27.2.09

Tragedi cintakan aku

matric : 1 tahun
degree : 3 tahun
master : 3 bulan

jumaat, 27 februari 2009.

ain : "ok ko present. confident. mmg tajuk ni susah. Haja pun cakap camtu"
nabila : "dont worry. that's the cutest presentation ever"
mashi : "jangan risau la. aku dulu lagi teruk"
wanie : "okey la sarah. aku paham. nasib baik ko lukis. memang tajuk ni susah"

aku duduk belakang tiang. nangis sambil meluah perasaan pada ibu tercinta. aku dah tak tahan. aku tetap kecewa dengan diri sendiri. aku gagal capai standard yang tlah aku letak pada diri sendiri. aku tak peduli apa orang nak cakap. aku nangis buruk ke. poyo ke. gile glemer ke. yang penting, semua yang terpendam, akan dimuntahkan agar aku mampu berdiri kembali di alam realiti.

mashi : "aku tak pernah tengok ko nangis sarah"

sekarang ko dah tengok. aku tak sangka aku rapuh macam ni. selama ni, aku rasa aku tabah. mashi belanja milo ais untuk tenangkan aku. thanx dear. waktu rehat, 3 orang nampak mata aku bengkak. terkejut. aku senyum kelat. aku cakap 'eye infection' sambil gelak. tapi hati aku masih menangis. tahniah Dr. Haja. kau dan subject kau berjaya mengalirkan air mata aku.

aku nak makan steambot.

25.2.09

Oh tidak

sudah 4 orang kawan aku yang wat konklusi bahawa;

orang yang aku suka, baca blog aku ni.

ohh tidak. aku harap-harap tak. kerna sesungguhnya;

aku seorang yang pemalu. (yeah rite) haha.

Sejarah lama telah berulang

arghhh. aku dan aing baru je nekad dan tekad nak jadi student cemerlang, gemilang dan terbilang. dah tak sanggup wat kerja last minit. konon-konon dapat pengajaran dari sejarah lampau bersama LLA la neh.

penipu.

sama jugak. semalam aku lepak bilik aing. wat assignment socio. tido jam 5 pagi. tsk. sejarah lama berulang kembali. lepas ni assignment lain pulak. adoih..

23.2.09

Aku, cupid dan awan gemok

sejak akhir-akhir ni. dada aku sering sakit. terasa sesak.
sedikit perit. aku risau. apa masalah aku sebenarnya?.
doktor cakap aku sehat.
dukun pula berkata aku dibuat orang.
tapi tiada pengubatnya.
malah, ustaz pun berkata begitu.
pasrah.
namun, perit di dada tetap terasa. tidak terubat.

satu hari, ketika sedang memandang awan gemok di langit.
si cupid muncul menemani diri ini.
lalu aku menceritakan masalah ku.
si cupid pandang lalu tertawa kecil.
usah bimbang katanya.
semua ni berlaku kerna...

hati aku sedang berbunga-bunga.

ceh.. aku ingat kena buatan sihir siam.


22.2.09

Berjiwa maskulin

orang yang aku suka telefon masa aku tengah makan. cuti kata dia. aku cakap aku baru abes kelas. kalu free, jom pi pasar malam. pastu aku dapat tau, pasar malam dah lepas. hm. takda pasar malam, wayang kan ada. upgrade sikit. kemudian dia pujuk aku balik ampang. boleh kuar minum. aku tak janji apa-apa. aku cuma kata, kalu aku balik. aku cakap. tu je. aku story kat aing. aing terus suruh aku balik. dia cakap "bila lagi?. ni lah peluang kau". aku masa tu ragu-ragu. aku ego melampau. takkan aku nak balik semata-mata untuk laki ni?. baik aku tido dalam bilik. lagi bes. aku tanya pendapat nana plak. dia pun paksa aku balik. alasan sama dengan aing. aku pikir.

sampai bilik. aku kemas. naik bus. balik ampang. aku sms dia cakap aku balik ampang. ada hal tapi boleh la kalu nak jumpa. ayat cover. poyo. masa dulu kami keluar, dia buat aku tunggu kat klcc. kali ni, aku balas balik. aku sampai ampang dalam 9.30pm tapi aku pi makan-makan dulu. lepak. 10.50pm baru aku pergi amek dia. aku tak tau berapa lama dia tunggu. sian gak. sebagai balasan, aku sesat. tak jumpa rumah dia. dia call cakap dia tunggu tepi jalan. senang cket. aku pusing. aku nampak dia tepi jalan. aku amek.

dia lapar. kami pun pi mkn nasi lemak kat ampang point. borak sakan. berbanding dulu, aku sekarang dah selesa dengan dia. jadi, aku cakap lagi banyak. masalah gak tu. dah habis makan. aku bawak dia ronda satu kl. tengok lampu dan bapok. dari ampang ke BB ke wangsamaju ke batu caves ke dataran merdeka dan merata lagi la. mula-mula niat nak pergi genting tapi terlepas jalan. nasib baik. takda makna aku nak pi genting. macam-macam la kami borak. aku suka. dia sangat open minded. pusing punya pusing, dah 2 pagi. tak sedar.

