27.8.11

Drift raya

servis kereta - sudah
kemas baju raya - sudah
kunci rumah - sudah
isi minyak kereta - sudah
ahli keluarga dalam kereta - cukup
baca doa naik kenderaan - sudah

baik! sudah tiba masa untuk balik raya. wehuuu. gila seronok. mana tak nya. abes je raya neh. kene masuk kerja. urgh. gila tak bes. tapi nak wat camne. dwet punya pasal. kene gak la kerja. dilema.

tapi takpe. raya tahun ni. harus menjolikan diri sebaik mungkin sebelum masuk kerja. nanti dah kerja. kalu sedih sedih. ingat balik sesi meraya. mesti ceria balik. iye iye je. haha.

pape pun. smuga raya tahun ni lebih bes. lebih meriah. dan lebih diberkati dari raya sebelum ni. ameen. kepada smua. selamat pergi dan balik kampung. berhati hati di jalan raya.

kalu mengantuk. jangan segan silu berhenti tido tepi jalan. buat je macam jalan pusaka keluarga. hehe. dan selamat menunaikan solat aidilfitri.

yea yea. raya.

25.8.11

IIMU selamanya

arini. ari las aku keje IIMU. setelah 3 tahun bersuka duka bersama staff iimu. dah tiba masanya untuk aku teruskan hidup. ecewah ayat. heh.

tapi serius. sedih gak nak tinggal IIMU. walau aku pernah je tinggal IIMU sebelum ni. tapi tak sama weh. dulu tinggal kejap kejap je. ni macam tinggal selamanya je.

jangan warga iimu resah. sebab saya bukan kacang lupakan kulit. ececeh. konfem cikgu bm aku dedulu bangga kalu dengar ayat aku. haha. tapi betul ni. kalu ada masa. aku tetap akan datang lawat iimu.

kalu ada event. aku mesti datang kasi support. busuk busuk pun moral support. tapi kalu iimu wat makan makan. konfem aku datang. haha. sebab selama aku kerja situ 3 tahun. catering iimu pilih tak pernah menghampakan. yums.

buat warga iimu sekalian. terima kasih atas segalanya. kau tetap di hati ku. eklas dari sarah baharudin. graduate assistant 08-11.

idop iimu!

22.8.11

Kerajinan melanda

arini. bertungkus lumus siapkan conference paper bersama aing dan shiqin. tetiba terasa genius.

serius dah lama tak kumpul wat keje camni. seronok gak weh. terkenang zaman studi dedulu. memanjang wat assignment las minit. sampai tak tido nye. lepak hs sampai pepagi buta. hm. sekarang smua tinggal kenangan. pegh ayat. mellow plak tetibe. hehe.

ada ke patut lancomm nak paper empat ribu patah. adoyai. mana aku nak cekau lagi seribu setengah patah perkataan lagi neh?. urgh.

dilema.

21.8.11

Dari Ampang ke Port Dickson

mereka: sarah. asrul. nana. hadi. epah.
lokasi: umah epahadi, port dickson.
sempena: sesi melantak di rumah epah.
mood: musykil yang amat.

mana tak musykil nye. epah masak kot. ingatkan ilusi semata. cuak gak nak makan memula. tapi tabahkan diri jugak. nasib sehat walfiat sampai sekarang. hm. slumber je kutuk kutuk. sabo epah sabo. haha.

gila jauh perjalanan aku arini. memula naik lrt dari ampang ke plaza rakyat. kendian naik bus ke seremban. pastu naik keta nanasrul ke port dickson. gilos. nasib takda jet pejuang. kalu tak. yang tu pun aku redah naik. ok epah hadi. sila terharu dengan kesungguhan aku beriftar kat umah korang. heh.

tapi tu la. berbaloi je perjalanan tu. sebab nye. dapat lepak dengan nana epah. budak busuk yang aku terpaksa sayang. mana tak nye. dari matrik kot menggila. dah ah gila susah nak jumpa sekarang. sorang kat puchong. sorang kat ceruk pd. bila dapat kumpul camni sekali sekala. abes nikmat.

nak jadi cite. epah kene rasuk dek chef wan arini. masak gila banyak. aku ingat iftar beli kat pasar ramadhan je. tup tup. mak aih. siap ada nasi minyak. ikan 3 rasa. sotong celup tepung. ayam koboi. wowee. banyak gila. dah rupa buffett kat restoran nelayan. tu tak masuk pencuci mulut lagi. ganas tak ganas.

tapi yang takle blah. epah siap wat kek coklat tuh. katanya. sempena aku dapat kerja. ntah ye ke tak tuh. tapi pape pun. mekaceh epah. aku terharu giler. tapi lain kali. tolong wat kek pelangi. kerna bak kata ana lulu "warna warni dapat menceriakan idup anda". tetibe. sah dah terkena sampuk tv3. heh.

