30.11.10

Ayuh berteater

lokasi: istana budaya
insan: sarah. una. aing. shiqin. sopi.
teater: natrah

patut tengah gigih nules chapter 4. tapi sempat lagi layan teater tuh. tsk. aku pun dah tak tau camne nak slow talk dengan diri sendiri. memang dasar tak sedo diri la. tabah.

pape pun. aku tetap enjoi layan teater tadi. ok la. ada part sedih. ada part aku gelak sebab bangang sangat. ada part aku ngantuk. ada part aku berdebar. ada part aku nyampah. dalam erti kata laen. teater ni berjaya bermain dengan emosi aku. pegh ayat. mesti cikgu bm aku dedulu bangga. heh.

umi aida: ko memang pandai berlakon. layak dapat medal.
maya karin: dalam tv. ko kayu mengalahkan kayu. dalam teater. senonoh plak. hm.
remy Ishak: i love uuuuu. walau ko joget keras. saham ko tetap melonjak. heh.
aaron aziz: ko pun pandai. aku ingat ko sekadar muka comei. haha.
liyana jasmay: ko takda pun takpe. merosakkan scene je. cis buat kau.
nabila: ko pun best sampai aku tak kenal tu ko sampai abes teater. terror.

kesimpulan. smua pelakon bes melainkan liyana jasmay. sumpah gedik. tak tahan. cis kali kedua buat ko. nasib aku tak pandai wiring. kalu tak. time scene ko. dah lama aku potong wayar microphone. biar takle dengar suara ko yang ntah pape tu. haha.

lepas ni. mau tengok teater LAT plak la. macam bes.

29.11.10

Dewi sungai

tarikh: 271110
lokasi: sg. selangor, kuala kubu bharu
insan: sarah. una. paten. zetty.
aktiviti: white water rafting

peh. takle blah tajuk. baru layan aktiviti air cket. dah berangan dewi sungai. gile terpesong. tabah. ok. ok. satu je ayat yang layak menerangkan aktiviti aritu iaitu..

sumpahbesgilebabastahapdewalangitketujuh.

hah. amek kau!. gile emosi. haha. tapi seyes bes weh. tak tipu. aku macam nak nanges sebab bes sangat. hm. ok. tu tipu. hehe.

pepagi buta dah bangun demi wwr. sumpah terkagum dengan diri sendiri. kalu tak. jangan harap. time tu. baru mimpi tahap 2. abes inception la tu. huhu.

sebab memacam jadi sepanjang tadi. aku letak gambo je la. sebab bak kata pepatah penjajah tanah melayu "a picture worth a thousand words'. ecewah.


[ abes ganas la tu. hm. memang ganas pun ]

[ ni la boat kami yang terror. perasan. haha ]

[ sesi body surfing. steerer cakap ada buaya. setan ]

[ kami dan steerer berjaya, cik helmi ]

[ sesi makan di mini air terjun. sumpah kebuluq ]

[ warga boat cemerlang ]

destinasi seterusnya: atv kemensah!. oh yeah.

simpan duit sarah. simpan.

25.11.10

Berakit rakit ke hulu

harap harap tak yah berenang ke tepian. hoho.

sabtu ni. bersamaan 271110.

aku akan pegi berakit atau nama bandar nye, white white rafting di kuala kubu baru. bersama 3 awek. una. zetty. dan paten.

macam bes. tapi cuak tu ada gak cket. mana nak tau terlekat celah batu ke apa kan?. haish. mintak simpang. harap harap smua selamat. aminn.

wat masa sekarang. kita enjoi dulu.. waahhh uuu weeee.

smuga tak karam

23.11.10

Jampi Sampah

bagi memastikan impian anda jadi kenyataan. sila baca jampi serapah di bawah:

vientiane
vang vieng
luang prabang
vientinane

2 kali sebelum tido.
2 kali bangun tido.
3 kali setiap solat.
dan bebila ada waktu lapang.

insyaAllah. impian anda kan jadi kenyataan. aminn

wagh. mau pegi laos.

tuka plan. takmo ke kanchanaburi, thailand atau medan, indonesia. mau ke negara yang belum pegi.

simpan duit sarah. simpan duit.

oh laos. tunggu dakuuuuuu

22.11.10

Dua. lima.

ini ain.


dia kawan master aku.
dan arini.
dia genap dua lima tahun.

cik ain.
selamat hari jadi.

