26.10.12

Raya qurban


Selamat Hari Raya Qurban


untuk semua


kepada kambing dan lembu sekalian.
sila mengucap sekarang jugak. haha.
masa untuk pesta daging. wehuu.

24.10.12

Lagi dan lagi

haish. aku ni memang tahap wajib kerat debit card. macam terseronok plak beli benda online. klik klik. dah settle. memang bahaya. sampai aku tido pun jari masih dok klik klik. tabah.  

tapi masih mampu diselamatkan kot. sebab aku beli voucher outdoor sahaja. baju seluar smua aku beli kat kedai. bebusuk pun boleh cuba kan? haa.. aritu. baru je beli voucher aerochute kan? pergi pun tidak lagi. 

arini. aku sudah borong satu lagi voucher. 4x4 atau 4 wheel drive. dari rm180 seorang. dapat rm85 saja. agak berbaloi ah. lagi pun. aku setakat mau mencuba benda baru aja. kalu bes. baru boleh beli yang power terus. cewah. macam mampu. heh.

dan kali ni. aku angkut bersama anak separa dara (sukati je) bernama fatin, sherly dan mia. haish. bebalik muka sama. muak okeh. ayat kerek siot. haha. kalu takda aral melintang. bley lah redeem bulan depan. wehuuu. 

wat masa sekarang. harus tahan nafsu membeli voucher lagi. oh groupon. sudah lah sudah...

21.10.12

Konvokasi

lokasi: marriot putrajaya
insan: aku dan ribuan strangers
mood: blur menggila
sempena: majlis konvo linton uc

serius aku macam tak bersemangat. dah ah arini ahad. patut tengah enak dibuai mimpi. aku tengah sesiap mau pi kerja. pftt. teramat tidak best.

tapi takpe sarah. ingat. ko akan dapat cuti extra satu hari. boleh backpacking jauh cket. em. motivasi la sangat. hehe.

sesampai je marriot. gila bapak ramai orang. aku dah la tak kenal sesapa pun. budak baru kerja katakan. yang lagi aku takle blah. siap kene pakai robe konvo. wakil akademik katakan. robe warna pink plak tu. vogue gila ah. haha.

dah ah tu. siap kene iring masuk dewan okeh. macam power. walhal tak tau benda. yang aku tau. mau balik tido. hehe. tapi serius bosan tengok konvo orang. konvo sendiri okeh cket sebab ramai kawan. 

ni konvo ntah sapa sapa. dah ah bukan student aku. nasib lah aku bawak handphone. main game sampai abes bateri kot. bukti tahap fokus yang amat memberangsangkan bagi aku. tetibe. huhu.

abes je konvo. dengan pantas aku blah. tak agak agak dah. terus drift ke alamanda usha wayang. hm. ada gak benda berfaedah aku wat arini. heh. yang pasti. 

dapat je memo cakap bley redeem cuti. mampus lah linton. memang aku cari slot yang mampu cuti lama. bwah-ah-ah. sayonara sucker *emo*.  

20.10.12

lima.puluh.empat


itu zarinah mohd ariff
ibu paling bes sedunia

dan arini genap lima puluh empat umur nya

selamat hari jadi

im so lucky to have you
sayang kamu selagi nyawa dikandung badan

stay awesome

17.10.12

Terbang lebih tinggi


aritu. aku, una dan zetty ke broga. melayan sesi panjat memanjat yang mengugat keimanan. 

arini. di kala ketagihan aksi lasak. aku dengan semangat jitu memborong voucher aerochute plak. ada je aku neh. huhu.

dari rm350 seorang. dapat rm150 saja.

pegh. serius berbaloi gila. dan seperti biasa. aku angkut jelitawan bernama fatin dan sherly. serius kekurangan. zetty sibuk dengan thesis master nya. una plak di ireland. haish. tapi takpe.

yang pasti. serius tak sabar. dah lama aku mengidam aerochute. tercapai gak akhirnye. bes bes. pape pun. smuga kami selamat seadanya. ameen.

yeay yeay

15.10.12

Hidup untuk makan

insan: sarah. sherly 
lokasi: q-thai cyberjaya 
sempena: sesi menghibur hati nan lara 
misi: om nom nom



sempena sesi mengubat hati nan lara. pegh ayaaat. tapi serius. agak lara lah. maka. keluar lah aku dan sherly untuk sesi makan makan.

dan aku sebagai aku. pantang sedih. konfem cari makan. soulmate selamanya. kali ni. soulmate dari siam. yums. nasib lah aku jarang sedih. kalu tak. huish. naya. heh. 

tapi serius banyak kiteorang makan. mana tak nye. dua orang perempuan. makan:

+ honey french toast
+ seafood glass noodle
+ kangkung belacan
+ thai stim fish
+ golden chicken
+ float

dua pinggan nasi sorang plak tuh. konfem pekerja ingat kami bela jin ke apa. haha. tapi takpe. janji hati terubat cket dan perut terubat sepenuh nya. yezzaa. 

