31.12.10

Akhir. dua. sifar. satu. sifar.

cepat gile masa berlalu. pejam celik pejam pelik. dah nak masuk tahun baru. haish. takle jadi ni. rasa macam banyak lagi benda tak wat. oleh kerna itu. aku pun nekad nak wat sesuatu sebelum abes 2010. dari membuta sampai petang. baik aku wat pape yang bajet berfaedah.

jadi aku. una dan intan pun pakat panjat batu caves. memang takde keje tol la. haha. tapi benda itu harus di buat. ada ke patut duduk gombak hampir sedekad. batu caves tak pernah jejak. orang dari India pun dah sampai. haish. tak bley jadi ni. bley tercalar ego camni.

aku bangun pepagi buta seh. gile semangat. terus datang uia. jumpa una dan intan. pastu gerak sekali ke batu caves. cuaca ok. mendung cket. kan bes kalu snow terus. hehe. baca bismillah jap. terus panjat dengan semangat membara. setengah jalan. semput. ntah pape.

bila penat. usha permandangan kl. tak pun usha monyet panjat tangga. gile kagum. tak penat ke monyet tu. steady je naek. tak bley jadi ni. hmm. dalam 10 minit. sampai atas. gile anti-climax. aku hengat ada la 30 minit baru nak sampai atas. chait. kejap je rupanya.

dah la tu. pusing dalam gua tak sampai 5 minit. dah abes cover smua. lagi aku tensi. penat je aku bangun pepagi buta. tensi punya pasal. kiteorang pakat makan sarapan kat tepi sungai pisang. sanggup tuhh. haha. tapau nasi lemak sri gombak tiga siap air jambu.

terus drift pi sungai pisang. sampai je. cari spot macam bes. cari batu paling besar tu. bajet nak bertapa je. walhal nak pelahap nasik je. hehe. pastu maen air kejap sampai busan. lama jap tu. balik uia dan aku. balik ampang.

walau kiteorang wat aktiviti bajet bes walhal biasa je. aku tetap gumbira sebab aku akhiri tahun 2010 dengan benda baru. dari tergedik cari dress nak pakai time new year party. baik aku bermesra alam dengan.. err.. alam. bes bes. pape pun.

selamat tahun baru.





27.12.10

Kenduri. kenduri. kenduri

pengantin: along sherina
lokasi: seremban
insan: sarah. sheena. amin. shan
kereta: brue si viva biru

gile jauh pi kenduri. seremban tu. nasib naik brue. kalu naek bus atau ktm. memang aku kirim salam je la jawapnye. hoho. sampai je umah. salam keluarga pengantin. terus cari meja buffet. sumpah lapaq weh.

nasib makan bes. lauk kampung. ikan keli dengan apa ntah. walau aku tak makan ikan keli. baham gak tadi. mesti along terharu tahap leleh air hidung. bertapa menghargainya aku terhadap kenduri dia. ecewah. tapi serius sedap. aku dengan muka konfiden nye tambah dua kali setengah. burpp. alhamdulillah. hoho.

tapi satu je tak bes. bley plak bebudak basuh pinggan conquer set karaoke. pastu nanyi lagu patah hati. memang takle blah tol la. dah nama kenduri. kene la nanyi lagu ceria cket. bila kiteorang request lagu riang ria cket. bley wat muka. aku campak microphone baru tau. chewah. abes garang. walhal nak nanyi tak dapat peluang. haha.

pape pun. tahniah puan along sherina. tengok kenduri sapa plak pasni. hmm.

23.12.10

Tabah

konfem!
im one of the boys.
tak lebih dari tu.

well sarah.
time to move on.

dan syafa.
thanx for being there for me.

22.12.10

Usaha escalator kejayaan

serius aku dah mengidam sangat nak ronda. kalah kucing bunting 3 minggu okeh. rasa macam lama gile terperap kat uia nun jauh disudut hati ku.

korek tabung. masih tak cukup. adoyai. oleh kerna itu. kene la usaha lebih cket cari duit lebih. kalu tak usaha. memang ronda uia je la aku. gila pasrah. tsk.

maka. demi mengapai impian (ayat bajet bes). aku dengan paksa rela nye..

jadi typist kepada homam.

haish. bley tercalar ego bila pikir balik. tapi takpe. demi duit. dapat gak la lima hinggit satu lai. ada la dalam 17 lai nak type. makcik kayo la nanti. dah lepas duit airasia pi china tuh. bes bes.

