31.8.10

Me me merdeka

aku tak gagap. itu bukti betapa patriotik nye aku.

wahai smua rakyat malaysia. juga pendatang asing.

salam merdeka ke 53

jom nasi lemak.

26.8.10

Hutan simpanan sendiri

tengok kaki kanan.
teringat taman negara.

tengok kaki kiri.
terkenang hutan simpan amazon.


hm. aku memang pecinta alam. tabah.

25.8.10

S & M

kurang air.
cuaca panas.

tak pepasal aku dapat 2 ulser. tapi takpe. tu tandanya aku posa. ececeh.

kerna takda bonjela. aku guna ubat tradisional. garam. sapu kat ulser sehari 2 kali. sumpah pedih. tapi wat gak.

hm. tak sangka aku S&M. lepas ni bley beli cemeti plak. up cket.

woi. jangan tenung lama2. batal puasa

24.8.10

Aku pun tak paham

kak ti: sarah. convention tahun ni sarah incaj.
aku: huh?. heh heh heh heh.

jangan tanya apsal aku gelak slow mo. aku pun tak tau. gila misteri. tapi tu la benda pertama aku terpikir nak balas.

hm. sah aku mengidam nasi kerabu. dem.

23.8.10

Ciri-ciri raksasa buku sejati

ok. sejak akhir2 ni aku dilanda kemurungan. terutama bila dah abes baca buku harry porter. idop rasa tak bermakna lepas snapes mati. tsk. tapi idop harus diteruskan. oleh kerna itu.

aku beli buku baru. bwahaha.

mahal setann. rm67. tapi suka punya pasal. beli gak. kak aku tong rm37 sebab dia dengan slumber nye tinggal buku aku kat genting. sian plak bila terkenang. mesti buku aku sejuk. hm. ok. sambung.

tajuk: book of lost things
penulis: john connolly
genre: fiction. fantasy. macabre.

macabre. genre kegemaran. benda twisted memang seronok dibaca sambil makan twister. tetibe. haha. <-- excited dapat buku baru.

ok. abaikan. nak pi baca buku. tata.

weeeee~

22.8.10

Dugaan di bulan Ramadan

ok. arini ari paling tak bes aku rasa dalam ogos.

kerna?

aku kena tuka supervisor thesis.

dari dr. mas ke dr. normala.

walaupun dr. normala tu idola tak rasmi idop aku. aku tetap penin sebab tetibe kene tuka. aku dah siap proposal kot. walau alasan diberi agak kukuh. kene tuka pasal specialization. aku tetap rasa terbuang.

sapa-sapa yang terdetik nak ceriakan aku. bley nanyi dikir barat otromen. gerenti dah tak kemurungan.

tabah.

21.8.10

Tammat

matlamat: abeskan 7 buku harry potter.
tempoh: 3 minggu.
misi: sukses.

jenuh aku nanges masa baca buku las. kene plak bila snapes mati. gila tragedi. sumpah sedih. adoyai j.k rowling. apsal ko kasi snapes mati?. tak pepasal aku berkabung 3 hari 3 malam. tsk.

dah la tu. rasa tak lengkap idop sejak abes baca harry porter. bukan apa. tetiap hari selama 2 minggu kot aku berteman cerita tu. sampai tido pun mimpi voldemort. bajet macam aku je harry potter. haha.

ok la. nak sambung meratapi kematian snapes.

18.8.10

Memang murni betoi ah

testimoni

epah: memang bes ah. tido pun mimpi beb.
hadi: superb!. sampai menjilat meja. (ok. ni aku reka).

haa. tau takpe. demi restoran murni, pj. lautan api sanggup ku redahi. ececeh ayat. gila pembohong. huhu. ok. yang pasti. restoran murni ni abes murni ah.

makanan sedap. portion beso. bagus chef ko tak kedekut. tokey!. up cket gaji!. (sukati je) pastu murah plak tu. ni yang wat aku menitis air mata mengenangkan bertapa memahami nye tokey kedai ni terhadap perasaan pelanggan smua. tokey. ko memang layak jadi dato' sri. tepuktepuk.

