31.3.09

Cikgu cikgi

insan 1: "sarah, are u a teacher?"
insan 2: "what are u?. a teacher?"

dah dua orang tanya aku ni cikgu ke?. muka aku macam cikgu ke?. hmm. mungkin ni adalah petunjuk yang aku ada ciri-ciri seorang cikgu. walau hakikat sebenar, aku tak rela jadi cikgu. tak suka. tapi kalu dah jodoh aku jadi cikgu gak, aku nak jadi cikgu yang happy tapi kejam. padan muka budak. haha. tapi aku nak pi kelas pakai warna-warni. aku nak pakai macam gambar bawah ni walau kaki aku ibarat hutan simpan amazon. pedulik.

mesti aku jadi favourite student laki kan?. hm. memang dasar phedophile. haha.

Kalu rasa gembira tepuk tangan

clapclapclapclapclapclapclap. wohoooo~

a) Language Learning & Acquisition
b) Islamization of Knowledge

dua term paper raksasa dah pun aku anta. wahhhhh. gembira nye!! walau ada lagi satu assignment mini, aku dah tak kesah. janji, aku makin relaks. dah tak payah berjaga dua tiga malam wat term paper. presentation pun dah settle walau macam hampeh cket. adoih. tapi takpa, ayuh positifkan diri. nanti aku try wat elok-elok time final.

wish me luck people!!

Sejarah kelabu

ok. aku nak tulis sejarah hitam. tapi sejarah aku tak sampai tahap hitam lagi. so, kelabu la jawapnya. hm.

kelas iok. tsk. ada je benda tak kena dalam kelas tu. nway, jumat lepas aku ala-ala gado dengan lecturer aku. mana aku nak tau, dalam 21 budak dalam kelas, aku je yang tulis benda yang orang akan anggap sebagai infomasi tak memberansangkan tentang tokoh Islam dulu, Al-Razi. dia gak yang cakap, anything interesting. bagi aku, hakikat yang Al-Razi ni anti-prophetic, sangatlah menarik.

bila aku tengah shiok present, dia cakap source aku tak kukuh. macam *&$%. aku jawap la smua info aku amek dari buku. aritu aku guna internet, dia suh guna buku. bila aku guna buku, dia cakap buku aku takle pakai. aku pun dengan jayanya, mempertahankan hak aku. chewah. aku guna buku librari ok? kalu buku tu tak bagus, marah ah librari. dieorang yang tempah buku tu. aku hanya mangsa keadaan yang terlalu mempercayai librari. haha. takle blah ayat.

maka, kami pun bertukar-tukar argumen tentang sources aku dan juga Al-Razi. masa tengah argue, aku bleh dengar kawan aku bisik "sabo sarah, sabo". khai nak menang gak. lantak la. maka, aku teruskan sesi membebel di belakang kelas. pastu khai tnya soklan, aku nak jawap tuk pertahan point aku tadi, khai dengan muka kerek dan mata terjojol, tak kasi aku cakap. dia tanya medina (musuh ketat aing. haha) dan manar. bila aku nak cakap, dia wat bodo. pundek.

lagi la aku panas. tapi yana kasi aku minum air ice lemon tea sejuk. sejuk la cket aku. thanx. air tu sedap. pastu bila aku pikir balik, dia lecturer. dia tanda kertas. camne kalu dia aim aku masa final?. naya aku. aku malas nak tuka cos dan universiti. pegh, jauh pikir. oleh kerna itu, lepas abes kelas. aku pun pi kat dia.

aku hulur tangan nak salam. waduh buk. khai terharu gile beb. aku pun terkejut. lepas salam, dia tarik, peluk dan cium pipi aku. cium sungguh-sungguh plak tu. nasib tak basah. haha. dah la tu, dia siap usap belakang aku lama gila kot. aku nak lari tapi takle sebab tangan dia tuh. sepanjang sesi meraba belakang aku, macam-macam reaksi muka tak rela aku wat. pasrah.

aku harap, dia terharu dan kasi aku markah bes masa final. aminn.

