28.9.12

tiga.puluh.tiga itu kamu


selamat hari jadi ke 33 cinta
smuga segala kebahagian menjadi milik mu

sayang kamu sampai.. em.. sampai jumpa laki lagi bes? 
ayat macam siot. sabo je lah. haha

dan smuga panjang umur murah rezki selamanya
ameen

26.9.12

Awkwardness


lebih kurang camni lah muka aku akhir akhir neh. asyik terkejut je dengan student aku yang jujur lagi tulus. dan arini. berlaku suatu perkara lagi. tengah bes bes melepak dalam kelas. satu student tarik aku ke tepi. dengan muka abes dilema.

dia: teacher. i need to ask u a private question.

aku memati ingat kan isu keluarga. kewangan. atau awek ke apa. bila dia buka je mulut. mak aih. bagai hujan ribut petir. mau bergolek aku. haha.

dia: teacher. do u think it is time for me to have sex?
aku: huh?
dia: im thinking of having one with my gf. but im not sure. i dont want to be used. 

aku serius terkedu. awkward gilak kot. mungkin benda ni normal. tapi tak pnah plak orang tanya aku camni. waduuhh. lagi bes. muka serius gila kot. memang penuh dilema. sian plak aku nengok. 

sesungguh dia terang situasi tadi. siap stori dia virgin lah apa. em. cite kat aku wat pe. bukan dapat markah lebih pun. huhu. dan disebabkan dilema dia. aku pun macam terdilema gak. serba salah. mau layan atau tidak.

setau aku. dia percaya sama aku. konfiden untuk stori dan minta pendapat camtu. tapi dalam masa sama. aku takmo dia lupa aku neh cikgu dia. ayayai. maka aku jawap:

"if u ask me. i would say no. u're 17. still young. think about ur future. the consequences. if something happen. are u ready to be responsible? yes? no? but in the end of the day. its ur decision. u're an adult. u have the capacity to think. so pls go back home and really think. be wise"

aku pun tak tau lah jawapan aku tu okeh ke tak. dah ah dia kristian zambia. nak halang lelebih pun takle. kang rebel plak. hm. heharap dia pikir sungguh lah. 

arini. depa tanya pasal seks. ntah apa plak depa mau tanya esok lusa. oh cik sarah. harus mentally prepared supaya tidak terkejut lagi. chaiyok. 

24.9.12

Yassa selama nya

aww ahh wehuu yehaa rawr oyeah 

okeh. lebih kurang camtu lah perasaan aku bila encik isma dari mauritianna masak makanan west africa untuk aku.

sumpah rasa teramat spesel. ngeeeee.

bukan selalu ada orang mau masak kan? sekali ada. excited menggila lah. huhu. dan tadi. aku ke uia untuk amek makanan. ingatkan amek je. tup tup.

isma: u have to eat with me first. then u can take the whole thing.
aku: definitely! am honored to eat with world best yassa chef, you.

cewah aku. ayat power gila. boleh lah jadi ahli politik pasni. haha. aku pun duduk lah. serius rasa macam puteri. pinggan di ambil. nasi di cedok. lauk di cedok. suap makan je tidak. haha. 

sambil makan. kami borak. kata nya. dia tak penah masak. tapi demi aku. dia sanggup. amboi ayat. mampu cair. hm. nasib aku kental. ecewah. keke. 

walau kali pertama dia masak. serius sedap. cukup rasa lah. cuma berminyak cket. tapi pedulik. janji sedap. om nom nom. 

dah tu. siap dapat satu rice cooker yassa. gila banyak. memang konfem aku makan yassa 3 hari 3 malam camni. hm. heharap ni bukan yassa kangkang. haha. babik.

[ aku yang terharu bersama chef isma ] 

pape pun. trimas isma tolong masakkan. tetibe sayang lebih. heh. 29 februari nanti aku masak plak ek. cakap je nak apa. smua boleh. iye iye je. oh encik  isma. i lap u lah. esok lusa masak benachin plak. weeeee.