aritu aku pun bawak la epah & hadi pi makan kat situ. depa cakap blom sampai. isk. mana bley camni. mana lengkap hidup kalu tak makan chicken chop spesel murni okeh. ni bukan sebarang chicken chop.

a
da ke patut dieorang kasi dua ayam. pastu tengah-tengah letak cheese. ni bukan chicken chop. ni penyalahgunaan kuasa!. tapi takpe. sedap punya pasal. urgh. menjejeh air liur aku teringat. bes bes.

jadi. aku oder chicken chop (silap oder. sabo je la). hadi oder chicken chp spesel (ni yang aku nak). epah oder piza dragon sebab nama dia macam bes. dan kami makan macam tak hengat dunia. isk isk.

rerakan. laen kali kita serbu kedai william plak. abang tokei murni. woot woot.

16.8.10

Cemerlang

kan bagus kalu anak mama baca buku blajo macam baca buku harry potter (zarinah, 2010)

aish. sempat lagi camdek. nak wat camne. cuba skolah wat harry potter jadi buku teks utama. gerenti jadi bes student punya la. heh.

oh ya. aku dah katam 5 buku harry potter. woot woot. gila semangat. huhu. 2 more to go. :D

13.8.10

Ujian hari ke tiga

suatu ketika di opis iimu.

prof: sarah. i haf work for u.
aku: oh. ok.
prof: i want u to compile all public lecture from 2002-2010.
aku: huh?. aiseh. cann.

uish. 2002 tuh. time tu aku kat sekolah lagi. maen lastik kapor kat nerd sekolah. aish. tapi sebab aku bajet pekerja cemerlang. aku terus angkut 4 fail public lecture. lemah. tengah bahgia compile list. kena panggil dengan prof lagi. apakah?.

prof: sarah. are u writing a phd?. haha

setan. sempat lagi perli aku. weh. banyak kot. aku compile dari 2002-2004 je dah dekat 50 tajuk. tu ada belen lagi 6 tahun kot. tsk.

aku: prof. its a lot.
prof: sopi. when did i came to iimu?
k.sopi: erm. i think 2005 prof.
prof: ok sarah. start from 2005-2010.
aku: huh? (berbuih mulut)

aku dah wat sampai 2004 kot. sabo je la den. nasib aku tak amuk terbalik meja dan prof sekali. haha. ok. aku pun pi la sambung compile dari 2005-2010. dalam 20 minit kendian. dia datang kat aku. dia tengok apa aku wat. dia tak sangka banyak kot. lalu dia berkata-kata

prof: sarah. all this?
aku: yes prof. before this we organise weekly talk. dats why its a lot.
prof: i wanted international speakers only actually. u dont have to compile all. only the international speakers.
aku: huh?. (berdarah hidung)

astaga. awat la tak cakap awai-awai. kan senang idop aku. dah la tuka arahan dua kali. pastu nak aritu gak. nak tak nak. terpaksa la aku duduk opis. orang balik 4pm. aku balik 630pm. abes cemerlang. tsk.

prof. nak bonus raya!. (emo)

12.8.10

Kesahuran

tak penah bangun pagi. kalu bangun pun. liat nak mampuih. guling sejam dua. baru mampu bangun. ntah pape.

tapi bila time posa neh. pandai plak bangun sahur. tak payah pasang 10 alarm. tepat je jam 5. dah terkebil-kebil lapaq. gilos. gila semangat bangun semata-mata nak makan

oatmeal krunch cicah nesvita.

argh. sedap menggila.

oh nestley dan munchys. meh lantik aku jadi duta meh.

berangan.

11.8.10

Dia datang..

ramadhan tiba gak selepas setahun tunggu. bes bes. smua orang.

selamat bersahur.

selamat berpuasa.

selamat berbuka.


dan


selamat bertrawikh. :D

9.8.10

Cakap tak serupa bikin daa

lokasi: klcc
insan: sarah. mama. amin. ayah.
mood: penin lalat.

mama: sarah. amin. meh mama beli baju raya terus.
amin: ok.
aku: takmo la. baju kurung sudey. baju lama elok lagi.

mesti smua orang nak anak macam aku kan?. huhu. maka tawaf la kami di klcc nun. usha jeans raya untuk amin.

