30.10.09

Lonjakan paradigma bakal pembuli jalanan

tempat : parking jj keramat
insan : sarah. zetty.

baru je happy-happy makan wendys dan beli barang. dah hangin satu badan bila tengok orang sebelah parkin macam haram. senget tahap gaban. camne ntah bley lulus periksa kereta. aku yakin dia rasuah jpj tu. hm.

aku : apa ke bangang parking camni. ni nak tinggal note ni.
zetty : [keluarkan pen dan kertas]
aku : nak tulis apa ek?. [ala-ala innocent]

lama jap tu. zetty kasi idea yang wat aku tertanya-tanya. orang yang parkin cam haram itu akan marah atau sebaliknya bila baca notis tersebut:

"woi!. belajar parking kat mane?. nepal?"

aku letak kat cermin depan dan blah dengan rasa puas hati yang amat. ngeh3. semuga pemarking kereta terpilih itu bukan orang nepal. kalu tak. sia-sia je tulis. mesti dia ingat kami ada kuasa psychic.

Cubaan bunuh diri tanpa niat

bangun pagi. golek golek selama 10 minit. kemas katil. pi mandi.

tu la rutin aku tiap-tiap hari. kalu tak golek-golek dan mengeliat. memang tak cukup syarat. pastu amek barang mandi. mandi. sebelum mandi. aku basuh muka. gosok gigi dekat sinki luar. disebabkan aku baru beli mouth wash yang bes. aku dengan excited nya tuang satu penutup. dan.

glup. (tertelan)

terdiam. maka bermula la drama dalam tandas mahallah asma.

oh.. kenapa ini selalu berlaku pada aku?.

28.10.09

Tribute

mohamed ariff mohamed ariffin
040932 - 241009 [ 77 tahun ]

tiada kata untuk mengambarkan rasa kasih pada dikau.
semuga tidur mu lena. amin.

Selamat tinggal cinta

tarikh : 241009 - 251009
insan : sarah. sheena. ee. yam. tok chop.

sepanjang malam kami teman jenazah sebelum dikebumikan esok siang. gilir-gilir la sedekah yasin. aku tak sampai hati nak pi tido kat atas. biarkan jenazah sorang-sorang kat bawah. hidup atau mati. dia satu-satunya datuk aku. mak tok dan beberapa yang laen tido dekat atas. penat dan masih terkejut. aku rasa depa tido dengan harapan bila bangun. tok yet akan masih ada kat situ. tapi bila sedar. hampa.

dalam 3am. keluarga laen-laen sampa dari jauh. aku luluh lagi jiwa bila tengok sepupu dan makcik aku nangis. tapi aku tak nangis. trying to be strong for the others i guess?. dalam 5am baru aku dan kakak naik tido. mata dah tak tahan. esok tu. bangkit awal sebab ramai orang datang. alhamdulillah la. mandi. solat jenazah. kebumi. tahlil. semua berjalan dengan lancar. semuga tok yet ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. insyaAllah.

Silang

231009 : ariff ahmad dlahirkan di hospital ampang
241009 : mohamed ariff meninggal di rumah, penang

dua-dua nama ariff. tok aku tak sempat tengok cicit terbaru tapi takpa la. aku yakin dia sangat gembira bila dapat tau cicit baru diberi nama sempena dia. aku ingat nak panggil si kecik tu 'yet' lah sempena panggilan tok yet. sekurang-kurang nya, panggilan tu takkan terkubur macam tu je.

menarik.

Pertemuan terakhir

sepatutnya jumat lepas aku pi FLUF. program iimu yang ditunggu-tunggu sebab aku tak pernah pegi lagi. tapi nak jadi cerita. tak jadi plak sebab aku dan kakak aku nak turun penang. nak lawat tok yet ku yang sakit. sampai dalam 8 malam sebab bertolak lambat. tengok tok yet aku. terkezut gak la. kuruih nak mampuih. nampak laen gile sebab sepanjang aku ingat dia. dia berisi. tapi nak wat camne. dah sakit kanser usus. tu la salah satu kesan pada tok yet.