23.9.12

Sepetang bersama jay

akhir nya. selepas sembilan purnama. berjaya jugak ketemu sama encik jayarajoo atau lebih dikenali sebagai jay khan. wadafak?

sumpah perasan adik beradik shahrukh. mau jadi adik jiran shahrukh pun belum tentu layak okeh. haish. nasib kawan. layan je lah. huhu.

dan tadi. aku, jay dan sherly melepak di midvalley. serius rindu mamat neh. zaman olympia dedolu. mak aih. macam belangkas. tetiap hari melepak sama. 

bila smua pakat resign. serius susah mau ketemu. ada je yang tak free. sekali dapat jumpa. amekau. menggila. dan tadi kami:

ronda. makan. gossip. gelak. makan lagi. borak. gelak. ronda. 

sampai malam melepak. walhal esok kerja kot. slumber. plan mau balik nilai awal konon. pfttt. mengarut siot. tabah. tapi las las balik gak. cuma lewat. dalam 2100 gak lah baru bertolak dari mv. tapi takpe. janji arini dapat cover sembilan purnama itu.

[ jay dan sherly. aww aww ]

kepada cik jaya. rajin rajin lah merajinkan diri. contohi lah saya. sibuk menggila camne pun. tetap ada slot khas untuk bergumbira. ganbate!

22.9.12

Nanyi sampai pitam

lokasi: sg. wang
insan: sarah. sherly
sesi: karaoke sampai berbuih
mood: riang ria

kerna kebusanan melampau. tepat jam 1230. aku terus drift ke kl okeh. huish. takmo aku duduk nilai weekend. mau berbuih mulut kalu ye. huhu. sampai kl. traffic macam haram. parking di jelatek. dan naik putra. 

destinasi utama? klcc. dan seterusnya ke bukit bintang. serius lama tak jejak kaki sini. adalah dalam 3 minggu. ayaaat. lama lah sangat. hehe. tapi serius. agak lama lah bagi aku. sampai klcc. lepak sat. tunggu cik sherly dari cyber.  

sesampai je cik sherly. terus gerak ke bukit bintang. makan di pavilion sat. usha h&m di lot 10 sat. dan seterusnya. terus ke sg. wang. sherly mau usha wayang. dan aku? gila mau karok. angau siot. hehe.

dan seperti biasa. aku angkut cik sherly sama. smua benda dia tak tau. smua benda tak pernah wat. hah! this is your lucky day then! moh aku bawak nanyi. rosak.. rosak.. huhu. usha pakej. hmm. macam berbaloi.

bilik besar. 3 jenis air sorang. all you can eat buffet. 5 jam karaoke: rm33/pax

dengan pantas aku cakap okeh. haha. maka bermula lah hari ku yang teramat musikal. gila penat nanyi 5 jam. las las pasang lagu. menari je. bajet club. ntah pape. janji berbaloi rm33 aku. yeah.

usha buffet. mak kau. sangat banyak. siap ada 3 jenis sup. ikan stim thai style. sushi. dan memacam lagi lah. macam kenduri apa je. dah ah sedap. ughh. rasa macam nak comolot sama tokei karaoke itu. ok ewww. haha.

dari zapin ke dangdut ke rock ke irama malaysia ke balada.

smua ah bedal. las las. siap reka genre sendiri. mulut kebas okeh. haha. gila lah. karaoke 5 jam tanpa henti kot. kalu ada seploh orang takpe gak. ni berdua je. mau anak tekak kerja lebih masa. sian die. terkezut. heh.

[ nanyi. makan. rehat. ulang selama 5 jam ]

[ bilik gilak besar. pueh hati siot ]

[ sarah dan sherly. peneraju karaoke malaysia ]

hmm. konfem puasa karaoke 44 hari pasni. tapi takpe. yang penting. dwet aku berbaloi baloi.  wehuu.

17.9.12

Hujan hadiah


terima kasi ayah di atas sandal flip flop yang best gila babas. sangat selesa okeh. dah lah mampu menambah ketinggian sebanyak dua inci secara sehat. aku sudah tidak pendek lagi. wehuu. 

dan terima kasih mama di atas set muka jenama kose. okeh. aku selama ni pakai yang memurah je. sekali cuba kose. mak kau. best gilak. tetibe terasa cantek. aww aww. dan kulit semakin anjal pasni. ayaaaat. haha. 

trimas skali lagi buat mamayah di atas jeans cun dari dorothy perkins. walau ketat cket. takpe. itu motivasi untuk kurus. insyaAllah. akhir tahun ni. perfect fit. ecewah. ameen ameen. 

tidak lupa juga wat cik sheena di atas mug comei dan mini teddy. maceh. konfem aku rajin minum air pasni. tetibe. heh.  

kepada diri sendiri. trimas juga di atas pembelian lupa diri. contact lense moonstone yang mampu bikin mata besau. hm. makin gila plak tetua neh. tapi shiok gak sekali sekala melaram. huhu.

terakhir. kepada cik amin. akan ku nantikan hadiah dari mu akhir bulan neh. kakak tak senonoh. haha. tapi janji harus dituntut. kene plak ko adek aku. lagi ah. keke.

serius terharu dengan hadiah hari jadi ke 27. heharap tahun depan. hadiah lagi power. haha.