tak elok bawak anak teruna orang keluar malam-malam. so, aku hantar dia balik. aku make sure dia sampai blok condo dengan selamat. baru aku balik. malam tu, aku happy. tak tau kenapa. tapi yup, aku happy sangat. tapi kan, bila aku pikir-pikir balik. macam aku yang laki-laki. dia perempuan sebab aku yang amek dia. aku drive. aku belanja makan. aku make sure dia sampai rumah dengan selamat. hmm. nak buat camne?.

aku memang berjiwa maskulin.

Ego ku terguris

jumpa aing kat lab selepas terlajak tido. siapkan handout. masuk kelas iok. aku dan aing orang ke 4 dan 5 yang present. aing pegi depan. present dengan cemerlang. walau agak cuak mula-mula. tapi dia present ok. dr. khai tak tanya soklan langsung. kira hebat la tu kan?. ok. aing habis. turn aku pulak. aku sengih. tarik nafas dalam-dalam. dan mula bercerita kat depan.

tiba-tiba aku dengar bunyi. bunyi pelik. bila aku teliti. tu bunyi orang gelak. aku sengih. makin lama, makin kuat. aku tak paham. kenapa orang mesti gelak bile aku present ni?. aku tak buat lawak pun. cuma aku bercerita dengan penuh semangat dan ekspresi. tu je. salah ka?. aku sengih dan teruskan bercerita. yang pasti, sepanjang aku present, orang gelak. yang lagi aku tak le trime, classmate aku bernama tehah tengah semangat rekod aku present. peghh.. gilo!. tak pernah aku present orang rekod. macam popular kejap. tapi aku risau masuk utube la plak. malu beb. tsk.

aku pasrah dan terus bercerita sampai la habis. aku masuk duduk. aku tanya "korang paham tak apa aku present tadi?". semua jawap "paham". aku lega cket. kira dieorang dengar la apa yang aku cakap kat depan tadi. pastu una cakap, "kiut la kamu tadi sarah". mekasey una tapi tu pujian ke apa?. lantak. aku terima dengan hati terbuka je. yeay!. kena puji. aku tanya ain pulak sebab aku masih tak paham nape orang gelak masa aku present. aing cakap aku present terlalu casual dan animated, penuh gaya. tu yang lawak tu. ok. budak-budak suka aku present. dr. khai?. aku takut dia potong markah aku. ye la. aku ni kan kurang islamic. aku penyebab excessive laughter dalam kelas. hmm. aku harap dia kasi markah ok. minggu depan, aku kena present untuk kelas LLA. aku risau, sejarah lama mungkin berulang. bila aku pikir-pikir balik, aku rasa aku silap amek bidang. aku patut jadi pelawak bertauliah. bukan bakal linguist.

ko rasa ain?.

Batwoman

Prof haja ajar aku Language Learning and Acquisition. Prof haja ni menarik tapi subject yang dia ajar, tak berapa nak menarik lah di mata aku yang serba kekurangan ni. tapi sebab benda tu wajib, aku terpaksa memenarikkan benda yang tak menarik itu. pasrah je la. dah hampir 3 bulan aku amek subject tu dan hampir 3 bulan jugak lah dia kasi tajuk dan date line untuk written assignment. 10% jerk tapi banyak woo tuh. aku sebagai student yang pasrah, aku wat bodo je la. aku fokus kat exam menggila yang dr. normala kasi. tu lagi takut woo. so, aku melepak. melepak. dan terus melepak. sampai lah tarikh separa keramat, 19 febuari. tarikh keramat nye, 20 febuari sebab tu date line submit assignment. esok submit?. 10 written pages. buku untuk reference haram satu pun takde.

dup dap dup dap (sila baca dengan laju)

berdebar sial. ramai class mate aku dah siap. paling busuk 5 pages. ayayai. padan muka aku. pemalas sangat. masa tengah termenung memikir nasib yang lara ni. aku dapat tau, aing, rakan seperjuang pun tak wat pape lagi. muahahaha. aku bukan keseorangan. petang 19 febuari, aku pegi library (bangga tak?). aku pinjam 11 buku sebab aku tak tau nak buat tajuk mana lagi. tibai je buku mana-mana. pastu usha tajuk yang paling banyak sources dari 11 buku yang aku pinjam. setelah menscaning 11 buku yang tersangatlah tak besh itu. aku pilih tajuk 4; "how can a language be acquired informally".

