31.1.12

Pembuli jalanan

tengah shiok memandu secara berhemah. tetibe ada van gila mana ntah masuk lane aku.

haram jadah.

serius rapat. dah la signal tak kasi. aku pun pakat emergency break ah. hon dua kali. dan dengan muka bengang. pintas van sial tadi. sambil pintas. kasi pandangan

"woikorangbelajarkeretakatnepalkememangdasarnakmampus"

dan ketika itu. aku sedar..

tu van polis.

dan penuh dengan polis. smua pakat pandang aku dengan pandangan

"gilaotaiminahnibleyhonhoncamnijomtangkapdiakasiduduklokap"

macam siot. tapi aku tetap maintain pandangan maut. takmo kalah tuh. otai kampung seh.

lepas je van tadi. aku serius takle blah. bley plak buli van polis. memang dasar nak duduk lokap tol. tabah.

lantak. sapa suh main masuk lane sukati je. cuba eksiden ke apa. aku gak merana.

tapi serius. nasib aku tak kasi 'magic finger'. memang sah sah aku blog dari lokap gamaknya. haha.

pape pun. dem u polis.

30.1.12

Tabah

14 jam.

jumlah jam sherly tido dari semalam. smua nya gara gara atv. hm. penat gila minah neh.

tido tak gerak kot. keras semacam je atas tilam. sampai aku kene cek nadi 2 kali. risau gak umah aku berhantu nanti. haha.

haish. tu baru atv dah penat camni. kalu dia pi skytrex. konfem koma terus. haha.

29.1.12

Dejavu

serius weh. macam dejavu. mana tak nye. pegi atv dua hari berturut turut. dah la timing sama. pakej sama. harap orang je lain. tu pun tetap genap berlima. haish. tapi takpe. mampu lepas gian merempit dalam hutan. serius bes.

selalu nya pi berempat. kali ni. aku ajak sherly. kecoh gila nak ikot. ok fine. kali ni aku kasi. bukan apa. minah ni gila fragile. tak penah aku jumpa orang camtu. dugaan idop tol. haha.

time training. dia punya la cuak nak bawak atv sendiri sampai depa kasi 1 dreba untuk dia. haha. tapi okeh la dari tak masuk hutan langsung. berbaloi gak la duit dia bayar. tapi yang tak bes nye. dia terpisah melainkan kat air terjun. tapi takpe la. a for effort. huhu.

dah mengila mandi air terjun. balik base. bley sambung mandi kolam air bukit plak. haha. konfem kami smua keturunan duyung. cewah. haha. sampai jam 1 gak la lepak situ. serius lama. aku semalam sampai 11 am je.

mandi. tuka baju smua. drift ke festival city. aku cadang makan di bee won. serius bes weh. smua pakat makan macam tak makan setahun. kene plak tadi berenang tak hengat. tabah.

[ supreme 4 ]

[ minah rempit gred A ]

[ k.a.m.i ]

[ ikan duyung kubang pasu ]

[ semakin jelita. tetibe. haha ]

[ lepas gian di kolam air bukit ]

[ sesi mentekedarah di bee won ]

[ sumpah sedap. slurppp ]

pape pun. bebudak tu seronok arini. tu yang penting. lepas ni. aku nak wat sesi makan besau pulak. yummy.

28.1.12

Kami dan ATV

lokasi: kg kemensah
insan: baharudin sekeluarga
sempena: sesi ATV
mood: rempit environmentalist

sampai lokasi jam 8.50am. mak aih. sunyi sepi. ingatkan lewat ke apa. smua pakat rempit tanpa kami. rerupa guide baru bangun tido. sabo je la. nasib aku cekal. kalu tak. mau nye aku join sambung tido. gila ngantuk. ugh.

isi borang cket. bayar baki. briefing. dan terus training. cuak gak memula. ye la. takut aku tanpa sedar wat willie ke apa. cewah ayat. haha. tapi bila dah naik turun bukit sekali. konfiden la cket. pusing dua kali. konfiden lebih. pusing tiga kali. ok. konfem bley jadi guide. haha.

lepas lulus training. terus masuk trek sebenar. misi arini. ke air terjun kubang pasu atau nama glemer nya sofea jane. sabo je la aku. gila beza kot. kubang pasu dan sofea jane. haish. memang dasar wannabe betul air terjun ni. tsk.