[ burpp. kenyang ]

[ hasil rasukan epah ]

[ aku yang excited dan kek coklat buatan epah ]

pape pun. terima kasih nana asrul sebab tumpangkan kereta dari seremban ke pd. dan terima kasih epah hadi sebab masak bes bes untuk kiteorang. tunggu aku ada dapur gas. aku masak bes bes untuk korang plak ok. ok? oooook?

19.8.11

Dari Ampang ke Jepang

huish. gila lama tak jumpa mashi. las jumpa. 3 tahun lepas. ntah nape. tetibe balik penang. ghaib terus. memang layak jadi muka utama kosmo.

"pelajar universiti Islam ghaib"

hm. macam haram tajuk. konfem laku. haha. ok. ok. nak jadi cerita. dua hari lepas. mashi muncul kembali dalam idup aku. pegh ayat. sila muntah secara berjemaah sekarang juga. haha.

tapi serius weh. kiteorang memesej dalam fb. tak sampai 36 jam kendian. tup tup. aku dan mashi bahagia iftar sesama kat pavilion. pelik tak pelik. heh.

dah la aku beli banyak gila benda. smua aku sumbat ke mashi. haha. mana tak nye. air thomas kemper tak pernah minum. carrot cake tak pernah makan. adoyai. memalukan warga penang tol la. ni mesti pekene nasi kandaq memanjang neh. tsk.

dah kenyang. hati senang. pi meronda. pusing pusing. terjumpa tokyo street. dah la mashi tu otaku jepun. asalkan jepun. dia naik tok sheikh. lepak situ sampai pavi tutup kot. huish. bahya bahya. tu baru tokyo street tu. kalu street kat tokyo. memang haram dia takmo balik mesia dah. tsk.

memacam la kiteorang borak. ala ala cover balik gap 3 tahun tu. haish. gila rindu aku kat minah sorang ni. dah la bakal jadi cikgu. makin ayu plak tuh. haish. sah dunia dah nak kiamat. haha.

kepada cik mashi. sila jangan menghilang lagi. jika tidak. smuga bertemu kembali Ramadhan 3 tahun dari sekarang. haha. tapi serius. cepat gila masa berlalu. sedar sedar. dah tiga tahun. tapi takpe. yang penting. aku sampai tokyo arini. ok. apa kene mengena ntah. tabah.

18.8.11

Saya gembira

haish. gila cepat masa berjalan. hm. ni bukan tahap jalan dah ni. dah rupa lari pecut camni. heh. baru minggu lepas. aku sibuk dok pikir nak keje apa. mana nak apply smua. tup tup. minggu ni. dah pun dapat kerja. alhamdulillah.

tapi rasa macam tak pecaya je. dah la jadi lecturer. mampus la student kat situ. kahkah. tadi sesi interview. serius takle blah. area front desk. gempak gila kot. siap ada mat salleh jaga kaunter lagi tuh. bila aku naik tingkat 3. gila buruk. karpet siap koyak koyak lagi. haha.

staff situ cakap depa dalam proses pindah. hm.. macam ayat cover je. hoho. tapi aku tak kesah pun. bukan aku nak keje menganyam karpet pun. maka. abaikan karpet itu. dan teruskan idup. ecewah ayat.

tadi. aku kene interview sekali. dan mock teaching dua kali. adoyai. dah la brian cik principle cakap kes aku ni pelik. pertama kali dalam sejarah olympia. iye iye je mamat ni. cakap berapi api. haha. al-kesah nya.

mock teaching pertama. markah aku gila tak konsisten. awek filipin kasi aku markah tinggi gila. minah malaysia kasi aku markah rendah gila. mana tak penin mamat brian nun. tak pepasal aku kene wat mock teaching kedua. juri jemputan. ketua jabatan bahasa inggeris. semangat tak semangat.

siap angkut komputer dengan projektor semata nak suh aku guna slide yang aku bikin. gila pelik mengajar ketua jabatan. dah la dia tak suruh aku berhenti. kata 5 minit je. ni dah lebih 15 minit dok sedekah air liur. dah la aku posa. dahaga. oh dugaan.