sejam kendian.

ayah - digital frame
mama - takda pape
amin - usb. keyboard protector.
sarah - baju raya

bengong gile. aku yang takmo. las las aku yang dapat. betul la apa kata orang tua-tua. jangan cakap takmo. nanti tu yang dapat. memang terbukti itu ari. hm. oleh kerna itu.

aku takmo johnny depp.
aku takmo johnny depp.
aku takmo johnny depp.

berkat 3 kali sebut. haha

8.8.10

Rosak.. rosak

kini aku ketagih harry potter. tetiap hari wajib layan buku sampai aku tak dapat bezakan realiti dan fantasi. pegh. gile ah ayat. mesti cikgu bm aku dedulu bangga. heh.

senjak dua menjak neh. smua benda aku cakap. mesti kait dengan harry potter. so. aritu aku sibuk la dok stori pasal animagus kat adik beradik aku. sebab konsep tu macam bes.

oh ya. animagus ni wizard yang mampu berubah jadi binatang secara rela. adik adik. sila jangan cuba di rumah. hukum nya syirik. tetibe. huhu. ahh. abaikan. ok. pastu. aku dengan semangat jitu pun berkata-kata.

aku: haa!. kalu saya jadi animagus. mesti saya jadi padlock!

adik aku terus wat gaya padlock. aku ingat dia tengah ekspresikan diri. sumpah buruk. tsk. kakak aku yang dah katam smua buku harry potter plak. terus ngeluh. aku blur. sampai la dia berkata-kata.

sheena: jadi padlock wat pe. padfoot ahh.

urgh. gila terhina masa tu. tahap mampu saman malu kat JK Rowling. huh. takmo kawan

7.8.10

Cinta baru

memula ketagih nasi sardin.
pastu tuka ke biskut dark choc plak.
kendian. berubah ke tempe. idop jawa!.
dah busan. cari so'un. meleleh.

sekarang?

biskut oat krunch.

pastu cicah nesvita french vanilla oatmeal drink. urghh. tahap estasi seyh.

dah lama aku tak ngidam benda berkhasiat camni. hoho. aritu borong 3 kotak dan 1 plastik besar oat krunch plbagai perisa. gile la. bley tahan samapi raya camni. kalu tak abes. orang hidang biskut raya. aku hidang biskut oat krunch. hehe.

wahai kilang biskut Munchys. celek cket.

5.8.10

Zaapp

arini. potong rambut sendiri.
sebab tak mampu tengok kondisi rambut belakang.
potong ikut naluri je.

aku yakin senget tapi takpe.
anggap je la tu fesyen.
yang penting.
aku sep duit. tak baek membazir.
amalan shaitan. ececeh.

4.8.10

Expelliarmus!

2 tahun: cubaan menjauhkan diri dari baca buku harry porter
alasan: takut addicted

minggu lepas: aku tumpas
6 hari: 3 buku pertama abes dibaca

makan tak kenyang.
mandi tak basah.
tido tak lena.

ashik teringat harry porter je. masalah beso neh. ugh. tapi ko memang bes.

cik ron weasley. i want your baby. bwahaha.

sewel.

2.8.10

Bahasa melayu itu indah

iimu riuh gile. smua tengah bincang mana nak pi untuk FLUF akan datang. kalu tanya aku. aku letak tempat jauh-jauh. kalu tak jauh. aku propose umah aku. sukati je. huhu.

las. las. dieorang cadangkan gambang. ada water resort kat situ. hm. menarik gak. aku tak pernah sampai lagi situ. dah la aku memang suka benda free neh. layann.

tetibe. usamah jejaka muallat dari mekkah berkata-kata:

dia: mana kita nak pegi kak sarah?
aku: gambang. pahang. bley lari balik umah jap. uuu.
dia: apa nama tempat tu?.

lalu aku dengan konfiden yang amat menjawap

aku: nak pi GAMPANG.

(bunyi cengkerik sesat)

usamah blur abes. tak paham. maka bermula lah sesi menerangkan maksud gampang. haish, masalah neh. laen pikir. laen yang kuar. nasib aku bukan cikgu tadika. kalu tak. awai awai dah kene pecat. tsk.