31.12.13

Azam berazam

esok 2014 tiba.

hm. cepat sungguh waktu berlalu. pejam celik pejam celik. dah abes setahun. cuak gak dengan kelajuan masa. pecut ke apa woi? tapi tetap bersyukur masih dipanjangkan umur untuk hadapi tahun 2014. Alhamdulillah.

sempena 2014 esok. aku ingat nak update azam baru lah. bukan ikut mana sangat pun tapi takpe. dah nama tahun baru. azam pun kene lah baru. tepati atau tidak, tu belakang kira. heh. 

AZAM 2014
+ mengembara lebih kerap tak kira jauh atau dekat
+ luang lebih banyak masa bersama keluarga dan rakan
+ jalani kehidupan lebih sehat
+ berhijrah ke pekerjaan baru
+ sambung phd insyaAllah
+ tepati sekurang kurang nya 2 azam

okeh. itu saja. cukup lah enam. selalu kasi berpuluh. haram satu pun tak tercapai sebab rambang semacam. kali ni enam sudah. senang cket mau fokus. iye iye je. huhu.

pape pun. aku mau mohon maaf dekat keluarga, kekawan dan sesiapa yang kenal kalau ada tersilap bahasa hingga perasaan tersinggung. mintak halalkan juga makan minum smua. smuga tahun depan menjadi tahun lebih baik dari sebelum nya. Ameen. 

28.12.13

Tsunami kerajinan

teman serumah pulang indonesia 2 minggu.

aku seorang di rumah selama 2 minggu.

kalau lah movie. dah lama aku buat party buih. ajak sekampung. tapi sayang. bukan movie. jadi aku cuci abes satu rumah. rajin tak? rajin taaaaak? haha. cakap je apa. smua aku bikin. 

sapu rumah? 
mop lantai?
basuh kipas?
lap rak?
basuh tandas?
basuh lipat baju?
tukar cadar?
cuci dapur?

smua lah. abes berkilat satu rumah sekarang. kalau orang tak tau. konfem ingat show house. ececeh. haha. 

kalau housemate ada. susah cket nak kemas. baru mop. dia lintas. tak ke membara jiwa raga. takkan nak kepak kaki kot? extreme sangat. maka. untuk menjaga hubungan sesama insan. kita cuci kaw kaw bila dia takda. hehe.

yang pasti. walau lenguh tangan memberus. hati lapang okeh tengok rumah bersih, kemas dan berkilat. konfem lena mimpi indah pasni. yeha. 

26.12.13

Maafkan dakuuuu

anugerah cikgu blur tahun ini jatuh kepada

cikgu sarah baharudin *mexico waves*

alkesah nya...

satu student dari china datang kasi nota. nota terima kasih kerna ajar dia english. serius terharu pabila dia tetibe berkata "can you check my note?"

maksud nya. buka dan baca lah. tapi apakan daya dapat cikgu bengong cam aku. aku dengan muka excited buka nota. baca dan baiki grammar dia dengan pen merah.

hahahahahaha.

aku serius ingat dia suruh baiki. aku siap terang penggunaan yang salah bagai. dia diam je tepi aku. angguk pun macam takda semangat. bila aku pandang muka dia. baru tersedar muka sedih berbaur pasrah. 

OMG 

aku berdosa bangat. haha. lepas tu aku cover lah balik cakap banyak improvement english dia. dari tak paham sekarang dah paham. cuma ada sikit je kesalahan grammar. pastu aku cakap good job. dia senyum lah cket. 

lega ceq *urut dada*

adoih lah. pasni kene dengar dan paham bebetul. tak pepasal kecik hati budak tu. oh. maafkan daku wahai student ku. heh.

25.12.13

Natal


merry christmas buat rerakan kristian 
dan
happy holiday buat warga sedunia

kepada sherry
thanks for the gift.
serius terharu student kasi hadiah. patut wajibkan smua student kasi camni. haha. 

cuti woi. cuti.

