30.7.10

Yo yo yogyakarta

sah aku kene geget dek travel bug. takle duk diam. ada je tempat nak pi. jadi. sempena airasia early bird sale. harga tiket jatuh mendadak. murah weh. dari rm154 satu hala. dapat rm44 je.

apa lagi. terus borong tiket untuk aku dan tiga lagi cewek. tak pikir panjang dah. kalu tak. sampai sudah tak sampai. tapi lambat lagi ah. april 2011. tapi layannn aje.

tempoh: 7 hari
insan: sarah. epah. syafa. ekey
lokasi: yogyakarta. solo. bandung

trip backpacking ke-3 anjuran aku. memang sah dah ikut jejak kak aku neh. huhu. smuga smua berjalan dengan lancar. haish. kene mula wat research dah sekarang. hm. ekspidisi mencari gunung berapi dan candi bakal bermula. woot woot.

28.7.10

Berminat?. sila hubungi saya

ok. aku ada kawan. kenal masa jadi sukarelawan fespic dedulu kala. budak upm. nama az (bukan nama sebenar) . sebab nama sebenar dia azizan. baek budak ni tapi gatai tak tentu hala. oh ibu azizan. tolong la kawenkan anak kamu ni cepat-cepat. bahaya. haha.

dulu dia pernah la goda aku walau tak menjadi. ececeh. lepas tak dilayan. dia terus takmo kawan dengan aku. gila emo. ok. kira dah tiga tahun tak kontek tak apa. tetibe aritu dia call tengah malam buta. aku tengok. macam kenal nombor ni. ahh. bo layan. aku tak jawap. nak emo macam dia gak. huhu.

esok tu. dia sms.

dia: masih studi or dah keje?
aku: uit2. pekabo? sambung master plak. uia gak. ko?
dia: keje. kat muar.

tertekan aku orang balas pendek camtu. tsk

aku: oh. bagus2. nway. ko apa cer skrg?
dia: masih single. ;)

heh?. takle blah ayat. haha. kalu orang laen. aku layan gak. tapi ni ko. aku kenal ko. ko serius bila ko cakap camtu. gila kesian. muka dah comei. tapi takda awek. tu la. tangan gatai sangat. kuat meraba. kasi monyet geget tangan baru tau. tsk.

kesimpulan: kuat meraba tak menjamin masa depan

25.7.10

Kota separa keriangan

lokasi: genting highland
insan: sarah. sheena. amin. ayah. mama.
mood: kesejukan

baru beria nak naek skyway. tutup la plak. bley kemurungan camni. haish. tapi takpe. nasib naek keta. kalu tak. dah lama mogok lapar. apa kene ngene? ahh. abaikan.

sampai je puncak. rasa macam ada kat saudi. pelik siot. keliling tok arab. pastu time beratur nak naek ride. rasa macam kat china plak. bila masuk indoor. rasa macam kat rumah orang tua. sumpah pelik. ni bukan satu malaysia dah ni. dah tahap satu dunia. haish.

sebab dah bayo. aku sekeluarga maen sekali setiap ride. takda makna nak beratur lelama. kene plak anak tok arab dok lari panjat merata. ikut hati. nak je aku campak turun genting. grrr. bila dah abes smua ride. kiteorang lepak tengok orang jap. pastu kuar dari theme park. tak tahan. semua dah naek penin.

pastu busan. naek keta. cari billionaire apartment. takda keje. apartment tu. sumpah takle blah. taek kucen ah nama billionaire. rupa macam dalam pengambaran cerita bunuh-bunuh. dinding macam kene simbah cat merah (darah?). sepanjang kat kawasan apartmen gampang tu. kepala asyik maen lagu psycho. huish. bley mengakibatkan migrain ni. tsk. sumpah menakutkan.

sebagai insan yang waras. kami tak jadi naek sampai atas. jadi kami berhenti tepi jalan. amek gamba. bukan gamba apartmen. gamba kami dan gunung ganang. abes pencinta alam la tu. heh. lepas bergamba. balik kl. lega ceq.

hm. boikot genting. emo. heh.

21.7.10

Pro pro proposal

bley luruh bulu idung seh. cket punya gelabah nak jumpa dr. mas. cuak abes. tapi bila dah jumpa. ceh. buang masa je gelabah. maka. berdiskusi la kami. lalu dr. mas berkata-kata:

dr. mas: sarah. why do want to conduct this study?
aku: many reasons. its first of its kind. bla bla bla.
dr. mas: sarah. u're not answering my question.
aku: heh?. but i juz did.
dr. mas: thats not the answer i wanted.
aku: oh ok. (apa ingat aku mind reader?)
dr. mas: next time we meet. i'll ask u again.
aku: okie dokie.

haish. mana la aku nak tau dia nak jawapan camne. elok elok aku dah rilek. gelabah balik. haish.

dr. mas. kamu memang power. mampu wat orang cuak. layak jadi villain cerita heroes. tetibe.

wagh. pikir jawapan sarah. pikir. tsk.

