. aku?. hati retak. tsk. ko bukan nya paham perasaan insan teraniaya cam aku ni. nasib baik aku mampu kawal emosi. tak sia-sia tengok dr.phil. terima kasih oprah. tibe tibe. hmm.

jaga ko cupid. kalu aku jumpa. aku culik panah ko. pastu panah kat tiang letrik. biar ko angau sepurnama kat tiang tu. haa. baru puas hati den.

29.12.09

Guna kaki pun boleh

tu la kondisi rambut aku sekarang. bukan setakat lincin maut. makin tebal beb.

terima kasih saya ucapkan kepada kiehl's the ultimate thickening shampoo. walaupun harga ko mahal tahap pikir 10 kali baru beli.

memannnng berbaloi.

baru pakai cket. rambut aku dah bley masuk iklan rambut. lagi sebulan. rambut aku mampu menjadikan aku pelakon jepun number 1.

ngeri la plak. haish..

27.12.09

Dilaknat Poseidon

lokasi: Yuen (all you can eat steambot)
harga: rm20.50 sorang
insan: sarah. aing. ashik. yana. rehan.

dengan harga bil. terbukti aing kini orang kaya baru. belanja kami semua makan kat Yuen tuh. hidup aing!. kalu ko jadi ahli politik. sumpah aku support ko. haha.

puas. amat PUAS.

mana tak nye. seleksi seafood menggila. semua aku tibai. mesti poseidon laknat aku. konfem! tapi lantak ah. janji berbaloi duit aing. kan aing. kan?.

meh. pasni aku belanja ko tengok wayang plak.

24.12.09

Ho ho ho

santa clause. rusa terbang hidung merah.
pokok krismas. salji. lampu kelip-kelip.
ayam belanda golek.

shioook seyh kerismes (dengan penuh perasaan). dah la lagu dia bes-bes. estetik je bila dengar. tak payah amek lsd. tak macam lagu raya. semua sedih gile. memang kacau jiwa abes. tsk. pape pun.

wohoo. merry chrismas semua!.

23.12.09

Fedex khas ke iran

apa punya aura la ko ada ni?. abes semua orang keliling dia tak suka dia. baru sekarang aku paham apsal orang benci sangat ko hasan.

wahai hasan. kalu diberi peluang. sekarang gak aku anto ko balik iran.

gile bes. haha. suka sangat tanya soklan macam haram. kalu sekadar nak tanya benda ntah pape. semata-mata nak buatkan orang nampak bodoh dan kau nampak bijak. sekadar nak uji sampai presenter tak tau nak jawap pe. baik tak payah.

hasan: bout what ure presenting just now. create one question related to it NOW.

eh babi. ko sape?. ni bukan exam ah. tolong la tanya benda yang senonoh cket. benda yang ko tak paham dan perlukan penerangan dengan lebih mendalam. bukan suh orang wat questionnaire dan dan tu gak. berkerut-kerut dahi bebudak kelas dengar soklan dia. tsk. aku jawap. aku wat soklan dan dan tu gak. tak puas hati aku bley jawap. tanya lagi soklan bengong. aku jawap lagi. sampai isarji mencelah.

haish.. sesapa nampak mana patung voodoo aku?.

21.12.09

Al-kisah lapar mempengaruhi emosi

lokasi: one utama
insan: sarah. shan. zetty.

niat nak makan kat seoul garden. semua sanggup puasa setengah hari tuh. semata-mata nak kedarah puas-puas nanti. baru berbaloi duit. semua muka riang je sepanjang jalan. bila je sampai.. musibah plak melanda. tu la.. niat tamak sangat. poster tulis separuh harga sampai jam 4pm je. usha jam. dalam 4.15pm. lambat 15 minit je. babi.

zetty dengan macho nye pi ke kaunter. cakap apa ntah dengan orang kat situ. jap tu. aku dan shan pi kat kaunter gak. saja menyibuk. sebab dah lepas 4pm. kena bayar dalam rm40++. sumpah tak sanggup. aku rela makan benda laen yang lebih berbaloi. shan pun muka tak rela. kami pi tepi. bincang la konon. akhirnya. aku cakap yang aku tak rela. aku nak makan kat tempat laen.

zetty tetibe je amuk. ye.. aku tau kau lapar. relax aja. aku pun lapo gak. bila aku cakap pastu. dia wat tak dengar. pastu tunjuk middle finger kat aku. shan muka cuak. sian dia. aku gelak je. malas layan. jalan. berhenti tengok peta OU jap untuk tempat makan laen. bila aku panggil zetty tengok sama. dia elak. takut sangat aku pegang. isk. geget kang.

keputusan?. makan kat itallianies yang sangat berbaloi. nak nanges aku bila makanan sampai. dah la brokoli dia sedap maut. yang aku pelik. sampai je makanan. terus zetty sengih. gelak gelak. apakah?. kena sampuk je budak ni?. sungguh unik. tapi takpe. yang penting. kami makan dengan gembira.

laen kali keluar. aku kena bawak biskut. bila zetty lapo. sumbat satu biskut. baru dia dah tak amuk. bernaasss...

