29.6.10

Cuti-cuti Indonesia

ok. konfem. aku tak peduli apa orang nak cakap. aku dah nekad nak pi jajah indonesia tahun depan. backpacking seminggu. uuuu. bes. bes.

destinasi: yogyakarta. bandung.
tempoh: 6 hari 5 malam.
insan: sarah. ekey. syafa. epah.
bajet: kurang rm700.

walhal lagi 9 bulan. dah semangat wat research. kalu tak jadi. mau bergolek aku. haha. setakat ni. semua dah settle. nak tunggu beli tiket kat airasia je. hm. excited plak tetibe. heh.

indonesia. tunggu ibu ke mari ya.

sewel doh. tsk.

27.6.10

Dewi hujan

ehem. cek suara. ehem.

rain rain go away
come again anotha day

erk. apsal makin lebat je hujan neh?. tsk.

patut 17-18 july ni aku pi singapore. berjimba dengan 3 dara pingitan. cik nana. cik kin dan cik ecah.

tapi singapore asyik hujan la plak. siap banjir kilat lagi. ergh. dilema abes ni. terutama bila aku dah sep rm400 semata-mata untuk universal studios. tabah je la.

sekarang. tetiap hari aku cek weather forecast. walau takle pakai mana ramalan tok belalang tu. tapi layankan aja. dah nama organiser yang berwibawa. aku takle hampakan harapan tiga minah itu. ececeh. huhu.

rakan-rakan. marilah kita beramai-ramai doa 17-18 july ni tak hujan. heh.

26.6.10

Toi setori tree

lokasi: wayang klcc
insan: amin. sarah.
cerita: toy story 3.

aku yang nak tengok gambo ni. adik aku tak rela memula. bajet macho ah takmo tengok cerita kartun konon?. tsk. poyo je. ni kartun bukan sebarang kartun. ni kartun pixar okeh. spesel cket.

pung pang pung pang.

las las. amin setuju. siap tengok 3D tu. ahh. bes bes.

verdict: empat bintang suku

bagi aku bes amat. cerita kartun yang mampu maen dengan emosi. ececeh ayat. haha. mana tak nye. setengah liter gak aku nanges. ntah pape kan?. tapi takpe. baru berbaloi baloi duit amin bayar tiket. bukan senang nak tengok aku nangis sampai meleleh air hidung. sexy.

tapi takle lawan jejaka sebelah aku. lone ranger. muka abes macho memula. tapi memula je la. 30 minit terakhir. dia nanges sampai lap mata kat lengan. nasib tak lap kat lengan aku sama. heh. tersedu-sedu beb. gile sensitip. mungkin terkenang saat gembira bersama toy dia dulu kot?. sumpah mental.

ok. kepada amin. mekaceh blanje wayang. wuhuu~ dan kepada cik pixar. bravo. anda memang berbakat.

23.6.10

Aku dan soulmate

semua orang ada soulmate.
aku pun ada soulmate jugak.

bukan satu. tapi empat.
kawan suka duka sampai mati.

ini soulmate soulmate aku.
yang cinta aku lebih dari yang aku minta.

dem. im lucky. :D

21.6.10

Aku suka benda free

benda free terbaru adalah..

program: NST journalism training
anjuran: alumni uia
lokasi: Research Centre

aritu aku busan. jadi aku dafta nama kat alumni. tengok?. berhemah tak berhemah aku. program 3 hari. nilai rm500 sorang. mahai siot. tapi sebab alumni bayarkan. jadi la percuma. uuuuu. bes bes.

speaker smua mantop. dua dua ex-NST journalist. tapi dah berhenti. jadi CEO Malaysian Insider plak. peh.. melambung-lambung saham. tak kawen lagi plak tu. wahh.. ok. abaikan aku. tetibe mengatal. haha. rupa? em. sekali tengok dah cukup. takkan terdetik la nak pandang berkali kali punya la. tapi..

bila dieorg buka mulut. pegh... terus aku cair. bukan sebab mulut wangi. tapi sebab nampak sangat dieorang ni bijak. banyak pengalaman. aku suka mamat jahabar tu. sebab dia lagi berpengalaman.

bila dia berdebat isu palestin dengan budak palestin. pegh. ko akan konpius. sapa yang dari palestin ni?. haa.. hebat tak hebat penangan jahabar. semua benda dia tau la. ahh.. sumpah sexy otak ko. kalu aku syler dalam cerita heroes. memang ko orang pertama aku sedut otak. haha.

hari pertama: news writing
aku cemerlang. bley bangun pagi okeh. lepas tatap muka jahabar dari 9am sampai 4pm. terus aku pandai tulis news. ala.. yang macam korang baca paper tu. ha. camtu la. hebat tak?. hebaaat.

hari kedua: feature writing
masih mampu bangun pagi. tapi liat semacam. urgh. cekal abes. banyak belajar benda baru. hebat cket la tulis feature writing sekarang. oyeh.

hari ketiga: plant visit
gagal teruk. aku terlajak tido. sesuka hati je. rugi duit alumni. mahapkan saya cik alumni. tsk.