Parti sarsi sedap

aritu aku pi parti teh makcik aku. nampak nye, impian aku tak jadi kenyataan. takda sape pun yang pakai kostum teko. baru je plan nak gelak-gelak. kan dah tak jadi. tak bes tol la. kecewa

dah la takda teh plak tuh. aku pun perli la makcik aku dengan penuh kasih sayang. dia jawap "teh tak laku". tsk. dah nama tea party. mana cukup syarat kalu takda teh kan?. kan?. kan?. aku tengok, air sarsi yang sedap je ada. baik tuka nama cenggitu.

tea party = delicious sarsapilla party.

eh jap. kalu party sarsi. nak pakai kostum camne ek?. hm.

21.3.09

Parti teh?


auntie lin:"hari ahad 22hb 5ptg. pls come over for tea party"
aku : "uishh.. tea party tuh!. macam dekat london.haha"

auntie aku dah tak reply. malas nak layan aku la tuh. chistt. hampeh punya makcik. tapi memandangkan aku adalah anak sedara yg mithali. aku ingat aku turun ampang kejap la pi makan. baik sungguh aku ni. hmm.

tapi kan, bila aku dengar je perkataan 'tea party', mesti aku terbayang:

a) semua orang pakai gaun besar macam zaman dulu-dulu sambil minum teh
b) semua watak dalam crite alice in the wonderland termasuk arnab tu
c) semua orang pakai kostum bentuk teko, uncang teh & biskut butter
d) semua orang berbau teh, minum teh dan makan daun teh.

oleh kerna itu, aku tak sabar plak nak pi tea party makcik aku esok. nak tengok mana angan-angan aku yang jadi kenyataan. aku harap nombor tiga. aminnn.

18.3.09

Capai Hajat

arini kerja sampai 3pm je. terus kuar. anta surat jap. pi bus stop jumpe nana. kami pakat pi klcc. epah tak le pi. ada hal apa ntah. aku tak tau. ok. sampai je klcc. aku dan nana terus pi makan. nasib baik tak ramai orang. aku suka. macam biasa. aku makan banyak gile tapi ntah nape, aku tetap tak puas. mak aku cakap sebab tak baca bismillah tapi sumpah aku baca. siap baca doa makan lagi. tapi ntah. camtu gak. nana dah naik pelik. asal la aku masih tak kenyang-kenyang lagi neh. hmm. kami wat konklusi yang aku ternak cacing. hadoih. konsep baru. kalu macam ni gak lagi dua tiga hari. aku nak jumpa doktor.

*pasrah*

tapi aku tetap happy arini sebab... aku berjaya beli biskut kegemaran!!. yeaaa. akhirnya. ketemu jua dengan biskut digestive dark chocolate yang lazat amat. yum yum. aku siap beli tiga. buat stok masa depan.ngeh3. satu aku simpan dalam bilik untuk roomate aku makan. satu aku nak share dengan orang iimu, tempat aku kerja. satu lagi hak milik tetap. 100% aku punya. muahaahaha. aku seronok gile dapat biskut neh.

rasa macam nak wat victory dance. jom!.

Sifu ku bernama Shan

sekarang aku ada sifu. nama sifu aku shan. aku panggil dia kak shan. dia yang tolong ajar aku apa yang perlu aku wat kat iimu tu. walau aku seorang yang agak lembab. thanks to her. aku dah pandai wat kerja cket-cket. semakin produktif la aku neh. chewahhh. *tepuk*

oleh sebab dia yang ajar aku banyak benda. entri ni khas untuk dia. semua orang sila tepuk tangan. kak shan, sila terharu. haha.

terima kaseh!!

ps: bley aku polish english aku yg ntah hape-hape ni. yeaa.