memang luluh jiwa. hati. jantung. paru-paru. usus. semua la. bila tengok keadaan dia. dah sebulan setengah tak makan (takda tenaga nak telan). cakap pun dah tak mampu melainkan sebut 'mak'. bila panggil nenek aku. aku dan kakak wat relax je. macam takda apa yang jadi. tak sangka kami pandai berlakon. hehe. tak bes la nangis depan orang sakit kan?. dari elok-elok terus hilang semangat nak hidup nanti. kakak aku borak dengan tok yet macam takda apa yang jadi. tok yet plak. respon guna kelopak mata. tak pun. dengan saki baki tenaga yang ada. dia akan cuba senyum dan geleng kepala. tragis tahap dewa seyh.

siang ahad. aku dan kakak bawak nenek aku shoppin barang untuk tok aku. berus gigi. tisu. cotton bud. pastu bawak nenek aku makan sebab dia dah lama tak keluar umah jaga tok. sampai rumah dalam 4pm. aku terus lena sebab penang panas gile. pasang aircond. terus pitam. haish. bangkit magrib. pastu lepak kat bawah ramai-ramai. dalam 8.30pm. aku dan kakak plan nak kuar makan nasi dalcha yang lazat. patut tunggu aunty nun tapi aku tak rela. tak adventure la kan?. sat tu. kakak aku kena panggil.

uncle john: na. nanti ada ramai orang nak mai lawat tok yet. takut hangpa segan. ni keluaq ni. balik dalam pukul 11pm tau.
maktok : haa.. balik lambat-lambat sikit.
kakak : oh. okeh. okeh.
aku : uish.. mengalau nampak?. hehe. takda hal la.

masa nak keluar rumah. aku dengar uncle john cakap nak mandikan tok aku. kasi wangi-wangi. sebab ramai orang nak datang tengok. 8.40pm. aku dan kakak keluar umah. agak happy. sebab nak pekena nasi dalcha kasim. dalam perjalanan sesat cket sebab tak pernah bawak keta dalam penang. 8.50pm. aunty nun tepon.

aunty nun: hangpa kat mana lanie?.
aku : errr.. ayaq itam. kami sesat ket. hehe. awat?.
aunty nun: ermm.. tok yet dah takda.
aku : okey.

bila aku inform kakak aku. dia terus terdiam dan mati akal. kami terus sesat. lama jap tu. kakak aku cuba fokus dan kami sampai rumah. semua dalam rumah diam. tapi nenek aku terus nangis bila nampak kakak aku. aku kelu kat tepi. tapi tak mampu nangis. aku tatap jenazah tok aku. yang aku tau. dia dah tak payah suffer. tapi kalu aku tau dia dah nak pergi 5 minit selepas kami keluar. aku akan pergi salam cium dia. tapi aku tak tau. sapa-sapa pun tak tau. malam tu juga. aku jadi penyampai berita dekat ahli keluarga. memang berat la bila dengar sepupu dan makcik aku nangis mengila. aku pun tak tau nak wat apa melainkan jadi tenang sebaik mungkin. susah gak nak terima hakikat yang aku kini dah kehilangan tok yet.

but hey. life goes on. sekurang-kurangnya. aku dan kakak sempat jumpa dia wat kali terakhir. tsk.

20.10.09

Konvo. konvo dan konvo

ePah.
Hadi.
NanA.
YuMi.
aTiM.
FaTin.
KiN2.

tahniah. aku bangga sama kamu.

10.10.09

Makan free memang menyeronokkan

tempat : Senate Hall, IIUM.
tarikh : 081009.
waktu : 0800 - 1300.
aktiviti : F& F 2nd convention dan syawal gathering.

tarikh keramat. sebab pepagi buta aku dah bangun. semua nya gara-gara bos suruh datang awal. banyak keje nak wat sebab arini aktiviti IIMU yang agak penting. ikut hati nak je aku sambung tido. tapi tak sampai hati plak. hmm. tak sangka aku sangat berjiwa murni. haha. tsk.

bagi aku semua berjalan lancar la. banyak gak kerja nak wat tapi paling aku suka. angkat dan susun makanan. sebab sambil angkut. sambil makan. sambil menyelam minum air beb. tak sia-sia cikgu bahasa melayu aku ajar pepatah ni. mesti dia kagum sebab aku mempraktik dengan tepat sekali.

program macam biasa. melimpah-limpah orang luar. pantang masuk senate hall. aku rasa macam masuk pintu suka hati doremon. tup. tup. dah ada kat negara laen. ramai betul insan-insan terlebih melanin. tapi bagus gak. dieorang je yang rajin nak datang dengar benda-benda camtu. budak melayu?. haram. pedulik. yang penting. ramai gak budak. takde la nampak macam kamal hasan yang tampan lagi segak sedang kasi ceramah dekat sekumpulan imaginary friends. sian.