8pm. aku duduk depan komputer dengan 11 buku berterabur atas meja. bersedia untuk type assignment. masa tu, aku rasa tersangatlah bijak. tak pernah seumur hidup aku duduk di antara 11 buku yang bergelimpangan. mana aku pandang, mesti ada buku. power siot. ok. aku pun pandang monitor. tangan pegang mouse. niat di hati nak buka words. tapi tangan gatai buka games. aku kecundang di tangan teknologi masa tu. aku pun main la game dengan bahagia nye. bila kalah, aku main lagi. bila menang, pun aku main lagi. main punya main. jam dah area 11pm. aku msg ain. dia belum mula lagi. dia mengajar kat sleu. alasan sempurna. aku?. adoih.

ok. kali ni aku dah nekad dan tekad. aku tutup game. buka words. tiba-tiba, perut aku bunyi. lapar la plak. potong stim tul la. mula-mula aku sanggup berlapar. aku rasa cam buang masa je beli mknn. aku duduk termenung pandang monitor. ni tak bley jadi ni. blur la plak. aku turun beli charketeow, roti gardenia, biskut tiger, 2 paket maggi dan livita. aku balik bilik. duduk. makan. apsal lapar gile neh?. ok. dah kenyang. duduk. pandang monitor. aku mula type jam 1.30 am. aku siap 6 jam setengah kemudian. tepat jam 8 pagi. aku memang dah pening lalat dah time tu. semua aku pandang, nampak macam katil.

terima kasih aing. sebab teman aku buat assignment sepanjang malam walau kau duduk nusaibah. aku dekat asma. sms telah menyatukan kita. hmm. ayat macam haram. haha. ok. ok. serious ni, thanx!. kalu bukan sebab kau sms dan kasi semangat. dah lama aku tido. dalam 8 pagi lebih, aku pi mandi. pergi itd. print assignment. masa siap print, aku rasa macam menang loteri je. memang happy gile. rasa cam nak wat victory dance je dalam itd. tapi tak boleh. nanti aku di saman sebab tak islamic. haha. kelas jam 10am. submit assignment. ahh.. memang lega nak mampus. lepas satu beban. masa tu, ramai gile orang kagum dengan aku dan aing. sebab berjaya siapkan assignment dalam tempoh kurang 10 jam sedangkan orang lain yang mula awal, pun siap macam kami jugak. bangga jap. kemudian, aku dapat tau. petang tu aku dan aing kena present untuk kelas IOK. arghh. handout semua tak buat lagi. lantak. lepas kelas LLA, aku dan aing balik tido. janji puas.

18.2.09

Lurus

semalam nana merajuk dengan aku. memang salah aku pun tapi mana aku tau nak jadi camni kan?. hal kechik je. aku tak jadi teman nana pi jj last minit. aku inform dia 15 minit sebelum bertolak. tapi aku bukan saja-saja nak bagitau last minit. dah memang aku dapat tau yang aku ada hal lain 15 minit lebih awal dari waktu yang aku patut pegi tu.

paham?. aku pun dah ala-ala pening sikit. aku story kt epah malam tuh. dalam banyak-banyak benda yang dia boleh sms aku. dia tulis:

"korang ni mengalahkan orang bercenta. ko ni les ke?"

mau tergolek aku time tu jugak. ok. part macam orang berchenta, aku boleh terima. sebab aku sambut valentine dengan dia. aku wat card untuk nana. dia bagi teddy devil kat aku. tapi les?. ayayai. apsal ramai sangat orang cakap aku les ek?. sampai ada kawan-kawan laki pun kasi statement yang sama kat aku.

tak paham. tak paham. susah sangat ke nak terima hakikat neh. hakikat yang..

aku ni lurus la weyh...

17.2.09

Selamat datang!

sempena Valentine aritu, nana kasi aku hadiah. patung devil warna merah. nana cakap "aku terus teringat kat ko bila tengok patung ni." huh?. apa maksud ko nana?. kijam sangat ka aku neh?.

*pasrah*
anyway, mekaceh babe!. dah lama aku tak dapat hadiah macam ni. aku terharu bangat. makin meriah la bilik aku sekarang. mesti babi ku seronok kan?. ada kawan baru nak teman dia malam-malam. aku harap patung devil tu perangai elok. aku risau dia wat apa-apa kat babi aku yang virgin itu. haha.

gile.

:: Keluarga bahagia ::

Seperti professional

aku ambik gambar kakak aku dengan kawan dia, julie.
tak sangka aku ada bakat terpendam.

aku memang berjiwa seni. :P

16.2.09

Nana nene nini nono nunu

memang tepat sekali sangkaan aku. 14 feb, nana lari pi dating dengan asrul. chaitt. nasib baik la aku ada lagi dua backup. tapi bila nana balik kolej malam tu. dia terus contact aku. cakap nak tido bilik. aku takda hal. besh gak. aku busan duduk bilik sorang-sorang. dia sampai je, aku bawak dia pi makan kat cafe hafsa sebab cafe aku tutup. siot je. tukang masak pi sambut valentine la tu. order. aku blanje nana sebab aku adalah host yang baik hati (perasan). tapau. makan kat bilik sambil borak-borak. nana ajak aku keluar 15 feb. kira sesi dating dengan aku la plak. hmm. nana yang kasanova rupanya.