15.3.09

Burpp.. alhamdulillah

Tarikh : 140309
Masa : 9.15pm
Tempat : Asma PG 3.3 (c)

bilik gelap gelita tutup lampu. kunci pintu. pasang movie old skool "full of it". tengok sambil makan;

a) keay teow sup
b) nasi goreng usa
c) nasi puteh ayam kicap & telur dadar

ntah nape aku lapar gile babeng malam tu. gile kagum seyh. abes plak tu aku makan. tapi lepas tu tergolek sorang-sorang nak termuntah. padan muka. disebabkan aku makan banyak gile, aku dah tekad nak puasa esok. kira apa aku makan tu dah cover sahur dengan buka posa sekali la. sep duit jap. haha.

13.3.09

Benci kau Khai tapi..

tapi.. kau lecturer aku. tak bley cakap banyak sangat. *pasrah*

anyway, arini, memang konfem!. konfem sangat-sangat. yang aku memang benci sama dr. khairiah. memang aku tak suka sebab dia bajet bagus. ye.. aku tau ko ada phd tapi tu tak bermaksud ko layak untuk kutuk lecturer lain macam ko bagus sangat. fine. ko ada phd dalam islamization of knowledge. tapi tu tak bagi ko permit untuk kata lecturer lain tak Islamic. sapa kau nak judge orang camtu?.

masa aku present arini, budak-budak macam biasa. gelak. suka sangat bila aku mengarut kat depan. aku tak kesah. asal korang happy. aku tumpang happy sama. chewah. tibe-tibe terasa mulia. haha. tapi oh khairiah. kau tau tak ramai tak tido wat keje kau?. bertapak kat library macam kami takda rumah. okeh. ni aku tipu cket. tapi tak pernah aku bertapak dalam library lama macam tu.


anyway, dia suruh redo balik semua. urghh. kalu aku tau semua orang kena redo. semalam aku tido je dengan bahagianya. siap tido kangkang-kangkang lagi. besh. haha.
masa abes kelas, aku dan ain dan mashi lepak luar. ngumpat sambil sembang-sembang secara ilmiah.

tiba-tiba en. zul datang. dia cikgu sekolah kat bentong amek master literature. dia tanya aku cikgu ke tak. aku cakap tak. aku bukan cikgu, aku sarah. sengal. haha. dia cakap dia suka tengok aku present dalam kelas. dia cakap lagi yang aku ada satu aura yang aku tak tau tapi orang sekeliling akan sedar. aku macam terbangga tapi maintain tenang beb. aku sengih-sengih cakap mekasey. dia cakap aku patut jadi cikgu sebab kalu dia student, mesti dia suka dapat cikgu macam aku.

hmm. aku terharu bangat. mekaseh la atas pujian tu. memang mood aku bertambah ceria lepas dengar kata-kata kau tu. tapi walau apa pun terjadi, aku tak nak jadi cikgu.

sekian, terima kasih.

i seriously need a hug. =(

Kepingin

yang pasti, arini aku rasa macam nak peluk orang.

ntah nape. mungkin sebab aku dapat markah ok untuk assignment LLA yang aku sedih sangat aritu. mungkin sebab aku berjaya buat assignment IOK dengan cemerlang nye walau tido hanya 2 jam setengah. mungkin sebab aku dapat kerja semalam. mungkin sebab aku mabuk tak cukup tido. mungkin sebab aku gembira tanpa sebab.

yang pasti, aku rasa nak peluk orang sekarang. tapi aku tak boleh peluk orang sesuka hati. aku dah cuba peluk tiang, pokok, beg dan sebagainya tapi tak besh gak. tak mampu memuaskan nafsu serakah aku yang kepingin nak peluk orang. oleh kerna itu,

ada sape-sape yang sanggup sewakan bahagian badan antara tengkuk hingga pusat untuk 5 saat je. aku nak peluk.

bley?

