31.12.12

Akhir. dua. sifar. satu. tiga.


AZAM 2013

+ hidupi kehidupan pepuas. hidup hanya sekali +
+ kurangkan ego. tunjuk sayang pada insan tersayang +
+ melancong. aktiviti lasak. harus diperbanyakkan +
+ menjadi insan yang lebih baik secara menyeluruh +

semoga tahun 2013 akan lebih baik dari tahun sebelumnya. ameen.

selamat tahun baru

30.12.12

Parah

parah.. parah yang amat.

dan aku akan lalui tahun baru dengan ketumbit raksasa di mata kanan. 

agak teruk bengkak nya. tabah. pakat tengok separuh bunga api je lah. nampak tang kiri je. kanan blur je. haha. gila tragis. tapi takpe. dugaan nama nya.

resolusi terbaru: stop eyeing your students' badonkadonk.

dem. kurang satu aktiviti harian yang dinanti nanti di tempat kerja. tapi takpe. usha benda lain plak. oh. sungguh pervert diri ini. haha. 

pape pun. smuga ketumbit ini cepat pulih. kalu tidak. terpaksa pakai eye patch macam lanun sungai mantin. rawr.

27.12.12

Pandai hangpa naaa

kerna tiada mood mau mengajar. aku pakat kasi kerja cket kat student. dan akhir nya. aku ada banyak kertas harus di tanda. dem

ini karma namanya.

padan muka aku. kemalasan dibacklash diri sendiri. tabah. tapi takpe. sebagai cikgu cemerlang. aku cekal kan gak diri tanda paper smua.

tengah bes bes menanda. maka terserempak lah aku dengan kertas budak nak amek hati aku. aku suruh tulis satu line mengunakan perkataan teacher. depa tulis: 

"i love my English teacher, miss sarah very much" (vaseharan, 2012)

"miss sarah is a very good english teacher" (yii, 2012)

babik lah. terus aku teriak walau aku harus kekal professional. ecewah. haha. memang sah sah strategi mau kipas aku. tapi strategi agak menjadi lah. terus aku bersemangat tanda baki kertas. haha.

haish.. pandai hangpa naa. aww aww

[ camni lah aku kenyih lepas baca tadi. haha ]

25.12.12

Santa datang lagi


santa clause. rusa terbang hidung merah.
pokok krismas. salji. lampu kelip-kelip.
hot chocolate. ayam belanda golek.

ahh.. krismas datang lagi. dan sedar tak sedar. sudah hampir tamat tahun 2012. tabah.

sempena cuti arini. aku lepak di ge mall. dari aku jejak sampai ke aku balik. lagu krismas memanjang. nasib baik lagu smua ceria. estetik je bila dengar. tak lah depress macam dengar lagu raya. huhu.

oh encik santa. saya budak baik tahun ini. sila kasi hadiah yang bes bes. ameen.  

wohoo. merry chrismas semua!

24.12.12

Sorang lagi...

lokasi: dewan kementerian pertanian, putrajaya
insan: ramai yang amat
mood: lapaq

dan arini. maka seorang lagi sepupu aku tumpas. tumpas ke tangan perkahwinan. 

sorang sorang okeh. pantas gila. dah lah macam amek turn. februari nanti dila plak mau nikah. waduh. penin gila aku. ecewah. macam aku plak yang nak nikah. tabah.

yang penting. kenduri tadi makan sedap. gila banyak kambing aku balun. mesti keturunan kambing pangkah aku pasni. huhu. pedulik. sapa suruh mereka sedap sangat. yums. 

kepada zarif dan pasangan. tahniah. smuga kekal sampai akhir nafas.

dan kepada baharudin dan zarinah. bawak bertenang. esok lusa dapat lah menantu sorang. haha.

[ keluarga sederhana sharom ]

18.12.12

Riak

"salam miss sarah. thanks bcoz i really like ur class. u are a good lecturer" (rafi, 2012)

okeh. sungguh ku tak sangka akan baca sms sebegini rupa.

terasa macam mau terbang sambil makan cotton candy siot. serius terharu weh. walau agak pelik ada budak suka kelas aku. tapi itu lah hakikat nya. bangga siot. 

ye ye saya best. bwahahaha.

17.12.12

Life of Pi


selepas tengok cerita life of pi versi 3d di pavilion bersama keluarga. aku boleh kata:

a) antara filem terbaik tahun ni. serius tak tipu. 
b) suraj sharma adalah bakat baru terpower. serius sebak bila dia nangis. tsk
c) graphic yang memukau kalbu. sangat real okeh.
d) jalan cerita yang sangat mengancam jiwa dan raga.
e) antara cerita yang lebih baik dari buku. caya lah ang lee!
f) aku mau bela richard parker!

yang pasti. sampai je rumah. kucen gemok bernama tot terus upgrade jadi richard parker. mau tak stress kucen tu. haha.

buat yang belum tengok. sila lah pi tengok. alang alang mau tengok. sila lah pi tengok 3d. konfem tak menyesal. 

kalu nak bawak aku tengok sama sekali lagi pun layan. aku sanggup! bukti betapa best nye cerita ni. huhu.

oh suraj sharma. marry me!

