31.7.11

Saba selamanya

esok dah nak puasa. oleh kerna itu. sudah menjadi kewajiban untuk aku pi makan saba'. sempena ketibaan ramadhan katakan. ecewah ayat. haha.

yang penting. gila sedap lamb hanith kau saba'. rasa macam atas pelangi. yums. oh saba'. i lap u lah.

burppp.

24.7.11

Hora hore

mereka: 32 keluarga besar haji mohd. ariff
lokasi: daidomon GE mall
sempena: hari jadi mama yuih
mood: kebuluran dalam ceria

gila ramai. tu pun belum cukup korum. ada yang tak datang. kalu semua datang. adoyai. makan kat rumah je la. huhu.

ni pertama kali aku makan kat daidomon. setakat lalu tu. beratus kali dah. kedai all you can eat japanese buffet. walau aku suka benda benda buffet ni. tapi tak pernah terdetik pulak nak makan kat sini.

bila masuk. mak aihh. besar gila dalam dia. ekslusif abes. yang lagi shiok. banyak benda bes ada. seperti: ostrich. butterfish. salmon. escargot. babi je takde. haha. uuuu. bes bes.

seperti biasa. smua aku try. yang pasti. ostrich rasa macam kerbau. lean meat semata. butterfish. rasa macam telan butter. gila berlemak. tapi sedap. salmon? jangan cakap. superb. haish. kene pindah canada cecepat neh. yums.

dan escargot. indah rasa dari rupa. senonoh gak la. haish. makan macam hape je. gila banyak. nasib sekali sekala je. kalu tak. mau kene paksa masuk the biggest loser. oh tidak. heh.

yang pasti. arini memang bes. bukan selalu dapat kumpul camni reramai. kecoh gila! dah la dapat private room. lagi la. makan pun bes. kene plak mama yuih wat cheese cake. apa kebenda la. birthday girl bikin birthday kek sendiri. nasib sedap. yums.

kepada pak chan. terima kasih belanja kami smua. dan mama yuih. selamat hari jadi. sayang kamu sampai mati.

Saka Sarah?

arini kecoh abes satu istac. mana tak nye. tengah aku bes bes drift ke istac. bangun lewat. slumber. khalil plak tengah shiok borak dengan aku kat dalam bilik OR. apakah?

bila aku sampai je. abes smua tanya aku. betul ke aku dah sampai dari pagi. walhal dieorang sendiri nampak aku park bebetul depan pintu masuk. abes vip la tuh. hehe.

terus aku ke bilik or. nak tanya apa jadi. khalil haram takmo pandang aku. takut. oh khalil. kalu ye pun aku hantu. aku takmo makan ko. tak kenyang. haha.

lama kejap dia. khalil pandang aku. saja wat saspen cket. dan aku tanya apa jadi. menurut khalil:

dia tengah kusyuk wat sijil. jap tu aku masuk tegur nyanyian dia. aku puji nyanyian dia. kata bley masuk american idol la apa la. pastu borak beberapa minit lagi. siap tegaskan lagi yang konfem tu aku. dia kenal sangat cara aku cakap.

hm. american idol ek? gila advance sarah ni. aku pun tak layan american idol. tapi senonoh la dari dia cakap akademi fantasia kan?. keke. tapi bila tanya dia pakai baju apa. khalil tak ingat. samar samar. hm. heharap la benda tu pakai baju. haha.

lama tu. salma plak nampak aku masuk main hall. walhal aku tak sampai lagi. tapi bila tanya pakai baju apa. dia pun tak ingat. samar samar. gila ah. tak pepasal smua ingat aku ada saka. tetibe terasa macam bomoh. heh.

kesian la plak khalil tu. dah la cepat cuak. hm. benda tu suka dia kot?. eeeee. dah la guna bentuk aku. wek. haram jadah tol la. haha. kalu ya pun busan. nak kacau orang. cuba la original cket. ni tak pepasal aku jadi mangsa. abes sadis. huhu.

yang penting. aku memang ada belaan. sekor. sekor kucing gemok bernama tot tot. yang ghaib ghaib tak main.

sekian.