12.3.09

Jom jadi produktif


tadi, iimu call. katanya; aku dapat kerja. yahoooo!. oleh kerna itu, aku kena jadi lebih produktif. selain dari itu, aku kena:

a) nazar puasa 3 hari
b) belanja ain, nana, kakak aku makan

Terima je la hakikat

Insan 1 : sister, are you from Pakistan?
Insan 2 : you from India, sister?

Insan 3 : where are you from? You dont look Malaysian.

Insan 4 : from Saudi sister?


apa masalah dieorang neh? pasrah. pasrah. tapi aku selalu je sumpah seranah orang yang cakap aku foreigner. tapi dalam hati je la kan? macam-macam aku tuduh dieorang. rabun la. separa buta la. buta la. ada cataract la. semua la yang berkaitan dengan masalah mata kronik. sebab aku yakin muka aku macam orang Malaysia. sampai la satu ketika ni, aku tengah jalan balik ke bilik dari kelas. tiba-tiba terasa gedik. aku pun amek hp. buat muka fierce.

click. click. click.

amek gambar sendiri tu. tapi sorok-sorok. malu orang nampak. nanti kena kutuk. pastu, aku pun tengok la gambar tangkapan sendiri. aiseh man.. memang nampak la ke-foreigner-an aku tuh. mungkin selama ni, bukan dieorang yang ada masalah mata. tapi aku yang ada masalah takle terima hakikat. tsk.

wahai cik sarah, terima je la.

Mek Mala ngajuk

semalam dr. normala merajuk.
sebab kami sekelas tak baca apa yang dia suruh.
ada yang baca tapi tak mampu terang balik.
ending, dia tak nak kasi bonus assignment.
padan muka kami. tsk.

terpaksa la aku studi lebih sikit untuk score final.
tak besh tol laaa.
benci.

10.3.09

Malu bertanya, sesat jalan

aku dan kakak aku pi kedai juwara usha dvd pirate. kak aku borong 3 dvd. aku tak beli pape. usha sudey. kejap tu, naik kereta nak balik. pastu ternampak lori yang jual makanan. dia juai celup-celup atau celok-celok. macam sedap la plak. dah le baru lepas hujan. sejuk. lori tu berasap panas. takpe la. lain kali je la. kami pun nak balik. tengok-tengok, kak aku tersilap jalan dan kami lalu kat situ balik.

memang sah ni satu petunjuk!. tak bley jadi neh. mesti makan neh. so, kami park. pegi kat lori tu. aku dan kakak aku muka happy je amek kerang, sotong, fish ball dan pedal. celok sat. pastu makan dengan bahagianye. sedap sial!. makan benda panas-panas masa sejuk-sejuk. kami gelak-gelak. happy la tuh. makan lagi. kejap tu kakak aku nak amek hati.

aku: macam pelik je hati ni. asal panjang semacam je ek?

sebagai pengemar hati dan pedal, setau aku hati ayam tak besar mana pun. pastu, kakak aku pun tanya tokey itu. maka tokey itu pun berkata;

tokey: itu hati babi ahh.

aku dan kakak aku terdiam. kakak aku letak balik. dah nama celok-celok, mesti orang celok semua benda dalam air panas yang sama kan?. kira tadi kami makan pedal ayam, sotong, fish ball dan kerang perisa babi ah?. waduh pakk.. pasrah je la. memang tak elok tapi nak wat camne kan. dah makan. aku anggap je la neh rezeki. ayayai. pasrah lagi.

Pengajaran : sebelum makan, baca bismillah.

Ntah hape-hape

dari dulu sampai sekarang. sama aje. lain aku pikir, lain aku cakap. lagi tinggi aku belajar, lagi merapu aku cakap. macam makin parah je situasi aku neh.

situasi satu
sogo. tengahari. tengah jalan-jalan dengan family. tibe-tibe aku nampak poster FCUK. aku dengan konfiden nye,

aku: "kak.. fekokkk" (sambil tuding)

aku terdiam kejap. aku cuba baiki. cakap lagi sekali.

aku: "kak.. fekekkk".

pastu kakak aku gelak. aku pun gelak. sewel tol la.

situasi dua
tengah jalan luar sogo. dah nak balik. tengok langit cantik. banyak awan gemok.

aku: "cantik kan langit. kalu ada kamera best ni. bley amek gambar laut"

kakak aku angkat kening. laut?. apa kene ngene neh. ntah hape-hape je. kami gelak.

