31.12.11

Akhir. dua. sifar. satu. satu


AZAM 2012

+ hidupi kehidupan pepuas. hidup hanya sekali +
+ kurangkan ego. tunjuk sayang pada insan tersayang +
+ melancong. aktiviti lasak. harus diperbanyakkan +
+ jadikan fantasi realiti +
+ sambung PhD. chaiyok +
+ menjadi insan yang lebih baik secara menyeluruh +

semoga tahun 2012 akan lebih baik dari tahun sebelumnya. ameen.

selamat tahun baru

30.12.11

Kami menyanyi menari ketawa bersama


ke festival city wangsamaju.
sesi karaoke bersama yana. fader dan shan.
dari jam 11 pm ke 1 am.

kami menyanyi.
kami menari.
kami ketawa.
bagai raja kehidupan.

terima kasih rerakan untuk malam tadi.
saya gembira.

28.12.11

Dari ampang ke seoul

busan dan lapar.

dua kombinasi membunuh. kalu tak diubati segera. memang haru. haru camne? ok. tu tak payah amek tau. sesal tak sudah nanti. cewah ayat. walhal aku pun tak tau. haha.

terus drift ke festival city. mall baru di area wangsamaju. besar gak la. dan senonoh. macam midvalley mini. oleh kerna itu. aku kasi 4 bintang. yea. tepuktepuk.

sampai je. terus usha kedai makan. dan ternampak kedai korea macam bes. usha menu. babi takda. ok cun. tanya tokei. halal. wah. lagi cun. terus duduk tuh. yakin gila. haha.

tatap menu gila lama. serius rambang mata. ikut hati. nak je aku masuk dapur test smua benda. err. tak termasuk chef. haha.

selepas berdebat ala parlimen dengan nafsu. aku oder 1. shan oder 1. dan 1 lagi share. kira okeh la. dapat rasa 3 benda sekali gus. genius.

bila makanan tiba. aku sengih lebar kalah joker kot. happiness. gila banyak. suap. waaaagh. serius sedap. sampai keluar pelangi dari mulut. ok. tipu. haha. tapi serius bes. kene plak pakcik seoul tu baik. siap kasi dessert dari korea lagi. memang perfect ending. i lap u lah pakcik. heh.

[ grill lamb dan dumpling soup. sedap tahap dewa ]

[ beef bulgogi. terbaek lah ]

yang pasti. aku akan datang sini lagi. mau cuba cold noodle korea yang femes. burpp.

25.12.11

Ekspidisi mencari santa

lokasi: merata rata
mereka: sarah. sherly.
sempena: hari natal sedunia
mood: suam suam kuku

sherly salimun. seorang wanita berketurunan kadazan-dusun beragama kristian yang sudah 2 tahun tidak pulang beraya di kampung halaman.

eh jap. apsal ayat aku skema kalah pembaca berita rtm neh? hm. sah lapar. huhu. ok ok. serius. sherly ni kawan aku time zaman olympia. katanya. tahun ni dia raya sesorang lagi. mak aih. gila tragis idop minah ni. kalu bikin cerekarama. gerenti menang medal.

dan aku. sebagai insan murni. hm. perasan lagi. haha. ajak la semek ni turun kl. kira overnite umah aku la. bley reronda usha lampu. memakan. layan carolling smua. alang alang nak raya. harus raya sepenuh hati. alasan. haha.

merata la kiteorang pegi. dari bangsar ke sentul. ampang ke bukit bintang. gila excited semek ni. gaya macam tak raya 10 tahun. bukan tu je. bergambar dengan pokok christmas macam pokok tu johnny deep je. haha.

bila time show. nasib pentas ada pagar. kalu tak. naya. gerenti penanyi tu kene molest. haha. dah penat bergambar. lapaq menggila plak. jadi aku bawak la dia pi chilies. amekau. terkedu dia tengok makanan. hah! rasakan kuasa halilintar chilies. terbaek beb.

dah makan smua. layan kopi plak. mak aih. ni christmas ke makanmas neh? gila tak senonoh. haha. tengok jam. hm. malam masih muda. beli plak wayang midnite. cuci mata usha badan howt tom cruise. peh. memang macam naik cruise. tetibe. haha.

abes wayang dalam jam 3. peh. gila penat. terus drift balik ampang. niat nak tido tapi bley plak tersambung borak. tabah. tapi takpa la. bila lagi kan? setahun sekali je. yang penting. sherly dapat raya dengan jaya nya tahun ni. takda la terperap sesorang kat umah. nangis teringat kampung. ok sherly. sila terharu sekarang jugak. haha.

