27.11.08

Ya Tuhan. pemurahkan rezki AUG agar aku dpt elaun lebih. amin

kejap lagi aku kene pegi ukm sebab ada kursus 2 & 3 asean university games khas untuk liaison officer. aku macam malas plak nak pegi. 5 hari beb. dari 27 november sampai la ke 2 disember. gile lama. aku dulu pi kursus kawen pun tak lama macam tu. hmm. pasrah je la. tapi dalam diam-diam, aku seronok gak. bley jumpe orang baru. kenal-kenalan dengan orang dari universiti laen kan?.

nasib baik la hadi dan epah ajak aku naik kereta dengan depa. lega cket aku. tak payah angkut beg merata-rata macam dulu. terseksa beb. mula-mula, bajet cool gak ah kat kl central tuh. pegh.. abes smua orang ingat ak nak pi travel jauh-jauh je dengan beg besar kedabak tu. walhal nak pegi ukm je. kursus 1. hmm. nasib baik orang tak tau kebenaran. kalu tak, mesti dieorang kutuk-kutuk je. hampeh.

kesimpulan: dari kutuk orang bawak beg besar, baik tolong dia angkat beg. dapat pahala.

Biar simple tapi berduit dari stylo tapi pokai

rabu. 261108.

arini kakak ak ajak aku keluar ronda-ronda. aku layan je. memang kaki merayap pun. tapi sebelum tu, aku nak pegi cc kejap. nak tengok mail. umah kakak aku takde internet. tsk. ok. mula-mula ingat lepas pegi cc, nak balik umah. siap-siap. dah cun, baru nak pi ronda tapi aku pikir-pikir, malas la plak. pegi terus pun layan gak. tak payah nak ulang alik balik umah dulu. bukan nye dekat mana pun. jadi, sebab nak jimat masa dan minyak, kami pun terus la menuju ke destinasi yang kami sendiri pun tak tau. ikut kata hati je. chewah. ok. kami pakai selebet gile. dua beradik sama selekeh. shirt duduk umah dengan jeans. kakak aku comei sikit. dia pakai cardigan. ahh.. layan je la. kami simple dan sempoi.

mula-mula ingat nak lepak dekat area ampang je. tapi makin lama aku bawak keta, macam makin jauh je kami pegi. sedar-sedar dah masuk kawasan BB. gile jauh terbabas. tiba-tiba kakak aku dapat petunjuk nak belanja aku makan. pehh. hepi siot. pikir sambil ronda, maka sampai lah kami di pavilion tercinta. segan gak memula sebab pakai selekeh gred A tapi pasrah je la. yang penting konfiden. orang dah mula pandang lekeh. mampus korang. aku dan kakak aku maintain muka batu. lantak apa orang nak pikir. disebabkan kakak aku nak belanja aku makan, kami pun mula menghidu kedai makan yang berbau bes. hidu punya hidu, kakak aku ajak pegi Tony Roma. kami pun masuk dengan muka dek nye. orang pun pandang sakan la sebab kami yang selekeh masuk makan kat restoran yang happening. dieorang yang stylo siap pakai shades dalam mall (bangang), makan kat foodcourt je. haha. puas hati aku.

kesimpulan: kebanyakan buku yang bes, cover dia tak bes.

Adoyai

ahad. 231108.

tadi tengahari, aku pegi anta kakak aku pegi hotel crown princess sebab dia ada seminar. disebabkan dia kene tido kat hotel tu 3 malam. aku pun kena la tido umah dia sorang-sorang. aku rasa macam bes je. dapat gak aku merasai kehidupan single woman kat kl. memang menarik. aku pun pakat la berangan sakan. bajet umah tu umah aku. keta kakak aku keta aku. disebabkan aku duduk sorang-sorang, ini antara aktiviti yang aku buat;