mencabar gak route ke air terjun nun. naik turun bukit macam apa je. dah la banyak gaung. silap pusing. konfem terbang. tu smua pakat rempit dengan penuh konsentrasi. bagus. sungguh bagus.

sampai je air terjun. bapak aku paling ceria. tak sempat aku nak turun atv. bapak aku dah terjun waterfall. katanya. dah 30 tahun tak mandi air terjun. kene plak bapak aku neh kampung boy. dah rupa jejak kasih antara baharudin dan air terjun dah aku nengok. hehe.

dalam 30 minit gak la lepak air terjun. tak tahan sejuk beb. sambung rempit pulang ke kem. dalam 3.5 jam gak la sesi. patut 2 jam setengah je. tapi ntah mimpi apa guide baik hati arini kasi extra sejam. dan kami. dengan hati terbuka terima. cewah ayat.

mak aku memula jual mahai nak pi. las las dia yang seronok. siap suh aku plan lagi program keluarga seterusnya. baik bos! ingat nak anjur river tubing. macam bes je. dan ayah. terima kasih sponsor kami.

[ jom kidnap satu balik ]

[ kami yang suka beratur ]

[ perjalanan ke air terjun ]

[ secun sofea jane ]

[ hiking ke air terjun ]

[ ok. ini bukan penunggu kolam ]

[ batu belah batu bertangkup ]

[ amin. sheena. aku. mama. komunis ]

23.1.12

Angpoa lai lai

selamat tahun baru cina
gong xi fa cai

jom makan limau sampai pitam. wehuu

21.1.12

Anak mithali

itu adalah aku.

hm. serius perasan. haha. tapi serius mithali weh. buktinya?

bukti satu
aku adalah insan paling seronok arini. sebab mak ayah aku turun kl. bukan sehari. tapi seminggu! [ suara latar: uuuuu.. lama nyee ]

bukti dua
aku punya la excited sampai cuci satu umah beb. makcik cleaner pun tak serajin aku. haha.

bukti tiga
setiap sejam. pasti aku sms tanya dah kat mana mengalahkan call centre.

bukti empat
aku sangat semangat tunggu mak ayah aku sampai lupa nak tepon dan lawat ain dan sumayya. oh ain. sori amat. eden lupo.

bukti lima
sangat semangat sampai terus tulis entri ni. haha.

hm. cukup la lima. malas nak kasi bebanyak. bukan dapat markah pun. haha. yea yea mamayah datang.

19.1.12

Dana untuk masa depan

arini. aku dengan jiwa abes kental ke gombak untuk buka akaun EPF. walhal keje dah lama kot. tak pernah ada EPF. tsk. rugi rugi.

tapi apakan daya. asyik keje part time je. jadi kali ni. aku nekad mau buka akaun. walaupun kali ni keje projek-based je. aku tetap mau pow dwet uia. haha.

walau gaji aku ciput je. pedulik. janji uia tambah 13 percent. sapa yang untung? ana jugak la untung. bes bes.

siap je akaun tadi. terus ke uia anta nombor EPF. memang cemerlang la kau sarah. yang penting. aku dah ada EPF sekarang.

hip hip horey.

18.1.12

Pergi meninggalkan aku

arini.
sheena ke danang, vietnam.
pergi meninggalkan aku sendiri.
tragis. sungguh tragis.


encik tony fernandez.
sila sponsor saya.
saya janji akan joget seribu zaman.
pasti tak menyesal.

ugh. mau travel jugak.

15.1.12

Yok tambah ilmu

lokasi: muzium kesenian islam malaysia
insan: baharudin sekeluarga
mood: dahaga ilmu. ececeh ayat.

ok. harini konfem hari keramat. mana tak nye. aku sekeluarga lepak muzium kot. walau aku suka muzium. tapi tak penah terlintas mau lepak sekeluarga. abes ilmiah seh. haha.

aku penah je datang sini tapi tak penah plak masuk galeri. datang amek gambo je. maka arini. ari pertama aku masuk galeri. mak aih. lawa siot. memacam ada. memula macam malas. bila dah masuk. amekau. tak reti nak kuar. haha.

tapi serius weh. shok gila. tolong la pi lawat. bley plak tolong promot. hm. harus mintak komisen camneh. haha. paling penting. pameran dia gila superb seh. tak pepasal aku tolong bangga kita ada muzium bertaraf dunia camni. hebat.

dalam 2-3 jam gak la lepak. pastu kene halau. sebab dah nak tutup. chait. baru nak menghayati. ampeh tol la. sumpah pak guard jadi tiket muzium baru tau. tetibe. haha.

nampak nya misi keluarga muzium kali ni sukses. yok ke muzium orang asli plak. wehuu.