*****

haishh.. parah nih. camne aku nak jadi linguist neh?. hmm.

Kat mana ada jual beg kalis air?

aku. kakak. kak shan. kami bertiga pegi the curve aritu. pi makan. sempena kak shan dah siap thesis master. aku aritu pi the curve siap pakai baju baru tu. semangat. aritu dressing aku ala-ala feminin la cket. aku pakai seluar slack hitam. handbeg raga. blouse hitam ala-ala dress. rambut aku sikat dan wat ala-ala sanggul. kakak aku cakap macam orang baru balik kerja tapi feminin la jugak berbanding biasa.

kami pun ronda-ronda. sepanjang jalan, aku rasa kaki aku macam terkena air. aku tengok bawah. takda pun termasuk lopak. wat bodo. sambung jalan. tapi sepanjang tu, aku rasa macam ada air dekat kaki. berhenti. check. takda pape gak. nak kata hujan, tak. musykil. wat bodo. jalan lagi. lama cket, aku dah tak tahan sebab kaki aku basah teruk jugak la. aku berhenti. aku check betul-betul. rupa-rupanya;

air mineral dalam beg aku tak tutup rapat. beg raga aku banjir. urghh.

ikan bley idup dalam beg aku time tu. dalam beb. aiseh.. siot tol la. abes hp, wallet dan hardisc aku. kakak aku geleng kepala je. bila tengok betoi-betoi, ada kesan air menitik sepanjang perjalanan aku. tapi takda sapa pun tegur aku. pasrah. bila pikir-pikir balik. aku memang careless pun kadang-kadang.mesti orang pelik tengok ada air menitik dari beg aku.

aku rasa imej feminin aku tercemar kejap sebab insiden beg banjir tu. lepas ni, aku kena beli beg water-proof. tsk.

5.3.09

Khidmat mengaru tangan gatal

pavilion. jalan sorang-sorang. busan. tangan tibe-tibe gatal nak sms. type sms. send.

aku: uit. kat opis ke?. jom makan cheze cake d loft. aku belanja.

5 minit. tak terbalas. 10 minit. tetap sama. 15 minit. masih membisu.

aku msg nana dan aing. meratapi ego ku yang tercalar. apsal la tangan aku gatal sangat nak sms sedangkan aku tau, dia bukan jenis balas sms. siot la. nana tawar diri nak tolong garukan tangan aku yang gatal ni. nak guna garpu katanya. aku cakap tak cukup. nanti aku cari orang jongang untuk garu tangan aku guna gigi. baru puas. nana gelak. sebab dia tak jongang. kalu tak, mesti dia merajuk lima purnama dengan aku. kemudian, aku teruskan aktiviti mencuci mata.

30 minit kemudian. sms masuk. baca.

dia : hehe. aku baru je sampai umah dari opis. ala, aku takda kete nak pegi. sarah nak amek aku ke? kat ne?. sedap ke?

walau sms dia bodoh je. aku tetap suka. sebab sepanjang kenal. dia bukan jenis balas sms. walau dia balas hanya sekali. dah cukup untuk buat hati aku berbunga. oleh kerna itu. aku beli 6 uhuhu yang sedap giler. makan dengan nana dalam bilik.

malam tu, nana tak perlu garu tangan aku dengan garfu mahupun gigi.