16.9.12

Hidup untuk makan

sempena: hari jadi dua tujuh cik sarah
mereka: baharudin sekeluarga
lokasi: the bee. chilli rush. wendys
mood: ceria melampau

walhal semalam hari keramat hidup aku. tapi arini baru sambut bersama keluarga. harus tunggu cukup korum seperti biasa. dan arini. cukup korum. woot woot. 

sempena hari jadi ke dua tujuh. bikin lain cket kali ni. kami pakat melantak di tiga tempat berbeza. giler ah. serius banyak makan. buncit instant okeh. tabah. tapi takpe. setahun sekali aje. dan paling penting. abes okeh. terima kasih kepada amen, perut ajaib. heh.

memula. kami pakat ke the bee. tempat comei doh. makanan? lagi comei. serius bes. konon nya nak makan reringan je. tup tup. bley plak ter oder 5 benda. ntah pape. haha.

dan bila sampai. terdiam. gila puas potion. nampak je macam kecik. tup tup. bila makan. tak gerak langsung. camtu gak nengok. nasib oder cecampur. bleh la merasa lima benda sekali. dan setakat neh. smua sedap dan pueh hati. serius layak dapat medal.

lepas pakat dah kenyang. terus ke destinasi seterusnya. chilli rush. okeh. chilli rush sangat terkenal dengan kepedasan membunuh chicken wing mereka. ada seploh peringkat. dan sebagai insan otai dan tak sedo diri. aku pilih level 10. 

ayam bersalut cili bhut jolokia. cili terpedas dunia. dan sebab aku yang oder. aku dikerah makan dulu. tabah. ni buli namanya. tsk. tapi takpe. maintain. minum air segelas dulu. tarik napas. dan geget.

hmm. pedas. ok. agak pedas. ahh. pedas gak weh. eh jap. pedasss siot. ahh ahh. air! air!

lebih kureng camtu lah aku. cuma versi macho cket. huhu. pape pun. serius pedas bhut jolokia. memang layak jadi cili terpedas dunia. pedas panas terbakar smua lengkap lah. paling power. mak ayah aku. rileks je makan. sesedo dah berpeluh. haha.

yang penting. keluarga baharudin berjaya makan sorang satu. yang lagi ganas. siap tapau cili balik. malam makan dengan nasi. sabo je lah. haha. tapi serius sedap. pedas nak mampus. tapi pedas sedap. yums. 

dah settle makan di chilli rush. terus ke wendys pekena frost. memang nikmat gilak lah bila dapat milkshake. bagai di syurga dunia. tibai tiga. sukati. haha. adik dan ayah aku bley plak sambung makan bake potato. huish. perut apakah? hebat.






lepas dah makan stok sebulan. masa untuk pulang. dalam kereta. smua diam. semput agak nya. haha. pape pun. terima kasih ayah, mama, kakak dan amen. akan ku kenang hari jadi kali ni selamanya. cewah. emosi plak. haha. tapi serius. maceh. sayang kamu selagi nyawa dikandung badan. 

ok. perut sudah kenyang. hati senang. masa untuk tidoooo. wehuu. 

15.9.12

dua.puluh.tujuh


selamat hari jadi ke dua puluh tujuh buat diri sendiri.

smuga aku semakin menawan, bijak dan sebagainya.

ameen.

cik sherly. terima kasih belanja makan di chillies. sampai tiga pinggan ko suap aku. stok makan setahun ke apa? hm. bes bes.

kepada smua rerakan yang ucap birthday. terima kasih. saya sangat terharu. tapi kalu kasi hadiah. pasti lagi terharu. haha.

dan kepada ahli keluarga terchenta. terima kasih di atas lawatan mengejut. nasib jantung masih kuat. kalu tidak. mau tragedi di klcc. tsk.

sesungguh nya. ucapan korang smua bikin hari aku lebih bermakna. maceh.

love you all. 

salute!