19.12.09

Kus semangat

kalu adik aku kucing. camni la dia nampak semalam. walaupun kiut. sian seyh. tak sanggup aku tengok dia camtu lagi. dah la budak tu semput. nasib baik tak pitam kat situ. kalu tak naya aku.

hmm. meh aku cerita apa jadi.

sejak dua menjak ni. aku kerap lepak putrajaya. semuanya gara-gara sepupu aku nak nikah. bila dah abes tolong apa yang patut. aku akan dilanda sindrom kebusanan melampau. dan selalunya. aku akan jalan kaki kat area putrajaya. maen jalan je. ikut hati. kalu cam sesat. patah balik. senang kan idop?. dan seperti biasa. aku akan heret adik aku. meriah cket. dah la jalan memalam buta. cari nahas namanye kalu pi sesorang.

takda arah tuju. kami pun jalan la mana kaki kami bawak. tengah ronda-ronda. aku sedar ada benda pelik dalam gelap kat depan kami. cuak gak. adik aku sibuk bercerita. apa pun tak sedar. aku usha je benda tu. cuak gak tapi aku tau adik aku kat sebelah. bila dekat. aku sedar yang benda tu:

+ orang tua sebab bongkok cket.
+ pompuan. pakai baju kurung kedah longgar. kaen batik.
+ rambut bersanggul kusut mengerbang.
+ berdiri dekat lorong gelap sorang2 mengadap jalan.

cuak weyh tapi jalan gak. tiba-tiba ada lori lalu ntah dari mana. konfiden la cket nak lalu. bila lori dah dekat. lampu tersuluh la kat makcik tu. adik aku baru sedar. terkejut grad A. muka terus puteh tuh. takyah pakai fair and lovely. haha. dia tengok aku. aku gelak. sebab muka dia buruk siot. aku tau dia terkejut tapi kami teruskan perjalanan macam takda benda jadi. jauh cket. usha belakang. makcik tu dah takda. ghaib?.

sampai destinasi. terus tak kuar ronda dah. risau jumpa lagi. nasib baik makcik tu tak kejar ke apa. naik sawan aku kalu ye. adik aku?. terus lelah. haha.

Jatuh ditimpa eskalator

lokasi: presint 8, putrajaya
saksi utama: sarah. amin

kejadian satu
lepak presint 8 dari petang sampai tengah malam. tolong persiapan kenduri sepupu aku. fawwaz. haish.. dah nak kawen kamu yek. baguih la. lepas dah tolong apa yang patut. aku mengalami sindrom kebusanan melampau. jadi aku pun ajak adik aku jalan-jalan sekitar kawasan perumahan. maen jalan je. konfiden abes. sepanjang perjalanan. ntah nape. hampir 30 kali aku tergelincir. adik aku relax je. apa kes?. usha tapak selipar.. masih mengancam. tsk. sumpahan presint 8. uuuu...

kejadian dua
lepas penat tergelincir.. sampai gak umah fawwaz balik. lepak kat depan. pakcik aku pasang khemah lengkap dengan kerusi meja semua la. adik aku maen telepon. aku baca buku (chewah). lenguh. aku pun letak lengan kanan atas meja. dannn...

meja terbalik. macam babi. tersentap abes. sian jantung hati aku semua. adik aku gelak. aku sengih sebab ramai insan-insan terpilih nampak kejadian tu. angkat meja. dan teruskan aktiviti lampau. nasib muka aku muka seposen. tsk lagi.

kejadian tiga
dah sampai ampang. akhirnya. jauh dari segala sumpahan presint 8. yesh. yesh. tengah hepi jalan masuk apartment dengan famili aku. pastu aku dengan bahagia nya masuk lopak. walhal lopak tu besar gedabak. tengah-tengah jalan. orang buta pun bley nampak. melainkan aku. tergeliat dan satu-satunya seluar aku basah sampai betis. semua diam. pastu gamat dengan gelak aku dan famili. macam keluarga bahagia abes.

pasrah je la.

16.12.09

Luar tabi'i

Avatar
makhluk asing paling menawan kalbu ku. HOT nak mati.
bes gile kalu dapat pakwe avatar.. errr.. sekor?.
agak-agak mak aku restu tak hubungan kami?.

15.12.09

Nasi kangkang: sedap dimakan begitu saja

makan nasi kat kedai teman. balik umah. terngiang-terngiang ke tukang masak. apa kes?. buka tv. ada iklan cerita santau. aku kena santau ke?. cuak. terus mandi wajib kot. tapi tak hilang gak perasaan tu. urgh. tido malam-malam siap mimpi lagi. kronik abes ni.

aku termakan nasi kangkang ka?. tapi.. takde rasa kangkang pun.. dem. misteri abes. kalu aku tau akan jadi camni. aku order western food. belum pernah ada kes chicken chop kangkang kan?.

kusut.