20.11.10

Sesi 10/11

setelah wat pemerhatian sepenuhnya. dengan ini. saya mengumumkan jejaka idaman kalbu sesi 2010/2011 ialah

[ michael cera ]

apa barang pilih orang macam brad pitt smua. nerdy cam micheal cera la bes. heh. cuba tengok betapa manis nye jejaka ni. wargh. *pitam*

sedap dimakan begitu sahaja

19.11.10

Boot camp kembali

lokasi: padang merbuk, kl
waktu: 0650 - 0800
insan: sheena. sarah. ayah.

setelah dipaksa rela oleh kakak kandung bernama sheena. hmm. bajet banyak kakak je. walhal satu je. heh. aku dengan liat nye bangun pagi. sambil mamai. sambil bersiap. walhal tak mamai mana pun. tak rela pi bootcamp ada le. mana tak nye. sesi senaman tahap askar. adoyai. cuba ajak poco poco. semangat gak den. hm. sabo je la.

0630 kuar umah. sampai dalam 0650. terus kene lari padang wat warm up. tengok tengok padang lecah gile. aiseh. lagi askar la jawapnye. usha usha. ada 3 trek. macam dedulu je. layan. las year pi. walau penat mengila. janji abes smua aku kerjakan. tu bajet konfiden cket kali ni. silap. memang silap besar. tsk.

ok. time warm up dan trek satu. aku gile cemerlang. trainer siap cakap very good. kembang kucup idong aku bangga. haha. tetibe sergeant tu suh lari padang 2 round. wtf?. babi tol la. aritu time isi form. dengan semangat nye aku isi yang aku takle lari jarak jauh. nak wat camne. cepat semput. tu yang dari dulu sampai sekarang. aku terror sukan jarak dekat je.

batu selambut. ting ting. susun selipar. terror la. lari padang dua round?. mengucap panjang aku. tabah. tapi lari gak. air muka harus di jaga. round satu. lulus. masuk je round dua. semput gile weh. sampai penin penin. aku dah cakap aku takle. kene push gak. abes je lari. amek kau. terus nak muntah wa cakap sama lu. memalukan tol la. tengok bapak aku. rilek je. chait.

hm. sekarang aku dah paham perasaan sao masa join boot camp dedulu. dia lagi kronik. siap muntah. aku baru nak muntah. belum lagi. macho cket ah. heh. masuk trek 3. kak aku cakap muka gile pucat. bibir abes puteh. mintak izin jap. sergeant suh jalan tepi padang. lepas sedut oksigen secukup rasa. sambung trek balik. hm. sungguh kental diri ini. haha.

sumpah lega bila abes tadi. abes la sengal satu badan aku esok. sian badan aku. terkejut. huhu. laen kali. kak aku baru je terdetik nak ajak aku. terus aku kasi dia surat doktor. sanggup tu. tabah.

17.11.10

R untuk raya

SeLaMAt hARi RaYa quRBan

15.11.10

Dan dia

melangkah ke alam seterusnya. babai asma.

eh jap. woit. bukan mati la. nikah. tsk. apa pikir bebukan ni. heh.

ok. ini asma

manis kan?. arini. cik asma khairuddin telah berubah menjadi puan asma. kerna. dia telah bernikah dengan laki pilihan hati dia. bukan hati saya. mahupun hati orang laen. tapi. hati dia. dan ini adalah laki pilihan asma, imran (iye ke?).

itu imran

imran senyum lebar kerna dua perkara. satu. sebab dia dah jadi suami asma yang sah. ececeh. suke la tu. dan dua. sebab dia diapit jelitawan yang.. err jelita?. gadis itu adalah kawan asma sejak zaman matric 2003 dedulu. kin. ecah dan sarah.

dan ini pula kin. ecah. dan sarah.