19.6.10

Rezeki

aritu dapat gelang mutiara dari sabah.
kak ti kasi.

pastu dapat buku Natsuo Kirino.
kak zetty plak kasi.

haish.. rezki. rezki.

ni aku makin sayang iimu ni. :)

18.6.10

Kenduri kendara kendaru

ok. sumpah ramai kawan aku yang kawen tahun ni. macam pakat pun ada. so. tahniah buat:

+ diana ghazali
+ fakira razaki
+ sofi shazween
+ azlihazrin ilias
+ wan hafizudin
+ rosmaliza
+ isnaini roslan
+ hetty helfarizan
+ hafizah rosali
+ fidzy
+ syasya

huish.. kejang jari aku type. tsk. ok. rakan-rakan. smuga anda smua bahagia sampai bebila dan tak cerai setengah jalan. sebab aku dah busan baca surat khabar pasal cerai (tetibe).

sayang kamu semua.

16.6.10

Ajal belum sampai

8 tahun ko khidmat sama aku. servis?. jangn cakap. mantap!

pastu tahun lepas. tetiba ko semput. makin lama makin kronik. las-las. ko terus koma.
sumpah aku ingat ko dah nak mati. merata aku hantar berubat. tapi ko tetap nyawa-nyawa ikan.

minggu lepas. anta kat bukit indah. saja cuba alternatif baru. rm50 sekali sesi. layann. alhamdulillah. ko sehat walfiat. macam tak pernah sakit sebelum ni.

wahh.. estatik nye aku. bes. bes.

cpu aku dah puleh 101%. ok. sekarang bley layan game pokemon sampai lebam.

yesh

15.6.10

Lelaki pujaan kalbu


Baharudin Sharom

lelaki kegemaran aku
dr. mahathir pun kalah okehh
I love you gazilion

selamat hari bapa

14.6.10

La la la buat kerja

conference.
proposal.
conference.
report.
public lecture.
update database.
report.
conference.


ok. aku tensi.

13.6.10

Duapuluhlapan


cik sheena baharudin
selamat hari jadi
love you forever

12.6.10

Hari ex-roomate ku kawen

hari itu adalah arini.
transformasi. cik sofi shazween ke puan aween.
hm. sorang lagi kawan ku tumpas. tetiba. haha.
pape pun sopi. tahniah. ko nampak jelita.
smuga bahgia sampai bebila.

11.6.10

Pekerja contoh bulan ini

dari jumaat aritu. sampai sekarang. hampir setiap hari aku menapak haipeng. pagi tu dengan parent. aritu dengan amad, hib, pali, heri, safwan & syafa. pastu dengan ridzal plak. semalam dengan ulfi. pegh. kalu orang tak tau. mesti ingat aku samada play girl atau mama-san. lelong. lelong. hoho.

hm. memang haipeng kaya dengan aku je. layak jadi duta produk camni. huh. berangan. haha. ok. masa tengah melepak. tetiba. sorang pekerja haipeng datang.

orang itu: awek mung ke tu? (tunjuk kat aku)
kawan aku: bakpe mung nok tau?
orang itu: kalu dok. mung ejas ah ke aku.
kawan aku: bengong natang neh. haha

ejas?. pegh. macam haram. cakap depan muka kot. aku sengih je la. tak tau nak respon pe. jap tu. kawan aku bangun. mau beli rokok. aku rilek ah. layan kopi. tetibe pekerja tu duk sebelah aku. sambil pandang atas. tanya.

orang itu: pakwe mung ke tadi?
aku: huh?. haha. dok eh. kawang skoloh. bakpe?
orang itu: oh.. (gelak sorang2)
aku: .....
orang itu: blajo ke keje?. kat ne?
aku: blajo lagi. kat uia gombok. kl.

dan benda ni berterusan sampai kawan aku datang balik. dalam tempoh 10 minit tu. bahasa nganu aku lancar dengan maju jaya. bak kata kawan aku "kemah keming mung". aku pun terkagum. bijok ah. ngee.

sepanjang aku menapak haipeng. dah 3 orang wat camtu. tak pepasal aku ada 3 kawan baru. dah la tu. bila aku nak balik. dieorang anta sampai depan kedai. tetibe aku rasa aku hot. bwahaha. bodo. bodo. tapi cantek la. bley dapat diskaun pasni. oyeh.