dah la tu. tanya gila banyak soklan. nasib aku bley jawap dengan jayanya. hehe. jap tu. brian nak jumpa. beborak jap. dan dia cakap tunggu wakil olympia kolej tepon esok pagi. aku ok je la. babai babai smua.

terus drift ke ampang. otak ingat nak sambung tido je. hehe. tak sampai 5 minit driftkan diri. dah dapat call dari sharon. katanya. aku dapat keja tu. nasib tak berbabas kereta. gila takle blah. macam tak percaya je aku dah nak start keje.

adoyai. dah takle bangun lewat la gamaknya. uu. tak bes tol. tapi takpe. janji dapat duit. wehuu. makcik kayo! cewah. walhal gaji tak banyak mana pun. tapi ok la. yang penting. aku mau kumpul pengalaman dalam setahun. pastu cari tempat yang lagi bes.

hm. belum lapor diri. dah pikir nak chow. memang dasar pandang ke depan sunggoh. keke. pape pun. terima kasih kekawan dan keluarga yang doakan aku dapat kerja ni. jasamu dikenang.

[ sesi lompat kegembiraan ]

16.8.11

In case of emergency. Break dance

arini dapat call dari olympia college. katanya:

"we are pleased to invite you for an interview session this thursday, 10am. please prepare 5-10 minutes mock teaching presentation"

aku cakap abes kool. letak je telefon. masyaAllah. terus rasa macam nak shuffle. nak plak kene prepare mock teaching. bertambah tambah ah cuaknya. urgh.

serius tak sangka depa call. baru je e-mail minggu lepas. tup tup. dah call. ingatkan sebulan dua baru dapat reply. gila la advance. hm.

bertenang sarah. bertenang. pape pun. siapkan dulu presentation. praktis depan tot kucen gemok. pastu berserah je la. walau pun cuak semacam. aku tetap harap aku dapat kerja ni. mau duit. mau jejalan. sempaaat. hoho.

doakan aku berjaya dapat kerja ni. ameeeeeeen.

15.8.11

Oh tidak

arini. harus pulang ke kuala lumpur.

oh tidaaak. sangat tak rela.

tapi terpaksa gak la. sheena kerja. aku plak. kene cari kerja.

adoyai. bila nak kene loteri ni?

12.8.11

Jalan jalan balik rumah

mereka: sarah. sheena.
destinasi: chukai, kemaman.
mood: bagai monyet mendapat bunga

yea yea. balik chukai. oh rumah ku syurga ku. pegh ayat. drama abes. haha.

ok. arini. aku dan sheena drift balik chukai berdua. tapi balik sat je. setakat dua tiga malam. smuanya kerna sheena ada meeting minggu depan. harus pulang awal.

haish. dr. zaha macam tetau je. bila orang nak joli bersuka ria di kampung. time tu la dia nak wat meeting tergempar. tabah.

tapi takpe. janji balik gak chukai terchenta. wehuu. aku ni kira ok la. sempat gak balik aritu. kakak aku?. dua tahun tak jejak bumi pertiwi. memang murtad chukai abes. hehe.

gila bes balik walau kejap. iftar reramai. terawikh sesama. sahur sekeluarga. huish. bukan senang nak cukup korum camni. abes terawikh. sempat plak lepak kuala kemaman. usha bulan penuh. hm. nasib takde werewolf dalam keturunan aku. huhu.

[ cik Baharudin dan sang purnama ]

balik kali ni. mau berkepit dengan famili je. abes mithali seh. bes bes. oh chukai. i lap u lah!

11.8.11

Somalia di perut ku


arini. aku gembira. kerna. masa iftar. aku makan makanan dari

somalia

gila sedap. oh somalia. kau di hati ku. yums.

dah la rambang mata. ntah hape hape. ikut hati. mau nye aku beli smua. dengan chef chef aku angkut. tapi takle. aku tak layan prostitution. haha.

hm. memacam la beli. dari bubur kambing. yup. bubur k.a.m.b.i.n.g ok! serius gembira. sampai budak menang zero-point pun tak segembira aku. oh. nikmat. bes bes. sampai la ke pencuci mulut.

pusing pusing. ada la dekat 10 benda aku borong. gilos. mana tak terkejut beruk perut aku. huhu. tapi serius berbaloi. sampai ke sahur bley tahan kot.

esok mau makan negara mana plak?. hmm.