15 feb. aku bangun tido awal. 11.15am. kira awal la dalam kamus idup aku. tak pernah-pernah aku bangun time tu. selalunya, matahari dah nak ilang, baru aku terjaga. nampak sangat aku excited nak keluar. mandi. siap. jumpa nana kat bustop. naik bus. naik putra. pi klcc. jalan pi pavilion. sampai-sampai, terus pi makan kat carl's jr. nikmat gile. sebelum makan. aku sempat peluk. tepuk-tepuk burger tu dulu. mesti burger tu cuak. macam ada ritual je sebelum dia kena mamam sama aku. lepas makan, kami ronda pavilion. dari hujung ke hujung. semua tempat la cover. kesian kaki aku penat.

dah puas jalan kat pavilion. kami berhijrah ke klcc balik. pi tempat favourite aku, galeri petronas. aku tak paham langsung pameran 'Go block' tu tapi aku wat-wat paham je la. masa aku tengah sms epah, tiba-tiba pak guard datang tegur.

pak guard : dik.. kat sini tak boleh ambik gambar. jadi, jangan ambik tau.
aku : erkk. tapi saya tengah sms kawan je neh.
pak guard : saya tau (gelak)

eee.. benci tol la. dah tau aku sms, wat pe nak tegur lagi. bongok. tapi aku sengih je la. tapi sebab pak guard tu la, aku lupa semua benda yang aku nak type. tak pasal-pasal otak aku kena kerja dua kali. pikir ayat balik. type. anta. tiba-tiba, nana dahaga. kami turun beli air kat cold storage. nampak ribena. ada tulis sparkling kat situ. aku tanya nana;

aku : sparkling tu ada gas la kan?.
laki mana ntah : haah. sparkling tu ada gas. (tibe-tibe je)
aku : kan?. (dengan muka blur)

pastu laki tu blah. aku dengan nana terdiam. tak paham. aku tanya nana. tapi dia plak rajin jawap. nasib baik dia macam ala-ala remaja. kalu dia budak. aku mesti wajib cakap " ei, jangan sampuk cakap orang tua" tapi niat aku terbantut bila tengok dia tinggi dari aku dan muka langsung tak senyum. gile pelik orang zaman sekarang.

kami pulang dalam 6.45pm. sampai kolej dalam 7.30pm. aku happy sebab aku dapat makan semua benda yang aku mengidam except karipap ikea. tsk. sapa-sapa nak tolong belikan aku karipap ikea?.

Muka nana bahgia kuar dengan aku. haha

Fakiera, ko wajib terharu

ha.. terharu tak wahai cik fakiera?. tak?. paksa diri kau untuk terharu jugak. jenuh aku pikir apa nak tulis untuk tag ko neh. hmm. cepat terharu. cepat.

10 fakta menarik tentang fakiera

1. sedang hangat berchenta dengan jejaka bernama glemer nock
2. sukakan tempat havoc tapi sekarang kerja di bentong. sian
3. gila online shopping. sandal pun beli online. tak paham aku
4. dah hampir 11 tahun kenal sama aku. lama siot
5. bawak kereta myvi warna puteh dan kaki meronda
6. suka berchenta dengan jejaka dari kemaman. nape ek? =P
7. cinta sama hai peng. macam aku juga tapi aku lagi kronik
8. muka tak lekang dengan senyuman.
9. pernah jadi model cosplay. darth vader versi ayu. haha
10. sedang mencari lubang kerja baru. sapa-sapa ada kerja kosong?

Lagi 10 perkara tentang aku, sarah

1. suka tido. mak cakap aku bukan tido, tapi hibernate macam beruang. teori yang menarik
2. adventurous. suka try makan kat tempat baru tapi lepas tu pokai.
3. semakin emo selepas makan vitamin evening primrose oil. tsk.
4. sering disalah erti sebagai foreigner. korang rabun ke apa?
5. suka basuh baju. selang dua hari, mesti basuh walau selai. best siot main buih. weee~
6. pernah bekerja sebagai fasilitator di sg. pisang dan kaki buli budak. shiok.
7. suka wat kad untuk kawan dan family. bajet kreatif la neh.
8. dengki dengan beyonce sebab badan dia lawa dan pandai menari
9. tengah mengidam karipap ikea. (meleleh air liur)
10. mempunyai patung babi yang bernama ‘babi’.