4.3.09

Tragedi biskut Marks Spencer

Marks Spencer ada sale. aku gembira. biskut digestive dark chocolate kegemaran tersenarai dalam barang yang sale.

dari rm 10.00 turun ke rm 4.50 satu.

peghh. cantekk!. murah seyh. 10 hinggit aku bley beli 2. tengok dekat rak. banyak lagi. lebih 50 paket. aku pikir. nanti je la beli. banyak lagi. baik aku pi jalan-jalan dulu. rileks. dan,

itu adalah kesilapan paling besar aku buat pada tanggal 28 febuari.

aku datang balik lebih kurang 3 jam kemudian. biskut kegemaran sudah habis di beli orang. terkedu. aku duduk cangkung, cari kat bawah-bawah, manatau tertinggal satu paket lagi ke. hampa. pergi cari kat rak lain pulak. tetap hampa. akhirnya, aku pergi tanya kaunter. memang tepat sekali!. semua baru habis di borong oleh sapa ntah.

masa tu. mata aku bergenang. orang kaunter terdiam. aku rasa dia terkejut. tak sangka ada budak terlalu cintakan biskut digestive dark chocolate marks spencer sampai begitu sekali. aku sedih sangat. memang aku laknat manusia tamak yang borong semua biskut tu. pundek.

aku pergi bahagian depan. aku termenung tengok atas sambil ternganga. macam orang spastik. tiba-tiba, aku tersedar sebab aku sorang laki ni dok usha. mesti dia ingat aku cacat. lantak. aku benci. semua nya gara-gara biskut. maruah aku jatuh sekejap.

rasa macam nak saman marks spencer sebab menyebabkan mental block sementara. bley menang tak?

Ratu syiling


aku miskin tahap melampau aritu. wallet langsung takda duit. duit dalam bank plak tak masuk lagi. pasrah. nasib baik mak aku ajar amalan menabung itu mulia. aku ada tabung cantik glow in the dark yang separa penuh dengan syiling. sebab terdesak, aku korek tabung. aku keluar jusco dengan nana.

aku bayar tiket bus rapid seringgit guna syiling 5 sen 20 keping. pakcik bus usha pelik. tak pernah-pernah orang buat macam ni. aku buat muka konfident. pedulik.

sampai jusco, lapar. makan dinner dekat food court. makan western, rm6.90. aku dengan muka seposen, aku tabur syiling dekat kaunter. kakak tu kira dengan muka pasrah. dia patut bersyukur. aku tak tabur 5 sen. paling kecik seposen. dah senang keje akak tau. nasib baik cukup termasuk tax.

malam tu aku makan dengan bahagia dengan nana. sekarang aku paham dengan ayat;

"menabung amalan mulia"

kalu aku tak menabung, mesti aku tak mampu naik bus rapid dan makan western dekat jusco malam tu kan?

Kemachoan ku terserlah

Situasi satu
shina gadis kecik molek yang bajet stylo. saya ulangi, bajet stylo. shina pakai beg bajet branded yang berisi buku sebab dia bajet genius. jalan sekejap, sakit bahu sebab beg berat. dan sepanjang jalan, mengadu. aku menyampah. telinga boleh lebam dengar bebelan dia tu. lama jap, aku suh dia kasi beg. meh aku angkat. senang. khalas. tapi dia malu. segan dan sebagainya. aku ulang lagi sekali "meh sini beg. aku angkat". dia malu-malu sambil goyang-goyang badan macam comei. saya ulangi, macam comei. tapi mulut tetap membebel sebab berat dan lenguh bahu. last, aku ulang sekali lagi tapi tegas. terus dia kasi beg. aku jalan dengan bahagia sebab beg dia tak berat dan bebelan dia berhenti. ntah kenapa, aku terasa macho saat itu.

Situasi dua
kami masuk Tangs. shina terus tergedik-gedik tengok baju dan kasut dan beg. semua lah sesuai dengan dressing dia. tak pun. semua design dia nak tunjuk dekat aku. aku cuma pandang dan angkat kening. kadang-kadang aku jawap. kalu tak, aku cuma angguk atau geleng. di kala saat itu, aku terasa macho buat kali ke dua.