burpp.. alhamdulillah

13.10.12

Aku, engkau dan dia

lokasi: publika hartamas
insan: sarah. epahadi. nanasrul.
sempena: mini reunion
mood: lapaq. sejuk dan ceria

serius lama tak ketemu nana dan epah. tetiap kali jumpa. asyik tekejut je aku. mana tak nye. arini jumpa. perut nana dan epah sudah maju kedepan. aritu jumpa kempis lagi. what kind of sorcery is this?

serius awkward memula. pabila dikelilingi hot momma. yang bikin lagi awkward. pabila perut aku hampir serupa perut tujuh bulan mereka. haha. takmo kalah okeh. tabah.

tapi bila pepikir balik. macam tak pecaya je. waktu pantas umpama husain bolt. las aku ingat. dok lelari baling tepung nun di tangga matrik uia. dan sekarang? sudah berkeluarga dan mengandung tujuh bulan. 

pasni tak tau lah camne. tup tup. anak dah tiga. haish. risau aku pikir camni. huhu. pape pun. terima kasih nana, epah, hadi dan asrul. walau lepak kejap je tadi. tapi layan ah. bukan senang nak kumpul camni.

dan sesi seterusnya? silap silap bulan disember di hospital pabila epah dan nana beranak. waduh. nyilu nok bila terpikir. haha. 

[ epah di kala tujuh bulan dan aku ]

[ nana yang maintain dan aku yang cover perut. hehe ]

11.10.12

Penangan murka neraka ke enam


ok. arini. aku batuk teruk gilak. macam mau terbang anak tekak aku smua. kalu batuk. bergema macam dalam gua. serius malas. ingat hati mau tido je. bes bes. 

tapi sebagai cikgu berdedikasi. aku redah gak pi kelas. tabah. dan masuk kelas. bebudak pakat apsal muka nampak tak bermaya. amboi ayat. konfem selalu tengok iklan shampu. hehe.

bersiap apa perlu dan teruskan sesi mengajo walau lembab gila. asyik berhenti batuk je. huish. seksa okeh. tengok aku mengajo dalam keadaan parah.

cik qasim sibuk borak di belakang. aku mintak dia fokus sat. lima minit. aku kasi smua balik. tak ke win-win situation nama nya itu. cewah. haha.  memula diam lah. 

lama jap tuh. dia sambung balik. empat kali gak lah aku negur. las las. aku fed up. aku amek duster. lap papan smua. aku kemas barang lalu menghembus kata kata azimat.

class dismissed 

huish. memang pekataan faveret aku okeh. haha. aku tak tengking pun. tapi satu kelas cuak. smua pakat keras kat kerusi. diam je. tetibe ada suara suara cakap "teacher, we want to learn".

ahh. blah. ayat amek hati siot. tapi serius. tak penah aku tengok bebudak aku camtu. abes mixed emotion lah. padan muka. hehe. 

sebelum aku kuar. smua pakat datang salam aku lah. tepuk bahu lah. ramai gila yang doakan aku cepat sembuh. yang nak masakkan sup dan anta klinik pun ramai.

walau muka aku sembab yang amat. dalam hati. peghh.. riang ria okeh. suka aku tengok depa rasa bersalah camtu. baru korang tau. huhu.

hm. mari kita tengok kelas seterusnya camne. bwah-ah-ah

9.10.12

Apakah?

aku ada ramai kawan foreigner. terutama dari benua afrika. aku pun tak tau lah nape. tapi macam senang klik sama mereka. 

hm. misteri. apakah aku separa afrikaan? berangan. haha.

dan tadi. aku kuar sama nafiu ke klcc. teman seuniversiti dari nigeria. melepak dalam empat jam gak lah. 

serius okeh mamat neh. tak macam separuh afrikan lain. pandai. beradab. baik. smua lah. sampai lah tetibe. dia kasi statement takle blah. haish. 

clash of culture i guess? tapi aku tetap takle terima.

aku: im going to watch a performance later.
dia: what time are u coming back home?
aku: depends. if the show ends early. then early. if not. pretty late.
dia: you are not acting like a woman.
aku: huh? 
dia: you are acting like a man.

wadefak? bukan nya kalu aku balik lambat. terus tumbuh janggut, halkum bagai. aku balik esok pagi pun. aku tetap ayu okeh. tetibe. haha. 

dah ah muka serius gilak bila masa cakap camtu. berkerut dahi smua. siap tekan suara. mungkin la dia concern. atau jeles aku tak ajak join. ayaaat.  

tapi haish. aku tetap tak suka ah. takmo dah kuar sama dia. wek wek.