19.7.10

Kota singa. rawr~

misi: universal studios singapore
bajet: rm322
status: tercapai

ahh. sampai gak aku ke universal studios singapore. takda la bes mana pun. tapi bes ah dari genting. boo genting. haha. memacam la jadi sepanjang kat sana. tapi abaikan. yang penting. misi bergumbira aku tercapai. woot woot.

akhir misi. ecah dan kin borong setengah singapore. gilo kaya minah tu. aku dan nana plak. tak layan shopping neh. keje meronda je. siap hafal selok belok jalan singapore tuh. tutup mata bley sampai. hebat tak hebat. ececeh. huhu. kalu tak meronda. cari kedai makan yang takda kat malaysia. sempat gak cuba tiga empat kedai.

mos burger memang terbaek ah. ikut hati nak je aku rompak smua burger kedai tu. sumpah sedap. yum yum. pastu layan aiskrim dari hokkaido plak. aku macam biasa. amek perisa yang tak pernah jumpa. amek 'sea salt & caramel'. pun sedap. gilos la. tapi yang paling aku suka. popcorn garrett dari us. serius sedap. air tangan sapa la neh. huhu.

o ecah o sarah o nana o kin kin o

tiga biskut raya

monster rock musical theater. aku centa itu frankenstein

sedara jauh princess fiona

bajet macam kat new york. heh

sapa sampai dulu dia menang

60's Mel's diner dan kami yang kelaparan

orchard mall yang sangat futuristic

tiga gadis terencat dan esplanade

bugis mall yang mempersona

casino. sah orang singapore kiasu. bwahaha

hm. nak pi mana plak pasni ek?

16.7.10

Sorang lagi

3 paket maggi. 3 biji telur. seikat sayur apa ntah. di masak dengan penuh kasih sayang oleh cik nana. bajet nak hidang besday girl. tapi akhirnya abes dikerjakan tiga dara pingitan sebab besday girl sesat sejam setengah cari umah cik kin.

1 kotak ice cream singa ceria (paddle pop). yang akhirnya cair. mampu disedut mengunakan straw. las las. simpan balik dalam peti. anti-climax siot.

1 kek bajet sedap dari klcc. 25 batang lilin tak sama tinggi atas kek. yang 10 mnt kendian. cair melitupi kek. setann. tak berkualiti punya lilin. chait.

khas buat

cik ecah yang berumur 26 tahun 34 minit.

selamat hari jadi. smuga ko dapat GPS sebagai adiah agar ko tidak sesat lagi.

13.7.10

Tariq Ramadan itu mengiurkan

kepada mereka yang tidak tahu atau tak peduli. Tariq Ramadan tidak di lahirkan pada bulan ramadan. tetapi adalah:

+ cucu Hassan al-Bana. pengasas konsep Islamic brotherhood

+ top 100 orang berpengaruh abad ke 21 majalah Time

+ lecturer Islamic studies di Oxford university

+ president European Muslim Network


hm. macam hebat. tapi smua tu letak tepi. yang paling penting. dia agak encem. wangi plak tu. wahh.. vroom vroom (apakah?). huhu.


sebagai insan in caj untuk event ni. aku dengan riak nya mampu berkata event ni berjalan dengan lancar yang amat. bwah-ah-ah (gelak riak takbur). oleh itu. terima kasih buat:


+ staff iimu yang banyak tolong aku.
+ sheena, yang paksa rela jadi emcee namun tetap cemerlang.
+ kak teh, caterer terbaek abad ini. ececeh ayat bodek. haha.

+ mereka mereka yang hadir.
+ prof. tariq ramadan sebab talk ko memang tip top.

moral: bersatu kita teguh. bercerai kita roboh. (btoi btoi btoi)

12.7.10

Woot woot

lepas kali ke satu suku aku ugut nak tinggai kat malaysia. terus duit masuk tuh. pandai plak. haish. kalu tau. awai-awai lagi aku dah ugut nak tinggai. huhu. tapi takpe. yang penting duit smua dah masuk sekarang.

jadi arini. kidnap zetty. pi beli tiket yang sepatutnya.

a) tiket bus pegi/balik singapore
b) tiket universal studios singapore

hm. kira singapore trip memang konfem on. harap-harap smua berjalan lancar. tapi kalu tak lancar pun. abaikan. aku tetap nak enjoi. woot woot.

ahhh. excited. excited. :D

11.7.10

Amuk

terima kasih cik kin & cik ecah kerna berjaya wat aku marah.

pantang dengo nak pi ronda. abes smua sibuk nak ikot. tapi bila mintak duit nak beli tiket. cket punya liat. woi. duit korang tu aku wat beli tiket korang gak la. bukan pi kelab dangdut. grrr.

sabo je la aku orang camtu. bila suh beli sendiri. memacam alasan kasi. walhal sorang keje bank kot. depa tangan cket. dah kene mesin deposit. haish. memang layak direjam neh.

hm. sabo sarah. sabo.

kepada cik kin dan cik ecah. anda berdua telah disenarai hitam dari senarai suka ria cik sarah. universal singapore trip adalah trip pertama dan terakhir di mana anda dijemput.

tensi.