dan secara tak rasmi nye. jari aku akan menjadi lebih sehat. mana nak tau dapat tawaran jadi model jari ke?. haha. macam siot berangan. pape pun.

yeay yeay. duit. :D

19.12.10

Hari paling best dalam dunia

nak turun HS. jalan sambil skip okeh.
print thesis sengih. siap nanyi nanyi.
bind thesis sambil gelak sorang sorang.
jalan ke department sambil sengih.

aku rasa. arini adalah hari paling bes dalam dunia. sebab arini.

aku submit thesis.


lepas je aku submit full thesis kat kak eda.
dada rasa lapang gile. aku tak reti nak terang camne.
yang pasti. aku sesak napas sebab lega sangat.

hmm. pape pun.

thesis dah antaaaaaaaaaaaaaaa. wahahahahahaha.

sekarang?.

kita enjoi dulu!. woot woot

15.12.10

Sukses

talk ke lapan aku handle tahun 2010

speaker kali ni macam ganas. dah la bley cakap arab dengan bes nya. nasib aku tau awal awal. takda la ngumpat depan. ecewah. bajet bley cakap arab je. haha. pastu fullbright scholar plak tu. abes dashat.

dan sebagai insan in caj untuk event ni. aku dengan riak nya mampu berkata event ni berjalan dengan lancar yang amat. bwah-ah-ah (gelak riak takbur). walau memula venue kosong. sumpah nak nanges rasa. tapi bak kata orang alim. doa orang teraniaya selalu termakbul. tetibe hall penuh weh. rasa macam nak wat chicken dance atas pentas je. lega siot.

dah la zetty cakap dr. foley cakap "thanks sarah baharudin who did tremendous job". ok. sila kembang hidung sekarang. haha. tetiba rasa sayang kat foley. walhal aritu nyampah sangat. hipokrit abes. cis. hehe.

oleh itu. terima kasih buat:

+ staff iimu yang banyak tolong aku
+ mereka mereka yang hadir
+ bro. rahman selaku jurugambar bertauliah

bulan depan kene wat talk lagi. haish. bley muntah darah camni. tsk.

14.12.10

Woot woot

sebelum ni. tetiap hari wat thesis. nyumpah je keje. sebab penat gile. tapi sejak tunggu correction siap. serius blur. tak tau nak wat ape. busan tahap dewa. ha. tau pun busan. tsk. oleh kerna tu. aku pun pi la cc. niat nak usha facebook. alang alang. cek e-mail sat. dapat e-mail dari dr. khairiah. macam pelik. klik. dan baca.

"We are happy to inform you that your proposal entitled "Reflections on the Teaching of Creative Writing" has been accepted"

mau tergolek aku rasa. tak sangka abstract bodo bodo yang aku anta kat International Language Conference terpilih. bwahaha. dengan pantas terus sms shiqin. partner aku. dia excited mengalahkan aku. siap nak joget chicken dance sambil pakai chicken suit. haish. memang berwawasan tinggi minah tu rupanya. tapi takpe. aku paham. first time masuk conference beb. woot woot.

jap tu. aku pun cek la tarikh dan venue conference. tu la. main belasah je anta abstract. info laen tak mo cek awai awai. mau tetibe ILC tu kat zimbabwe. sia sia je shiqin joget chicken dance dengan penuh perasaan. tabah. tup tup. conference tarikh 21-23 April 2011. hm. macam kenal tarikh tu.

adoyai. sama tarikh dengan trip yogya aku la plak. baru je berangan berdiskusi depan ilmuan. ecewah. tapi takpe. nasib aku ada partner. dan kerna itu. terpaksa la shiqin bentang paper nanti. abes cuak la budak tu nanti. haha. aku plak dengan bes nye berjoli kat seberang. abes bertauliah. tsk.

jangan kau risau shiqin. aku tetap akan kasi moral support dari jauh. abes supportive la tu. slumber. tensi je minah tu. hehe. hm. walau tak merasa pi conference nanti. takpe. yang penting. nama aku tertulis dalam conference paper. woot woot.

tahniah sarah dan shiqin. tahniah.