kin. ecah. sarah. juga berkawan sejak 2003 dan belum bernikah. kami datang kenduri asma untuk meraikan hari keramat asma. keramat kerna statusnya berubah dari cik [3 angka] ke puan [4 angka]. nak pangkat cket. kami gembira tengok asma gembira. dan kami gembira. sebab makan kenduri sedap. bes bes. selepas bergembira tengok asma gembira. kami sambung bergembira tengok wayang dan berkaraoke di galaxy ampang. dalam erti kata laen. hari ini memang hari gembira. hip hip horey.

sekarang. tunggu turn epah dan nana plak. macam tak lama je. hoho. dan puan asma. tahniah.

[ ecah. kin. asma. sarah. nana ]

14.11.10

Sekeping syurga

selalunya orang naik gila bila tengok kasut la. beg la. baju la. tapi aku?. naek gila bila tengok makanan yang bes. dan tadi. aku menggila di food republic pavilion kerna. aku terserempak sama

juz heavenly bakery

dem. sesak napas kejap. setau aku dieorang ada 4 outlet dalam malaysia. dan pavilion bukan salah satu. setelah menemu bual pekerja situ. nak jadi cerita. aku datang hari pertama dieorang buka. jodoh?. mungkin.

tak sampai 3 minit. aku dah borong 3 kek berlainan. nasib duit cket. mau aku baru cucuk dari bank. abes satu kedai aku borong. tapi takpe. yang pasti. aku tersangat hepi lepas borong kek tu. terkinja-kinja macam apa je. nak kata sugar high. tak makan lagi. hm. kronik weyh.

sepanjang perjalanan balik ampang. ashik usap 3 kotak kek tu je. dan aku? sengih memanjang. betapa hebatnya kuasa juz heavenly. kek kankang ke apa?. haish. sampai je umah. terus susun cecantek. lama gak aku nak makan. sayang weh. tapi las las. makan gak. heh.

......

lama gak aku terdiam. sebak tetibe. a slice of heaven wa cakap sama lu. sumpah sedap. hm. mau ke juz heavenly lagi. cuba kek laen plak. teringin chocolate durian. dengar review. sedap menggila. argh. takle jadi ni. oh ya. ini 3 benda yang wat aku gembira sepanjang hari:

saya cinta ini banana cream pie

death by chocolate. mati senyum kot.

macademia chocolate brownies. yums

12.11.10

Siuman i'lek

sedang bergumbira jalan pulang ke mahallah asma. tetibe. ada mamat mana ntah tegur.

dia: hi. salam sis. how are you?.

dan aku. sebagai insan terlebih mesra. menjawap.

aku: oh hi. salam. im fine. thank you. and you?.

maka bermula la topik diskusi antara kami. walhal tak kenal pun. aku rilek je sebab sebelum ni. pernah je orang ajak sembang camtu. menurut laki tu. nama dia lukman. orang johor. ntah betul ke tidak. tapi sumpah tak nampak malaysian langsung. cakap bangladesh aku caya. huhu.

dia tanya pasal course aku. aku tanya dia balik. gitu gitu la. sampai la satu tahap. bahu dia terlanggar aku. dia cakap sori. dan aku cakap takpe la. tak sengaja kan?. tapi. sejak tu. dia asyik langgar bahu aku je. apa kes? seyes pelik. memang la aku cakap takpe tadi. tadi bukan nya aku suh wat lagi. bengap tak bengap. haish.

cuak tu. ada la cket. dah la kami berdua je lalu terowong tu. maka. aku pun cuba wat rileks. abes macho la tu. heh. lepas je terowong. sumpah lega rasa. dia tak abes lagi interview aku. tanya asal mana la. siap tanya ada brape bradek tuh. eh jap. yang ko tanya soklan camni wat pe?. bukan nye ko kenal pun. kalu nak kenal pun. belum tentu adik dan kakak aku nak kenal dia.