21.7.11

Majlis ilmuan 2

sempena: international conference on Islam in Africa
lokasi: istac, jalan duta
anjuran: iimu di hati ku
mood: malu malu kucen

pepagi buta dah ke istac. memalam buta baru pulang ke rumah. menteri pun tak keje serajin ni. serius layak dapat anugerah maulidur rasul. pekerja separuh masa tahunan. bes bes. huhu.

pape pun. serius sibuk arini. seminar aritu pun tak camni. tapi ok la. walau pun sibuk semacam. event tetap berjalan lancar. setakat ni. takda ah masalah besar. kalu setakat paper presenter tak sedo diri cari masalah. tu memang ada la. tapi bo layan. kurier balik africa kang baru tau. haha.

bagai melepaskan batuk ditangga (betul ke peribahasa ni? sukati). nak jadi cerita. nemesis aku bernama isharaf hossain datang. haish. aku dah cakap jangan datang. dah penuh. dia datang jugaaaaak. sabo je la. dah la sempat perli aku tuh. haram jadah tol:

"sister sarah. if you join the military. you will be very successful" [isharaf, 2011]

haish. slumber je kau ek. tapi takpe. arini aku kool cket. tu pun. sebab ko sudah bikin aku rasa bersalah. mana tak nye. aku kata. kalu nak datang free. bley. tapi jangan makan. takut tak cukup. puasa. mana nak tau ko puasa betul. adoyai. sabo je la. tsk.

dah tu. nemesis zetty yang kini nemesis aku juga bernama kaba' pun datang. ni lagi sorang. mamat guinea ni lagi tak senonoh. sexist. arini. dia panggil aku semata mata nak suruh amek susu untuk teh dia. pundek tol la. tak pepasal kene sound dengan aku. amek ko. bwah-ah-ah (gelak bengang).

nasib la ada bebudak committee yang mereng seadanya. sangat mujarab dalam mengubati hypertensi dan kebusanan. patut dijual di farmasi terpilih. huhu. hm. tolak tepi dua nemesis tu. conference kali ni sangat lancar. sukses lagi. alhamdulillah.

yang penting. dapat gaji. kita hora hore. woot woot.

hidup iimu!

19.7.11

Majlis ilmuan 1

sempena: international seminar on Islamic moderation
lokasi: istac, jalan duta
anjuran: iimu ku sayang
mood: penin penin lalat

gila ngantuk arini. ayam pun tengah bes bes lena lagi. aku dah bangun sesiap. belum jam 7. dah drift sesorang ke istac dari ampang. cekal tak cekal. sampai je istac. terus merajinkan diri jaga kaunter register. nasib aku jaga friends and fellows. bley hiburkan hati dengan bebuli bebudak uia tu. sempaaat. hoho.

smua macam indah je arini. sampai la satu kejadian ni. memang takle blah tol la. nasib aku hanya manusia biasa. kalu tak. dah lama bertukar jadi sailormoon. kasi smackdown sama itu dr. mashitah. rawr.

eh jap. korang kenal kan dr. mashitah?. ala.. yang selalu kasi ceramah dalam tv tu. hah!. dia la. murni abes dalam tv. pijak amoeba pun tak mati beb. tapi hakikat nye? macam haram je. menurut majoriti committee pelbagai kaum:

"a beautiful bitch" (umar, 2011)

yup. bunyi macam kejam je. tapi serius weh. menyedihkan. kan bagus kalu dia senonoh luar dalam tv. tak rugi pun. dah la dulu ustazah. dia patut lebih tau mana baik mana buruk. tapi sayang. dah jadi popular. abes lupa. bila ada je vip. wartawan. macam tekan butang automatik. terus jadi baik mesra lemah gelamai. smua la. tabah.