[ sherly yang cultural shock sama makanan ]

[ apsal minah ni rapat sangat ni?. haha ]

[ bersiar siar di sentul. cun siot tempat ni ]

[ trainer rusa santa yang bertauliah ]

pape pun. kepada sherly dan smua penganut agama christian. merry christmas! kepada encik santa. jangan lupa hadiah aku. sembelih rudolph wat sate kang. haha.

23.12.11

Temuduga yang menduga keimanan

bangun gila awal. sesiap. terus drift ke ICA melati. ada temuduga dengan yasmeen katanya. ke opis ICA dan tunggu. 10 minit. diam. 15 minit. takda gak. las las aku mintak mamat kaunter cek kan.

terus dia tepon yasmeen. abes efision la tu. hm. memang efision pun. haha. jap tu mamat kaunter berkata kata:

"sister. i called her already. she told me she dont have any appointment today"

apakah? terus rasa macam nak wat tarian zulu sebab tensi. sukati jiran dia je cakap camtu. walhal dia yang suruh datang. terus aku telefon kawan yang kerja ICA.

rerupanya puan yasmin tunggu aku kat uia. dan aku tunggu dia kat ICA. yeaaaa pandai. urgh. terus drift ke uia sambil tepon puan yasmin. ok. nasib baik takda abang traffic. kalu tak. aku langgar dia sebab nak cepat. haha.

sampai uia. dapat parking gile cun. cantek lah. dan terus ke opis puan yasmeen. duduk. salam. dan bermula lah sesi menemuduga cik sarah baharudin. memacam la dia tanya. siap tanya intipati thesis dan research aku bikin. nasib aku ingat. fuhh.

30 minit kendian..

puan yasmen berkata kata. yang dia suka aku tapi aku terlalu overqualified untuk position tersebut.

overqualifieeeeed?

okeh. ni kali ke dua aku kene camni. overqualified apa nye? aku bukan nya ada lima PhD atau pemenang nobel. dah tu. kalu overqualified sangat. tak payah la panggil interview. tabah. tapi takpe. takda rezki. janji aku cuba yang terbaik.

dah la kene rejek dengan cara terhormat. siap kene ceramah. katanya aku patut kerja di universiti. bukan nya kolej. sebab aku boleh pergi jauh. ecewah ayat. terima kasih la puan yasmen. tapi hakikatnya. aku tetap kene rejek. haha.

tapi yang bagusnya. puan yasmen dengan baik hati tawar diri untuk jadi referee aku dalam resume. dia suh aku apply universiti dulu. kalu takda rezki. baru apply kolej. hmm. baik lah puan yasmen.

terus ke iimu meratapi nasib. tu la. ada keje. berhenti. padan muka. haha. tapi takpe ah. janji aku tak tensi macam time keje olympia aritu. heh. ok. masa untuk usha universiti pulak.

yok berusaha!

20.12.11

Rabun IT

tengah bes melepak layan emosi. terdengar lagu adele someone like you. ingatkan aku dalam dunia musikal. rupa rupa nya telefon berbunyi. potong stim tol la. usha. dan jawap.

aku: yo. wussup dawg? (poyo abes. haha)
amen: kak. amin kat kedai fon ni. nak fon camne?
aku: hm. android.

peh. sepatah je ayat. abes mafia.

amen: lagi?
aku: erm. camera bes. lagu bes. touch skrin. tak mahal.
amen: ok. nanti amin usha.
aku: baik. roger and out.

2 jam kendian. amin pulang rumah dengan kotak tepon. usha usha. aku punya la weh. wehuu. akhirnya. gila excited. buka kotak. peh.. cun cun. tekan punat mau kasi on.

tak on.

hm. cuba lagi. sama gak. tensi. kasi sama sheena. dia tekan sekali je. on. cilanat. camni la rupa orang rabun it macam aku. nak cecanggih. nak on pun silap. haha. sabo je la.

tapi takpe. yang penting. aku ada azam mau pakai tepon android. walau aku sedikit terkilan perlu curang sama tepon lama yang setia selama 6 tahun. oh sayang ku samsung. aku terpaksa.

dah on. usha application. peh. canggih siot. dah la skrin gila lawa.walau awkward mau type qwerty. takpe. pasti berusaha! tunggu la seminggu dua lagi. mampu type guna siku. gila expert. haha.

pape pun. terima kasih amin kerna pilih. dan wahai ayah ku. bil masuk buku 555 okeh. huhu.

yeay yeay. ada tepon baru. wehuu.