14.12.12

Hobbit


arini. aku dengan semangat jitu terus drift ke alamanda lepas kerja. jauh pun jauh lah. pedulik. janji dapat tonton 'the hobbit' sebelum adik kakak aku spoil kan cerita. haha.

lagi best. bila sesampai je wayang. serius tak ramai orang. pehh. terbaek lah. mungkin kerna arini hari kerja kot. tapi bagus ah. tak yah beratur pepanjang. dan seating? fuh. marvelous! 

tepat jam 1800. aku masuk sama popcorn dan air. duduk dan tunggu cerita sambil sengih. gila excited. huhu.

3 jam kendian.

keluar wayang masih sengih. haish. sewel doh. haha. walau ada part yang busan. tapi aku sukeeeeeeeeeeeeee yang amat cerita neh.

good job peter jackson.

cantik mengila cinematografi dia kot. skrip pun senang paham. dwarf plak gilas hot. dan smua berjaya menghayati watak memasing.

walau agak panjang 3 jam. tapi tersangat detail. mungkin tak sedetail buku tapi ada potensi je hampir 85% persamaan. layan ah. tak payah aku sesusah baca buku the hobbit. huhu.

pape pun. aku suka. dan bukan aku sorang je. ada segroup jejaka mana ntah siap tepuk tangan bagai. lagi semangat. nasib aku maish mampu mengawal nafsu. haha.

yang pasti. mati lah mau tunggu sambungan tahun depan. oh peter jackson. sila la tayang hobbit 2 seawal mungkin. fuhh fuhh. ameen. 

13.12.12

Panggilan keramat

tengah shiok shiok melepak. sms berbunyi. amek telefon dan baca.

"salam anak2 ayah. we are already in ampang. time to regroup. come once u all are free. love u" (ayah)

lepas je baca. terus kemas beg baju bagai dan terus pulang ke ampang. mithali tak mithali aku neh? haha.

tapi serius. di saat hati retak camni. aku serius perlu kan keluarga aku. walau depa tak tau pape pun. pedulik.

yang aku tau. aku mau duduk dediam bawah ketiak mak ayah aku. yang pasti. ketiak mereka yang panas itu mampu beri ketenangan buat aku. huhu. 

walau bunyi cam ntah pape. tapi serius. aku rasa tenang gila bila dekat sama mereka. macam ada kuasa apa je. jangan mak ayah aku bela jin sudah. tetibe. haha.

ok dah dah. mau pulang ampang. wehuu.

balik ampang.. oh oh oooooh.. balik ampang.  

9.12.12

Kata hati


disebabkan minggu lepas aku lupa smua yang harus diperkatakan dan disoal. dan setelah pikir sampai pening kepala. ececeh. iye ye je. haha. aku akhir nya sms dia untuk berjumpa. 

aku perlu jawapan untuk soklan aku. dan dia perlu tau kenapa aku buat camtu. selagi aku tak dapat jawapan dan selagi dia tak tau. susah untuk aku buka buku baru. apatah lagi bila buku lama masih tergantung. 

cuak gak masa send tu. takut dia tak reply. mau terguris ego aku nanti. haha. dan tak sampai seminit. dia reply setuju mau jumpa. tekezut ceq sat. laju sangat. huhu.

maka tadi. bertemu lah kami berdua. sesampai je lokasi. bley plak teman sekerja dia timbul. waduh. kacau tul lah tapi aku layankan aja. yang lagi hampeh. depa ingat aku si awek. 

banyak gila soklan kot. mana jumpa? dah lama kenal? camne kenal? adoh. tapi aku jawap je lah walau dalam hati stress gak. haha. punya selesa dengan aku siap bantai piza aku bagai. nasib baik mood aku baik. kalu tak. mau aku terbalik meja sama mereka dan piza. haha. 

sejam kendian gak lah baru depa blah. fuh. akhir nya! dan aku terus amek kesempatan itu untuk tanya ada yang tersirat dalam hati dan luah smua benda yang aku rasa selama ni.

dalam macho macho. bergenang gak mata. pantang meleleh. aku gelak cover. macam haram. haha. dan dia dengar walau payah untuk pandang aku. memang aku yang mintak putus 2 kali. tapi aku yakin alasan aku kukuh. sumpah aku sayang dia tapi aku dah penat sedih memanjang. 

dalam aku dok cerita. tetibe dia berkata:

"my family always said that its impossible for a woman to love me for me. im too complicated" (him)

waduh. serius sedih ayat dia. tapi sapa suruh dia layan aku camtu? aku sayang bagai nak rak. dia bley wat rileks. bila aku mintak putus. gelabah. pastu ulang balik. pundek lah. 

tapi aku tetap jawap statement dia. aku cakap... ok. sila jangan muntah. ayat eklas dari hati neh. haha.