a) sesi melepak
aku agak busan la sebab duduk umah sorang-sorang. tv takde astro. dvd smua aku dah abes tengok. internet plak takde. jadi aku start keta, aku pi jalan-jalan. cari tempat menarik untuk melepak. abes semua tempat aku usha. pavilion. klcc. great eastern mall. ampang point. tapi aku lepak jj wangsamaju akhir nya. aku pun tak paham nape. dalam banyak-banyak tempat bes kat kl, wangsamaju gak jadi pilihan hati. hmm. tak sangka aku ni simple orang nye. ahaks. jadi, aku pun mulakan aktiviti melepak. tengok kedai. usha barang. tapi yang paling bes sekali, bila aku maen kat arcade. macam-macam ada tapi aku paling suka maen taiko drum master. berkat mainan tu, tangan aku dah kurang lemak. mekaseh. hmm.

b) sesi jalan-jalan cari makan
memandangkan umah kakak aku takde tong gas. aku tak bley masak. maka, terpaksa la aku kene beli makanan kat luar atau makan je kat luar. aku agak seronok sebab aku dapat makan benda yang dah berbulan aku ngidam. carls jr. yum. indah tol hidup ni. aku makan dengan slow-mo nye supaya burger tu tahan lama. baru puas hati kan? haa. pastu aku makan fondant & cream puff kat papa’s beard. pehh. nikmat gile. apsal la kedai tu takde kat kemaman. tsk. tapi takpe, yang penting, aku dah dapat satu dari 10 benda yang aku ngidam. aku seronok. huhu.

c) sesi mengemas rumah
pehh.. jangan main-main. aku punya la semangat kemas rumah. siap pinjam vacuum dari makcik aku tu. ye. aku tau. aku rajin yang amat. mekasih. aku vacuum satu umah. pastu aku tuka cadar smua. kendian, aku basuh semua baju kotor. lagi, aku basuh semua pinggan mangkuk smpi berkilat. em.. pastu aku susun buku dan lap smua benda yang boleh di lap. memang penat gak la tapi aku rasa puas hati sebab umah tu berkilat macam baru siap. nasib baik aku takde cat. kalu tak, abes satu umah aku cat baru.

tadi, kakak aku balik. sikit punya seronok la dia sebab umah dia bersih, berkilat. sapa tak seronok kan?. aku mula-mula ingat nak mintak upah tapi takpe la. anggap je la tu balasan sebab dia jaga makan minum aku sepanjang aku kat kl neh. hmm. tibe-tibe aku terasa sungguh mithali. tsk.

26.11.08

Ada apa dengan yoga

sabtu. 221108.

tadi pagi aku tiba-tibe terasa ilmiah. jadi, aku baca paper. headline: yoga ban. watdefak?. seyes aku cakap, aku langsung tak paham tindakan pihak fatwa tu. mungkin ramai yang setuju dengan pihak fatwa tapi bukan aku. ok. hanya kerna aku tak setuju, tak bermakna im less a muslim ok. bila aku baca tadi, dia tulis faktor utama yoga diharamkan ialah kerna yoga ni menyimpang dari agama islam sebab berkait rapat dengan agama hindu. dulu memang betoi tapi sekarang tak dah. dulu agak menyimpang sebab yoga berkait rapat dengan elemen Hinduism dan meditation yang dilakukan difokuskan dengan menyebut perkataan ‘omm’. tapi sekarang, yoga tak lebih dari senaman untuk kesihatan fizikal dan mental. tu je.

ok. sekira nya seseorang melakukan meditation dengan mengantikan perkataan ‘omm’ dengan ‘Allahuakbar’ atau sebagainya. aku rasa takde masalah langsung. yang penting niat. kalu niat dia buat yoga hanya untuk kesihatan diri, aku yakin tak salah. sebab dalam islam sendiri pentingkan kesihatan tubuh badan dan mental asalkan cara tu halal dan tak bercanggah dengan islam. lagipun, kebanyak orang terutama perempuan buat yoga dalam rumah. bukan nye pakai spandex pastu wat yoga kat depan orang ramai. asalkan aktiviti tu tak memudaratkan dan tidak bertentang dengan hukum syarak Islam. it shouldn’t be a big problem. sebab aku percaya, yang penting niat.

kalu pihak fatwa dah mengharamkan yoga, aku rasa tindakan tu hanya adil sekiranya depa hentikan semua aktiviti laen seperti taichi dan qi gong sebab bukan ke aktiviti tu berkait rapat dengan elemen cina dan Buddhism. hmm. apa–apa pun, aku rasa pihak fatwa kena wat lebih banyak research sebelum tetapkan sebarang tindakan. tsk.