[ mengancam macam aku. haha ]

19.12.11

Projek II

lepak beborak sama rektor tadi. cewah ayat. macam geng lepak kopitiam je. ok ok. ayat harus bajet profesional cket. duduk berdiskusi secara ilmiah bersama rektor tadi. haa.. baru mengancam. haha.

aku macam malas nak pi keje tadi. tapi dah dapat arahan. harus report progress sama boss besar. sesampai je. aku dengan semangat nya terang lah yang projek buku dia dah aku siapkan. pastu dengan semangat nya dia tak percaya. erk.

sabo je la. aku dah cakap abes jujur. bley plak wat terkejut. katanya laju gila. ceh. terkejut konon. walhal dia yang nak siap tahun ni gak. dah siap. terkejut plak. tapi bes gak tengok dia terkejut. aku macam riak tetibe. haha.

dia tak tau macam gila aku siapkan projek ni. memula type 550 lai article sampai kejang jari. pastu proof reading sampai juling. siap tu bikin formatting cket. wat proposal. tulis preface dan introduction sampai tak tido. deal dengan publisher. memacam lagi la.

haaa.. jangan memain. aku dah boleh buka syarikat sendiri dah camni. smua aku bikin. one man show. haha. bila aku cakap dah siap. dia macam terkagum. mana tak nye. projek ni tak siap dah 5 tahun. aku bikin je. sebulan dah siap.

cewah. sempat kagum diri tuh. haha. tapi serius aku bangga dengan hasil kerja aku ni. dan bukan aku sorang. rektor pun macam terkagum. bwah-ah-ah. lantas dia mengambil kesempatan mau kasi aku projek baru.

kali ni. editing buku plak. aku memula macam malas sebab projek aritu aku siapkan sampai gugur rambut smua. tapi bila rektor bikin mata puss in boots. aiseh. tak sampai hati la plak. lagi pun. aku tengah menggangur ni. baik terima je. dwet pun dapat. pengalaman pun tambah.

maka aku pun setuju lah. dan bermula la malam tanpa tido kembali. tabah.

18.12.11

Kami, Rembau dan kenduri

destinasi: rembau, negeri sembilan.
insan: sarah. kin kin. ayumi. epah. hadi.
sempena: kenduri nana dan asrul
mood: suka duka.

suka.
sebab nana nikah.
duka.
sebab nana nikah.

oh nana. kau memang dasar kacang lupakan kulit. janji nak enjoi sesama konon. tup tup. ko enjoi dengan asrul. chait. nasib aku kool. siap restu lagi kecurangan ko bersama asrul. hm. sungguh murni diri ini. haha.

arini. aku dan kin drift ke rembau berbekalkan keazaman dan perut kosong. mak aih. gila jauh rembau ni. nasib kiteorang ni bagai gps bergerak. main ikut sukati je jalan mana. tup tup sampai. terbaek lah. haa.. riak riak. kang esok sesat sampai zimbabwe. amekau. haha.

lagi bes. aku dan kin sampai timing sama dengan epahadi. walhal sorang dari kl. sorang dari pd. perfect timing seh. masuk. salampelukcium. terus usha makan. mak aih. gila meriah lauk. macam fiesta. lauk kampung yang serius sedap. i lap u lah tukang masak.

sambil makan. layan lagu agogo. walau lagu gila kuat sampai aku sembang guna isyarat tangan. janji lagu bes dan ceria abes. tak macam kebanyakan kenduri. pasang lagu ntah pape. memang dasar nak kene amek pendidikan musik balik la. tsk.

lepas sendawa kegembiraan. pegh. ayat macam haram. haha. ok. ok. lepas kenyang. baru bertenaga nak lepak dengan pengantin. heh. kebetulan orang dah kurang masa tu. mana tak nye. sampai kenduri dah petang. haha.

tapi bagus gak. bley lepak sama nanasrul pepuas. bila lagi kan? siap wat tour de la rumah lagi. abes vip la tu. huhu. haish. dah kawen dah nana akhirnya. lama gak aku tunggu nasi kenduri. nasib makan sedap. berbaloi gak la penantian tu. kalu tak. mau aku sabotaj kenduri ni. haha.

kepada nana dan asrul. mekaseh luang waktu dengan kiteorang walau korang busy. dan tahniah. selamat pengantin baru. moga kekal sampai nafas terakhir.