10.7.10

Berakhir sudey

ahh.
abes gak conference scientific research akhirnye.

fuhh. lega seyh.
tetibe rasa macam nak wat chicken dance kat hs cafe. huhu.


sekarang.
fokus public lecture Tariq Ramadan plak.


sumpah kaya aku bulan ni.
tahap bley lap hingus guna duit.
bes bes.

9.7.10

Dua. puluh. tujuh.

surprise party untuk puan zetty hanya berjaya 98%. sebab las las kantoi gak. ni smua zetty punya pasal. takle duk diam. sibuk je nak pi dapur. haish. kalu tau la. dah lama aku ikat zetty kat prof. hassan. tetibe. haha.

pape pun. selamat hari jadi ke dua puluh lima wat kali ketiga. smuga kamu makin jelita dan dapat suami multi-lingual.

8.7.10

Ketidakpuashatian

mahallah aku sangat cintakan kami. sampai kami kene pindah barang sebanyak empat kali dalam tempoh dua bulan. sekian sari berita terkini.

haish. pantat ayam tol la. bes bes je suh pindah sana. pindah sini. bukan korang nak tolong angkut barang pun. aku ni okeh lagi. bley seludup keta kakak jap. pastu seludup kawan mintak tolong angkut barang jap. bebudak foreigner?. dok heret kotak merata. dah macam pengemis jelita aku tengok. tabah.

aritu. siap telepon aku. suh pindah masuk asma balik dari asiah. apa dieorang ingat aku ada jin dalam teko? penjam celik. barang semua dah pindah. dah la nak suh pindah dan dan tu gak. sekolah mana dulu?. gila bijak. dem.

jadi. aku pun mintak la jasa baek zeti. tolong aku pindah barang. masuk je bilik baru. ada katil dan meja je. almari takda. rak buku takda. haramjadah. abes mendidih darah jantan aku. jantan ye?. hehe. tapi bab marah tu betui. serius tak tipu. grrr~

kawan aku dari palestin. lagi tragis. masuk bilik. ada katil je. meja pun tarak. dah la dia dari palestin. wat plak camtu. memang nak kene laknat tol la.

dah la tu. malam plak. opis mahallah dengan bijaksana kasi kontraktor laki masuk blok perempuan untuk siapkan bilik. bley nak wat camtu. tapi tolong la hantar wakil untuk tengok tengok kan. sekarang musim cuti. satu blok. ada 2-3 orang je duduk. tak ke bahaya kalu jadi pape?

argh.. aku tensi dengan kebijaksanaan sesetengah pihak. nasib aku bukan orang asli. kalu tak. dah lama aku sumpit sorang sorang. baru pueh hati.

7.7.10

Insan paling berbakat di IIMU

adalah aku. sebab aku pandai menari

the robot dance.

robot betul pun kalah beb. haha.

kepada pekerja-pekerja iimu sekalian. ada berani nak battle?

sumpah riak. haha.

6.7.10

Teknik mendera jiwa dan raga

dulu.
aku chenta sama mesin laminate IIMU. woit. bukan fetish ah. tapi mesin ni banyak bantu aku wat kad friends & fellows dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

kini.
jeling cket pun tak hingin. mampu muntah darah.

smua nya gara-gara conference scientific research. sebagai insan bertanggungjawap. aku terpaksa tatap mesin laminate selama lebih 7 jam untuk siapkan 208 keping tag. chait. memang bedebah.

laki bini pun bley menyampah kalu tatap muka memasing 7 jam tanpa henti. apatah lagi aku dan sebuah mesin laminate. urgh.

pengajaran yang aku timba? bila ada conference. jangan pepandai tawar diri wat tag. cepat cepat lari sorok bawah meja. kalu tak muat. sorok dalam stor.

aku dah tak rela terseksa jiwa dan raga lagi. chewah ayat. heh.

2.7.10

Orang kaya baru

6-8 july : conference scientific research
13 july : public lecture tariq ramadan
19-21 july : update database friends and fellows

yang bermakna..

aku bakal kaya bulan ini. bwahahaha.

suke suke.

1.7.10

Motivasi itu penting

aritu. opis aku amek 3 pekerja baru.

jejaka.
melayu duduk saudi.
comei.
tinggi.
tegap.
baek.
kelakar.

dan yang paling penting

bujang

memang terbaek ah. tak pepasal idop aku bertambah bahgia dan bermakna. ececeh ayat. hehe.

bukan setakat tu je. aku dengan tetibe jadi lebih bersemangat nak pi kerja. ganas tak ganas.

hmm. macam pelik. ni mesti konspirasi terbaru bos aku. chait. bijak. kau memang bijak.