20.11.08

Doraemon, aku nak pinjam poket ko sebentar. boleh?

kejap lagi, aku nak pegi kl. mula-mula aku agak seronok sebab aku dah lama sangat duduk rumah tak wat apa. ntah nape, bile aku kemas barang-barang aku tadi, macam tersedih plak nak tinggalkan umah. yer la. aku dah lepak umah hampir 5 bulan. mana tak nye. plus, bila aku aku dah balik kl, memang payah aku nak balik chukai terchenta ni balik. ada je program baru. adoyai. pastu, yang wat aku paling malas nak pi kl ialah perjalanan yang jauh dan memenatkan. walaupun bukan aku yang bawak keta, aku masih x suka. busan. aiseh..

tolong la doreamon. aku mau pinjam pintu suka hati kamu sekejap saja. kamu sayang aku kan? aku janji aku akan balas jasa baik kamu dengan mencari seekor kucing betina yang hot untuk dijadikan teman idup kamu doremon.

sewel

19.11.08

Sliding door tak baik untuk kesihatan

ok. umah aku ni kira depan belakang memang guna sliding door. takde pintu-pintu ni. guna sliding door la bes. baru macam zaman millennium sikit. huhu. fine. semalam aku main computer sampai pagi. dalam area tiga pagi jugak la. bila dah tutup computer semua, aku turun tingkat bawah. dah memang bilik aku kat bawah pun. sebagai tabiat orang yang obsessive compulsive macam aku ni. dah jadi tabiat aku untuk kemas satu rumah sebelum tido. aku pasti cek susunan kasut depan umah. basuh pinggan. macam-macam lagi la. kalu tak buat, aku tido tak lena. kadang-kadang aku siap nightmare. hm. apa ke pelik sumpahan aku ni. tsk.

ok. lepas aku dah kemas semua. aku pun pegi depan, nak cek susunan kasut la konon. kalu tak buat, tak cukup syarat. aku pun pegi la dengan muka fierce aku tu. aku pun dengan cool nye selak tirai. opocot!. apa benda kat luar tengok aku tadi. sumpah aku nampak pompuan tengok aku dari luar rumah. aku tak tipu beb. masa tu memang aku dah cuak sakan. ikut hati nak je aku lari masuk bilik. ikut hati nak je aku jerit-jerit macam orang gile. tp.. tp.. aku tak boleh. aku kene control macho. ikut kan, aku nak je masuk bilik dah time tu. tp aku tak sempat nak cek susunan kasut kat luar la plak. ni semua salah benda yang kacau aku tadi. haram! nasib baik aku tabah. disebabkan tabiat luar biasa aku ni, aku selak gak tirai sekali lagi.

aku pandang bawah. tp aku tetap nampak pompuan tu lagi. aku dah pening-pening sebab benda tu ubah bentuk jadi sebijik macam aku. aduiyai. dalam kecuakan tahap dewa tu, aku tibe-tibe terpikir. memang la macam aku. dah memang aku pun. rupa-rupa nya, pompuan yang aku nampak sampai terkejut gorilla. adalah reflection aku dari sliding door. memang aku rasa macam terkena dalam cerita ‘wa kena beb’ tapi lagi mantap. hm. terima kasih bonda sebab biar sliding door sangat bersih dan lincin. hm. nasib baik anakmu tak kene sawan. tsk.

Kesimpulan: waktu tido, pegi tido. bukan pegi susun kasut.