[ cekal sungguh katil ni. haha ]

[ asrul. nana. yumi. kin kin. sarah. epah ]

[ sayang kamu sampai mati :) ]

12.12.11

Saya suka sukiyaki

lokasi: sukiya, pavilion
mereka: mayuih. mama. sarah. sheena.
tema: moulin rogue versi anime
mood: malu tapi mahu

arini. mayuih tersayang belanja kami tiga beranak makan di sukiya pavilion. memula macam memalu. juai mahai. tapi bila mula makan. mak aih. macam apa je. kalu orang tak tau. mesti ingat aku ada belaan. haha.

tempat dia simple je. selection pun macam tak berapa nak kagum sangat. pandang sebelah mata je beb. kerek abes. tapi bila start makan. hm. layan gak sukiyaki ni. ala ala steambot. tapi versi sedap.

paling aku suka. all u can eat meat. rawr. aku tibai kambing je. tambah tolak. daging yg aku makan. mampu la wat sekor kambing tempang sebelah kaki. sungguh tragis. tapi sapa suh dieorang sedap sangat. huhu.

dah kenyang. wajib usha dessert. dan seperti biasa. lagi unik. lagi bagus. dan sempena tema jepun. aku amek wassabi aiskrim. memang aneh menggila. mak aih. sejuk sejuk pedas. tapi layan beb.

kerna banyak sangat melantak makanan jepun. abes je makan. terus aku cakap jepun. ok tipu. haha.

wahai mama yuih. arigato gozaimas kerna belanja. esok lusa. sila la belanja lagi. pasti tak menyesal. heh.

9.12.11

Aku kini seorang penulis buku berjaya

ke opis rektor tadi. sheeda telepon. big boss mau ketemu katanya. selepas 15 minit melepak. masuk bilik rektor. duduk.

dia: sarah. im so glad u dah siap type.
aku: u know what?. im happy too. hehe.
dia: camni sarah. u have the summaries with u kan?
aku: yup yup. its here. nah.

rektor amek. belek belek kertas. dan kasi aku balik. ok. masa dia kasi balik tu. aku dah rasa tak best. mesti ada keje lain ni. dan bila dia berkata kata. yeah. tepat sekali tekaan aku.

dia: i need u to write an introduction for me.
aku: huh?. but i dont know how.
dia: its ok. sarah guna je part summary yang bley guna.

bukan setakat introduction. forward buku pun aku yang kene bikin. ni dah rupa buku tu buku aku je. ikut hati. nak je aku cakap takmo. slumber. tapi dah nama kerja. kene gak la wat jawapnya.

aku yang tak berapa nak pueh hati nya. dengan pantas tanya kawan aku. dia dulu pun kerja camni gak. aku tanya apa kes aku yang kena tulis smua ni. kata nya normal benda camni jadi. ramai je penulis buku wat camni. ala ala sapi punya susu. lembu dapat nama.

ni dah rupa kene tindas dah ni. cewah. haha. tapi serius. disebabkan aku yang tulis forward. aku akan pastikan nama aku ada dalam forward tu. bwah-ah-ah. baru berbaloi aku tulis article 10 lai untuk dia kan.

waduh. apa aku nak tulis neh?. dah la pasal family, criminal dan international law. siot gila. nak rebus buku law minum pun. gerenti masuk spital terus. naya. urgh. mau tido la. heharap mimpi apa patut aku tulis. haha.

nite nite.

8.12.11

Dari ampang ke jepun

lokasi: jogoya
insan: sheena. sarah. amin.
mood: lapaq tahap dewa.

ayam tengah lena lagi. aku dah bangun okeh. memandi smua. sesiap. terus dirft ke jogoya. sampai je pintu depan. tutup. haha. sabo je la. gila semangat anak baharudin smua.

tanya pekerja. katanya. lagi 5 minit buka. cantek. 5 minit kendian. memang betul buka. nasib baik. kalu tak. smua pekerja dapat tamparan ajaib guna kaki aku secara percuma. haha.

masuk. kami orang ke tiga. chait. ada orang lagi pantas dari kami lah. memang lapar sungguh tu. ok. abaikan mereka. kami terus pi usha makanan. mak aihh. superb! kalu pecinta makanan jepun mati. haa.. ni la syurga dieorang. haha.

gila banyak makanan. serius sedap plak tu. seafood plak fresh yang amat. tak pernah aku tengok oyster segemuk tu. katanya oyster korea. hm. ntah apa la org korea kasi oyster tu makan. tapi lantak. janji dwet aku berbaloi. wehuu.

cakap je nak apa. smua makanan jepun ada. aiskrim plak new zealand natural dan haagen daz. bley sawan aku camni. memang tip top. lepas makan sini. terus tarak pandang tenji. macam cikai tetibe. hm. kerek gila ayat. haha.

abes smua benda aku try. tapi aku aim seafood macam biasa lah. baru berbaloi aku bayar memahai. yummy yummy. punya la kusyuk makan sampai lupa amek gambar. bukti bes nye jogoya ni. tapi sempat gak la sekeping empat. hehe.