12.12.10

Beres

aku arini rupa macam anak kucen jatuh longkang. semak gile. pengemis pun lagi kemas dari aku. haish. tak boleh jadi neh. abes ganas penangan dr. normala. tapi takpe. pasal dia la. aku dah siapkan 5 chapter dalam sebulan. bes bes.

oh ya. aku berjaya siapkan 8 lai analysis baru. wohooo. campur tolak bahagi darab. dapat la analysis 31 lai. wagh. extra 1 lai dari dulu. haha. bangga gila. chapter 5 plak dapat green light. alhamdulillah.

dapat je analysis baru. dia baca dan dan tu gak. lemah lutut jap. haish. lama jap tu. dia cakap smua dah bley anta correction. tetibe kuar pelangi. sumpah rasa idup ni bes gile. macam tak sia sia aku semak tahap gaban. berbaloi woi.

dia cakap. pape pun. aku kene anto full thesis sebelum 20 december ni. layan. dengan pantas aku kontek sheena. minta tolong cek thesis aku. memang mithali la kakak aku. sebab dia setuju. hehe. tapi dia tak mau bayaran. jadi. aku janji blanje dia makan bes bes. cakap je nak makan pe. smua on. jangan cakap nak makan babi salai dah. menguji keimanan aku namanya tu. tsk.

hm. wat masa sekarang. rileks. hoyeah. bila correction siap. baru start balik tatap komputer. dan wat sheena. selamat memeningkan kepala baca thesis adik mu ini. haha. sambil baca thesis. bayang kan makanan bes bes. abes motivasi la tu. huhu.

sekarang. aku mau tido. :)

10.12.10

Abes dugaan

tak pernah pernah bangun awal. arini tepat 4 pagi. bangun terkejut. sebab apa?. sebab nak jumpa dr. normala. gila trauma beb. tido pun tak tenang. ganas. cis buat dia.

jam 9 pagi. pi bilik dia. baca 3 Qul jap. bajet wat pendinding la. mau sedih dr. normala kalu tau. haha. kasi salam. masuk ala ala memalu kucen. lama jap tu. dengan muka murni. aku kasi chapter 5. dia mintak 10 page. aku dapat 8 je. walau chapter 5 ni summary je. tapi nak dapatkan 10 page tu. adoih. kemarau otak aku neh.

tapi dia tetap amek. fuhh. lega. selalu nye dia rejek gitu je. tetibe dia sengih. gile pelik tengok dia senyum. bulan mengambang pun lagi kerap dari tu. ok. tu tipu. haha. dah la sengih sambik kasi balik chapter 4 aku. mana aku tak pelik. muka abes dewi. sangat murni.

aku ingat smua ok. sempat kembang kuncup kejap. selak page belakang. chait bedebah. aku tertipu. tabah gila. nasib aku baru lepas minum 100 plus. bertenaga la cket. kalu tak. mau aku kene sawan time time tu gak. sebab dia dengan bes nye. rejek 7 page analysis aku. dah la tu. siap suh aku tulis analysis baru dalam tempoh sehari. sehari?.

kau memang kejam. kejam pun tak kejam macam kau. cis. terus cancel pi keje. abes down la tu. balik bilik. buka komputer. terus layan game pokemon. haha. cis buat aku jugak. tak amek iktibar tol. urgh. tak tido lagi la aku. walau nampak macam. alahai. 7 lai je kot. ha. cuba korang tules. mampu meleleh air hidung tulis tau. tabah.

dugaan tol la. hmpkh.

7.12.10

Tahun baru

menurut kalendar Islam. arini ni tahun baru. oleh itu.

sila teruja sekarang juga.

dan sempena tahun baru. mesti la aku ada azam baru. recycle tahun lepas punya. sebab tak penah nye menjadi.

alang alang. aku tambah dua tiga azam baru. gile tamak halobe. eh silap silap. sungguh berwawasan aku ni. ecewah. ok. ok.

azam tahun ini
+ jadi insan yang lebih mantap
+ jadi muslim yang lebih baik
+ cari keje yang gaji lagi masyuk. oh duit. come to mama
+ siapkan thesis dalam masa terdekat. urgh
+ cuba masuk conference. satu pun jadi la
+ lawat 3 destinasi baru. bes bes
+ belajar satu bahasa baru. konichiwaa

smuga ada la yang tercapai tahun ni. paling kurang. satu dua la. sebab azam nombor empat gerenti termakbul. pegh. konfiden abes. hehe.

aminn aminn.