dulu. kiteorang ajak jadi vip. takmo. kata sibuk la. apa la. fine. kiteorang cari ah penganti baru. hari event. tup tup. ko timbul. dah la datang gitu je. terus naik atas pentas. test kerusi vip. bengong tak bengong. walhal nama ko takda pun. wagh. maluu. maluu. aku plak tolong malu ek?. haha.

tapi serius weh. kerek gila minah tu. senyum kat vip je. setakat bebudak uia ni. sebelah mata pun tak pandang. chait. committee smua bebudak master dan phd wokeh. lagi terer dari ko tau. tetibe emo. hoho. yang lagi best. PA ko lagi kerek dari ko. memang terbaek la. match make in heaven. keke.

haish. nasib tu je yang macam spoil cket. selain dari tu. alhamdulillah. smua berjalan lancar. tempat lawa. makan pun ok. committee cemerlang. ramai orang datang. vip smua kool. memang sukses la. hoyah!

esok. bermula international conference plak. haish. rajin bebenor iimu ni wat event. nasib bley claim. wehuu.

[ serius macam hogwart istac ni. urgh. lawa. ]

16.7.11

Saya yang cemerlang

cemerlang.
agak cemerlang.
memang cemerlang.
sangat cemerlang.
teramat cemerlang.

yup. aku jatuh dalam kategori terakhir : teramat cemerlang. mana tak nya. pepagi buta dah bangun. air sejuk sanggup ku rendami. sesiap smua. dalam memamai. bley lagi drift pi keje.

apa yang cemerlang nya?

lor. cemerlang la. dah nama arini hari sabtu. time majoriti orang tengah bes bes melepak kat umah tengok tv. aku tengah bes wat kerja kat istac. smua nya gara gara 2 international event lusa ni.

hm. penat tu agak penat la. tapi nasib istac lawa. rupa macam hogwart. sempat gak la berangan jadi harry potter. takda ah busan sangat. dah la rakan sekerja smua mereng seadanya. semangat la cket nak keje pun. heh.

esok ahad. gaya macam nak kene turun keje gak je. bikin last minit preparation sebelum cendikiawan tanpa izin datang secara berjemaah lusa ni. haish. rajin bebenor dieorang neh. tsk.

pape pun. smuga event kali ni berjalan lancar. amin. dan paling penting. aku bley claim gaji bebanyak. wehuuu!.

14.7.11

Keje sampai pitam

baru je masuk keje. dah penin penin platipus. oh lala~ gila banyak tag aku wajib bikin.

campur campur untuk 2 event. ada la dalam 350 tag kene wat. waghhh. *berbuih*

kepada teman seperjuangan ku.

+ mesin laminate
+ printer
+ gunting
+ plastik laminate
+ kertas keras

ayuh berusaha! kita bukti kan kehebatan kita bersama! *tetibe*

adoyai. mengidam seoul garden la plak. tabah.

10.7.11

Dari timur ke barat

gila la. belum apa. dah kene balik kl balik. gila penat. nasib aku cekal dan bertenaga. cewah ayat. hoho.

ni balik ni pun. gara gara keje di iimu la. ada 2 international event harus di handle. kan bes kalu tak keje. bley lepak umah. tengok kartun chowder sambil minum slurpee. huish. tangkap leleh beb.

tapi apakan daya. nak duit kene la kerja. nak kerja kene la balik kl. potong tol la. tapi takpe la. nanti dah dapat gaji. bley beli mesin slurpee terus. berangan abes. haha.

oh kl. tunggu daku.....

9.7.11

Pergi nya Huda

ke ___________ (memandai la korang isi sendiri).

malas?. tak reti?. takda ide?. mau klue?.

haish.. ye la ye la. nasib aku tengah baik hati ni. klue klue nya adalah:

a) alam perkahwinan
b) alam barzakh (sapa jawap ni mmg tak lama la)
c) alam maya
d) alam cekerawala

dan jawapan nya ialah.... (bunyi gitar ukulele)

A! alam perkahwinan! *tepuktepuktepuk*

kepada puan huda. tahniah. anda tampak jelita. macam model majalah an-nur pun ada cket. hoho.