10.8.11

Usaha lif kejayaan

gila banyak:

a) form nak di isi.
b) sijil nak dicertified.
c) gambo nak dicuci.
d) setem nak dibeli.
e) sampul harus dijilat.
f) duit kuar demi pos laju.

adoyai. dah la tengah pokai. bertambah pokai la pasni. tapi takpe! ini adalah investment. cewah.

hm. heharap la dapat kerja dalam bebanyak yang aku pos nun.

insyaAllah.

7.8.11

Ayuh ke New Zealand

lokasi: dorsett, subang
mereka: sheena. sarah.
kerna: NZ edufair
mood: kebijaksanaan

drift berdua bersama sheena ke dorsett subang. nawaitu utama. mau ke nz edufair. nawaitu kedua. mau cuci mata. haha.

sampai je. isi borang. dapat beg free. terus berpecah. usha universiti yang berkenan di hati. banyak gak yang ada. cuma tak bes nye. banyak tesl. linguistic ada gak. cuma kureng cket.

sebab terasa bijaksana. pi la tanya orang booth apa yang patut. ni satu lagi takle blah. dieorang ingat aku budak degree. bila cakap nak wat phd. dieorang macam buat pekak.

weh. apa ko ingat muka toya camni tak layak ka? nasib tengahari lagi. kalu tak. mau aku berbuka makan ko. haha. rupa rupa. benda sama kene kat kakak aku. dieorang ingat dia pun budak degree. haish. masalah tol orang awet muda camni. good genes katakan. haha.

pusing dalam 30 minit. dah tak tau nak wat apa. smua booth dah pegi. smua soklan sudah ditanya. nak dengar talk. malas. nak main cabutan bertuah. lagi la malas. kalu dapat tiket pi balik nz. nak gak la. setakat pen. petuih. pegh. kerek gila. hoho.

balik ke ampang dengan nawaitu baru. mau sambung phd kat nz. bley guling guling kat mount doom sambil lepak dengan bebiri. hm. indah betul. smuga jadi kenyataan. ameen.

6.8.11

Slam: Malaysia vs Singapura

lokasi: KLPac
kerna: lawan sajak
mereka: sarah. sheena. mereka.
mood: semangat juang

memula macam malas. tapi sempena ramadhan yang mulia ni. harus la tingkatkan semangat sebagai adik mithali. mulia abes. keke.

jadi. aku pun ke klpac la. tengok kakak aku lawan poetry slam. malaysia lawan singapore. kira kakak aku wakil malaysia ah. hebat tak hebat. wagh. bangga nye. bangga nye. (ok. kakak. sila terharu). heh.

kali ni. lima lawan lima. gaya macam nak lawan zero-point je. muka lepak je sesorang. tapi bila dapat mic. mak aih. lupa diri kau.

wakil malaysia: kakak aku dan persona nye, angry black woman. jamal dan persona nye, juga angry black woman. haha. tato dari poets passport dan dua orang jelitawan lagi.

singapore pun tak kurang hebat. mike, juara lepas. ben, dan ramos nye yang sebesar alam. bani haikal yang macam tak mandi, tapi super talented. kau nanyi gila sedap. luluh ulu jantung jap. dan dua orang lagi yang juga berbakat.

lawan punya lawan. punya lawan. punya lawan. dan pemenang nye adalah?

ok. bukan dia. comei thou :P

hm. bukan dia jugak.

tunggu... tunggu...

yeah! african dude yang menang!

haha. walau tato dari afrika. dia tetap malaysia di hati. hm. abes satu malaysia la tu. haha. dan yang penting. dia menang. yang bermakna. malaysia menang!. woot woot.

in ur face singapore! wakaka.

5.8.11

Ketagihan

orang ketagih rokok.
tak pun ketagih dadah.

wa?

ketagih angry bird rio.

haram la. siap bley ponteng terawikh sebab burung gemok tak bitch slap itu babi hijau.

oh dilema.

3.8.11

Nota untuk aku

wahai sarah baharudin.

cukup la berjoli.
cukup la melepak.
cukup la main angry bird rio.
cukup la ternak pocket frogs.

mulai esok. harus bikin resume cecantik. bikin cover letter pepower. bikin research tempat mana perlu pekerja. dan hantar.

wajib cari kerja cepat cepat. nanti dah keje. bley dapat duit. haa. dah dapat duit. bley pi jejalan lagi. hm. bes tuh.

baik lah! ayuh mengembleng tenaga mencari kerja!

woot woot

1.8.11

Dia datang

ramadhan dah tiba

selamat bersahur
selamat berpuasa
selamat berbuka

dan

selamat berterawikh

smuga ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya. ameen.