tetibe. dia suh aku shakehand sama dia. aku memang tak kesah bab ni. tapi apa kes?. tapi bila dia ulang suh salam kali kedua. siap tekan suara lagi. aku terus salam. bengong gila. tapi aku cuak. kang tak salam. dia karate ke apa ke. tak ke naya. pastu dia cakap:

dia: sarah. can i haf ur hp number?.
aku: sorry. no. i dont give my number to strangers.
dia: how bout ur email?
aku: same thing. well. got to go. im using this way.

cuak pnya kes. tetibe nak guna jalan laen. walhal tak pernah guna sebelum ni. huhu. kalu terjumpa kat memane laen kali. takpe la. tapi aku takkan kasi number atau email. kalu dia mintak alamat surat menyurat pun takkan kasi. mau tetibe dia datang raya ke apa. mau susah aku nanti. aku ingat dia blah. tengok2. bley plak dia kejar panggil aku. ok. sekarang memang aku gelabah.

dia: sarah. i haf a proposition for u. its beneficial for both of us.
aku: huh?. whats that?
dia: are u married?
aku: nope.
dia: engaged?
aku: nope.
dia: do u haf boyfriend?
aku: why are u askin me all this questions?
dia: erm. if u're single. maybe we can. you know. i can proposed u.
aku: whaaaaaa?.

pastu dia cakap pasal kawen. dah la aku elergik topik itu. jari abes gatal type nombor orang. bajet nak cakap ada orang tepon la. tekan nombor zetty. dering. tapi tak terjawap. urgh. apa desperate gile mamat ni. kenal aku pun tidak. cakap tak sampai 10 minit. dah naek sawan.

aku: err.. no thank you. not interested at all.
dia: are u sure?.
aku: yup. i still have a long way to go. need to finish my studies first. then do phd. work. then i'll think bout marriage.
dia: ....
aku: ok la. nice to meet u. bye.

aku terus blah. aku rasa dia blah gak. terus aku tepon ain. aku ala ala cultural shock gitu. mana tak nye. tetibe je cakap pasal kawen. kenal pun tidak. sumpah scary. ada je ciri2 dia wat camtu kat smua orang. tapi tak kesah. aku tetap takle trime wujud orang camtu. yang pasti. aku dah pangkah terowong tu. nasib aku bukan president uia. kalu ye. mau aku mansuhkan smua terowong dalam uia. haha.

mau upah bodyguard pasni. bes bes.

11.11.10

Makan percuma itu bes

sempena perlantikan dan perlepasan jawatan director iimu. kami smua dapat makan free!. uuuu. bes bes. dan restoran pilihan kali ni. jeng jeng jeng.

wadi hadramawt jalan ampang.

aku dah la tak pernah makan sini. layann. memula mogok lapar gak. bebalik. makanan arab. muak woi. mau cuba laen plak. italian ke. western ke. masakan kampung ke. tapi apakan daya. dah nama bos besar semua dari ceruk sana. terpaksa la makan makanan arab. kalu kasi tempoyak cicah budu. mau terus berhenti keje kawan tu. huhu. makanan arab pun layankan je la. janji free. oyeh.

makanan dia?. okey la. ada yang sedap. ada yang biasa je. janji lagi sedap dari aku masak. heh. tapi sumpah banyak. dah la
tak abes. berbelen-belen nasi. ikut hati. mau je aku pos pi africa. banyak budak lapo. tapi sementara nak sampai sana. mau basi dulu. lagi kurang hajar kasi nasi basi. tapi tu la. sayang. makanan banyak. tapi tak abes. las las. yang bley tapau. kami tapau je balik opis. hm.

dengan ini. maka rasmi la perlepasan jawatan director lama. prof. hassan ahmed ibrahim yang bes. ke bos baru. prof. abushouk. tak tau la bos baru camne. setakat ni ok. tapi cam serius cket. uuu. takut. dah la esok meeting pertama dengan bos baru. harap dia bes cam bos lama. aminn.

warga iimu yang genius

gendang gendut tali kecapi. kami suka makan free

10.11.10

Akhirnye

sampai je kl dari melaka. terus qodo tido kaw kaw. kalu orang tak tau. mau dia ingat aku sleeping beauty. tetibe. haha. puas je tido. bangun. bancuh kopi secukup rasa. dan pulun siapkan thesis. tak sangka aku ni cemerlang di saat genting. sedo pun diri. huhu.