[ oh ya. ini huda (kiri). dan baah ]

haish. sorang lagi kawen. satu satu. macam berpakat pun ada gak. bley muflis aku beli hadiah camni. tabah. kalu dieorang pakat beratur kawen camni lagi. memang la. serius aku adiahkan kupon dominos je. haha.

hmm. jom betting sapa kawen next! wehuu.

8.7.11

Dari utara ke timur

baru je balik dari penang. dah kene turun chukai plak.

huish. serius terasa macam traveler sejati. ashik jalan memanjang. keje nye tidak lagi. tabah.

sampai je chukai. terus lepak pantai sambil makan kepok. sumpah bes. lama jap tu. sesiap. turun kuantan dengan keluarga. sempat layan wayang tu. terbaek lah!

sebelum balik. singgah makan ikan bakar kat tanjung lumpur sat. memang sedap wa cakap sama lu. murah plak tu. mau kat kl. bley muflis nak bayar bil. haish.

dalam 9pm. bertolak balik umah. gilo la. baru je sampai umah. dah memacam aku wat. serius produktif hari ni.

esok apa mau bikin?

2.7.11

Taman negara penang yang mengancam

lokasi: taman negara penang, teluk bahang
mereka: sarah. ee. yam. wawan. unc shukree
kerna: sesi hiking ke teluk duyung
mood: kepanasan

arini. uncle shukree sekeluarga ajak aku hiking kat teluk bahang. sebelum ni. setakat lalu je. tak pernah teringat nak singgah. tapi alang alang orang dah ajak kali ni. dengan pantas aku cakap on!. haish. pantang di ajak tol la. tabah. sanggup bangun pepagi buta tu. cemerlang tak cemerlang. huhu.

dalam 7.30 pagi. bertolak ke sana. gila excited aku sampai pecah mengantuk. selalu nye. pantang naek kereta. dah masuk mimpi level ke tujuh. tapi kali ni. mata cerah semacam. bukti betapa semangat nye aku. jangan tak pecaya. hoho.

sampai je. isi form cket. dah terus hiking. macam tak jauh. dalam 5km je. tapi bila dah mula sesi memanjat neh. huish. bley tahan gak. banyak gila naik turun bukit. nasib aku maintain kalu bab memanjat ni. muka kering je. abes power la tuh. haha.

tapi serius lawa. memang layak di label taman negara penang la. sampai je teluk duyung. macam ada kat dunia laen. pasir puteh bersih. air bersih takda sampah langsung. pokok hijau semacam. tapi takle blah. mat salleh dan tok arab bersepah. camne bley sampai.. tetap misteri bagi aku. hm.

aku apa lagi. dengan pantas lari masuk laut. berenang gaya apa ntah. tak hengat dunia. tak reti reti nak naik darat dah. huhu. air dalam. serius nikmat. nak jadi cerita. bley plak terjumpa frisbee. apa lagi. dengan pantas terus men-frisbee-kan diri. memacam skill beb. memang aktif semacam aku arini. haha.

dalam 3pm. baru teringat nak pulang. terus call bot nelayan mintak amek kat teluk duyung. memula terniat nak hiking balik. tapi wawan dah gaya penat melampau je. kesian la plak. lama jap tu. bot sampai. huish. serius lama gila tak layan bot nelayan. gila bes. permandangan plak memukau kalbu. perfecto!

[ trek teluk bahang. serius lawa ]

[ teluk duyung yang cun melecur. lawa tapi tahap kepanasan membunuh ]

[ uncle shukree tengah layan feeling. keh keh ]

[ bersepah siput tepi laut. buat sup pun sedap neh ]

[ perjalanan pulang ke pintu utama. sumpah bes ]

kepada uncle shukree dan keluarga. terima kasih bawak saya jejalan bertemakan go green. laen kali saya turun penang. jom hiking bukit bendera plak. ecewah.