makan sedap. aku punya favourite cup cake choc yang sedap tahap dewa. memang layak dapat medal. aku sedekah kat bebudak kelas. sorang satu. buat amal jariah plak. aku kasi satu spesel kat lecturer membunuh aku. aku harap cukup untuk merasuah kasi aku result bes. ngeh3. yang penting. benda kecik camni. dah cukup kasi kawan-kawan aku happy.

lega. convention dah abes. lepas ni. FLUF plak. yeay.

mereka memang tak senonoh. cupcake itu tak bersalah

9.10.09

Perut ku amuk

tempat : the curve, damansara.
tarikh : 031009

insan : sarah. nana. yumi.

walau kali ni lepak hanya bertiga. riuh tetap riuh. macam- macam aktiviti la kami wat sepanjang kat situ. dari makan cookies and cream dekat bubba gump. menyalah guna barang-barang dalam kedai. ke nanyi karaoke. rm12. 12 lagu. sejam. layan la kan?. aku pun tak paham. tapi semua lagu yang kami pilih. memang mencabar jiwa la. masa tengah nanyi-nanyi. aku rasa laen macam. asal perut aku macam semakin memgembang ek?. aku pun usha perut aku. erk. aku bley nampak perut aku makin kembong. memang ngeri seyh. kalah cerita hantu. uuuuuu. takut. takut tapi aku macam biasa la. blur. sakit tapi tak tau nak wat pe. sebab tak pernah kene. jadi. aku teruskan nanyi. pandai.

lama jap tu. belakang aku sengal yang amat. makin kronik. aku berhenti jap. aku cakap dengan yumi. dia cakap aku kena colic. masuk angin. ala.. yang macam baby selalu kena tu. tak sangka usus ku umpama baby. hm. dia cakap dia pernah kena dan sakit nak mampus. aku setuju. memang sakit nak mampus. tapi aku tahan je la. aku tak nak spoil keseronokan duniawi saat tu. sempena kesakitan aku. dieorang suh aku nanyi lagu terakhir. dalam ratusan lagu. aku pilih lagu kocok-kocok dendangan inul. diam. jangan tanya pape. sebab aku pun tak tau nape aku pilih lagu tu. aku rasa kondisi mental aku tak stabil time tu. akan tetapi. aku nanyi dengan cemerlang nye.

lepas tu. pi watson beli koyok cap salon-pas. tampal kat belakang satu. perut satu. pastu minum eno. ikut hati nak lepak lagi. tapi sakit tu makin menjadi-jadi. chait. balik ampang dalam 10.15pm. sangat awal kalu ikut piawai waktu aku. sepanjang ke ampang. aku bawak tak lebih 80km/jam sebab nak muntah. dan hajat kesampaian. aku muntah dekat stesen minyak. sia-sia aku makan kat bubba gump tadi. tsk. sampai je rumah. aku terus tido sampai esok pagi. sian nana. diabaikan tapi takpe. tot tot teman dia tengok tv.

sowi nana. yumi. next time kita over-nite ye. kocok kocok kocok auwwwww.

[ kesan sakit perut melampau ]

Kami insan lurus

tempat : taman berlian. greenwood. rumah tim.
tarikh : 031009.
insan : sarah. nana. yumi. maj.

konfem. memang konfem!. empat gadis yang pi rumah tim. memang dilahirkan lurus bendul. dan ianya telah terbukti secara scientific.

tim : eh. makan la apa yang ada. jangan malu-malu. wat je macam rumah sendiri.
kami : hmm. betul ni?. okeh.

lepas tu. memang kami wat rumah tim macam rumah kami sendiri. dan iya. kami makan hampir benda yang ada. gila. disebabkan kami. insan-insan yang datang lambat tak dapat merasa kek coklat dan creme caramel buatan tim. abes kami bedal. haha. dan disebabkan aku. koloni ayam di daerah gombak berkurangan dan tim terpaksa tambah rendang ayam 3 kali. nak cakap sedap. biasa je. tapi aku macam ada dendam kesumat terhadap ayam. pantang nampak. aku tibai. masalah besar ni. kena jumpa pakar psikologi ni. tsk.

lepak situ lama gak sebab jumpa ramai kawan lama. borak sakan sambil kasi grade dekat kueh raya. dan sejam kendian. kami pulang dengan perut gendut. damn.