tapi. walau perlu tambah lagi 10 lai. sumpah susah. aku rasa smua idea aku dah abes. aku dah taruk smua dalam 26 lai yang di canang canang dr. normala itu. haish. cuba kalu suh tulis pasal melaka. cakap je nak brape lai. esok gak aku siapkan. chewah. haha. wat masa sekarang. fokus 10 lai tu sarah. fokus.

argh. gila susah. 4 jam gak la aku goreng rebus stim smua la. dan. aku berjaya dapatkan 10 lai lagi. bwahahaha. jangan tanya mana aku dapat. sebab aku pun tak tau dari mana. otak pusing. mata kero. sedar sedar dah siap. caya la beb. alhamdulillah shukur nikmat. malaysia maju rakyat selamat. tetibe masuk sentimen patriotik plak. sewel. huhu.

terus mandi ala p. ramlee sat. wangi kan diri. dan terus ke iimu. macam biasa la. bos. pinjam printer sat. huhu. tuka margin cket. maka dapatlah 37 lai. up cket. print dan terus ke torture room. bilik puan normala. atas saranan kak aini. teman seopis. aku pun baca la qursi da 3 qul. wat jadi pedinding beb. lepas tiup tiup cket. ketuk pintu dan masuk. macam biasa. sambil sengih.

dia: siap dah?.
aku: err.. bley la.
dia: how many pages?
aku: up cket. 37.

pastu dia belek satu satu depan aku. gila psycho.

dia: u puas hati dengan kerja u ni?
aku: err. not really. but i can add on later kan?
dia: only on my suggestions.
aku:wokeh!.
dia: bout chapter 4. the most crucial part. i kasi u 2 weeks siapkan smua.
aku: huh?. (asyik ternganga je aku)
dia: camni la. u anta full analysis monday after raya haji.
aku: em. ok. kalu tak. i'll give u atleast half the analysis dulu ek.

dia tak jawap wa cakap sama lu. memang dia nak full la tu. pasrah. dah la tu. siap perli aku.

dia: kalu kawan u ajak ronda. u cakap "takle. i busy. wat thesis"

dia tau ke aku pi melaka aritu?. haish. memang bahya la dr. normala ni. tetibe rasa macam dia anto puaka usha progress aku. hm. dia tak tau. aku la kepala meronda sejati. haish. dilema ni. camne aku nak raya haji dengan tenang?. kene pikir thesis plak. adoyai. sempena raya qurban ni. terpaksa la aku qurban sedikit masa dan tenaga demi chapter 4.

tak suke.

9.11.10

Me me melaka

destinasi: melaka bandar bersejarah
insan: aku. ain. shiqin. yana.
tempoh: 0611-0811 (3 hari 2 malam)
bajet: rm220

lepak melaka bersama ain dan rumate nye, shiqin dan yana. camne aku bley sesat join group tu. jangan tanya. tapi orang dah jemput. aku terima dengan hati terbuka. dan sebagai tanda terharu. aku tawar diri in caj cari bilik. jenuh beb cari. aku lupa deepavali. banyak gile bilik abes. kalu tau camni. aku tak tawar diri. haha.

ok. google punya google. terjumpa satu ni. apa kaba home & stay. umah kampung baba nyonya. tuka jadi guesthouse. macam bes. email. kebetulan ada bilik free. dengan pantas aku deposit duit book bilik. memula cuak abes. takut bebudak tu tak suka. nasib baik ok. lega ceq. dah la rm20 semalam seorang. pastu owner up grade plak bilik kami. terbaek la. mari usha apa kaba home & stay.

perjalanan masuk ke umah kami

apa kaba home & stay. sumpah comei

ni plak reception area dan 4 jelitawan. haha

gila klasik cermin. oh ya. abaikan yana

menunggu putera idaman yang takkan sampai

memacam la jadi sepanjang kat melaka. terperangkap dalam hujan jam 3 pagi la. terkunci luar umah la. maen panjat2 kat playground la. naek bot sungai melaka la. museum marathon la. dalam erti kata laen. macam macam ada. ecewah. tetibe promote astro plak. kene mintak royalti camni. huhu.