10.6.10

Sesi layan blues

lokasi: kuala kemaman
cuaca: mendung. angin sepoi sepoi
mood: tenang

culik kereta kenari mak gua.
terus drift ke kuala kemaman.
borong makanan tak hengat dunia.
kepok. sata. otak-otak. smua ada.
pastu lepak benteng kuala kemaman.
sambil makan. tengok laut.
sorang-sorang.

tenang.

sesekali. seronok dating dengan diri sendiri.

hm. cantik gak chukai ni.

9.6.10

Jejak kaseh?

ibrah ulfi. beach boy sejati yang juga kawan aku sejak sekolah rendah.

fakta
las jumpa: 1998. sebab form one. ko masuk sekolah laen.
las cakap: 1997. sebab kami bertumbuk. berdarah. brutal abes.

aritu kat yellowtown. ko berhenti betul-betul depan aku. pastu usha semacam. salam pun tarak. ampes. aku plak blur. usha ko balik. nak dekat 5 minit gak ah. kalu dalam cerita hindustan. kita dah guling 7 jenis bukit dah tau. las las. ko buka shades. lor.. ulfi ke?. sumpah aku ingat ko mat indon silap orang tadi. haha. ko ajak aku lepak haipeng. mana bley tolak. lama siot tak jumpa kot. 12 tahun. gile.

lepak haipeng berdua dari 1430 sampai 1730. 3 jam digunakan sebaik mungkin. kalu bley nak krem kesah 12 tahun dalam 3 jam. tapi tu pun tak sempat nak cover smua topik. isk. takle jadi ni. kene lepak lagi ni. tapi bulan depan. ko nak pi bali sebulan. pegh. sempoi gile.

malam tadi. ko sms. tanya bila aku balik kl. ko cakap safe journey. hm. walau 12 tahun tak jumpa. aku dan kau macam tetiap hari lepak sama. bukan senang nak cari kawan jiwa sama. barang baek ni. kene jaga leklok. huhu.

yang penting sekarang. mau ikut kamu ke bali. hm. sukati je.

8.6.10

Pak pak kelepong kelepong

canggih siot bunyi kompang aku. ada bakat neh. huhu.

uish. ramai siot orang kawen. memang sah lanie musim perdebungaan. pantang aku toleh kepala. mesti aku nampak pape berkaitan kenduri. tak kesah la khemah ke. pengantin ke. banner ke. konvoi ke. ada je. macam sesat dalam ekspo perkahwinan pun ada. bley berdarah idung camni. bahye. bahye.

tapi. walau aku tak berminat dengan kawen-kawen ni. aku tetap pi kenduri kekawan aku. kasi moral support cket. ha. ni la ciri ciri kawan mithali ececeh.

lepas 6 bulan. sampai gak aku kat bumi chukai. ni pun semata-mata nak pi kenduri puan ekey. kawan lama dari skolah menengah. uit ekey. sila terharu. heh. jumpa ramai gak geng bus skolah dedulu. sembang tak hengat dunia. sampai makan pun bley lupa. rugi rugi. tapi tu je la kot benda yang aku suka pasal kenduri selaen sirap sedap. slurp.

oh ya. satu lagi yang bes. cuci mata. wargh. kekawan aku yang dulu macam cencorot. sekarang kacak siyal. haish. cekal kan diri wahai sarah. *tarik nafas dalam2*

o baah o sarah o ekey o

5.6.10

Ratu sirap

setelah seminggu aku kempunan sirap.

dia : nok oder bende?. (nganu okeh)
kawan 1 : kopi se.
kawan 2 : teh ais se.
aku : ermm.. sirap satu. (abes ceria)
dia : mane ade sirap sini. haha.
aku : huh?. biar benar. air universal tu.
dia : *sengih*
aku : ok. ok. limau nipis se. (sedih)

kuciwa jap bila hai peng takda sirap. heri. amad. syafa. takle terima hakikat aku oder sirap kat kopitiam. apa yang pelik pun aku tak tau la. cuba cakap. kedai mana yang takda sirap?. ok. tolong jangan jawap hai peng. tsk. hampagas tol la.

bengang punya pasal. terus pi kedai. borong kordial sirap. balik rumah. 3 botol besar aku isi sirap. pastu letak dalam freezer. bila minum. pegh. sumpah nikmat. hm. pandai aku bancuh sirap rupanya. champion.

ok. sekarang aku gembira. :D

Empat dalam satu

pepagi dah bangun. mau pulang chukai arini. jujur ek. aku malas sebenarnye. tapi kawan aku ramai sangat kawen. betul la kata orang. cuti sekolah ni permulaan musim mengawan. huhu. sebab ramai sangat. nak tak nak. aku turun gak chukai. insan yang berkenaan. sila terharu. heh. tapi dari ampang ke bus. macam-macam jadi. penat mental.

