29.1.11

Ronda rondi rondu

minggu lepas. ronda medan.
baju baru je nak kering.
dah kene pack balik.

arini.

aku ke trolak dan sungkai plak.
program 3 hari 2 malam iimu.
yeay. bes bes.

jalan lagi aku. :D

26.1.11

iimu dan ilmu

lokasi: experimental hall, iium
insan: lauren booth
kerna: public lecture
mood: suam suam kuku

miss lauren booth. wartawan. bekas adik ipar tony blair. dan bekas kristian. kini muallaf. dijemput ke uia untuk kasi lecture. cuak gak memula. sebab ni event besar. abes smua orang atas turun padang. dah le aku lemah bab bab protokol ni. fail. tapi takpe. redah je la. janji event lancar.

sepanjang event. ok sesangat. lauren memang kool gila. memula dia sampai. aku ingat speaker kali ni barney the dinosaur. pakai harem pant warna ungu seh. ganas ganas. nasib dia tak wat hammer time atas pentas. haha. dan dia amat rileks. tak pepasal smua orang terpengaruh. jadi rileks gak. hmm. bagus bagus. spread the love bebeh.

tengah bes bes layan lecture. tetibe. prof. kamal hasan masuk. abes awek keliling cair. melainkan zetty. dia dah tahap kondensasi dah tu. tabah. jap tu. prof. datang duduk sebelah aku. amek kau. terkedu terus. haish. menganggu konsentrasi je. chait. apsal la ko kacak sangat ha?. pakai susuk ehhh?. menarik. memang menarik.

bila event dah nak abes. aku berdiri tepi pintu depan. mau amek gambar vip naek pentas. ntah apa kes. tetibe aku kene naek pentas pegang talam. sabo je la. walhal aku selebet gila kot. tabah je la. disebabkan ni public lecture aku yang las. layan je la. tak pepasal aku atas pentas. bersama top management. dan di ambil gambar oleh berbelas wartawan. terasa hot tetibe. hm. jom muntah beramai ramai. heh.

oh ya. bila abes program. ada mamat mana ntah approach aku. siap tawar keje. jadi PA dato' mana ntah. syarikat seaco. setau aku tu syarikat perkapalan. nak suh aku jadi penganti lanun somalia la tu. hehe. bes gak bila ada orang tawar keje camtu. tapi takpe la encik. thank you. but no thank you.

hm. memacam la jadi arini. tapi takpe. yang penting. program ilmu kali ni mendapat sambutan dan berjalan lancar. woot woot. dan sebagai lecture terakhir aku kat iimu.

it is such a great ending. :)

25.1.11

Masa untuk bekerja. hmpkh

baru je balik holiday. masih dalam mood lagi. dah kene balik uia wat keje. bagai terjaga di tengah mimpi indah. huh?. macam siot ayat. haha. makin lama duk toba. makin puitis beb. tapi takle lawan una. siap cakap pasal bulan mengambang dengan budak batak. sumpah rasa macam tengok cerekarama. haha.

ok. ok. sambung cerita. sampai je uia. terus pi iimu. cemerlang tak cemerlang. saja nak tengok camne progress public lecture lauren booth. esok dia datang. nasib baik smua agak teratur. lega ceq. esok nak kene datang awal la gamak nya. ok. tu. i no like. tapi keje punya pasal. tabah je la. hm.

lagi 6 hari. aku dah tak keje kat iimu. nak fokus correction thesis pasni. rasa macam pelik je tak keje iimu nanti. tapi takpe. idop mesti diteruskan. ecewah ayat. jadi. sesapa ada kerja part time kosong. bley la inform aku. tapi kalu keje gro. simpan je la niat tu jejauh. heh.

argh. keje keje.

23.1.11

Toba

dalam bebanyak tempat aku pernah sampai. toba paling bes! sagada pun kalah beb. abes nyaman. sangat relaxing. orang dia baik baik. makan pun sedap dari medan. yums. laki dieorang pun hot gila. dah la suka nanyi. suara sedap. kalah artis malaysia. haish. lengkap pakej seh (lap air liur). heh.

3 malam je tak puas. walhal tak wat pape pun. melepak je keje. tapi ntah la. toba sangat bes. dah la sejuk. memalam kene pakai sweater. pastu lepak jeti. punya la tenang. tetibe banyak idea nak wat thesis. hm. iye iye je. haha.

dah la samosir ni ada rupa new zealand cket. sangat la lord of the ring. orang batak pun pendek macam frodo. hahahaha. tapi takpe. yang penting dieorang tetap hot. kene plak yang dah kacok. tatap je dah bley kenyang. tabah.