Misteri Nusantara

selepas makan steambot buffet yang sedap gile babeng, mata aku naik merah. tapi yang unik, sebelah je merah. tak paham aku. dalam 2 hari jugak la camtu. tapi sampai sekarang benda tu menjadi misteri. apa yang aku makan?.

apakah ini sumpahan udang-udang yang aku makan tu?. yang aku makan siap sedut kepala sedara-sedara dieorang tu. mesti udang tu nampak aku macam raksasa gile kejam kan?. nak wat camne. sape suruh dieorang sedap. hmm. ke sebab sumpahan ketam?. tak pun siput buluh?. ke fishball?. atau air oren tu?. ahhh.. apa-apa pun. aku tetap musykil dengan misteri ni.

pasrah je la weyh.

13.2.09

Aku mengaku, aku jeles sama dia


arghh. kenapa dia menari lawa gile neh?. aku dah cuba tiru depan cermin. macam haram. apa rahsia dia?. adakah kerna dia beyonce?. sebab itu dia mampu menari sexy gile. aku jeles. sumpah! hmm, mungkin lepas aku tukar nama aku kepada beyonce, aku akan mampu menari seperti dia. jom pi tukar nama sekarang jugak.

Ya rakan-rakan, aku straight

baru semalam aku cakap jangan sambut valentine. tapi bila pikir-pikir balik. seronok gak sambut menyambut ni. sebagai warganegara malaysia, aku telah terbiasa dengan aktiviti menyambut semua perayaan dan sebagainya. oleh itu, aku ubah pikiran. ayuh sambut valentine. walaupun aku single (and lovin it), aku telah berjaya mendapat 3 date untuk esok iaitu;

1- aing
2- nana
3- syafa

aku ada 3 date bukan kerna aku kasanova. cuma back up. kalu aing lari dengan L, aku ada nana. kalu nana lari dengan asrul, syafa ada. dan syafa takkan lari dengan sapa-sapa, sebab dia dekat perlis. sesal dulu pendapatan. sesal kemudian tidak berguna. aku tau BM aku agak hebat. terima kasih cikgu Zubir.

aku dah semangat siapkan kad valentine untuk nana dan ain. aku harap kad aku terbalas la. kalu tak, sian aku. ibarat bertepuk sebelah tangan. oh ya, aku bukan bengkang bengkok. aku lurus. scientifically proven. tapi saja gatai nak sambut valentine tahun ni.

hmm. aku rasa semua ni gara-gara vitamin evening primerose yang mak aku sponsor. setelah aku tibai hampir 20 biji sebab nak cover hari-hari lepas yang aku tak amek. aku terus makin emo. aku makin feminin (bluerkk). makin ayu (puihh). dan semakin makin. ayayai. tsk.

esok, aku tak peduli. aku nak pi ikea. aku nak makan karipap dan aiskrim dan hotdog ikea. yum~

esok valentine, happy valentine semua!. love is in the air jadi marilah kita hirup udara cinta banyak-banyak esok.

Aku senyum statik

Gambar satu
Bagaimana rupa anda ketika mau pergi ke kelas?.

Gambar dua
Bagaimana rupa mata kamu dengan keadaan close up?

Gambar tiga
Bagaimana rupa anda dengan senyuman yang lebar ala-ala joker?

bila aku pandang-pandang balik semua gambar aku. maka terbukti, senyuman aku sepesen dari sekolah rendah sampai la ke sekarang. statik camtu gak. tsk.

wahai cik ekei. aku dah wat tag ko ni. gumbira?. huhu.

12.2.09

2 hari lagi..

nampak nya, warga single mempunyai kadar peratusan survival lebih tinggi berbanding orang yang kapel. oleh itu, jangan sambut valentine. hoho.

being single rawks!

Kacau bilau

yusuf mamat phd nigeria asyik call dan call dan terus mencall. bila tak angkat. dia akan tuka taktik. dia akan sms, sms dan terus sms.

semalam dia call, ajak pi beli buah kat pasar malam. takde makna. aku cakap aku tengah makan kat hs cafe. bila dia nak datang hs cafe, terus aku cakap aku dah nak abes makan. kerja aku menipu je semalam. patut la tiba-tiba, bahu kiri berat semacam. tsk.

kalu dia dok kacau-kacau lagi. terpaksa la aku upah sapa-sapa jadi tunang aku. any suggestion people?

Dr. Normala pujaan hatiku

Date : 11 Feb 09
Time : 5pm
Venue : Dell meeting room

mid term bersama dr. normala. 13 soalan. 30 markah. ayayai. soklan susah nak mati. aku pasrah je la. aku cuba hentam dengan bijaksana. tak mampu. 2 jam 30 minit kemudian. submit kertas exam.

sejarah telah terukir. takda apa yang aku boleh wat untuk tukar jawapan kembali. pasrah lagi. walau apa pun terjadi. dr. normala, ko tetap pujaan hatiku.

apa kau calit minyak dagu kat aku ke?. hm.