Situasi tiga
kami jalan-jalan dalam Tangs. lepas tu, hijrah ke TopMan. sepanjang perjalanan, shina pegang tangan aku. my pinky with your pinky. kalah orang bercinta kot? aku rasa macam nak jentik je tapi sian plak. kang lebam. jari aku tebal dan gagah. aku pasrah. lama-lama, pegang lengan. kadang-kadang aku tepis. kadang-kadang aku biar je. lantak. aku tepis. dia pegang. buat penat je. sebab dia pegang aku camtu, aku rasa macam aku gagah semacam je. ntah kenapa, aku terasa macho buat kali ke tiga.

Situasi empat
setiap kali masuk keluar kedai. aku akan pastikan aku tahan pintu untuk dia. kalau laluan sempit, aku akan pastikan dia lalu dulu. aku pun tak paham tapi aku selalu wat camtu dalam kebanyakan situasi. mungkin sebab laki zaman sekarang tak boleh pakai. maka, aku memboleh pakaikan diri aku sendiri. dan ya, di saat tu, aku rasa diri aku macho lagi sekali.

aku rasa, ada lagi sesi kemachoan ku terserlah di hari itu tapi aku tak berapa nak ingat. lantak. yang pasti, walau apa pun terjadi, aku tetap tak suka shina. haha.

Aku hawa. kau hawa. pegi mampus

aku tak pernah paham dengan perempuan yang cepat sangat mengedik. ntah. maybe mereka memang dilahirkan camtu tapi.. isk.. tolong la. ego la cket. kalu dengan kaum sejenis pun bley gedik-gedik. ntah dengan kaum laen camne la. haru biru seyh. anyway, ni kisah antara aku dan shina, gadis MSU yang aku baru kenal tak sampai 3 jam.

aritu aku lepak pavilion sorang-sorang. layan blues lepas sedih kelas LLA aritu. memang tragis. masa tengah ronda, tibe-tibe terlapar. dalam macam-macam makanan yang ada, aku teringin KFC. semua ni pengaruh tv dan radio yang melampau. tsk. so, aku pun beratur lah. walau macam ramai orang. sanggup tuh! kejap tu, hp bebunyi. aku pun baca;

wafi : sarah, ko tengah beratur beli makanan ke?. sorang?. join aku makan.

aiseh.. camne dia bley nampak neh?. (sambil mencari). kejap tu aku ternampak dia. dia lambai. aku buat-buat tak nampak. aku reply.

sarah : haah. aku tengah beratur kat kfc pavilion. ko kat mane?. aku rabun weyh.

alasan. walhal, elok je aku nampak dia. baru nak layan blues. hampeh. aku pun pasang muka 'pleasant suprise' sambil duduk semeja dengan wafi. tengok-tengok, dia bukan seorang tapi berdua. ya. bukan mengandung tapi bersama topik pada hari ini, shina.

aku tegur. borak-borak la. bila nak basuh tangan, shina ikut aku. masa dekat sinki, dia rayu agar aku teman dia pegi event MLM dia sekejap lagi. aisehh.. takda makna aku. aku pun cakap la tak nak. ada kerja lain. tapi dia buat puppy face dan puppy eye yang bajet kiut tapi haram tak. aku gelak je sambil cakap tak nak. dia pujuk lagi. tapi kali ni dengan taktik baru. pegang lengan sambil goyang-goyang badan. kalu aku laki, cair gak kot? tapi aku perempuan kot. sehawa dengan kau.

bukan cair, nak termuak aku tengok. so, aku tukar topik. dan taktik aku berjaya. yesh!

masa nak pulang. shina sedih sebab aku dah nak pegi tempat lain. dia buat muka sedih tapi aku buat-buat tak paham. aku senyum sambil cakap babai. masa escalator aku naik ke atas, aku sedar; shina pandang aku sambil lambai sampai aku hilang dari pandangan.

aku lega dapat berpisah dengan wafi and shina. serius! tapi dalam masa yang sama, aku macam takut ada perempuan macam itu. gile.