[ serius lawa. tapi real life lagi lawa ]

[ bley lompat masuk tasik dari bilik. mengancam ]

[ amek kau infinity pool. tabah ]

[ sesi berendam. cuak siot ]

[ ikan bbq batak di jennys. memang terbaek ]

[ sesi berbeskal ke ambarita. penat gilo. tabah ]

[ permandangan sepanjang berbeskal. cun ]

[ umah batak yang kiut ]

[ layan show batak. bes jugak ]

[ jejaka batak yang kiut dan suka nanyi :D ]

haish. kalu tau la toba bes camni. serius lepak sminggu terus. dah le bebudak batak suh buang passport. lepak samosir sampai bebile. sukati dieorang je. tapi bes gak idea tu. haish.. ingat keluarga sarah. ecewah. drama abes. haha.

hm. april ni backpack java plak. harap harap bes macam medan. aminnn.

22.1.11

Ayuh mintak kewarganegaraan Indonesia

tarikh: 170111 - 210111
lokasi: medan. parapat. danau toba.
insan: sarah. una.
bajet: rm344 (exclude flight)

balik filipin. mau mintak warganegara filipin. ni balik indon. mau jadi warganegara indon plak. haish. krisis tol la. kalu agong tau. mau dia buang aku negara. hm. bes gak tu. haha.

ok. ok. serius bes backpack sumatera. orang dia baik gila. makan smua sedap. murah plak tu. ada ke patut bilik kiteorang rm18 semalam. siap toilet dalam dengan air panas. uuu.. nikmat. nikmat. tu pasal aku guna rm344 je untuk 5 hari 4 malam. smua cover termasuk shoppin. gempak.

ni pertama kali aku backpack berdua. dan una. pertama kali backpack. tapi dia kaki on memanjang. go with the flow. layan. tu bes tu. kalu ikutkan. kiteorang takda arah tuju pun. maen redah je. nasib sampai gak destinasi. mau silap jalan tetibe sampai lombok. tak ke kes naya. haha.

sepanjang 5 hari. memacam la kiteorang wat. dari medan ke parapat ke danau toba. smua benda kiteorang naek. redah je. silap jalan. patah balik. apa susah kan?. kira dapat la pengalaman naek angkot. selalu nya orang luar tak naek angkot sebab tak paham sistem. complicated cket. nasib kiteorang jumpa fadil yang sudi tunjuk jalan smua. i lap u la fadil. haha.

ok. kalu cerita. sepurnama tak abes. ececeh.

[ una yang super excited di polonia airport. woot woot ]

[ mesjid raya yang cun. serius lawa ]

[ aku. una dan fadil naek becak. gila la dieorang drive ]

[ istana maimoon yang tak berapa nak istana pun ]

[ sesi naek angkot. terbaek la ]

[ Shri Mariamman temple. amek berkat jap. huhu ]

[ layan nasi padang original. sumpah sedap ]

[ merdeka walk dan kami yang merdeka ]

[ layan air tepi jalan. nasib tak sakit. heh ]

[ una yang rambang mata kat pasar petisah ]

sebagai kesimpulan. medan bes. tapi danau toba lagi bes. woot woot.

16.1.11

Horas

esok. aku dan una akan backpack ke medan selama seminggu.

memang keje gila tol la. usha tiket airasia. rasa macam ok. terus beli. tak pikir dua kali dah. slumber.

tak pernah aku travel sminggu lepas beli tiket. selalu nye berbulan gak. kira sempat la nak kumpul dwet. research tempat cket. takda la blur kat sana nanti.

tapi kali ni. research tak. booking bilik pun tak. maen redah je. haha.

destinasi utama. danau toba. mau lepak sama puak batak yang gagah lagi mengiurkan. bes bes. mana nak tau una jumpa jejaka idaman kat sana ek?. kenduri lagi. adoih. huhu.

kalu ada dwet lebih. bley usha brastagi. nenek aku pun dah sampai brastagi. takle jadi neh. harus pegi. mana nak tau bley berendam kat sipiso piso jap. abes berangan seh. huhu.

kepada kami berdua. smuga selamat pegi dan balik.

15.1.11

Quan

kedai: Quan coffee shop and ice cream house
lokasi: pandan indah
insan: sarah. sheena. shan. anne.

bebalik. makan tempat sama. bley kemurungan camni. jadi. arini. kami usha kedai makan baru. kat area pandan indah. belakang GE mall. sanggup tu redah dari uia. kepingin punya pasal. dengar review. tempat ni memang bes. harga pun ok. tapi kedai dia kecik je. kira bes kept secret la neh. woot woot. excited abes. haha.

sampai je. memang abes teruja. banyak gile makanan dalam menu. bley juling usha menu je. aku sampai tak tau nak order apa. las las. aku oder empat benda. gila rakus. haha. nasib ada empat orang. bley la dieorang perabes apa aku oder tadi.

makanan sampai je. aku sengih memanjang. dah la banyak. sedap plak tu. haish. takle jadi ni. kene kem salam kat chef camni. bes bes. memang aku abes menhayati makanan tadi. tapi serius bes weh. bahagia jap.

tempat ni macam murni ss2 cket. banyak pilihan. harga ok. makanan banyak dan setakat ni. smua sedap. layak dapat medal camni. yum. haish. makin kerap la dieorang nampak muka aku nanti. hoho.