Sesiapa yang baik hati nak kasi tiket free, sila hubungi saya

haa. aku sekarang dah ada senarai tempat-tempat baru yang aku teringin sangat nak pegi tau. tp bukan sekarang la. aku belum cukup duit. setakat tengok gambar boleh la. tsk. anyway, memandangkan aku dah ada senarai ni, boleh aku start kumpul duit untuk lawat tempat-tempat yang sangat best ni.

1) Acropolis of Athens, Greece
2) Alhambra, Spain
3) St. Basil’s Cathedral, Russia
4) Machu Picchu, Peru
5) Petra, Jordan
6) Timbuktu, Mali
7) Chichen Itza, Mexico
8) Colosseum, Italy
9) Eiffel Tower, France

dan yang paling penting…

10) Disneyland! uhuhu~

sapa-sapa yang terasa nak join aku lawat 10 tempat kat atas ni sebelum menutup mata. cakap awal-awal. boleh kita plan dari sekarang. yehaa.

Aku tamak? so what. duit aku

6 benda yang aku mengidam tapi tak dapat lagi

1) chicken fried chicken kat chillies
2) superstar kat carl’s Junior
3) mud cake kat tgif
4) xxl chicken kat shihlin taiwan snack
5) cheese cake kat uhuhu
6) sticky chewy chocolate kat swensen’s

ya tuhan. murah kan lah rezeki aku supaya aku boleh pegi makan kat tempat-tempat yang best ni. aminn.

18.11.08

Kerisauan yang merisaukan

ok. tadi aku bersms la dengan kawan aku ainul (bukan nama sebenar). topik? macam biasa. pasal kemasukan master bulan disember ni. aku pun tak paham macam mana sesetengah orang ni buat kerja. daripada maklumat sahih dan boleh dipercayai, ada ke patut satu hamba Allah ni sudah lupa nak serahkan sebundle borang kemasukan pelajar ke CPS. dia tahu tak bertapa penting nye borang-borang tu semua?. hmm. aku rasa dia tak paham. sebab tu dia dengan slumber badak nya boleh lupa. nasib baik aku bukan org kuat UIA (bukan nama sebenar). kalau tak, dah lama aku pecat orang camni. yer la. tanpa sedar, dia dah perkotak-katikan masa depan ntah beberapa puluh budak. haram tol la. babi buncit!

babi buncit? ok. tu perkataan aku guna bila aku marah. tertekan. bengang. jangan marah aku mencarut secara umum tapi nak buat macam mana, kemarahan sudah tak boleh dibendung lagi. tsk.

kesimpulan: kalau tak nak susu sebelanga rosak dek nila. tutup belanga.

Aku rindu sinaran mentari

duniaku mendung
ditutupi sang awan hitam
wahai sang angin
tiuplah awan mendung pergi
agar sang mentari
dapat menyinari semula
seluruh duniaku ini

bolehkan sang angin?

17.11.08

Kebolehan menghafal skrip 10 filem tak bermakna kamu bijak

semalam aku tengok tv. astro. siaran melayu. aku pun tak pasti channel berapa tapi yang pasti, berkaitan temuramah artis-artis Malaysia la. bila aku teliti balik apa yang artis-artis kita jawap masa diajukan soklan, aku rasa macam nak hempuk-hempuk je kepala dieorang tu. memang terbukti artis malaysia ni takde kebolehan menjawap soklan dengan bijaksana. sadis. tragis.

dengan ini, aku nak cadangkan kat syarikat perfileman dan juga agen-agen artis Malaysia, tolong la anjurkan kelas tambahan untuk jawap soklan dengan bijaksana. yer la. dieorang tu artis. kalu orang macam aku takpe gak. jawap soklan bodoh pun bukan satu Malaysia tau pun.

betul tak?. terima kasih. ok. berbalik pada cerita aku. antara soklan yang tak dijawap dengan tepat :

soalan satu
wartawan : apa perasaan anda setelah memenangi anugerah ini?
artis : ini adalah hadiah saya buat peminat.