Separa celik IT

Tengah besh lena dibuai mimpi. tiba-tiba handphone menjerit-jerit minta dimanjakan. aiseh. kacau je mimpi indah aku. angkat. orang dari iimu telefon.

dia: sarah yek?. em.. boleh tak datang iimu 10 pagi nanti. nak kena wat IT test la
aku: huh?. boleh2. im free the whole day

aku pun bangun sebab berdebar yang melampau. apa dia nak test plak neh?. kan aku dah cakap aku reti guna adobe dan movie maker. tu je la yang aku reti pun. harap-harap, dia tanya yang aku terror je. mandi. siap-siap. pegi iimu. masuk iimu. tegur semua orang. duduk. kena panggil pergi dekat satu computer neh. tengok soalan;

a - buat background untuk 'secularism in islam' menggunakan powerpoint.
b - tuka format doc. ke pdf.
c - tuka format pp. ke jpeg.
d - hantar email dan memo rasmi kepada participants
e - wat blank database dan type info ke excel.

what d fuck?. macam siot la weyh. aku reti guna adobe je weh. kenapa mereka perlakukan aku sebegini rupa?. kacau mood aku di pagi hari jek. aku tarik napas. mula jawap soklan.

sejam kemudian. buruk gile background aku. babi. aku berdiri. nampak aing. sekarang turn dia plak exam. chaiyok aing!. hm. aku harap aku dapat kerja tuh. aku perlukan duit untuk memenuhi nafsu serakah aku terhadap makanan yang sedap-sedap. yum.

10.2.09

Interview oh interview

Date & day : Selasa, 10 Febuari 2009.
Venue : IIMU

masuk pintu. semua mamat black. 1. 2. 3. 4. ada empat budak hitam. hai. aku sorang jer pompuan yang datang untuk interview pagi ni. layan je la. duduk. sambung tido sekejap sementara nama kena panggil. tiba-tiba, mamat sebelah aku tegur "hai sister. why your eye so red". isk. kacau tol la. sukati aku la mata nak merah ke hijau je. usah di tegur. sebab ko tegur, aku pun terpaksa la mengenang dan menceritakan kenape mata aku merah dengan detail nye.

nyesal aku jawap soklan dia. mamat tu terus amek peluang ngorat aku. aku ni lembab cket hal-hal camni. aku ingat dia memang ramah. dia mintak number hp. aku kasi. skrg, dia tak henti-henti message aku. kalu aku tiba-tiba gile nak kawen dengan dia, mamat phd education dari nigeria. tolong la bawak aku jumpa bomoh. tolong la.

orang yang kerja kat iimu. tak abes-abes gelakkan aku sebab kena ngorat. tak sangka depa pasang telinga sepanjang ni. persetankan mereka.

11.30am, nama aku di panggil. aku berdebar gile. layankan aja. pekerja kat situ semua sangat lah baik. semua cakap good luck. sejuk cket ati aku. tapi bila pikir-pikir balik. apsal dieorang baik sangat ek?. macam pelik la plak. ahh.. peduli. aku masuk. ada 3 interviewer. sengih. aku masuk dan duduk.

10 minit kemudian..

aku keluar. sengih-sengih. sebab aku jawap soklan macam bangang. tapi kalu orang tak tau, mesti dia ingat aku jawap dengan cemerlang nye. hmm. pasrah je la. aku betul-betul harap aku dapat kerja tu.

doakan aku ek?.

6.2.09

10 perkara tentang kau dan aku

10 fakta menarik mengenai aing

1. cikgu bahasa inggeris bertauliah di SLEU. aku pasti dia bertauliah sebab student dia cakap aing "is like my mother". tak cukup bertauliah lagi ke tu?.
2. bley duduk dalam pelbagai posisi yang memusykilkan aku tanpa berasa lenguh. dalam erti kata lain; fleksibel tahap dewa.
3. bila gelak, mesti vibrate satu badan dan juga badan-badan orang yang duduk berhampiran.
4. akan keras dan ala-ala control cun bile berhampiran Hijau tapi sekarang sudah beralih arah, Coklat pulak. bukan coklat, gula-gula tapi....
5. dulu dia benci sama aku sebab aku tanya soalan dalam kelas masa dia present. emos. tapi sekarang, dah jadi teman rapat. tu la ko aing, orang cakap jangan benci. nanti suka. amek kau. haha.
6. Aing adalah kaunselor part time aku. pantang aku tertekan, cuak, gatal, sedih, marah dan macam-macam lagi la, dia la yang akan sedut aura negatif aku masa tu.
7. kecik-kecik cili padi. berbadan genit. saiz xxs kot?. tapi mulut memang takda insuran. melaser je keja. tapi sekarang dah kurang. dah makin tua kot?. hmm.
8. pandai cakap omputeh. macam air tapi kadang-kadang tanpa sedar, mesti ter'slang' macam Indon cakap omputeh.
9. tak suka kucing. kalu lepak HS cafe. kalu tiba-tiba ada kucing, mesti dia kaget sambil sebut 'kucing.kucing.kucing'. dah ko sebut nama dia, kucing tu datang la. apa la..
10. sedang mencari kerja. jadi, sapa-sapa ada kerja kosong?. contact aku. ayuh tolong aing jadi kaya.