14.1.11

Drama yang dramatik

arini. bebudak iimu terutama zetty bercakaran dengan seorang mamat guinea yang bengap. apa kes ntah. datang opis emo emo. dari emosi kat iimu. baek dia luah emosi kat ofis kaunseling. paling kurang. dieorang kaunsel dia balik je. terubat la cket.

hm. memang silap la datang iimu. smua pun pakat baran gak. haha. yang takle blah. laki tu bley plak jerit jerit. siap campak beg dengan penuh perasaan sambil tuduh zetty racist. hahaha. sangat la tak macho. dia ingat dia hero la tu. chait. abes jahanam.

lama jap tu. prof. abushouk datang. panggil laki tu masuk pantry. memula dengar lagi budak tu jerit. lama jap tu. terus takda bunyi. aku mula la terbayang bebukan. prof. abushouk bitch slap budak tu la. pukau la. dieorang french kiss dalam pantry la. hahaha. bodo bodo.

jap tu. laki tu terus blah dari iimu. kiteorang gelak gemuruh sebab ala ala terkejut. sepanjang aku kat iimu. tak pernah benda camni jadi. walau ada la sorang dua kuang hajau. tapi takde la tahap padayappa camni sekali. ni tak tau hujung pangkal. terus emo. memang tabah.

aku dan bebudak iimu laen agak teruja. melainkan zetty. mood dia hilang terus. siap lapaq balik plak tu. sian. tapi aku rasa tu alasan semata mata. dia memang lapaq sebelum drama tu lagi. haha.

penutup kata. make love not war. oyeah bebeh

11.1.11

Berhenti keje

setelah hampir sratus kali pikir. aku dah nekad. aku mau berhenti keje. smua nya kerna:

+ dah muak tahap muntah darah handle public lecture
+ lama sangat keje satu tempat. mau persekitaran baru
+ keje banyak. gaji ciput. sumpah tak berbaloi
+ nak sambung pulun thesis
+ harus siapkan paper conference
+ mau cuba mengajar plak. madam sarah?. woot woot

dan tadi. aku jumpa prof. abushouk. mau inform keputusan aku. dan aku rasa. dia takmo lepas aku selagi takda peganti baru. hah! sapa tak suh cari orang awal2?. dah suruh aritu takmo dengo. rasakan.. rasakannn. haha.

masa aku cakap nak berhenti. dia pandang je aku. nasib muka aku ni jenis dek. walhal berdebor macam saat titanic nak karam. uish. gile. dia tanya apsal. aku cakap la nak sambung thesis. dr. normala nak blah pi aussie. aku kene pulun abes abesan skrg. ok. serius tipu. aku dah siap thesis kot. haha.

pastu dia diam. tetibe dia cakap pasal legal perspective. apa kes?. dia cakap pasal kontrak la. form la. document la. aku cakap la. aku tak sign pun kontrak iimu kasi aritu. jadi aku tak terikat dengan pape pun. slumber. terus dia tak tau nak cakap apa. las las dia kasi kurma. haha.

tapi sumpah pelik. zetty cakap tu kurma kangkang. tsk. tak baik tau. kurma tu memang spesis masin kot?. haha. jap tu. aku kasi surat berhenti. dia baca lama gile. walhal surat tu pendek je. sambil tu. aku makan kurma dia kasi. lama jap tu. dia cakap ok. tapi aku mesti lawat iimu selalu. thats a deal. :)

aku sayang je iimu. tapi sampai bila aku nak terperap kat situ kan?. sebab bulan ni bulan las. aku pun usha la kerja part time baru. dalam sepuluh. sembilan kerja model atau show girl. pundek ayam. did i make the right decision?.

tabah.

10.1.11

Sembilan belas itu anda

kehadapan amin yang sopan lagi genius
selamat hari jadi

smuga anda sukses dalam segalanya
dan berjaya jadi doktor paling kool dalam dunia

love you very much

7.1.11

Lagi lagi kenduri

akhir akhir ni. hampir setiap minggu la dapat kad kawen. kalu tak dapat. tak lengkap hidup. memang tak sah. kalu tak dapat kad. gerenti dapat jemputan dalam facebook. serius banyak. mampu kalah koleksi setem aku camni. hm. patut tuka hobi. kumpul kad kawen plak. huhu.