22.12.13

Mangsa banjir

dengar kabar mangsa banjir chukai selamat tiba di kuala lumpur. lepas dengar berita. lantas aku pulang ke ampang dengan hati riang. balik raya pun tak excited camni. heh. 

peh. sumpah rindu sama mak ayah aku.

mak ayah aku susut cket badan. penat cuci rumah gamak nya. sian mereka. tengok gamba. rumah memang kosong gila sekarang. dah memang barang tak banyak. makin kronik lenie. kalau orang tak tau. mampu syak baru pindah okeh.

yang pasti. sakan aku lepak celah ketiak minggu ni. sampai depa plak serabut. bila lagi kan? cepat angkat ketiak, cepat. haha. 

walau rumah dah kosong semacam. pedulik. yang penting mama ayah selamat dan sehat. itu paling utama. perabot takda ketiak. tak bes. heh.

aghhh. nak balik chukai. 

19.12.13

Katakan tidak


insan: sarah. honest.
lokasi: burger abg burn, nilai
mood: suam suam kuku

arini sesi ekplorasi bandar nilai bersama encik honest dari zimbabwe. mau belanja makan kata nya. aku on je lah. bab bab makan ni memang payah nak tolak. kelemahan utama tuh. nasib bukan superhero. senang je ditumpas nemesis kalu tak. haha. 

pusing punya pusing. las las aku bawak dia pi food court nilai. choice banyak. harga pun okeh. tapi silap. dia sorang je umpama malam tanpa bulan. ayaaaat. haha. dia chill je tapi aku plak tak bes. smua dok pandang dia. pastu pandang aku.

pakcik. makcik. salah ke saya jalan dengan afrikan?

sebab smua dok usha. aku tapau je lah. makan lokasi lain. pakat oder burger chicken chop (macam bes) dan burger daging cheese leleh (merisaukan). ingat cket. sekali dapat amekau. gila tebal. 

nak jadi cerita. honest takmo makan plak. susah kawan dengan herbivor camni. tak pepasal aku dapat 2 burger. maka makan lah aku dengan hati nan ceria. 

orang tetua cakap orang tamak selalu rugi.

memang tepat sekali. aku tamak. makan dedua walau dah kenyang. niat nak merasa, sekali terabes plak. kacau jiwa.

dalam perjalanan pulang ke mantin. aku pening. overdose burger. kolestrol naik agak nya. haha. serius kronik. sampai rumah terus baring. serius kronik. ntah apa honest mandram burger. hm. honest gak kene. haha.

pape pun. aku nekad. walau sedap. no more burger. jauhi selama sebulan dua sampai tahap kolestrol kembali normal. kepada honest. pasni belanja pizza plak. wehuu.

14.12.13

Seribu tahun

pertama kali dalam sejarah kehidupan aku.

ngak pulang ke ampang di hari minggu.

bukan setakat itu je.

aku siap duduk mantin. melepak kat rumah.

gila ajaib. sampai aku pun masih terkagum. macam di awangan je. selalu mesti merayap ntah ke celah mana. tapi minggu ni serius takda mood. nak makan pun malas. em. iye iye je. haha. 

aiyok. tetibe penat nak type. sabo je lah. hehe. okeh okeh. ayuh luang masa kualiti di rumah sewa. oyeah!

12.12.13

Barakah

tengah pura pura rajin bekerja. tetibe muncul encik nondo disebalik kabinet. ececeh. bajet kiut lah tuh. tabah. 

dia terus heret kerusi dan duduk tepi. nasib aku tengah utube benda senonoh. cuba kalu tengah usha redtube. hancur reputasi. haha. 

nondo tercungap kot. muka penat abes. ingat apa lah tadi. sekali dia buka mulut terang nape dia datang. terharu ceq. mau mengalir air mata jap. heh.