10 fakta bajet menarik mengenai aku, Sarah

1. seorang OCD yang berjaya. bilik kemas melampau macam ada dalam showroom.
2. mempunyai tabiat pelik iaitu mengira jari walaupun aku yakin jari aku cukup. risau je tiba-tiba terlebih dua. camne?
3. pengumpul baju hitam yang cemerlang. buka je almari, 99% warna hitam.
4. duduk chukai hampir 24 tahun tapi haram tak bley cakap terengganu. tsk.
5. cintakan jejaka tinggi dan tegap tapi orang aku minat, takda ciri-ciri tu. hmm.
6. juga cintakan raksasa, monokorobu dan benda-benda pelik.
7. seorang melodramatik dalam kebanyak situasi dan gemar bercakap dengan dinding, wallpaper, buku, tv dan lain-lain.
8. setiap kali type sms, mesti aku type dengan penuh perasaan dan mimik muka.
9. bak kata aing, banyak vocab untuk mencarut. memang betul tapi sekarang dah kurang. azam baru weyh.
10. sudah menguasai 45% tarian bellydance. oyeh2.

dengan ini, aku dengan rasminya mentagged;

cik fakiera razaki plak. sila tulis 10 perkara tentang aku dan kau. weeeee~

Aku diperdaya

dup. dap. dup. dap.

urghhh. cuak gile seyh. kelas dr. normala. normala yang aritu telah memblender harapan aku. aritu, kami sekelas akan dapat balik kertas kuiz dari dr. normala. khawtar yang pada hari exam tu kuar dengan muka macam mati laki dapat 9/10. markah tertinggi. chait. bagus la dia dapat bagus. aku gembira bagi pihak dia tapi tak sangka aku terperdaya dengan muka dia yang blur gile aritu. aku ingat muka dia blur sebab dah bengong wat exam normala. rupa-rupanya, memang muka dia macam tu. ayayai. sabo je la. anyway, masa exam aritu, aku cukup kecewa dengan diri sendiri sebab kebanyakan soklan aku main tibai ikut sukati aku je. bila dapat tau markah aku. terkebil. tarik napas. sengih sampai telinga.

aku dapat 7/10. hepi sangat. aku tengok jawapan aku. macamana boleh dapat 7 neh?. aku hentam je!. rupa-rupanya, semua yang aku hentam ikut sukati aku, semua betul. tak paham tapi dah dapat 7. tak payah la nak pikir-pikir lagi kan. bergumbira je la. hmm.

tak payah la aku berenti master macam yang aku cakap kat aing aritu.

4.2.09

Kalau ini soalan exam, dah lama gagal

Jumpa orang aku suka di klcc. makan di little penang cafe. keluar klcc. lepak di lookout point, ampang. cantik. nampak seluruh KL. makan lagi. tiba-tiba dia tanya;

"apa awak buat kalu tiba-tiba ada orang masuk minang awak kat rumah dan mak awak terus terima?"

terdiam. pikir sebentar dan berkata;

"nape?. awak nak masuk minang saya ke?"

dia plak terdiam. bodo. apa punya soklan dan apa punya jawapan la.

dua-dua diam. sambung makan chicken wing sambil tengok awan menangis.

Aku mau kawen

kebanyakan manusia idamkan sesuatu yang susah untuk mereka dapat. aku pun begitu.

sekarang,


aku idamkan toma ikuta. oh mama. aku mau kawen.

3.2.09

Tragedi Febuari

aku suka gile dr. normala. lecturer aku. dia ajar linguistic application in literature. masa mula-mula aku berkenalan dengan dia. tak sangka, dia memang kejam. hobi dia, kasi student 0% dalam hampir semua quiz dan menyebut perkataan 'rubbish' dekat presenter tapi ntah. aku tetap suka dia. macam orang kena calit minyak dagu. walau apa pun markah dia kasi dekat aku. aku tetap suka dia. masa tu zaman degree la. sekarang aku amek master, aku jumpa dia balik. memang excited gak la. kalah orang jumpa harta karun. ok. aku tipu. tapi macam tu la perasaan aku. seronok. dalam kelas cuma ada 10 orang je sebab ramai takut nak amek dengan dia. bagus la. aku tak suka sesak sangat. nanti aku sesak napas.

ok. hampir sebulan aku dalam kelas dia. aku ceria je. aku rasa dia lawak. aku senyum je setiap kali dalam kelas dia. tapi, tanggal 1 febuari 2009 adalah hari terakhir aku senyum dalam kelas dia. dia kasi bonus kuiz. semua orang suka la. bonus tu. aku pun studi la. 5 bab. 150 mukasurat. 2 malam aku tido tak cukup.

baca. baca. baca.

sabtu, 010209, 10.30am. aku pegi ke kelas dengan cuak nye. masuk kelas. duduk. dapat kertas. lapan soklan je. tapi susah tahap dewa. arghhh. aku takle jawap hampir semua. semua yang aku hafal tak masuk. yang aku tak paham, semua masuk. tak guna. tsk. aku baca soklan. aku cuba jawap. lantak, salah ke tak. tibai je la. ni hanya bonus quiz tapi kalu dapat 0%, sama je dengan tak amek kuiz kan?. adoyai.