7.10.12

Mereka


memula mintak putus. aku macam rileks aje. siap tido balik sambung mimpi pastu. slumber. haha.

tapi dalam 4 jam kendian. baru terasa nak sedih bagai. sedih dah lah kan? ni sedih menggila okeh. oh dem u hormon. tabah.

tak ramai yang tau aku ada bf seblum neh. aku wat diam je. yang tau tak sampai 8 orang. tu pun femli dan beberapa orang kawan yang terkantoi. haha.

bila jadi camneh. aku kontek lah orang seperti cik sheena, cik fatin dan cik sherly. kalu layan feel sesorang. parah oi. dan serius aku terharu. mereka teramat lah supportive. 

cik fatin terus suh aku sesiap jumpa di midvalley kot. dalam 6 jam gak lah melepak. borak gelak. siap naik 4d stimulator. sempaaat. tapi sumpah lupa terus kesedihan melanda. 

dah la tuh. cik sheena plak asyik sms dan call check sama aku selang berapa jam. dan cik sherly pun sama. cik una dan cik syafa siap message dari ireland dan mekah. walau benda simple je. aku tetap rasa teramat disayangi. 

a friend in need is a friend indeed. 

sekarang aku tau sapa kawan susah senang. tak termasuk cik sheena. sebab dia kakak aku. nak tak nak. kene ada time susah. haha. pape 

pun. maceh cik sheena, fatin, una, syafa dan sherly for being there. love you all.

6.10.12

Putus sudah


setelah seharian berpikir. sms dan hantar.

"you are such an idiot. you never appreciate the person who love you with all her heart. i'm ending this relationship" [sarah baharudin, 9.32am]

dan kini. aku secara rasmi nya kembali solo. sedih tetap sedih. tapi aku rela sedih sekarang dari kemudian.

well, awesome single life is waiting for me. oyeah.

5.10.12

Lovedrunk ghazal

insan: sarah. sheena
lokasi: PJLA
sempena: lovedrunk ghazal performance
mood: damai

serius lama tak pergi aktiviti camneh. bila cik sheena jemput. dengan pantas aku cakap okeh. mencari peluang aja. hehe. 

kene plak persembahan ghazal dari india dan pakistan. macam menarik. tak pikir dah. terus join. semangat seni betul. walau harga tiket kurang menarik. rm53. tapi takpe ah. bukan selalu pun.

so. dalam 1900. aku memandu secara berhemah ke pjla. ketemu cik sheena di lokasi kejadian. amboi ayat. sungguh dewan bahasa. haha. ok ok sambung. 

sesampai je. terus singgah makan di the bee's. burger tetap superb seperti biasa. yums. dah kenyang smua. usha jam. jam 2015. cun lah. terus ke teater. 

okeh. ni lah pertama kali aku ke sini. cun jugak. tak besar mana pun tapi selesa lah. dan seperti biasa. aku dan sheena sesatunya melayu. smua indian. terasa macam kat india pun ada. bes bes.

team ghazal ada 7 insan smuanya. tapi pemain tabla paling menawan pernah aku lihat lah. memang mengugat keimanan tol. dah lah kacak bergaya. jari jemari plak talented. waduh.. cair mak. haha. 

walau haram cket pun tak paham. sebab sajak hindi kan? tapi best lah bagi aku. syahdu je. walau tak paham. bila depa start nanyi. tetibe nampak bulan mengambang lah. nampak gunung ganang lsh. nama muka pakwe lah. memacam.

misteri sungguh. puaka apa depa pakai neh? haha. tapi serius. sumpah menusuk kalbu. kene plak bila tok guru depa start nanyi. pegh. superb gilak. bila tone dia sedih. kita smua pun pakat sedih walau tak paham. bila tone dia happy. abes smua pakat tersengih. 

dalam 2 jam gak lah. terus mabuk kepayang pastu. patut pun nama lovedrunk. haha. hm. pasni boleh lah layan ghazal dari benua lain plak. oyeah.

[ mamat tabla paling mengugat keimanan ]

[ sumpah sedap suara dia. layak digelar tok guru ]

[ anak dara encik baharudin ] 

2.10.12

Jendela hidup

bak kata orang tetua.

mata itu jendela hidup.

dan oleh kerna itu. arini aku beli contact lense. wat kali pertama dalam sejarah idup. konon mau bikin jendela hidup aku luas cket lah. yo yo jo. haha. 

tapi serius. aku mana layan pakai contact lense smua neh. budak kampung katakan. pakai spec aje. hm. sedih lah plak ayat. hehe. 

tapi sempena 27 tahun. aku ingat mau cuba benda baru plak. dan benda pertama aku teringat. contact lense

macam menarik. dan agak murah. maka dengan pantas aku borong trial set untuk sebulan. semangat!

dan alang alang mau beli. terus amek warna kelabu okeh. haha. tapi kelabu gelap lah. baru au natural cket. dah tu. siap beli yang bikin mata besar. 15 mm. pehh.

lepas je pakai. waduh buk. bahaya amat. mata macam awek korea kot. jelita amat. tapi tang mata je lah. bahagian lain macam dari india. tabah.

ahh pedulik. yang penting. mata aku menawan umpama purnama. ayat macam haram. haha.

[ tatap lah jendela hidup ku. ayaaaaat. babik. haha ]