[ maskot muzium islam ]

[ mama & sheena di cafe yang serius amat ]

[ sponsor utama ]

14.1.12

Makan besar

lokasi: bens klcc
mereka: baharudin sekeluarga
sempena: birthday amin

selepas hangat berdebat dan berdiskusi bersama keluarga. akhirnya. kami bersetuju secara berjemaah untuk santap di bens klcc sempena harijadi amin yang ke 20.

huish. nak cari tempat makan pun susah. siap kene debat apsal bes apsal tak bes. las las mak ayah aku selaku kerajaan menang. mana tak nye. dieorang tukang bayar nye. chait. haha.

memandangkan amin berusia 20 sekali seumur idop. mak aku dengan murah hati melampau kasi kami oder apa je yang kami nak makan. mau je aku oder chef dua. tapi cancel. tak kenyang. haha.

las las. kami berlima. oder seploh hidangan. gila lah. macam tak makan setahun. memang dasar piranha tol la. yang lagi power. abes lincin seh. ternak cacing kerawit ke apa neh? tabah.

bila nak bayo. abes smua pakat teka harga. datang bil. dalam rm200 gak la. terkejut jap. hm. agak murah. cewah. kerek gila ayat. mentang mentang mak aku yang bayar. haha.

tapi serius. untuk seploh hidangan yang majoriti sedap. berbaloi baloi. dah la tempat lawa. servis pun okeh. memang cun sangat lah. bes bes. terpaksa la datang sini lagi. ececeh. heh.

pape pun. terima kasih ayah mama sebab belanja makan. esok lusa belanja la lagi. wehu.

11.1.12

Separuh iman

sebab aku busan. jom berteka teki. siapa dapat jawap. memang genius. dan mampu menang hadiah percutian 3 hari 2 malam di rumah sendiri. woooow.

soklan: apa yang separuh dari iman?
jawapan: kebersihan

ok. sebab aku tanya aku jawap. maka aku lah genius. haha.

sekian.

9.1.12

dua.puluh.

ini aminuddin baharudin
satu satu nya adik aku

selamat hari jadi

smuga dikau berjaya dunia akhirat
sayang kamu bagai bintang di langit

7.1.12

Jatuh dari langit

bukan hujan. bukan taek burung. bukan kapal terbang.

tetapi rezeki.

bwah-ah-ah. gila seronok aku. tak sesia aku cekal empat hari lepas masa kene bayar servis keta. shukur alhamdulillah.

ke uia tadi. diminta isi borang gaji. ingatkan dapat la dalam enam ratus camtu. dah nama keje part time kan?

tup tup

dalam dua ribu gak la. sebab aku dengan slumber nya lupa claim gaji bulan lepas. dan rektor. kasi aku bonus tujuh ratus. tanda terima kasih sebab aku banyak tolong buku dia aritu.

tapi aku rasa sebab dia terharu aku pi kenduri anak dia. haha. huish. lega amat. boleh la aku pi merantau lagi. wehuu.

thanks Allah :)

3.1.12

500

okeh. ini bukan sequal crita 300 yang pelakon gila gagah tahap meleleh air hidung aku tengok. ini adalah jumlah dwet aku yang melayang arini.

smuanya gara gara aku pi servis kereta wat pertama kali nya. terima kasih kepada perodua servis. ugh. gila sadis. nasib aku kuat iman orangnya. tetibe. haha.

aku ingatkan tak lebih 300. sekali cek. mak aih. 500. sebab kene tuka timing belt smua. tapi pepikir balik. baik aku bayar je extra dari timing belt putus. mau kene beli engin baru kalu iya. lagi sadis.