memacam la tempat bes yang ada. makan pun sedap. paling aku suka. durian cendol. memang terbaek la. urgh. bes bes. aah sudah. ngidam balik. tabah. ok. sebab aku malas nak stori pepanjang. tengok je la gambo kat bawah. zaas.

ya. kami insan patriotik

tak ku sangka shiqin ni pantas. hm

sesi senaman mengejar kapal terbang

mangsa keretapi membunuh

terbukti kami masih lincah di 25. yok yok o

cubaan melarikan diri yang gagal

bukti yana dan shiqin ditangkap khalwat

sesi menghayati museum. isk isk

dinding a' famosa sangat menawan

yana. shiqin. aing. sarah

kesimpulan: saya suka melaka.

5.11.10

Pasrah

setelah bertungkus lumus selama 16.7 jam. aku berjaya tulis 26 lai untuk 3 chapter thesis. macam nak mati wa cakap sama lu. antara dua alam. aku pun konpius. aku ni mimpi ke sedar. amek kau. sampai tahap tu. gila kronik.

tadi. jumpa dr. normala di dell. masuk dan duduk sebelah dia dengan muka penuh cahaya keimanan.

dia: how many pages did u write?
aku: err. 26 pages. im stuck.
dia: 26?. i tak nak ur paper. bawak balik je wat rough paper.
aku: whaaaaaaaaaaaaaa?
dia: i kasi u this weekend to add more. minimum 35 pages tau.
aku: .....
dia: anything else?
aku: nope. (sambil tatap thesis aku)

waaaa. dia reject bulat bulat. pegang paper aku pun tidak. apatah lagi nak selak. kalu aku tau la. aku jawap je 30 pages. dah la tu. up plak lagi 5 pages jadi 35. ni memang kes buli ni. telepon teledera kang. ececeh.

tapi tu la. sendiri bikin sendiri tanggung. padan mula aku wat las minit. haish. aku ada 3 hari untuk goreng lagi 10 lai.

baik lah!. usaha tangga kejayaan. isnin ni aku pulun betui betui. esok mau ke melaka. berjoli 3 hari 2 malam bersama ain. shiqin dan yana. haha.

gila tak insaf. tsk.

3.11.10

Dasar tak sedo diri

lusa.

dateline submit chapter 1-3.
minimum 30 pages bak kata dr. normala.

dan.

aku tak wat pape lagi.
bley type blog la plak.

argh. setan.
apa aku nak goreng malam ni?.

1.11.10

Yuen pujaan hati ku

lokasi: yuen steambot, sunway
insan: aku. una. ain. shiqin. yana. intan. huda
sempena: una siap thesis
mood: lapar dan ceria

disebabkan makan arini ditanggung sepenuhnya oleh dana una. kami smua pakat kedarah kaw kaw. kira kami ni menghargai jasa una belanja la. em. mesti una terharu. sampai meleleh air mata. tengok kami makan dengan riang nye. heh.

tapi dalam reramai. aku, aing dan huda la yang paling kedarah. isk isk. apa nak jadi la ni. kalu mak aku tengok. mau dia tak ngaku anak. macam tak pernah makan setahun. tabah. nak wat camne. dah kempunan udang time tu. yum.

aku rasa. ada la dalam 3-4 kilo udang aku telan. ain plak tibai seketurunan ketam. haish. aku dapat rasakan. lepas ni. aku dan ain akan diboikot warga udang dan ketam. kerna kami. separuh populasi mereka pupus. terutama udang kertas. kesian gile. haha.

hm. aku dan ain takle mandi laut dalam masa terdekat ni. tak pepasal kene serang kang. sumpah tragis.

argh. sedap nye yuen. sampai tido mimpi ngigau sebut nama. dah la cashier ko gile hot. ikut hati. mau je aku steambot mamat tu sekali. tapi takle. aku tak mengamalkan kanibalism. huhu.

wahai una. terima kasih bebanyak. nanti aku siap thesis. aku plak blanje ko makan.

woot woot.