14.9.12

Sialan

masuk kelas. kene ngorat lagi. ok. abaikan. dan tetibe. aku terdengar student jejaka aku dok sebut 'milf'. setau aku lah. 'milf' itu adalah tut tut tut tut. pepandai la korang google sendiri. segan aku mau tulis. heh. 

aku tegur lah. suruh fokus grammar. pastu depa pakat gelak reramai. hak'elah. apa dieorang ingat aku naive sangat ke sampai benda basic camtu pun tak tau. cewah ayat. basic tuh. nampak sangat otai. haha.

lama jap tuh. sibuk suh aku terang apa maksud. wat wat tak tau plak. bajet innocent. petuih. mak aih. garang nye. huhu.

dalam seploh minit kendian. tetibe seorang pelajar bernama bobo. okeh. aku serius ni. gila hensem budak penang ni walau nama sebenar ialah boris. macam tipu je kan? sampai lah aku check ic. betul weh. apa mak dia pelat? sukati. haha.  

okeh sambung. mamat bobo ni sudah panggil aku 'mama'. mau back flip aku dengar. budus. memang aneh tol lah student aku smua. sejak bila plak aku mama dia neh? 

dah ah memula cakap pasal milf. pastu panggil aku mama. apakah aku seorang milf dimata mereka? wadefak tol lah. umur beza seploh tahun kot. ugh.

[ kita bakaaaar sama dia ]

serius aku terkedu. apakah itu pujian atau sebaliknya? babik. sila jangan bikin aku murka. kang tak pepasal aku bakar korang dengan api dari mulut aku. macam godzilla. haha.

jaga jaga wahai student ku. do not. i repeat. i do not unleash the monster. rawr.

12.9.12

Kuasa dalaman

ke opis. mau buka kabinet. lock berkecai. kabinet masih berkunci. 

pundek.

laptop aku dalam kabinet tu kot. babik.

camne lock berkecai? tak paham tol lah. mr. pillay guna kabinet sama lapan tahun kot. sehat walfiat je. aku guna baru dua minggu. dah jahanam. dah ah aku ni lemah gemalai orang nye. pfftt.

ke aku ada kuasa dalaman yang membunuh?

atau aku ini separa hulk?

atau berketurunan pahlawan terhebat?

atau ninja assasin yang lupa masa lepas?

atau..

atau.. kabinet tu jenis murah?

hm.. aku rasa pilihan terakhir paling tepat. walau best gak kalu aku neh ninja assasin yang terhantuk dinding. lupa. haha.

pape pun. sekarang. kabinet aku sudah takle kunci. seronok lah cik laptop. bley ikut kemana saja. dem u cabinet. 

10.9.12

Naik pangkat?

arini. aku secara rasmi nya dilantik sebagai... *drum roll please*

english society advisor

wagh. terkedu jap  tadi. kau memang hampeh wahai hod ku. kalu iye pun. diskus lah sama aku dulu. ni tetibe bebudak english club datang perkenal diri.

mana aku tak hengat depa salah orang. ingatkan ada pelanduk dua serupa. berkobar jugak lah mau tengok siapa gerangan si menawan itu. ok ayat perasan. haha.

tup tup. aku naik pangkat tanpa sedar. ayayai. aku kat sini tak sampai sebulan kot. kasi lah aku melepak hora hore dulu. belum apa dah dapat jawatan baru.

dah lah aku ni pemalas. malas layan. tak suka budak. memang kombinasi membunuh. ugh. stress lagi lah aku. hehe.

tanya hod apa kes? sambil sengih. dia kata. dia yakin sama aku. sebab aku bikin kerja pantas dan perfect. oh cik shamala. mekaseh di atas pujian itu. tapi..

aku wat kerja pantas sebab aku nak balik rumah awal. dan perfect. sebab aku malas wat kerja dua tiga kali. ugh. aku di backlash oleh diri sendiri. tabah.

hmm. tak pepasal jadi advisor. mampus lah bebudak english club aku basuh nanti.

bwah-ah-ah *evil teacher mood is on*

7.9.12

Busan itu lumrah kehidupan

baru dua hari di nilai. dah berbuih mulut kebusanan. waduh pak. kalu duduk mantin? lagi parah gamak nya.

wagh. sumpah busan duk sini. semalam. aku tawaf satu nilai. sampai ke lorong kawasan perumahan aku jelajah. dah abes pusing. sempat lepak giant dan tesco sampai terhafal posisi barang smua. sadis tak sadis. 