500 pun 500 la. lantak. janji kereta aku sehat dan gagah seperti pahlawan 300 sekarang. hm. terubat la cket hati aku neh. haha.

2.1.12

Lagi lagi kenduri

arini. kenduri anak rektor uia di putrajaya. serius malas memula nak pi. dah la aku tak gemar kenduri. kat putrajaya nun plak tu. ayayai. kombinasi dua benda yang tak bes.

tapi dah nama rektor bos aku. kang tak datang. tak pepasal aku kena pecat. cewah ayat. abes dramatik. haha. maka. berbekalkan keazaman dan perut kosong. aku, sheena dan shan lantas drift ke putrajaya. hm. memang dasar pekerja tahunan. hebat. heh.

sampai je. terus usha makan. serius lapaq weh. sampai takle pikir tahap sifir 2 pun aku lupa. bukti betapa lapar nye aku. tabah. dan aku seperti biasa. layan kambing je. sampai aku pun konpius. aku sendawa ke mengembek tadi. haha.

dah kenyang smua. pakat jumpa rektor sat. salampelukcium. layan teh tarik jap. pastu dengan pantas cabut balik. bukan apa weh. lagi lama aku lepak kenduri. lagi terasa macam kat uia. gila bersepah staff uia kot. ee.. larik..

pape pun. tahniah buat pengantin baru. dan trimas rektor kerna ajak kami memeriahkan majlis. lain kali. ajak la lagi. cuma lain kali. please please pastikan ada kambing golek. oksekianterimakasihbabai.

1.1.12

Broga telah ku tawan

mereka: sarah. hadi. epah
lokasi: semenyih
kerna: sesi mendaki broga
mood: hendak seribu daya

sempena menyambut tahun 2012. aku dan teman sebaya. peh ayat. geng bus skolah abes. haha. ok ok. aku. epah dan hadi dengan semangat nan jitu pun pakat lah mau tawan cik broga. bebalik tengok bungapi. apa barang. jadi tahun ni. bikin benda lain cket. baru mengancam. layann. tahun depan daki everest plak. cewah. haha.

pepagi buta dah bangun bersiap okeh. ayam pun lena lagi. bukti betapa cekal nya kami. heh. dalam jam 6 dah drift ke semenyih. agak jauh tapi jalan kosong. terbaek. 20 minit kendian. sampai tapak broga. ok. masih gelap. cun. tapi keta dah penuh kot. huish. kira ramai lagi insan lebih cekal dari kami. chait.

tak warm up tak apa. berbekalkan keazaman. kami terus daki. ingatkan kacang je. rerupe. mak aih. gila semput naik broga. walau 1.7km je ke puncak. vertical okeh. haram tol la. nasib aku bertenaga waja. haha.

setengah jalan. aku dan hadi dah mula berbuih mulut dahaga. usha air. tak jumpa. rerupa air kat epah nun di tapak bukit. ugh. abes dugaan neh. suku jalan. epah sakit perut. jadi dia lepak bawah. yang lagi bes. kunci keta kat hadi. bagus sangat la tu. maka terpaksa la epah lepak luar keta. ni la balasan untuk mereka yang pegang air insan dahaga. haha.

tapi aku dan hadi tetap teruskan usaha. alang alang dah setengah jalan. rugi kalu tak sampai punca. cuma pelan cket. sebab takda air. damn u epah. haha. sampai je atas. peh. terdiam jap. serius lawa. memang tak sesia la sampai atas. berbaloi la aku semput macam apa je. heh.

sempat la tengok sunrise walau kejap je. pastu apa lagi. pakat begambo kalah supermodel. kene plak hadi baru beli kamera baru. terbaek. terus kuar inner model aku. haha. matahari naik. baru turun. sebab makin panas. dah la aku kacok vampire. tak tahan panas. ye ye je. haha.

yang penting. broga telah kami tawan. woot woot. yang bermaksud. tahun 2012 bakal menjadi tahun yang bes. tetibe. haha. pape pun. well done sarah. well done.

[ broga di pagi hari. indah amat ]

[ hadi dan kekasih hati nya, dslr ]

[ abes supermodel la tuh. haha ]

[ aku dan epah, budak sakit perut ]