14.12.09

Wayang kulit

tengok wayang cerita princess and the frog dekat galaxy ampang sorang-sorang. beli tiket. masuk. tengok tiket. E2. apsal sit aku penuh ek?. babi. bikin kusut kepala je. hm. aku pun usha la dan ada makcik tua duduk kat tempat aku. aku pun dengan abes sopan cakap:

aku: erm.. makcik punya tiket E2 ka?. sbb tempat duduk kita sama la.
makcik: oh.. (senyum)
aku: (senyum)

tibe-tibe anak makcik tua tu yang duduk lane belakang berkata-kata dengan nada tengking:

betina itu: makk duduk sini la. (sambil wat muka kerek)

makcik tu dengan blur bangun la tuka sit belakang. aku dah murka abes dengan anak dia. macam haram. tapi sabo je la. tak bes marah-marah bila nak tengok cerita kartun. kena ceria macam kartun tu beb. baru bley menghayati dengan penuh perasaan. aku pandang betine itu dan aku wat muka kerek balik.

hangin je aku. dah tau anak 3. pastu bawak laki dan mak kau. beli la 6 tiket. takkan tu pun tak reti kira?. tak yah guna kalkulator pun. ni nak sep punya pasal. ko beli 4 tiket. pastu sukati keturunan ko je suh mak ko duduk tempat orang. kalu dah takda bajet. beli la dvd tengok kat umah. siap bley baring golek-golek lagi. takde sape nak murka. tsk.

sabo sarah. sabo. makan popcorn banyak-banyak.

12.12.09

Muka cun. Otak karat

lokasi: ampang point. lagi.

tengah bes aku jalan sorang-sorang. tibe-tibe. terjumpa satu pasangan tengah cakap dengan suara kuat yang amat. laki tu diam je. yang pompuan tu macam marah-marah. tapi sebab aku berprasangka baik. dia tengah praktis vokal kot?.

dara: i dont know what she is?. tamil?. urghhh..
teruna: (angguk aje)

terkedu. pastu aku sengih sorang-sorang. tamil?. apa ke bangang. tamil tu bahasa la. tsk. harap muka je cun gile. tapi benda simple camtu pun tak tau. mampu diklasifikasikan sebagai bimbo sejati.

tu la.. mak suh pi sekolah belajar rajin-rajin. takmo. sibuk gosip. amek kau. muahahaha.

isk. emo plak aku di siang hari. salahkan hormon.

Telinga kau bersawang

lokasi: ampang point

yana: sarahhhh.
sarah: uit. u look very pretty tonite.
yana: ye la.. perli aku. baju aku camni arini. sopan kan?.
sarah: erk. manada perli. weh.. aku cakap pretty la. bukan decent.
yana: aku tau la apa ko cakap tadi. hehe.
sarah: betul la. aku tak perli. bengong kau. hehe.

yana. sumpah aku sanggup sponsor cotton bud untuk telinga kau.

berapa kati mau?.

10.12.09

Teknologi boikot aku

+ thumbdrive aku ilang.
+ komputer aku takle buka.
+ hardisc aku penin.

dugaan abes. semua takle guna serentak. macam pakat-pakat plak. hmm. kalu camni la. baik duduk zaman batu.

hunga. hunga.

9.12.09

Jom lepak dalam peti ais

makan ais krim dengan dia.
hati aku cair lebih laju dari ais krim.

8.12.09

Beruang kutub

"my own teddy bear"

tu la yang mak aku labelkan aku. beruang. semuanya gara-gara:
+ aku kuat makan salmon
+ aku bukan tido tapi hibernate bak kata mak aku lar
+ banyak lemak

pasrah je la. tapi sekurang-kurangnya. beruang haiwan rock!. tibe-tibe. huhu.

nak jadi beruang kutub. grrrrr.. makan budak.

4.12.09

Zahariah: ibu tiri ku

semalam kuar result exam. aku cek dengan tangan tutup sebelah mata. ngeri gile. tertekan tahap berdarah hidung seyh. aku dapat rasakan result aku teruk kali ni sebab aku banyak main. dan..

memang betul pun. gile masin tekaan aku. adoih. cgpa aku jatuh tergolek-golek. terasa bangang kejap. hmm. main lagi banyak-banyak. padan muka aku.

dalam empat subjek. phonetics dan phonology. subjek neraka ke tujuh. B je.
memang hina abes. tapi agak lega sebenarnya sebab aku target lulus je. tapi kerna benda ni mencacatkan cgpa aku. aku tensi. 

oh zahariah. ko memang mak tiri cam dalam cerita snow white.

boikot. boikot.

3.12.09

Dewi hujan?

hujan lebat amat. asyik duduk umah tengok hujan je. disebabkan kebusanan tahap berbuih mulut. aku pun apa lagi. pi mandi hujan wat kali ke brape ntah. jimat bil air. uuuuu. walau sejuk cam lepak dalam peti ais. aku tetap mandi dengan penuh keasyikan. pedulik. bes gile. tengah mandi bajet gaya mengoda. mak aku datang kasi peralatan apa ntah. suruh cuci selut depan rumah. 

huh?. adeh.. baru je nak wat seksi seksa. dah terbantut niat ku nan murni itu. hmm. takpe la. mak aku punya pasal. aku berus selut dengan penuh adegan mengoda. haha.

Anak angkat poseidon

mandi hujan tepi pantai mok nik sorang-sorang.
rasa macam pantai tu aku yang punya. :)