6.12.10

La gomerra

lokasi: la gomerra, damansara
insan: sarah. sheena. homam.
harga: rm35 seorg
makanan: all you an eat spanish buffet

sempena aku berjaya siap kan empat chapter. sheena yang sentiasa baik hati. pun bawak la aku makan kat la gomerra. kira celebrate aku yang masih hidup. walau nyawa nyawa ikan. sebab berkurung siapkan thesis. orang laen kes kene kurung. aku plak kes paksa rela kurung diri sendiri. apa nak jadi la? dunia dah terbalik. tetibe. haha.

ok. sheena cakap kedai makan ni. all you can eat mexican food. aku pun abes excited neh. mula la terbayang bukan bukan. waiter rupa macam maskot mr. potato la. bley makan tacos pelbagai perisa la. apa la. tup tup. sampai je kedai. ceh. spanish buffet la weh. slumber je bley silap info. penat je excited tadi. tapi takpe. spanish pun spanish la. layan kan aje. satu benua gak kan?. yums.

tempat dia simple je tapi makanan?. gilos. kambing. daging dan ayam semata-mata. haram untuk warga vegetarian. haha. mau naik darah aku malam ni. tapi sedap punya pasal. dan sebab dah bayar rm35. tibai sakan seh. kenyang gile aku. nikmat. nikmat. paling aku suka. mushroom soup dan masakan yang ada kambing. lazat (ayat takle blah). huhu.

kalu kambing bau aku lepas makan tadi. mau kene tanduk. makan sedara dia. tapi apakan daya. sapa suh dieorang sedap sangat kan?. ha. salah sape?. cepat jawap kambing sekalian. salah sape?. ha. tau takpe. pi maen jejauh. hm. tetibe emo plak. tabah.

ok. ok. kesimpulan arini adalah. aku gembira. sebab makan bes. maceh sheena sebab bawak aku. dan homam. sebab teman kiteorang. sekarang. mau balik ampang. rehat pepuas. pastu sambung chapter 5 plak. gila tabah. tsk. tapi takpe. demi kau dr. normala. aku rela. ecewah ayat. macam haram. huhu.

roger and out.

5.12.10

Sulah siap woo

setelah beberapa hari bertungkus lumus (serius ni weh). aku berjaya dapatkan 30 pages analysis!.

bwah-ah-ah-ah (gelak triumph)

dengan pantas terus email sama itu dr. normala. sambil type email. sambil giggle ok. sewel. tajuk email:

chapter 4 - what nightmare are made of

sempat cari pasal tu. haha. tapi takpe. yang penting. dah siap. sumpah lega oit. balik bilik. apa barang jalan. skipping ok. mesti mak guard sabo je tgk aku. nasib tak saman atas kesalahan beraksi ghairah di kawasan umum. heh.

sampai bilik. terus mandi siap scrub2 lagi. lepas dah wangi dan lincin. pakai baju tido walhal baru tengahari. dan tidooooo tak hingat dunia.

kalu mak aku tau. mau dia terus masak dodol. apa kene ngena pun ntah la. haha. yang penting.

chapter 4 sulah siappp. (sambil chicken dance)

hm. kene celebrate ni. uuu weee.

2.12.10

Sengsara

orang suh wat thesis. aku pi white water rafting.
orang suh wat thesis. aku layan teater.
orang suh wat thesis. aku lepak midvalley.
orang suh wat thesis. aku pi ikea. layan meatball sedap.

sekarang?.

tak tido wat thesis.
tak makan wat thesis.
tak le joli wat thesis.

wagh. padan muka aku. main banyak sangat. kan bes ada toyol. bley kerah wat thesis.

uhuk uhuk.

1.12.10

Ikea pengubat hati ku

semalam balik je teater. terus tido. penat mengalahkan orang berteater. abes menhayati la tu. haha.

lama jap tu. bangun. dan terus fokus tules chapter. abes berkaliber beb. tapi suku jalan. dah tak mampu nak tules. gile babi susah. hah!. padan muka aku.

sumpah ingat senang tules chapter empat ni. sebab aritu aku tules chapter 1-3 sebelah mata je. ecewah. kerek ye kau. haha. tak sangka plak analysis ni susah. dah la kene analyse 48 blog. kalu tau camni. aku analyse 12 blog je. ni tak. abes power nak wat 48. rasakan... rasakannn.

tak tido aku tatap blog. adoyai. disebabkan aku ala-ala tensi melampau. sheena dengan murni nye angkut aku ke ikea. kasi lepas tensi cket sambil layan meatball macam sedap. eh jap. memang sedap pun. yum yum. memacam la aku oder. naek tak hingat. macam tak pernah makan je. huhu.

bila dah kenyang. hati pun senang. round ikea cket. pastu balik uia dengan semangat berkobar2!. sampai ke bilik. tengok buku. ngantuk.

bila dah kenyang. hati senang. mata pun layu. hm. tak rhyme. tabah. thesis?. nanti la.

cis buat diri sendiri.