"well. then im the exception. coz i dont only love you for who you are. but i love you with all my heart. unfortunately. circumstances push us apart" (me)

pegh.. power tak ayat aku? aku pun terkedu dengan kehebatan ayat sendiri. gilak. mau kagum cikgu sastera aku. haha.

dalam 3 jam gak la kami berdiskusi. lama tak lama. aku siap ada nota mini agar tidak lupa satu pun benda. aku tak mau terlupa pape. kang balik umah. asyik dok teringat je. parah kalu ye.

dan alhamdulillah. aku berjaya luah smua perasaan dalam hati. masuk tak masuk kepala dia. aku tak pedulik. janji dada aku dah lapang. sedih memang sedih. sebab aku sayang gila dan tersangat berdedikasi sama dia. tapi bukan jodoh kot?

ahh.. kenapa aku kene lalui situasi camni? perit okeh. jenuh nak kutip cebisan hati dan susun balik seadanya. but yeah. one step at a time. 

dear me, do have faith and everything will be okay 

7.12.12

Dia datang


howaaa. serigala besar nan ganas kembali lagi. walhal buku tahun lepas pun tak abes baca lagi. dah semangat mau borong buku lagi. hm. sungguh tamak diri ini. huhu. 

lepas magrib. terus drift ke mines. ketemu amin, adik aku. beg dia dah penuh buku kot. kurang asam sungguh. beli tanpa aku. tapi takpe. aku angkut dia untuk round ke dua. woot woot.

masuk je dewan mines. mak aih. gila pening. banyak siot buku. walau aku yakin bbw dulu lagi menawan. sebab tempat lagi besar dan teratur. lokasi terbaru agak sempit cket. orang plak ramai. dah gaya pasar malam okeh.  tapi pedulik ah. janji buku murah melampau.

pusing punya pusing. las las aku beli 8 je. tu pun sebab dah pening ramai orang sangat. dan dari 8. 3 untuk hadiah kan kat insan terpilih. gila cheapskate aku neh. haha. 

tapi takpe. yang penting. aku berjaya tambah koleksi pustaka mini aku. hm. hangin lagi lah mak aku. huhu.

yok membaca! :)

5.12.12

Pengaruh buruk itu adalah aku

tadi. aku berjaya menghasut teman sekerja, gita dan nithya untuk melepak di pekan nilai. ikutkan lunch hour 1 jam je. tapi aku berjaya melari kan mereka selama 4 jam. bwah-ah-ah. 

lagi power. boss tak sedar pun smua staff hilang. terasa sungguh ninja tetibe. huhu. dah la kuar opis sorang sorang pastu jumpa kat kereta. macam bersalah je. tabah. tapi lantak. janji kami enjoi.

lepak makan froyo sambil chit chat. life is good for few hours. but bila harus pulang ke opis. smua liat okeh. malas mau tatap bangunan linton. pftt.

tapi apakan daya? harus check out. maka. pulang lah kami. tapi drive slow menggila okeh.  bukan sebab safety. tapi sebab tak rela pulang. hampeh sungguh. haha. 

lapang dada aku yang sedia ada nya lapang bila nengok gita dan nithya hepi. gelak memanjang. memang de-stress abes. 

hmm. harus seludup mereka lebih kerap gamak nye. sounds like a great plan. woot woot.

[ om nom nom ]

3.12.12

Indah sungguh


arini. maka bermula lah semester baru. usha jadual. harus ajar 2 kelas. layaan.

dan tadi. masuk kelas technical english. ada 3 kerat student. masuk kelas ace II plak. ada 5 kerat. 

pegh. gila bahgia. ini sangat bagus. tak payah penin tanda paper exam nanti. aku suka. 

smuga jumlah student kekal selamanya. fuhh fuhh ameen.

bwah-ah-ah. 

1.12.12

Banjir setaman

arini. aku ke uia. untuk jumpa si dia. mau kasi souvenir dari koh lipe. walau dah takda pape antara aku dan dia. janji tetap janji.

dalam perjalanan ke uia. kepala pusing okeh. memacam mau aku luah. sebab aku pecaya. sekira nya mau putus. harus putus cara baik. itu aku lah. 

dan terlalu banyak soalan tak terjawap. sakit tak sakit tu taruk tepi. yang penting. aku dapat jawapan. senang cket aku nak mara ke depan nanti. ayaaat. hehe. 

sampai je di uia. terus sms dan jumpa. adoh mak aih. terus macam menyesal jumpa. sekali pandang. terus blank ok. terus lupa apa mau cakap. sesia je aku praktis dalam kereta tadi. tabah.  

sepanjang 15 minit itu. aku borak dan gelak macam biasa. tapi dalam hati. bagai diblender blender hati ku ini. ecewah ayat. bangga chef wan dengan pengunaan bahasa aku. haha. 

tapi serius. tak penah aku sesak dada camtu. sedih ok. 

dia pun macam takle nak pandang aku sangat. sebelum dia pulang. dia sempat cakap dia sayang kan aku. tapi dia terkepit antara ayah dia dan aku. mata aku dah berkaca abes time tu. waduh. macam cerekarama okeh. huhu.

tapi nak wat camne kan? keadaan memaksa memasing pergi haluan sendiri. memang susah aku nak lepas kan dia. lupa camtu je. but one step at a time sarah. one step at a time. 

yang pasti. dalam perjalanan pulang ke ampang. aku banjir setaman.