"i'm here to ask for your blessing. i have exam after this. will you wish me luck?"

mak aih. terkedu okeh.

tak pernah orang mintak restu aku sebegitu rupa. dan aku dengan muka macho terus memberi berkat kat nondo. peh ayat. macam power je. huhu.  

lepas je dapat restu. nondo senyum. bangun dan terus ke exam hall. camtu je. gila random. dan aku macam blur jap. mimpi pun tak dramatik camni. 

em. heharap dia wat exam okay. kalau tak, konfem dia tak mintak restu aku dah pasni. haha.

6.12.13

Merdeka


arini. tamat sudah kelas hle3133 bersama budak degree.

yesh! *sambil tumbuk langit*

tiga bulan aku menderita ajar esei kat student dari china kot. dah lah tak pandai english sangat. kerek plak tu.

lima puluh empat budak.

ramai gila. pernah seketika ingat aku di china. konpius jap. heh. dan lebih separuh mengada. stress betul lah. nasib aku separa cekal. kalu tak. mau terbalik meja kerusi dalam kelas. haha.

lepas ni marking paper. pedulik. janji tak tengok mereka. dah cukup lapang hati ini.

bahahaha. suke suke *sambil tanda paper*

4.12.13

Lemas


arini. bandar chukai. tempat aku membesar. hanyut ditenggelam banjir. 

teruk kali ni.

selalu rumah aku paling tinggi takat separuh peha. tahun ni? paras bahu. habis barang rumah smua. dugaan. separuh kawan aku. rumah hilang terus dimamah banjir. besar lagi dugaan mereka. 

aku, sheena dan amin kat kl. tapi mak ayah aku di chukai. barang smua hanyut. tapi Alhamdulillah mereka selamat. itu paling penting. barang boleh di ganti. nyawa?

sekarang mereka berteduh di rumah kawan sementara. dengar berita. 

chukai lumpuh.

lumpuh sesungguh nya. jambatan runtuh. bekalan makanan tiada. minyak habis. elektrik takda. air bersih takda. telefon pun tak dapat.

aku nak pulang pun tak bleh. kuantan pun banjir. pasti tersangkut di daerah maran. sejam dari chukai. aku harap. hujan akan berkurang secepat mungkin agar banjir surut.

aku nak balik. nak tengok mak ayah aku. nak tolong cuci rumah. tolong orang yang memerlukan. apa yang termampu.

tapi sekarang?

hanya mampu duduk di rumah sambil tunggu update terkini dari kawan di chukai melalui facebook. stress siot.

Ya Allah. selamat kan lah keluarga, kawan dan smua warga chukai. Ameen. 

2.12.13

Partey


wahai miss gita
selaku teman sekerja dan serumah

selamat hari jadi ke 42

smua dapat kewarganegaraan suatu ketika nanti. 
ye ye je. haha.

malam nanti kita partey.
woot woot.

1.12.13

Pikachu


myvi SE 1.5 auto

kereta baru aku sudah tiba arini. sumpah berdebar gila masa sign borang. tetibe terasa macam dewasa yang penuh tanggung jawap je. eh eh. bukan dah ke? hehe.

lepas dah settle borang cek keta bagai. dapat kunci secara rasmi. masuk kereta. tutup pintu. tarik napas.

aaaaaaaaaaaaaaaaagh.

jerit macam orang gila. excited siot. mana tak nye. harta  pertama bawah nama aku kot. baru myvi. kalau kereta porshe ke apa. mau berbuih mulut aku. haha. 

bawak seround dua. memang selesa dan besar berbanding cik oren dulu. walau cik oren pun best sebab senang selinap masuk. myvi memang lebih luas dan selesa untuk jarak jauh.

em. excited excited jugak. lepas ni bermula lah bayar duit kereta bulanan. maka kurang lah ongkos untuk travel. takpe lah. u lose some, you gain some. ye dok? heh.

pape pun. trimas buat mak dan ayah aku yang banyak tolong dalam hal kereta ni. dan kepada cik kuning. 

selamat datang.