s.a.t.u
keluar umah jam 9 am. bus 1030 am. relax beb. banyak lagi waktu. sempat berangan nak makan set sarapan mcd lagi. sedap nye. kakak aku tawar nak anta sampai star lrt. chantek la. tapi kalu dia tak tawar pun. aku tetap akan suruh dia anto kan?. dekat je. tak sampai 8 minit setengah pun.

elok-elok ikut jalan belakang. tetiba kak aku tuka pikiran. apa dia terpikir kekal misteri sampai sekarang. dia pilih jalan alternatif laen. memang malang. sebab... tersangkut dalam jam sampai 945 am. walhal tak jauh mana pun. dem. sabo sarah. sabo.

d.u.a
sampai je star lrt. kak aku cakap. jangan risau. jam dia cepat 10 minit. bermaksud. jam baru 930 am. tapi bila aku tengok jam di kaunter star lrt. smua jam 940 am. ampeh la kak aku ni. ada dua teori je. antara jam mereka pun laju 10 minit. atau. kak aku je yang ingat jam dia awal 10 minit. fenin. fenin.

tarik napas. beli tiket. masuk duduk dalam lrt. ok. part ni memang wat aku bengang. gerabak parking nak dekat 10 minit. nampak cam kejap. tp lama gile beb. kene plak aku tengah cuak takut terlepas bus. lebih 15 stesen ni weyh. 955am. lrt bergerak. lega. tak pepasal aku berdoa dalam hati. smuga tak terlepas bus. aminn.

t.i.g.a
sampai star pwtc dalam 1015 am. kira orait la. ada lagi 15 minit. tapi.. tapi.. selamat tinggal set sarapan mcd. masa lalu mcd. kecur air liur tengok logo. tabah. laen kali je la. aku pun apa lagi. lariiiii pi stesen putra. takut lambat. hangus rm30 kalu tak. dalam perjalanan. ada satu pakcik tua pandang aku. ntah nape. aku pun berhenti. aku tengok dia. senyum. lepas tu. dia buka tapak tangan dia. ada alat pam orang asma.

dia: anak. pakcik asma. tak larat nak naik lrt. nak naek taxi duit tak cukup. pakcik malu sangat. tapi boleh pakcik pinjam rm7?. nak balik rumah anak.

aku tengok. pakcik tu badan terketar-ketar. tak peduli la sindiket atau apa. aku terus seluk poket. kasi rm10. aku cakap aku halalkan. dia pandang bawah. ulang yang dia malu sambil ucap terima kasih. aku kesian. ramai orang kat situ. tapi takda sape pun pedulikan pakcik tu. hm. aku senyum. mintak diri. sambung lariiiii...

e.m.p.a.t
bus kat hujung stesen. kalu lambat cket. babai la jawapnya. tsk. masuk. ada laki mana ntah duduk kat seat aku. dgn muka kerek. aku pun angkat kening. takda mood seyh. dah la tak dapat mcd. semput lari plak. patut pinjam pam semput pakcik tadi tu. haha. laki tu diam. bangun pegi belakang. aku duduk. tetiba. aku pompuan dengan anak kecik tegur aku.

dia: dik. kak nak mintak tolong. bley tak adik tuka tempat dengan suami akak?.
aku: (angkat kening) suami kak duduk kat mana?.
dia: (tunjuk kat laki tadi)
aku: saya tak suka dok belakang kak.

tapi bila aku pandang balik. aku nampak laki tu dukung baby. adoih. tak sampai hati lagi. aku tengok kak tu. aku cakap ok. kakak tu cakap terima kasih berulang kali. tapi bila laki dia datang. pandang pun tidak. cakap terima kasih pun tidak. memang macam siyal. nasib ko dukung baby. kalu tak...

lepas tuka tempat duduk. aku terus tido. sedar-sedar. dah kat sungai ular. memang koma namanya tu. huhu. sampai chukai dalam 2.30pm. sumpah laju pakcik bus tu bawak. berangan drifter ah tu. taek kucen tol la. tapi takpe. yang penting. aku selamat sampai chukai.

umah....

3.6.10

Aura membunuh

kepada cik rezza.
perangai ko memang macam haram.
emosi tak hengat dunia.
ko ingat ko kiut wat camtu?
bodo.
kalu lepas ni ko gedik-gedik cari aku lagi.
aku pijak muka ko.

1.6.10

Jom susu!

susu baek untuk kesehatan mental, fizikal dan emm.. rohani?. pape la. oleh itu..

jom susu!

sempena hari susu sedunia arini. abes la berdebo semua lembu dalam dunia. huhu.

yummy