12.30pm, aku keluar dari kelas. orang kedua terakhir yang keluar. kemudian yang terakhir keluar. nama dia kawthar, orang algeria. muka dia masa tu, aiseh. hanya tuhan dan aku je yang tau. aku tau sebab aku yang tengok. macam orang baru mati laki. luluh jantung aku tengok. kalu dia yang baca buku tebal morphology bley camtu. apatah lagi aku yang jeling dekat buku morphology pun tak rela. aku makin tertekan. aku amek fon. dail.

ain kat bustop. nak keluar. ain adalah kaunselor separuh masa aku. kalu aku tertekan, dia yang tolong menenangkan aku. sembang sat. ok la. aku rasa elok sikit. dari lapar, ilang lapar. aku pun terus balik bilik. sepanjang perjalanan, aku terbayang saat gembira aku di kelas dr. normala. seronok. tapi sayang,

dr. normala, kau telah menghancurkan harapan aku. tsk.

Aku cinta carl's jr


nana msg. dia cakap kelas cancel. aku plak tengah tido. so, aku ajak dia datang bilik. sekurang-kurangnya aku ada sebab untuk bangun tido. dalam 15 minit. nana sampai. kami pun sembang la. macam-macam topik kuar. dalam 5.30pm, aku lapar. aku cakap kat nana aku mengidam carl's jr. nana tanya mana yang terdekat. aku cakap midvalley sebab ada public transportation. bincang punya bincang, kami nak pi pavilion. memang gile spontan. nana balik bilik tukar baju. aku bangun mandi. siap tak sampai 15 minit. seronok sangat nak makan carl's jr.

kami tunggu bus. naik putra. berenti kat klcc. jalan ke pavilion. sanggup redah hujan semata-mata nak makan. semangat. sampai gak pavilion akhirnya. terus pergi ke carl's jr. order my favourite - superstar with cheese. gemok sial burger dia!. aku kunyah perlahan-lahan. baru dapat menikmati setiap gigitan aku tu. baru berbaloi. dah abes. kenyang. aku dan nana pusing-pusing jap. kemudian, cari benda laen tuk di makan plak. aku promote food republic egg tart. aku belanja nana. dia suka. nasib baik. kalu tak, rugi duit aku. jalan lagi. aku promote cheese cake uhuhu plak. beli dua. duduk. makan. sedap gile. walaupun kecik tapi berbaloi seyh. aku beli dua, tapau untuk epah dan hadi. aku tau hadi suka makan benda-benda berbaur cheese. memang ketikusan.

walaupun kami hanya makan 3 benda, tapi aku memang puas hati. masa nak balik, aku dan nana dua-dua tak larat nak jalan. ikut hati nak bergolek je. tapi tak boleh. membahayakan pengguna jalan raya. sampai kolej dalam 11.30pm. aku tido senyum aritu. puas.

Selamat hari jadi

020209
Happy Birthday Ayah!!
Me Love You

Kau memang &%#@

dem. bengang siot.

aku, epah, hadi dan nana pegi dewan upm. ada kenduri. kawan aku dan epah kawen. hadi date epah. dan nana adalah date aku. peduli. sampai dewan. salam dengan keluarga pengantin. makan. siap tambah-tambah. lantak apa orang nak cakap. aku lapar. tunggu pengantin. belum keluar. tengah make up kot? tanya orang. katanya pengantin kuar 2pm. tengok jam. baru 1.30pm. aku nak balik. dah kenyang tapi epah nak tengok pengantin. takpe la. kami lepak. jadi model. amek gamba cket punya banyak.

2pm. pintu utama bilik bersiap pengantin terbuka. epah pergi tegur pengantin. amek gambar dalam 2 keping. epah panggil aku. aku pergi. lambai kat pengantin laki. lalu pergi ke pengantin pompuan. aku hulur tangan, salam. bila aku rapatkan bibir ke pipi dia. dia dengan kuatnya berkata "jangan lebih-lebih". siap ulang ayat tu macam radio rosak. aku rasa semua orang tengok aku. area tu sunyi. bergema. aku tau la ko makeup 10 inch tapi puhlezz la betina. takkan terkeluar make up kau kalu terkena cket. sial. aku tawar hati. cilanat punya kawan. kalu tau, haram aku tak datang kenduri. sebelum aku blah, aku cakap. "apsal neh?. bukan nya im gonna lick u". dia terdiam. aku blah.

puas hati aku.