[ gila banyak seafood. konfem tensi je poseidon. haha ]

[ sashimi yang gila sedap. slurp ]

[ ni aku tak tau nama. tapi sedap gak. hehe ]

[ syurga ketam. wehuu ]

7.12.11

Siaaaaaaaap!

urgh. akhirnya. *pitam*

selepas kecoh satu umah. siap gak akhirnya. mana tak nya. abes smua orang kene paksa dek aku untuk type. bebusuk pun 5 lai. abes kuku besi la tuh. tapi las las. sorang pun tak type. sabo je la. huhu.

macam apa je aku type. bangun pagi jam 0800. tak mandi. tak apa. terus type. berhenti kejap kejap je. berhenti type secara rasmi nya jam 0400. keyboard laptop pun dah nyampah tengok jari aku. haish. gila tak gila.

tapi serius lega bila dah siap type. siap je type patah terakhir. aku terus lari satu rumah. terkejut mak bapak aku. haha. bukti betapa tensi nya aku.

dah siap type. bermula sesi editing dan formatting plak. adoyai. tapi lantak. janji dah tak melibatkan 10 jari aku yang sekarang dah runcing semacam. ececeh. haha.

tadi bikin editing. mak aih. hampeh gila writing bebudak postgrad law. pegh. slumber je menghina. haha. tapi serius beb. aku yang english hampeh ni pun rasa dieorang hampeh. pepaham je la kan.

eja divorce pun salah kot. nasib baik lawyer kene pandai cakap je. cuba kalu lawan hujah sambil type. gerenti lawyer tu yang masuk jail. tragedi abes. huhu.

haish. gila banyak benda. dah la aku pertama kali tolong publish buku. culture shock kejap. tapi lantak la. ayuh pikir positif. bley taruk dalam resume. cun cket. cewah.

yuk mengembleng tenaga!

3.12.11

Separuh jiwa ku pulang

arini. mak ayah aku pulang ke malaysia dari haji.
yeay yeay

kepada haji baharudin sharom dan hajah zarinah mohd. ariff.
selamat pulang.

1.12.11

Apakah?

tadi ke uia. mau ketemu rektor. tengah bes bes jalan masuk. kene panggil.

sheedah: sarah dah siap type?
aku: huh?. tak. prof. kata sebulan.
sheedah: eh.. prof nak sekarang la.
aku: mana bley. tak siap lagi.

aku muka abes kool. walhal gelabah gak ah. mana tak nye. dah suruh aku type dan edit 550 muka surat. dah la font 9 single spacing. dah rupa 800 muka surat dah tu.

bes je nak dalam 2 minggu. taik kuda dieorang. ingat aku dewa hindu lapan tangan ka? setan. dah kata sebulan. sebulan la. aku hangin. masuk jumpa prof. zaleha. dan dia tanya benda sama:

zaleha: sarah dah siap type?
aku: tak. prof cakap sebulan kot.
zaleha: tapi i dah dapat dateline.

huh! ada aku kesah?. buku ni tergendala 4 tahun okeh. amek aku keje. pastu harap aku siap dalam 2 minggu. banyak cantek. dah tau camtu. cakap la awal awal. bukan senang nak type dan edit buku. dah la ko kasi ilang softcopy. nak demand plak.

cewah. marah nye saya. haha.

tapi aku cakap direct je yang belum siap. ada lagi 8 article yang belum di type. cuba cakap awal awal nak dalam 2 minggu. bley la aku bajet sehari brape page nak type. ni cakap lain. mintak lain. haish. sabo je la.

tapi serius. aku memula ingatkan type ni senang. tutup mata pun bley siap. tup tup. amek kau. susah siot. tak pepasal jari aku kurus. cramp memanjang plak tu. mata plak dah kero. pening dok usha teks ke skrin.

hm. aku harap dieorang bayar aku senonoh la. kalu tak. mau aku tampar dieorang laju laju. haha.

ok la. mau sambung type buku. urgh.