dan arini? aku menghidap sawan busan. asyik termenung sampai ternganga kot. sungguh tak menawan. haha. 

disebabkan aku tak rela diperlakukan sebegini. cewah ayat. okeh sambung. aku terus start kereta ke arah alamanda, putrajaya. walau jauh nak mampus. aku dengan semangat membara meneruskan perjalanan.  tekad abes.

sampai. terus ronda. muka bahagia abes. makan ais krim pun sengih. jap tu. jumpa sherly @ sameon. sambung minum kopi dan borak. memang bahagia lah.

dalam 2300. aku anta sherly balik cyber. dan aku ke nilai. ok. part ni macam haram. aku tak reti balik nilai. haha. bongok gila. nasib aku cekal orang nya. redah je lah jalan. silap jalan smua cukup pakej lah. 

tapi takpe. janji belajar jalan baru. ok. ini ayat sedapkan hati. huhu. dalam 0015 gak lah sampai. yang pasti. walau kebusanan ku terubat. aku takkan lepak putrajaya dah pasni. jauh nak mampus. haha.

lesson learned. tapi takpe. janji bahgia. woot woot.

5.9.12

Bernilai nilai

arini. secara rasmi nya aku menjadi warga nilai.

wee.. yeay.. wohoo.. waaa.. 

maka. bertambah lah nilai pekan nilai dengan kehadiran aku. hahaha. 

umah baru aku di nilai jati park. sesapa mau singgah. sila lah bawa buah tangan. tetibe. heh. tapi aku sewa bilik je pun. dalam rumah dua tingkat. tapi okeh sesangat lah.

fully furnished. bersih. dan paling penting. dekat bandar.

hm. jadi maskot tesco dan giant lah aku pasni. serius dekat. tak sampai lima minit drift kot. fuhh. bahagia nye idop. kalu bebusan. janji ada tempat mau melepak. 

memula ingatkan nak duduk mantin. pi keje jalan kaki je kot. usha usha. jam lima dah sunyi. terus cancel okeh. cari bilik kat nilai. jauh cket tapinya. 

tapi aku rela. janji meriah. mampu mental aku kalu terlampau sunyi. nampak sangat minah bandar sejati. huhu.

tadi kemas bilik cket. susun perabot cket. hm. comei gak bilik aku neh. kecik je tapi selesa lah untuk sorang. kene plak barang aku tak banyak. tetibe nampak luas. terbaek lah.

dan malam ni. malam pertama aku tido bilik neh. smuga mimpi indah. ameen.

3.9.12

Cuak amat

arini adalah hari pertama aku mengajo.

dubdabdubdabdubdab

okeh. sila baca lelaju. haa. laju lagi.. laju lagi.. ok dah. dan itu lah perasaan aku arini. mak kau. gila cuak siot. ugh. cecuak pun. tetap kene masuk kelas kan?

maka. dengan baju selebet. muka slumber. tarik napas. masuk kelas. dan kengih.

usha usha.

dalam 30 anak hayam jugak lah. 16 zambia. 5 bahrain. selebihnya malaysia. hm. comei comei gak bebudak neh. yums. haha. 

disebabkan aku takda benda pun mau ajo arini. jadi bikin sesi pecah ais cket. beborak cket. dalam 30 minit kendian. dah kureng cket cuak nye. peh lega.

tapi serius. gila bising bebudak neh. nasib suara aku pun tinggi ala kak ziana. sentap okeh. baru kau tau cikgu kau ni garang. ececeh. cikgu garang yek? hehe. 

dan belum apa. dah kene ngorat dengan student. macam haram jadah. walau sedikit berbunga ulu hati. tapi tolong ah. wa talak rela woo. huish. bleh kene tangkap kot. tak pepasal masuk metro:

"guru durjana. perosak masa depan zambia"

jangan memaen tajuk. sungguh metro. tapi tak mau lah. saya insan mulia. wow ayat. sungguh muntah ijo. haha. 

dalam dua jam gak lah aku bermesra tadi. konfiden pun up cket. cuak pun dah lepas. cantek lah. dan esok. maka bermula lah kelas secara rasmi nye. usha module. mak aih. banyak gila kene studi. mampus lah ceq. 

pape pun. smuga aku bahagia kerja kat sini. ameen. dan kepada anak murid. sila lah jadi anak murid yang baik. jika tidak. aku geget geget hidung korang. haha. 

sewel doh.