dan arini. aku dapat satu lagi jemputan. tapi yang ni spesel cket. sebab dia adalah aing. kawan master uia aku. kalu usha. muka semak abes. kalu kasi pakai baju sekolah. mau orang ingat budak darjah enam. nampak je kecik. eh jap. memang kecik pun. haha. tapi dalam diam. gila advance minah ni. haish.

bakal suami dia kira kawan aku gak la. budak nerd yang suka kasi teka teki. aku ingat. sempena kenduri nanti. aku harus kasi hadiah koleksi teka teki sedunia. memang pecah otak la aing nak jawap.

bangun tido. teka teki. nak makan. teka teki. nak teka teki. teka teki lagi. uish. dah tahap penderaan mental camni. cancel. cancel. kasi periuk belanga sudey. senang cket aing nak masak kalu aku datang lawat umah. haha.

pape pun. tahniah aing. smuga smua berjalan lancar.

yeay yea. sirap kenduri. yeay yea.

6.1.11

Mari usha Trolak

lokasi: trolak dan sungkai
insan: sarah. kak nani. abg shah. kak linda

bangun awal gile. memang abes kecewa. dah la pepagi hujan. gile bes beradu time camni. sejuk macam kat alaska. ok. ni tipu. tapi seyes sejuk. takyah naek genting seh. tapi dah janji punya pasal. bangun gak pi keje. stress. stress.

naek je van stadd. aku terus duduk paling belakang. dan sambung tido. satu. sebab aku masih ngantuk. dan dua. sebab aku takut driver bawak laju menggila. serius cuak. naek banana boat pun tak camni. haish.

sampai je sana. dengan air liur basi meleleh. aku terus menjalankan tugas sebagai jurugambar tak bertauliah. abes berdedikasi beb. kagum. tempat memula trolak. ok la. banyak bangunan baru. nampak la comei cket. tapi serius takda pape situ. buka pintu. nampak hutan. buka tingkap. nampak padang. nasib program free. layan kan aje.

abes usha lokasi satu. terus pi lokasi dua. kolam air panas. ok. this i loike. sebab kakak tu kasi aku test smua kolam. haha. aku pun apa lagi. pantang dapat green light. terus separa terjun. gimik je lebih.

nasib aku pakai baju kurung. sopan la cket. dah le kaki lupa nak wax. takle terjun gitu je. dosa tau mencemarkan kolam dengan bulu kaki. haha. tapi kalu tau awal nak pi situ. dah lama aku pakai baju mandi dalam baju kurung. heh. konfem kene buang keje pastu.

jap aku masuk kolam air panas. jap aku masuk kolam air gunung. memacam la. gila bahgia. aku harap bos aku pilih tempat ni untuk program. orang laen kusyuk dengar ceramah. aku plak sibuk berendam. uuuu. nikmat.

lama gak pusing area perak ni. bertolak dalam 10 pagi. sampai uia balik dalam 6 petang. kalu naek kapal terbang. dah sampai mekah beb. huhu. tapi takpe. aku sanggup. bley aku claim gaji kaw kaw bulan ni. haha. bes bes.

5.1.11

Masa untuk bekerja

sekarang. aku HARUS:

+ organize satu lagi public lecture. muntah darah. tsk

+ siapkan article untuk UMF's newsletter

+ cari orang untuk STPL 2011

+ tules paper conference ILC
+ update resume. mau cari keje baru

ayuh berusaha!

4.1.11

Tolong kidnap saya

mamayah?. balik chukai.
sheena?. balik ampang.
amin?. balik puncak alam.

aku?.

balik uia. gila depress. tsk.

3.1.11

Kami karnivor

lokasi: san francisco steak house
insan: ayah. mama. sheena. sarah. amin

sempena birthday amin ke 19. kami pakat pi makan kat san francisco steak house. walhal beday dia lagi 7 hari kot. tapi sian punya pasal. dan alang alang smua dah kat kl. layankan aje. tambahan mak aku bayar. dengan pantas pegi bersiap. ya. kami anak paling mithali. heh.

lima orang. lima jenis steak. abes karnivor keluarga baha neh. huhu. aku oder t-bone steak. ingat kecik. bila sampai. mak aih. lembu mana dia kerat ni?. eh silap. betul ke lembu neh?. haha. serius besar. penuh pinggan kot. cuak gak nak makan memula tapi abes gak. hoho.

tapi paling mantap. bbq ribs kat situ. sumpah sedap. silap ayah aku amek half slab. patut amek full slab. tambah 20 hengget je. dapat sebelah rusuk lembu. cacat jap lembu tu. sian plak. tapi takpe. sedap punya pasal. yum.

haish. takle jadi ni. harus simpan duit neh. datang bebile. pastu order full slab ribs. dalam 60 hengget tapi serius pueh hati. tak pun. mintak keje part time kat situ. sminggu sekali. baham ribs. percuma.

GENIUS!.

ok. sekarang gak update resume.