errr.. ok. mula-mula sekali. artis ni paham ke apa maksud perkataan perasaan? kalu artis tu jawap bosan pun aku boleh terima. bodoh.

soalan dua
wartawan : betul ke tidak awak berdua ada hubungan?
artis : no comment. kami berdua ni hanya kawan. kami memang selalu keluar berdua tapi kami hanya kawan rapat. bla bla bla

ok. wartawan tu tanya betul atau tidak. dia tak suruh buat ulasan pun. jawap betul atau tidak sudah la. satu lagi, bila dah cakap no comment. diam la lepas tu. ni tak, lepas cakap no comment, cakap sikit punya banyak. takkan perkataan no comment pun tak faham? watdefak. memang bodoh.

soalan tiga
wartawan : apa kelebihan album terbaru anda?
artis : ini adalah hadiah saya buat peminat.

ni satu lagi bangang. dia tanya kelebihan. isk. memang kurang bijak sungguh la. dia faham tak maksud hadiah? hadiah apa nye kalu peminat kena bayar kalu nak beli album dia. kalu hadiah, kasi la percuma. teramat bodoh.

*****

kesimpulan : sekiranya aku ada 3 TV, tak bermakna aku ada bakat berlakon.

16.11.08

Bergantung tak berwayar

Insiden Satu
kalu nak layan computer kat umah aku, korang mesti kene duduk bersila atas lantai. aku pun tak pernah ambil tau apsal mak dan bapak aku tak pernah beli meja computer. computer hanya diletak atas meja yang dimana kalu aku berdiri, setinggi tiga per empat betis aku saja. iya. agak rendah. bukan aku. meja. tapi memandangkan aku seorang yang agak positif, aku anggap semua ini mampu menghasilkan satu tabiat yang baik iaitu kemahiran duduk bersila dan bersimpuh dengan jayanya. aku sekarang ini boleh dikatakan tahap professional bila berkaitan duduk ala-ala tradisional.

ok, berbalik pada kisah tadi. aku tengah shiok layan adobe, tiba-tiba kaki aku kejang (cramp) plak. dammit. aku pun apa lagi? cuba la tuka kedudukan tapi aku tersepak meja tu la pulak. memang meja senget habis la. ok, ini bahagian yang aku rasa pelik:

aku tak tarik meja tu tapi aku terus tekan ctrl + z. semuanya dengan harapan meja akan berubah ke tempat asal secara automatic. tunggu punya tunggu. aku kecewa sendiri. memang lah. ntah hape-hape jer aku ni. tsk.

Insiden Dua
disebabkan aku tensen meja tak berubah tempat lepas aku tekan ctrl + z. aku turun tengok tv. astro. discovery channel. memang ilmiah habis la. tengah shiok layan ilmu-ilmu sains ni. aiseh.. dahaga la pulak. jadi, aku pi la minum air. kira aku terlepas 2-3 minit siaran la dan tanpa fikir panjang, aku dengan konfiden terus amek remote tekan rewind. aku kecewa buat kali kedua.

*****

bila aku pikir-pikir balik apa yang jadi tadi. aku rasa macam aku terlalu bergantung pada teknologi. nak ubah meja pun susah. mengharap keyboard yang akhirnya, aku kecewa dan malu sendiri. hm, padan muka aku.

Kesimpulan: aku harap ada orang cipta remote control macam dalam movie click

Lapan baris setengah mengenai aku

:: aku suka warna pelangi tapi 92.5% bajuku warna hitam
:: aku benci matematik tapi pandai mengira sampai juta-jutaan
:: aku ada lesen memandu tapi x punya kereta
:: aku pencinta haiwan tapi suka makan ayam, kambing dan lembu
:: aku minat raksasa tapi bukan barney
:: aku suka sangat anjing dan panda tapi bonda aku tak kasi bela
:: aku gemar kota London tapi duduk Malaysia
:: aku suka seni tapi

Sekian.